Friday, December 14, 2012

Sejarah Pahang: Syair Perang Bendahara

Salam Alaik..

Beberapa waktu dahulu aku semangat membaca tentang sejarah Pahang, spesifiknya tentang Perang Saudara di Pahang antara Bendahara Tun Mutahir dan adiknya Bendara (Sultan) Ahmad.. Aku ingat nak tulis entri yang panjang tentang nie.. Namun, semangat tak ada.. Jadi, aku ambik la syair nie untuk menjadi cerita.. Layan.. Kalau rajin, aku tulis la balik kisahnya..

Syair Perang Bendahara

Assalarnu'alaikum, saudara dan rakan,
Sejarah Pahang, hendak disembahkan,
Moga menjadi, contoh tauladan,
Gila kuasa, adat dipisahkan.

Bendahara Ali, baik orangnya,
Dibantu pula, warak wazirnya,
Engku Sayyid, jadi gelarnya,
Negeri Pahang, aman sentosa.

Negeri Pahang, aman sentosa,
Bendahara Muda, Tahir namanya,
Dikasih ayahnda, demikian adanya,
Bendahara Muda, adat dijaga.

Bendahara Ali, ke Lingga perginya,
Berkahwin pula, Cik Puan Lingga,
Bendahara Muda, ikut bersama,
Tengku Kecik, puteri Sultan duduknya.

Johor Lingga, penuh gelora,
Raja ditabal, tiada adatnya,
Kekanda Raja, sepatutnya bertakhta,
Adinda raja, digantikan pula.

Bendahara siap, nak betulkan adat,
Inggeris dudana pergi rnenyekat,
Dihasut dengan kata yang kesat,
Supaya raja bertukar kerabat.

Cik Puan Lingga, melahirkan putera,
Eneik Wan Ahmad diberi nama,
Bakal mengegar kampung dan kota,
Sejarah hitam, keluarga bendahara.

Johor Lingga, melanggar adatnya,
Pecah berderai, jadilah ia,
Inggeris datang ambil Singapura,
Lingga pula, dirampas Belanda

Wahai orang kaya, semua yang ada,
Dengarlah ini, pertanyaan kita,
Pada siapakah kita beraja,
Inggeris, Belanda punya angkara.

Patik sekelian, pacal yang hina,
Kepada tuanku, patik beraja,
Inggeris Belanda, punya angkara,
Biar Tuanku galang gantinya.

Maka sabda, Raja Bendahara,
Wahai anaknda, Bendahara Muda.
Isytihar segera, pada sema,
Negeri Pahang, sudah merdeka.

Isytihar sudah Pahang merdeka,
Diperintah pula Raja Bendahara,
Johor pula ikut bersama,
Diperintah Raja, Temenggung pula.

Raja Bendaham, mengundur dirinya,
Istana di Lamir, mula dibina,
Bendahara Muda, galang gantinya,
Gancung istana, indah serinya.

Tun Tahir bergelar, Bendahara Muda,
Bendahara Gancung, dialah juga
Engku Sayyid, wazir utama,
Di bumi Pahang, serta pelosoknya.

Tersebut Wan Ahmad, buat angkara,
Berselisih selalu, dengan kandanya,
Tergurislah hati, paduka ayahnda,
Pada Tun Tahir, baginda bersabda.

Wahai Tun Tahir, singkirkan Ahmad,
Inilah titah sebagai amanat,
Jangan subahat, pada pengkhianat,
Tidak selarnat, sampai Kiamat.

Jawab Tun Tahir, pada baginda,
Tidaklah anaknda melanggar sabda,
Ayahnda sedang gering adanya,
Beri anaknda, tempuh dan masa.

Balas madah, raja yang bijak,
Jika mdngkatnya, segeralah bertindak,
Jangan sampai, rakyat terjebak,
Huru hara Pahang, kiranya merebak,

Sudah syahadan, tiba masanya,
Mangkatlah sudah Raja Bendahara,
Sekali peristiwa, berlaku angkara,
Askar Wan Ahmad, nak merempuh negara.

Bertentanglah sudah, mata keduanya,
Diantara Ahmad, dan Tun Tahir adanya,
Tapi dihalang, kesernua 'rang Kaya,
Lantas berkata, pada baginda berdua.

Wahai Tuanku, dua saudara,
Makamkan dulu, paduka ayahnda,
Bendahara Muda, rajalah kita,
Harap diikut, adat resamnya.

Wan Ahmad, berkelana ke Singapura,
Singgah di sana, mengumpul tenaga,
Raja Temenggung mernasang mata,
Mengadulah dia, pada gabenomya.

