Monday, April 13, 2015

Alhamdulillah 'Ala Kulli Hal

Salam Alaik..

Perjalanan yang panjang nan jerih. Susah payah yang diharung dengan penuh ranjau duri. Pengakhiran yang merupakan satu permulaan dalam bab yang baru. Bagaimana mahu menghargai kejayaan dengan sepenuhnya jika tidak pernah merasai kegagalan? Bagaimana untuk belajar bangun jika tidak pernah jatuh?

Aku tidak ingat sejak bila aku mula bercita-cita untuk menjadi doktor. Seingat aku ketika sekolah rendah, aku nak jadi imam, polis dan bomba. Sedar-sedar saat hujung sekolah menengah aku dah mula mengintai kerjaya doktor. Bukan senang nak mengharungi perjalanan ini. Banyak kali rasa menyesal, namun digagahkan jua.

Aku memohon kepada Tuhan, agar perjalananku selepas ini dipermudah. Niat untuk berkhidmat kepada manusia akan tetap kekal di dalam hati. Andai ada khilaf, maka aku mohon tegurlah diri ini. Tanggungjawab yang bakal hadir bukan kecil. Meningkatkan kualiti hidup manusia, dan menjaga nyawa. Aku akan cuba berusaha sebaik mungkin, namun segalanya terletak kepada Tuhan yang Maha Kuasa.

Terima kasih kepada keluargaku semua yang memberi sokongan dan doa sejak dari aku kecik dulu. Kepada rerakan ketat, sekolah, kolej yang di sampingku memberi semangat, cikgu-cikgu dan lecturers daripada SKBJ, SMKPS, SMKATAHAP, SBPI Temerloh, INTEC, MMMC Manipal dan MMMC Melaka.. Kamu semua sebahagian daripada kejayaan ini..

Cuti telah bermula. Maka segala urusan dalam talian aku termasuk FB, twitter, emel etc akan menjadi terhad. Kalau nak menghubungi aku, gunalah sms atau telefon terus.

Setakat ini dulu. Syukur alhamduliLlah, dan aku juga memohon keampunan kepada Tuhan atas segala dosa-dosa aku sebelum dan selepas ini.