DENGAN Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih
Hari ini memang terdetik dalam hatiku untuk menulis serba sedikit tentang rakan-rakanku ketika aku di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh (SBPIT). Aku buat begini disebabkan oleh aku nak sangat memori aku tentang SBPIT tidak terpadam begitu sahaja. Sebelum itu, aku hendak beritahu bahawa aku ni tak pernah ada kawan baik yang bebetul baik dengan aku. Apa yang aku cerita ni adalah kawan yang agak rapat dengan aku.
Aku nak cerita tentang seorang yang bernama Mohd Hafizul bin Bazli. Aku ni memang agak rapat dengan dia ni kerana aku dah sama sekolah dengan dia ni sejak aku sekolah rendah lagi. Dia ni memang baik la. Aku minat kalau lepak dengan dia ni sebab dia ni agak boleh dibawa bergurau. Tapi awas sebab dia ni memang cepat baran. Aku respek la dia ni kerana tak mudah terpengaruh dengan budaya negatif seperti merokok dll. Time kat sekolah dulu dia kate dia takde awek tapi tak tau la betul atau tak. Tapi dia ni memang suke kat Fatin Fathiah sejak dari sekolah rendah lagi (dia yang cakap la). Yang penting aku harap sangat yang aku dan dia akan berkawan sampai aku maut.
Lagi sorang ni aku tetap anggap sebagai kawan baik aku sebab aku suka tengok muka dia ni. Nama dia Sazzul Iqbal b. Sazali. Die ni ketua dorm 07 dan masuk SBPIT time form 4. Walaupun dia ni selalu cube buat aku sakit hati, aku tetap suke kawan dengan dia. Dia duk kat Kuala Lipis, Kg. Penjom. Kalo aku balik kg memang aku jumpe la dia ni. Dia ni pernah sakit kaki time main bola kat skolah sampai jadi OKU kejap. Mase dia jadi OKU tu aku slalu la tolong dia. Tapi lepas sihat terus macam lupe member. Awek dia ni banyak, playboy gak la dia ni. Mase form 4 dia couple dengan Aien Badariddin, mase awal form 5 die couple dengan Tikah Basri, dan lastly couple dengan Izyan budak form 1. dulu die ni jambu tapi sekarang da ok da. Aku harap aku takkan lost contact dengan dia ni.
Kawan aku yang aku nak cerite lagi satu ni memang unik. Name dia Mohd Firdaus b Ahmad. Aku mase form 1 dulu tak la berape baik dengan die. Entahlah, maybe mase tu kecik lagi kot. Tapi start form 3 aku da ok la dengan die. Die ni mase form 1 memang baik. Siap bagi ceramah lagi. Mase form 2 die da lagha sket. Tapi mase form 3 die da jadi agak liar sebab die geng dengan budak yang nakal. Start form 4 aku baik dengan die sebab aku dengan dia penah baiah nak masuk kelas agama tapi lastly kitorang kuar pun sesame. Hehe. Aku makin rapat la dengan die time aku, dia dan Nasharuddin buat satu usaha sama tubuhkan satu syarikat yang bernama FINARE. Aku die dan Nasha per nah kantoi fly dengan cikgu ROR dan Cikgu Fadzilah time keluar dengan teacher Lenny untuk cari barang FINARE. Mujur tak de ape-ape yang ganas berlaku, just kena sebat dengan hanger sekali dan pastu kes tu ditutup. Start form 4 gak die jadi rajin study dan bersaing dengan Nasha. Masuk form 5 dia jadi presiden MPP. Dia ni debater. Seronok la kawan dengan die. Lawak dan dapat banyak pengalaman. Die ni jugak selalu bodek cikgu. Aku respek die sebab die ni bagi komitmen dalam study dan slalu think positif. Aku akan pastikan kitorang akan jadi sahabat yang hakiki.
