Intro
Beribu-ribu tahniah kepada Pahang kerana berjaya ke pentas final.. Semoga misi 92 tercapai insya Allah!
Perancangan
Usai berjaya mendaki ke puncak Ledang kira-kira setahun lepas, kejayaan dalam peperiksaan P2S1 serta masa lapang yang banyak membawa kami 2900 kaki dari atas laut pula.. Walaupun tak setinggi Ledang, tapi terasa puas dengan pemandangannya yang sampai ke selat Melaka.. Kalau tengok kat header blog tue, nampak horizon, dan semestinya Selat Melaka..
Perancangan bermula dengan satu ajakan dalam FB tentang trip sehari mendaki Gunung Datuk.. Trip yang boleh dikatakan mudah ini mendapat sambutan.. AlhamduliLlah, ada sebelas orang yang mahu ikut sekali.. Sehari sebelum trip barulah komfemkan nama dan persediaan kenderaan.. Hehe.. Power harom.. 26 Oktober tarikhnya..
Kredit Gambar: Irfan Bakhtiar |
Pergerakan
Janjinya seperti biasa 7.30am dah mula berkumpul dan mula bergerak ke kaki Gunung pada pukul 8.00am.. Namun biasalah, janji tetap janji.. Ada je yang lambat sampai 8.30am baru mula gerak.. Bergerak melalui Durian Tunggal, masuk ke AMJ dan kemudian terus ke Gunung Datuk..
Perjalanan daripada Melaka tak sampai 45 minit.. Singgah di Petronas mana tah beli makanan dan minuman.. Aku macam biasa, beli air sebotol dan dua ketul Snickers.. Pengisi perut terhebat~
Sampai
Dalam pukul 9.15am dah sampai.. Gunung takde la tinggi sangat sebab puncaknya yang berbatu tue boleh nampak dengan mata kasar.. Makanya seronok-seronok sahajalah.. Punya la ramai manusia nak memanjat hari tue.. Daripada budak sekolah sebatalion, platun-platun pelatih Kastam sehinggalah rombongan Alam Flora..
Kredit Gambar: Irfan Bakhtiar |
Mula
Lepas setel doa, perjalanan dimulakan.. Trek yang mudah sahaja pada awalnya sebab mengikut kumpulan budak sekolah yang ramai gila.. Maka perjalanan awal perlahan.. Anggap perjalanan itu sebagai satu pemanas badan sebab budak sekolah tue lambat.. Masa nie, duk sibuk berborak, ambik gambar etc.. Siap ada yang smoking lagi masa tengah memanjat..
Selepas cikgu-cikgunya melihat tenaga muda kami seperti terabai, mereka memberikan laluan.. Laju je kami memotong set-set budak sekolah tue.. Bila dah potong set budak sekolah dengan kelajuan tinggi, kepenatan mulalah terasa.. Tenga muda hanyalah palsu semata-mata..
Kredit Gambar: Syazwan (Awe) |
Pertengahan
Daripada bergerak sekumpulan besar sebelas orang, mula la berpecah kepada beberapa kumpulan kecil mengikut stamina masing-masing.. Aku duk belakang sekali le.. Haha.. Kalau penat berhenti rehat sebentar.. Kekadang kitorang memotong set Alam Flora, lepas tue set Alam Flora tue potong kitorang balik.. Kiranya kitorang saling memotong sehinggalah set Alam Flora tue givap.. Maklumlah, diorang lebih berumur berbanding kitorang.. Haha..
Geng-geng depan menunggu kitorang yang last nie bila dah dekat dengan puncak.. Rehat punyalah lama diorang nie sampai peluh pun kering.. Setelah lepaskan penat, maka kitorang pun bergerak la sampai ke pra-puncak..
Kredit Gambar: Syazwan (Awe) |
Menuju Puncak
Sampai ke pra-puncak, kena lepak dulu.. Bukan main ramai lagi orang.. Set-set Kastam penuh berkumpul atas puncak.. Jadi kitorang yang sampai lambat nie kena la tunggu.. Sampai pra-puncak lebih kurang 11.30am.. Duduk-duduk berehat, makan jajan sket.. Sesi fotografi pun bermula..
Kredit Gambar: Irfan Bakhtiar |
Di Puncak
Lepas sejam lebih menunggu giliran, lebih kurang pukul 1.30pm kitorang pun naik tangga bomba untuk menggapai puncak yang berbatu.. Puncaknya memang hanyalah susunan batu-batu.. Terfikir jugak macam mana batu-batu tue boleh sampai atas tue? Sebelum aku terfikir bahawa sebenarnya gunung/bukit/banjaran kan terbentuk sebab tolakan kerak bumi.. Haha~
Sampai je aku kat puncak, terus aku nyanyi lagu Ayuh Tok Gajahku.. Semoga laungan itu sampai ke Kuching (malam tue Sarawak VS Pahang).. Tapi bila dah balik aku baru perasan aku menghadap ke Selat Melaka.. Haha~
Nyanyi Chant Pahang Kredit Gambar Syawan (Awe) |
Sebelas. Kredit Gambar: Irfan Bakhtiar |
Sarawak VS Pahang. Asri VS Aku. |
Sejurus selepas ambil gambar Converse Kredit Gambar: Syazwan (Awe) |
Turun
Selepas matahari mula menunjukkan bahang, kitorang pun mula la pergerakan turun.. Pergerakan turun Gunung Datuk nie sangat laju.. Kalau pro, 30 minit dah sampai bawah.. Tapi aku macam biasa, last sekali la.. Sejam jugak aku turun sebab trek licin dan bahaya.. Haha.. Bukan aku tak percaya kat Converse aku, tapi kekadang Converse pun licin.. Nak pulak dah dekat 4 tahun aku pakai~
Sampai ke bawah, rehat kat kedai.. Dah habis peluh, pi mandi pastu solat.. Rehat sket-sket sampai ada yang tido.. Tunggu Asar dulu.. Lepas Asar kitorang mula gerak balik Melaka..
Kredit Gambar: Syazwan (Awe) |
Yang takde dalam gambar sama ada pi kat kereta atau jadi fotografer. Kredit Gambar: Irfan Bakhtiar |
Syukur
Trip memanjat Gunung Datuk berjaya.. Terima kasih kepada yang menyertainya.. Nanti kita pi panjat gunung lain pulak.. Semestinya bukan Gunung Tahan la dalam masa terdekat nie.. Terima kasih kepada abang-abang fotografer dengan gambar yang mantap dan power iaitu Awe dan Irfan Bakhtiar.. Terima kasih kepada ahli lain yang sopan.. Haha..
Kredit Gambar: Irfan Bakhtiar |
Atas dari kanan: Zarif, Aku, Atiq, Irfan, Huseyn
Bawah dari kanan: Syahir, Apek, Rohil, Asri, Awe, Ayed
P/s: Maaf penulisan agak skema dan gaya laporan budak sekolah.. Aku takde idea nak berseni.. maaf sekali lagi kalau makan data banyak sebab banyak gambar.. Hehe~ Jarang aku letak gambar yang banyak dalam entri aku~
Lain-lain gambar daripada aku: https://www.facebook.com/betheredz/media_set?set=a.10202550553429726.1073741829.1372743392&type=1
1 comment:
eeee topi LEESSANG ka tu? jeleous nya!!
KANG GARY MANSE :)
Post a Comment