Syahadan menjawab, gabenornya pula,
Apalah sangat, Ahmad adanya,
Biarkan dia, menghabiskan masa.
Duduk berehat, di Singapura.

Setelah segala sempurna kumpulnya,
Belayarlah Ahmad, ke Terengganu tujunya,
Raja Terengganu menunggu tibanya,
Di pantai Kemaman, perternuan mereka.

Setelah tiba, Ahmad adanya,
Diraikan raja, dengan meriahnya,
Orang Kemarnan, Ahmad sanjungnya,
Bergelar pula Siwa Di raja.

Rakyat di Pahang, mendengar berita,
Lalulah mereka, tertanya-tanya,
Patutkah Ahmad, bergelar raja,
Sedangkan Tun Tahir dah sedia ada.

Aduhai Pahang, apa jadinya,
Tak pernah pula beraja dua.
Seri Maharaja, ditabal adatnya,
Sedang Siwa Diraja, orang luar angkatnya.

Berbalik pula, Raja Terengganu,
Rancangan Ahmad, sedia dibantu,
Menentang Tun Tahir di Pahang itu,
Rampasan takhta, akan berlaku.

Kepada anaknda, Tun Tahir berkata,
Kawinlah dikau, anak Temenggang adanya,
Anaknda yang lain janganlah leka,
Temankan kandamu, ke Singapura perginya.

Belayarlah putera, Seri Maharaja,
Menyampai hajat, di Teluk Belanga,
Tinggallah Seri Maharaja bersama puterinya,
Di istana Gancung, bersemayamnya dia.

Ketika itu, sampailah Wan Ahmad,
Bertemu Seri Maharaja, lalu mengumpat,
Sekarang kekanda, apa nak buat,
Tiada berputera, hilanglah kuat.

Kepada asykarnya, Wan Ahmad berperi,
Seranglah Pekan, bertubi-tubi,
Biarkan semua, rakyatnya lari,
Hartanya pula, kita. rampasi.

Begitulah keadaan, Gancung diserang,
Istana dicemar sewenang-wenang,
Tiada terlindung, seurat benang,
Kelakuan Wan Ahmad, jelas dipandang.

Ketiga putera, Seri Maharaja,
Kembali ke Pahang dengan Orang Kaya,
Berperang dengan gagah perkasa,
Diusir akan Ahmad derhaka,

Istana Gancong, kembali dapatnya,
Gembira hati paduka baginda,
Adapun besar Embong kokoknya,
Menang berperang, kerana dia katanya.

Sultan Mahmud, raja di Lingga,
Hilang negerinya, dibuang Belanda,
Mudik ke Jelai, ziarah Tok Raja,
Membawa hasrat, besar di dada.

Minta. dibawa ke Seri Maharaja,
Agar kembali menjadi raja,
Aduhai apakah, ikhtiar termulia,
Fikir Seri Maharaja, atas benaknya.

Apatah lagi, nestapa baginda,
Inggeris durjana mengambil kira,
Jangan diraja, Sultan Lingga,
Nescaya Pahang dapat bencana.

Seri Maharaja , memutus kata,
Mengikut adat, AI-Marhum ayahnda,
Pahang merdeka sudah sempurna,
Biarlah daulah, ikut adatnya.

Tok Raja dan Sultan Lingga,
Bersiap ke hilir, Gancong tujunya,
Tiba di sana, tiada dapat hajatnya,
Seri Maharaja, teguh fikirnya.

Langkah diambil, Sultan Lingga,
Terengganu tujunya, daulah kerabatnya,
Daerah Kemaman hajat tujunya,
Mencari Ahmad, berpihak padanya.

Jika demikian sudah bicara,
Mengapa Tok Raja menurut serta,
Seri Maharaja, hakikat rajanya,
Sultan Lingga, mengapa diikutnya.

Pergi Tok Raja, duduk Kemaman,
Puteranya Embong mengganti tuan,
Rakyat Jelai tetap tertawan,
Tabiat Embong datangkan keruan,

Berita sampai, ke Seri Maharaja,
Embong tidak, mendengar kata,
Ayahndanya pula, curiga setianya,
Gerangan apa negeri kita,

Maka berkata, Seri Maharaja,
Arahkan Embong, turut ayahndanya,
Namun Embong, tetap derhaka,
Akhirnya jadi, padah dirinya.

Sampai berita, ke telinga Tok Raja,
Aduh sedihnya tiada terhingga,
Mengambil bicara, memutus kata,
Kepada Ahmad diubah setia.

Dua tahun lebih, berIalunya masa,
Enchik Ahmad, kumpul tenaga,
Kali ini, dibantu Tok Raja,
Melanggar daulah Seri Maharaja,

Tentera derhaka membakar Kuantan,
Kuantan hangus, ditujunya Pekan,
Seri Maharaja & rakyat sekelian,
Gagah berani sergah petualang.

