Saturday, October 31, 2009

Incredible India dari Pandangan Aku: TNB dan Hemisfera Utara

Salam Alaik...

Satu
Kejadian black-out yang selalu berlaku kat Anantha Nagar seminggu kebelakangan ini jelas sekali mengganggu usaha aku untuk belajar malah tido di waktu dekat-dekat nak exam nie... Aku tak tau nak marah sapa... Takkan nak marah TNB plak? Komfem bukan TNB yang bersalah dalam hal nie...

Black-out menyebabkan aku bergerak ke Perpustakaan Manipal U yang setinggi 6 tingkat... Aku tahu, kalau aku mula study kat library, fokus aku akan meningkat... Jadi, aku bawaklah nota Biochem sebagai bahan... Sebelum ni, kat INTEC aku dah ada pengalaman study kat Library beberapa kali... AKu rasa tak sampai dua kali kot... haha...

Sampai kat Library Manipal U, aku lepak kat tingkat 2... Cari kotak yang berada di sudut untuk mencapai fokus maksima... tapi aku tak belajar dari pengalaman aku kat INTEC dulu... Aku lupa bahawa diri aku nie "semakin tinggi fokus terhadap sesuatu, semakin cepat aku mengantuk"... Fokus 100% berjaya la jugak recall apa yang dah belajar dulu walaupun mengantuk cepat...
Library~ Syurga Nerdie

Dua
Sekarang di India, malam semakin panjang... Subuh macam biasa, 5.15am dah masuk... Tapi Maghrib bapak awal... Pukul 6.04pm dah masuk maghrib... Kiranya kul 6.30 dah totally gelap dah... Kalau kat Malaysia, biasanya orang balik main bola sebab Maghrib dah masuk... Tapi kat sini sekarang, balik main bola semua cakap "cepat weyh, Isyak dah dekat"... Haha.. Penangan duduk kat hemisfera utara...

Semalam, sempat la aku snap beberapa gambar kat End Point (Pusat Rekreasi: Padang, Taman, Trek Joging)... Saja nak snap sebab baru belajar beberapa teknik CS3... Hehe... Semangat lebih la nie... Aku turun dalam kul 5.50pm... Layan sunset la plak... haha... Ingat pagi tadi nak layan sunrise, tapi bangun lambat la plak~ Boleh layan gambau kat bawah nie...

Tiga
Man United vs Blackburn... 0130 Malaysia, 2300 India

Di balik batu


Di balik The Redz Devil


Sunset

Pondok Kecil: Ada dua orang tengah lepak kat situ

Oh Bulan~

Thursday, October 29, 2009

Jam Loceng Aku Di Pagi Hari

Salam Alaik

Pendahuluan (Takde kena mengena dengan tajuk): Tahniah kepada Liverpool sebab berjaya dengan konsistennya kalah dalam League Cup, tahniah kepada Man United sebab dengan konsistennya berjaya ke peringkat suku akhir... Tahniah jugak kepada Chelsea dan Arsenal sebab menang... haha...

Nampak tak jam aku?

Isi 1: Setiap pagi, dalam jam 6.30am, aku sering sahaja terbangun dari tido... Aku tau, kat India sekarang nie, 6.00am pon dah macam 7.30am kat Malaysia... Aku terbangun sebab jam loceng aku berbunyi nyaring... Kadang-kadang menyampah jugak, tapi nak wat camne, tak boleh nak tutup kot... Automatik berbunyi...

Jam Aku~


Tapi sekarang, dah kurang dah bunyi sebab dia dah ada anak... Tak lama lagi blah la dari sarang tue... Tapi, ada pulak yang baru buat... Sebelah katil aku je... Burung Pipit kot... Tapi tak kesah la... Bukan bising sangat pon pipit...