Ini lagi sorang kawan aku yang agak best la. Name dia Abdullah Hakim b Abdul Hamid. Aku panggil die ni ayam sebab entah la. Susah aku nak citer asal usul name tu. Dia ni kacak jugak la. Mase form 1 dulu die same dorm dengan aku. Die ni agak baik la. Tapi kurang peramah sket. Time form 4 dan form 5 die jadi ketua pengawas menggantikan Huzaimi. Ramai kate die ni tak berape reti nak memerintah tapi aku rase time pemeritahan die la paling ramai suke. Aku jadi Ketua Biro Disiplin bawah die la. Die jadi pengawas sejak tahun 2005 same macam aku. Aku minat kawan demgam die sebab die ni sempoi nak mampus. Aku penah naik atas tangki SBPIT dengan die dan Zahid mase malam sabtu form 5, tak silap aku malam tu budak 020six pompuan ada bukak gerai kat parking cikgu.Die ni antara 3 lelaki terakhir batch aku yang masuk kelas agama. Mase form 4 die ni minat kat Fatin Fathiah tapi mungkin cinta tak berbalas terus tukar dengan Pah. Alwani, KP pompuan minat gak kat die ni aku rase. Ape-ape la. Janji dia bahagia.
Ni lagi sorang kawan aku yang agak beat. Banyak ar citer yang aku boleh buat tentang die ni. Name die Muhammad Nasharuddin Othman a.k.a Nasha. Die ni aku rapat sejak form 2 sebab aku same dorm dengan die. Dorm 15 mase tu. Mase form 2 aku banyak buat keje giler dengan die ni. Mase form 2 tu aku penah buat misi merbahaye (ala-ala mission impossible la plak). Aku slalu wat misi dengan die untuk memecah masuk bilik-bilik khas seperti makmal dan stor. Mase misi biasenye kul 12am-3am hari cuti. Mase form 2 gak aku penah buat wayang kulit dengan die dalam dorm 15. Kitorang penah merancang satu malam yang digelar ‘angkerween’ ala-ala holloween la. Aku gak selalu main explorace dengan die. Klu yang die buat memang takde perasaan belas. Mujur aku terer. Hehe. Aku, die dan Firmad penah tubuhkan satu syarikat sosej rebus yang digelar FINARE. Mase form 3 aku dengan die da tak banyak buat aktiviti karut. Time ni aku dengan die rapat sebab selalu main Yu-Gi-Oh same-same. Mase form 4 aku rapat sebab FINARE. Mase ni die memang dah start rajin study. Bersaing dengan Firmad. Agak cerdik la mase ni sebab dah mule bersaing. Mase form 5 aku da tak rapat sangat kecuali time rekacipta wakil sekolah ke peringkat kebangsaan dengan rekaan easy-scrapper. Pastu dekat akhir tahun aku rapat sebab die jadi pelakon utama cd Jiwa Kacau.Aku memang suke la kawan dengan die. Banyak ar citer sebenarnye tapi aku da tak larat nak tulis. Frenz 4 eva.
Zaman muda-muda (Form 3 kat Dorm 13):
Berdiri dari kiri: Aku, Syamsu, Khairi, Kamil, Shahimin.
Duduk dari kanan: Hakim dan Zahid
Ha, budak ni plak name die ialah Zulhilmi bin Immerus. Antara makhluk yang paling baik dengan aku. Dia ni tak la rapat sangat dengan aku mase muda-muda dulu. Tak silap aku, aku mule rapat dengan die ni mase form 4, iaitu mase kitorang buat misi rahsia (tak boleh cerite, memalukan). Hehe. Sejak dari tu aku agak rapat la dengan die ni. Budak ni baik orangnye, rajin tolong cikgu sampai dipanggil Yang Berhormat (Yang Busy) sampaikan selalu tido dalam kelas. Ramai jugak budak yang bengang dengan dia ni sebab rajin sangat tolong cikgu. Itu sebab busy memanjang. Budak ni memang kuat smoking la. Aku rase aku yang ajar die tarik time outing mase form 4. dah tambah dosa aku. Aku harap die tak smoking dah la. Mase awal form 5, aku tak rapat sangat dengan die api start rapat balik time ada kelas waktu cuti tengah tahun sebab kitorang pegi smoking sesame. Pastu mase penggambaran Jiwa Kacau kitorang pun rapat gak la. Dia jadi antara pengarah citer tu. Pastu kitorang makin rapat mase SPM sebab aku dengan die ni selalu pegi open sesame. Dia pun selalu jugak mintak tunjuk ajar aku tentang pelajaran. Hehe. Takkan negatif je, kot. Aku harap aku takkan lost contact dengan die. Die gak yang perkenalkan winston kat aku. Seronok la ade kawan macam die ni.
Makhluk Allah ini pulak namenye Mohd Azli Syafiq b. Shamsuddin. Ayah die penghulu mukim lipat kajang. Aku kenal die sejak kat Tahap lagi. Mase tu die duk kat katil sebelah aku. Tapi aku kat sini nak citer tentang 020six, bkn tentang tahap. Aku rapat dengan die start form 4 tak silap aku. Mase tu aku rapat dengan die sebab aku join drama BI dengan die. Aku gak penah tido kat umah die time buat latihan drama. Start tu aku gak rapat dengan die. Mase form 5, die selalu ajak aku study sesame. Die ni agak baran orangnye. Sebagai seorang yang amat komited dalam study, die ni selalu mintak nasihat aku dan motivasi dari aku. Kirenye aku ni jadi kaunselor dan motivator die la. Die ni tak sekepala dengan aku sangat. Idea die dalm memantapkan institusi BADAR memang banyak tapi agak ekstrem. So banyak jugak la yang tak puas hati dnegan die. Die ni pun amat baik walaupun kadang-kadang ada gak buat aktiviti yang nakal dengan aku. Walaupun aku ni tak sekepala dengan dia, tapi aku senang bersahabat dengan die. Kalau aku jumpe die, aku jadi enjoy. So, ape-ape pun, die tetap dalam list aku.
Ya, da sampai mase untuk aku kenalkan kawan yang sama kepala dengan aku, Zahid bin Zulkipli. Aku tak la rapat sangat dengan die ni tp kirenye ok la dengan aku. Die ni adalah seorang pengawas, Ketua Biro Tugas-tugas Khas. Die ni tak la skema sangat, tapi die ni seorang yang banyak pengalaman dan ilmu. Aku mula rapat dengan die ni mase form 5 coz same kelas dengan die. Die ni sporting giler. Kalau la aku ni bosan time prep malam die ni la geng aku untuk aku ajak jalan-jalan. Selalunye die la jadi penasihat aku. Banyak bidang yang aku mintak nasihat die, dan aku selalu berbicang dengan die tentang alam dan bab-bab ketuhanan. Ada satu malam, time kitorang (prefect) ada kerja kat dewan, aku dan Zahid mencari ketenangan kat tepi dewan dan melihat keindahan alam sambil berbincang tentang agam dan keindahan islam. Zahid ni adalah peneutral kejahatan aku. Aku jugak buat kerja gile dengan memanjat tangki sbpit suatu malam sabtu dengan die dan hakim. Time spm die la antara makhluk paling sempoi study. Aku tengah bincang soklan spot dalam dorm die boleh tido or tengok tv. Dan jangan terkejut result spm die 9 1A 1 2A (10 A). seminggu sebelum SPM kitorang bleh rilek lagi sambil tolong cikgu Amri uruskan pertandingan roket untuk form 3. Die pendukung utama filem Jiwa Kacau. Kalo dapat jumpe die lagi, memang best.
Gambar pertama yang aku edit kat bilik pengawas dengan Hakim n Zahid:
Dari kiri: Hakim da Ayam, Redz da Tsar (Duan A), Ashrap Azmin, Sifu Zahid