Sunday, August 14, 2011

Cerpen: Hadiah Untuk Kamu


Salam Alaik..

p/s: Ini ialah sebuah cerpen

10.00pm, 9 Januari 2011
Sebuah magnet peti sejuk yang kecil, sebesar syiling 20 sen diperhatikan oleh Mamat sejak daripada sejam yang lepas.. Buku Pengurusan Perniagaan yang dibukanya sebelum Maghrib tadi masih belum berubah muka suratnya walaupun peperiksaan akhir Universiti tidak lama lagi.. Dalam ralit memerhati, dia kekadang menyentuh magnet itu dan melihatnya dari dekat.. Dan perbuatan itu diulang-ulang sepanjang sejam itu.. Penangan magnet itu lebih hebat daripada fokus yang didapati daripada pil kuda..

"Cukupkah?" Mamat bermonolog dalaman.. Pertanyaannya itu kepada diri sendiri sangat merumitkan.. Apakah magnet itu tidak cukup untuk menjadi hadiah untuk percintaannya dengan Minah yang baru berakhir beberapa bulan yang lepas? Adakah magnet itu akan memberi emosi yang berlebihan untuk perhubungan mereka yang telah tamat? Segalanya berpusing di ruang lingkup itu.. Mamat keliru..

"Kenapakah begitu susah untuk memilih hadiah?" Mamat menung sendiri.. Dia sendiri tidak pasti apakah hubungan dia dengan Minah sekarang? Sesudah terpaksa mengorbankan perasaannya kerana sebab-sebab tersendiri.. Mamat kini sepi, sendiri.. Terasa dirinya sangat bersalah kerana meranapkan hati Minah.. Dia tahu yang hati Minah ranap kerananya.. Bukan kerana Mamat putus cinta dengannya, tetapi kerana Mamat menutup segala ruang yang lain untuk Minah bercinta..

Sungguh, Mamat menyesal dan malu.. Sejak daripada Mamat memutuskan hubungan dengan Minah, Mamat tidak pernah berjumpa dengan Minah.. Mamat mahu berjumpa, atau paling kurang bermesej dengan Minah, tetapi sejak sms Mamat pada malam tahun baru tidak berbalas, Mamat segan.. Mungkin Minah berazam untuk melarikan diri daripada Mamat..

Mamat bertawakal.. Dia menulis surat kecil, menyatakan rasa sesal dan malu, serta memohon maaf atas segala kesalahan dia kepada Minah.. Dia juga sempat menyelitkan kata-kata semangat dan ucapan selamat kepada Minah.. Mamat menangis perlahan menulis surat itu.. Air matanya membasahi kertas sehingga dakwat yang digunakan untuk menulis meresap sedikit meninggalkan kesan pada surat kecil itu..

Mamat memasukkan surat itu ke dalam kotak, kemudian diletakkan magnet sebagai hadiah itu.. Dibalutnya kotak itu dengan kertas usang, dan dililit benang berwarna merah jambu sebagai sentuhan terakhir.. Dia kental dan yakin.. Biarlah ini surat terakhir, dan hadiah terakhir daripadanya kepada Minah.. Selepas ini mungkin dia tidak akan berhubung lagi..

08.30am, 10 Januari 2011
Mamat memberikan hadiah itu kepada sahabat baiknya, Abu untuk diserahkan kepada Minah.. Abu senang berjumpa Minah memandangkan mereka belajar dalam fakulti yang sama, Fakulti Undang-undang, manakala Mamat belajar di Fakulti Ekonomi.. Jadi peluang untuk Abu memberi hadiah itu kepada Minah sangat tinggi.. Mamat pula sangat jarang ke fakulti Undang-undang setelah hubungannya dengan Minah tamat..

Bukannya Mamat taknak memberikan hadiah itu sendiri kepada Minah.. Tetapi Mamat tak mampu berhadapan dengan Minah.. Seringkali apabila mereka terserempak, Mamat jadi gugup, dan jantungnya berdegup kencang.. Mungkin kerana Mamat rasa bersalah dan malu kerana meninggalkan Minah begitu sahaja.. Mamat bukan tidak sayang, tetapi terpaksa melakukannya untuk mengelakkan kemudharatan yang besar..

Mamat masih ingat, setahun sebelum itu ketika mereka berdua baru habis STPM.. Mamat dan Minah sudah bercinta ketika itu.. Mamat dan Minah mendapat tawaran Pengajian Undang-undang bersama-sama.. Tetapi Mamat tahu, jika mereka bersama dalam fakulti yang sama, hubungan mereka akan menjadi lebih intim.. Mamat mahu mengelakkan keintiman itu kerana beberapa faktor yang lebih besar.. Lalu, Mamat korbankan pilihannya dan memilih fakulti Ekonomi, dan mereka dapat mengelakkan diri daripada menjadi lebih rapat, walaupun masih rapat.. Sehinggalah mereka putus...

12.30pm, 10 Januari 2011
Abu pulang dari kuliah, dan memberitahu Mamat bahawa dia gagal memberikan hadiah itu kepada Minah.. Minah terlalu sibuk.. Mungkin menyibukkan diri kerana ingin mengubat pedih, efek daripada perhubungan itu.. Mamat menyuruh Abu memegang hadiah itu, sehingga Abu boleh memberi hadiah itu kepada Minah.. Dalam hati, Mamat sudah tahu bahawa Abu takkan memberikan hadiah itu, kerana Abu seorang yang alim, tidak mahu berurusan dengan perempuan bukan Mahram.. Tapi, Mamat senyap..

10.30pm, 10 Julai 2011
Hadiah itu telah Mamat lupakan.. Sedang dia membelek mejanya yang serabut, dia ternampak bungkusan kecil.. Ya, hadiah yang dia pernah ingin beri kepada Minah, enam bulan lepas.. Abu memang tidak mahu memberikan hadiah itu.. Mamat faham.. Mamat juga dalam dilema dengan kekeliruan perhubungan dia dengan Minah, kini.. Tidak pernah berhubung, tidak pernah berjumpa, malah jika mereka bertentang mata secara tidak sengaja, hati Mamat sayu, dan sedih.. Mamat duduk di kerusinya, perlahan dan merenung hadiah itu.. Selama sejam dia terpaku, sambil memikirkan kisah cintanya ala korea dua tahun yang lepas.. Dia senyap, dan menung sendiri..

Mungkin hadiah itu tidak akan pernah sampai..

p/s: Entri ini dikeluarkan menggunakan 'scheduled post' memandangkan saya bertapa di Gua Hira'. Terima kasih.

No comments: