Sunday, August 21, 2011

Sesuatu Yang Lebih Besar

Salam Alaik..

Setiap perkara yang berlaku dalam dunia nie ada kadar kepentingannya.. Ada yang sangat penting, ada yang agak penting, ada yang sekadar penting, ada yang kurang penting dan ada yang tidak penting..

Perkiraan kepentingan sesuatu nie biasanya subjektif.. Ada yang meletakkan kerja sesuatu yang paling penting, dan ada yang meletakkan keluarga paling penting, dan ada yang meletakkan cinta sebagai sesuatu yang sangat tidak penting.. Ini semua subjektif berdasarkan pemikiran setiap orang.. Lain orang lain pentingnya..

Kalau tanya aku, 'apa yang paling penting dalam hidup aku' aku pasti akan sukar untuk menjawabnya.. Mungkin orang lain akan kata 'agama'.. Aku akui aku meletakkan agama sebagai sesuatu yang sangat penting, tetapi pada masa yang sama adakah perbuatan aku benar-benar menunjukkan agama itu penting? Klise manusia.. Agama paling penting tetapi perbuatan tidak menunjukkan agama itu penting.. Sama dengan perangai aku..

Dalam sesuatu hal kita sering meletakkan apa yang kita 'fikirkan' sangat penting mendahului yang kurang penting.. Itu fitrah.. Tak terkecuali aku.. Aku juga sering meletakkan sesuatu yang aku 'fikirkan' penting mengatasi yang lain.. Tetapi pemikiran aku tidak sebaik mana.. Seringkali apa yang aku rasakan penting itu sebenarnya tidak penting, malah sesuatu bencana..

Aku pernah buat satu keputusan sangat penting atas sebab ingin melupakan sesuatu perkara.. Dan keputusan itu memberi efek yang sangat berkuasa dalam timeline hidup aku.. Pada pemikiran aku keputusan itu bakal memberikan impak yang positif, tetapi pada hujungnya, ia tidak merubah apa-apa melainkan sesuatu dalam timeline aku.. Maka aku terseksa dengan pemilihan yang salah..

Perkara yang lepas jangan dikenang..

Satu masalah, untuk menyelesaikannya ada dua cara.. Satu cara memerlukan keazaman yang sangat tinggi dan konsisten manakala satu lagi cara memerlukan pengorbanan yang agak besar tetapi mudah untuk dilakukan.. Aku memilih opsyen kedua sebab opsyen kedua aku rasa penting.. Dan, tadaa.... Masalah tak selesai, aku pun rugi.. Tapi takpa la, itu sebagai satu pengajaran bagi aku, pengajaran yang pahit..

Masalah yang sama, ditambah dengan salah pilih opsyen; aku cuba selesaikan selesaikan dengan cara yang lain.. Opsyen awal tadi dah terlambat.. Jadi opsyen yang baru kena aku fikirkan.. Kali ni, aku akan cuba berhati-hati.. Sepanjang berbulan yang akan datang akan aku gunakan untuk meneliti opsyen tergempar nie dan melihat setakat mana opsyen nie memberi impak kepada aku sebelum aku membuat pilihan..

Kepentingan itu Subjektif..

Aku pun tak tahu apa yang aku cuba sampaikan.. Tapi pandai korang la nak fikir sendiri.. Aku main tulis ikut apa yang keluar dalam kepala otak aku je.. Hahaha..

Ada sesuatu keputusan yang aku menyesal, tetapi manis.. Ada keputusan yang aku bangga tetapi pahit.. Apa yang penting, bila dah pandai buat keputusan, tunggulah natijahnya, baik atau buruk lain cerita..

Pandai buat baik, pandailah terima pahala.. Pandai buat jahat pandailah terima bala.. Pandai buat keputusan, pandailah terima efeknya..






p/s: Au revoir kepada rerakanku yang selamat bergerak meninggalkan bumi India.. Semoga selamat hendaknya, dan moga hidup dengan aman..

No comments: