Thursday, September 6, 2012

ZzZzZzZ

Salam Alaik...

Alunanan Symphony #40 Mozart menemani malamku sepanjang dua minggu ini.. Diselit dengan 'Still Water' oleh Maksim, dan 'St Agnes and Burning Train' oleh Sting menandakan jiwaku tidak seperti sebelum itu.. Mungkin kejatuhan mood yang mendadak memberi impak kepada seleraku terhadap lagu tidurku..

Kejadian ini jarang berlaku kepada aku yang selalunya 'manic' dan 'serius', namun jika sekali terjadi maka bahanalah yang tiba.. Terakhir kali terjadi perkara yang sama ketika zaman-zaman aku di Manipal dulu, ketika zaman-zaman 'refresh'.. Tapi ketika itu aku ada tempat bertenang. jika tidak di End Point pada waktu malam, aku akan berada di Ananth Nagar Hillview.. Melihat alam dan mengagumi-Nya boleh  memberikan tenang kepada aku..

Namun di bandar bersejarah ini, aku masih belum menemui tempat tenangku.. Jika ada pun, salah satu pilihanku ialah pantai, namun jaraknya yang agak jauh untuk aku lewati pada malam merencatkan niatku.. Semestinya rumahku yang adadi Jerantut memang menjanjikan ketenangan! Namun tidaklah ada pintu suka hati untuk aku gunakan selalu.. Jadi, jangan ditanya kenapa aku sering bergerak ke Jerantut walhal jaraknya 4 jam perjalanan..

Aku katakan kepada diriku, bahawa aku memerlukan rehat.. Tapi apakah ada rehat dalam bidangku kelak? Kena bersabar dan melayan kerenah masa yang selalu mencemburui aku.. Aku berehat juga, sehingga terlebih rehat.. Aku ingin mencari sesuatu yang baru, yang membuka minda aku lebih luas, yang menjanjikan otakku disajikan dengan perkara yang lebih terbuka dan bukan terkurung..

Habiskan sahaja dahulu perjuangan Sessional ini.. Apa pun keputusannya, biar aku baiki di kala semester 7 dan 8 jika tidak mahu perjalananku terencat lagi.. Lepas Sessional, aku harus melihat alam, membuka mata.. Kata orang, posting pertama aku di Sem depan ialah Orthopedic, makanya masa yang agak sesuai untuk aku mencari jiwa..

Tuhanku, berikanlah aku ketenangan jiwa, dan jauhkanlah aku daripada kesedihan yang telah aku lalui atau akan aku lalui..