Salam Alaik..
Redz: Kau nak pegi mana?
Sam: Aku nak melakukan kezaliman di muka bumi.
Redz: Aku nak ikut sekali.
Sam: Tak boleh. Aku nak melakukan kezaliman sorang je.
Redz: Ala, kedekut la kau. Nak makan sorang je.
*kezaliman di muka bumi = maksiat/dosa
Ada yang selalu merungut apabila rakannya tidak mengajak mereka sekali untuk melakukan kezaliman. Namun adakah benar rakan itu 'kedekut' dan nak 'makan sorang'. Pernah tak kita terfikir bahawa mereka 'mungkin' taknak menjebakkan kita ke dalam lembah kemaksiatan? Mereka mungkin sedar akan bahayanya, dan melarang kita daripada turut serta.
Yup, melakukan kemaksiatan/kezaliman itu satu dosa, lepas tue mengajak orang lain e.g rakan kita melakukan kemaksiatan yang sama lagilah bertambah dosanya. Kekadang rakan kita dah halang kita melakukan kemaksiatan bersamanya, namun kita degil nak ikut jugak. Siapa yang rugi?
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
"Tolong menolonglah dalam hal kebaikan dan taqwa, janganlah tolong menolong dalam hal dosa dan permusuhan"
[al-Maidah, 5:2]
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ
"Kamu (umat Muhammad) ialah umat terbaik yang diutuskan kepada manusia untuk berpesan-pesan kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah"
[Ali Imran, 3:110]
No comments:
Post a Comment