Tentera Ahmad, terkepung sudah,
Ubat peluru, bekalan habislah,
Sekonyong tiba gabenor Cavenagh,
Mengadap raja membawa gundah.

Govenor Cavenagh menuntut sahihnya,
Dakwaan Ahmad, wasiat ayahnda,
Memberi Endau, serta Pekannya,
Konon cerita, Seri Maharaja melanggarnya.

Engku Sayyid, warak orangnya,
Menjadi kalam, paduka baginda,
Tuntutan Ahmad, dusta semata,
Angkara jahat, tiada benarnya.

Governor Cavenagh, sedia menanti,
Seri Maharaja, kemuka bukti,
Dikota baginda, apa yang dijanji,
Ahmad derhaka, menghilang diri,

Sungguh Inggeris, memang durjana,
Biarkan Ahmad, buat angkara,
Sekat bantuan, raja Johornya,
Biarkan Ahmad, Terengganu bantunya.

Angkara Inggeris tiada disekat,
Membiar Ahmad melanggar adat,
Langkah adat, hilanglah rahmat,
Tanah Melayu Inggeris mendapat.

Ahmad pergi, melepas dirinya,
Ke Terengganu, negeri tujunya,
Ke bawah duli pergi sembahnya,
Namun tiada, bicara adanya.

Encik Ahmad, patahlah hati,
Pergi Kelantan membawa diri,
Sedang duduk, meminum kopi,
llham pun datang, dengan sendiri.

Kononnya kopi, membawa tuah,
Tercetus ilham madah berhelah,
Ahmad berubah, Pahang menyerah,
Namun akhirnya, semua ditulah.

Ahmad berubah, segala adatnya,
Tuhan sahaja, tahu hatinya.
Perang kita, kerana agama,
Itu menjadi helah dakwanya.

Aduhai Ahmad, bersiasah adanya,
Kalau sungguh, bagai ikhlasnya,
Mengapa adat, sanggup langkahnya,
Mengapa kandamu sanggup derhaka.

Tok Raja, Maharaja Perba,
Jajahan Jelai, bawah perintahnya,
Bila Tok Raja ubah setia,
Rakyat Jelai, rela turutnya.

Tembeling diambil, oleh Tok Raja,
Upah membantu, hai orang Rawa,
Ahmad dipanggil, bila berjaya,
Diangkat orang, lalu diraja.

Beraja dua, Pahang sudahnya,
Seri Maharaja, raja sahihnya,
Apalah malang, Ahmad ditabalnya,
Ubat peluru, jadi hakimnya.

Suratan takdir, apakan daya,
Darah mengalir, Seri Maharaja,
Juga berakhir, nyawa anaknda,
Angkara tamak Ahmad derhaka.

Seri Maharaja, syahidlah diri,
Rakyat setia, sayulah hati,
Mangkat rajanya di Kuala Sedili.
Makam baginda, di Tanjung Puteri,

Orang Kaya muafakat semuanya,
Anakanda Tun Aman, pula dirajanya,
Mengambil gelar paduka ayahnda,
Raja Bendahara Seri Maharaja.

Tun Aman, teruskan peijuangan,
Berbekal semangat, azam dan kenangan
Berperang tentu mati matian,
Tetap berjuang walau sendirian.

Sabda yang benar, junjungan mulia,
Umat menjaga, amanat nasabnya,
Jangan khianati, nenek moyangnya,
Pelihara ia sepanjang hayatnya.

Wahai cucunda, Seri Maharaja sekelian,
Sampailah sudah, masa berjalan
Duduk perkara tolong khabarkan,
Agar yang keruh dapat dijernihkan

Untuk nenda, penuh kasih adanya,
Kenangan nenda tidak dipersia,
Moga dirahmat Tuhan yang Esa,
Ditempat bersama ahli syurga.

Maruah nenda, cunda perjuangkan,
Tiada, cunda sia-siakan,
Barang yang benar, Tuhan zahirkan,
Bagai sireh pulang kegagangan.

Wassalam sudah, penutup kata,
Sejarah benar, bukan direka,
ltulah. dia, kisah yang nyata,
Buat renungan, kita semua ........




Sumber : http://ilzaf.multiply.com/journal/item/99/Syair-Perang-Bendahara-perjelas-keruntuhan-empayar-Johor?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem

1 comment:

Aku Anak Pahang said...

Leka hamba menyairkannya
penuh maksud tersurat dan tersirat
semoga menjadi pedoman dan pengetahuan
yang baik dijadikan tualan
yang buruk dijadikan sempadan.