Sarang Baru- Pipit

Isi 2: Sedang aku tengok Man United vs Barnsley kat Channel Tensport India, dan sedang aku khusyuk melayan, tiba-tiba TV boleh uploading... Terkejut jugak aku... Astro pon tak pernah uploading... Kalau nak upgrade pon, mesti dalam standby position... ini masa aku tengah tengok bola... ceit... Nak upload pon, biarlah aku habis tengok... Hampeh... India-India

~Tengah Upgrading~

Isi 3: Blackout untuk malam ke 8 berturut-turut... Setiap malam mesti blackout... panas hati aku... Geram... Semalam dari kul 8pm sampai 11pm... Pastu, kul 11pm tue ada balik elektrik sebelum putus balik 3 minit lepas tue... Dan 3 minit lepas blackout, dia hidup balik, dan kemudian blackout balik... macam biskut plak... hampeh... Last-last aku tido tanpa memikirkan Table test viva keesokan harinya (hari nie)... Aku bangun kul 4, elektrik dah ada balik... Baru 10 minit study, blackout balik... huh~ Sabor~

Tuesday, October 27, 2009

Lilin Dan Ubat Nyamuk

Salam Alaik

Lilin I
membantu menerangi manusia
yang sedang diselubungi gelap
tika bekalan cahaya putus
membantu manusia
mencari jalan dan arah
supaya tidak terlanggar batas

Lilin II
membantu manusia lalai
dalam hanyut khayal
dibuai imaginasi indah
dengan realiti huduh
membakar diri
untuk memanaskan wid dan popi

Lilin III
meletak manusia ke lembah syirik
dipuja bagai Majusi
dihurung hulu hilir
memuja si mambang
mengharap bantuan entah siapa

Ubat Nyamuk I
menyelamatkan manusia
dari gangguan makhluk halus
elak ngiang telinga kanan kiri
elak bertepuk tampar sesama sendiri
elak bintat merah tumbuh
elak kulit cantik tersiat

Ubat Nyamuk II
membunuh si kecil
yang dahagakan darah
kerana darah hanya santapannya
yang mahu membesarkan anaknya
yang sedang berada di dalam telur

Pilih dua antara lima
mana yang kamu rasa terbaik untuk kamu
mungkin tidak bagi yang lain
fikirlah dan renunglah
sesuatu yang baik mungkin buruk
jika disalah guna
sesuatu yang buruk mungkin baik
jika diguna dengan betul


Redz Der Tsar

2254 26102009
Carutan Coretan Tatkala Blackout di Manipal
Pengalaman Indah ketika Study di India
Mungkin kini masa untuk Reaktor Nuklear di Karnataka
kembali ke zaman 50-an
study di bawah api
cuma tiada papan batu

Monday, October 26, 2009

Deja Vu~

Salam Alaik

Yeah, aku dapat rasakan betapa gembira makhluk-makhluk yang anti-Man United gembira pabila Man United dengan jayanya kalah dengan Liverpool... Haha...Aku faham kenapa mereka gembira... Aku faham kenapa bila Man United kalah jer, semua nak hambur kata-kata pujian atau kutukan kepada Man United... Aku faham semua... Aku tau mereka jarang sekali mendapat peluang untuk mengutuk Man United... Maklumlah, kalah jarang sekali... Sekali kalah jer, bertubi-tubi le aku kena...

Perlawanan semalam serius menarik... Macam-macam adegan aku tengok... Bermula dari bola pantai yang bersepah kat atas padang, sehinggalah melihat muka Alex yang merah padam sambil melompat-lompat atas padang menghamun pengadil yang tidak memberi kad merah ketika Carragher melakukan kesalahan profesional (professional foul) terhadap Owen yang jelas satu dengan satu dengan penjaga gol...

Aku malas nak membicarakan hal pengadilan perlwanan tersebut sebab aku tahu, dalam bola sepak, pengadil la hakim, peguam, dsb... Keputusan adalah muktamad, dan tidak boleh dibantah kecuali oleh kapten pasukan iaitu Ryan Giggs... Aku faham kempen Persatuan Bola Sepak England (FA) yang bertemakan 'RESPECT', yakni menghormati pengadil, jadi aku taknak hamun pengadil lebih-lebih seperti penyokong fanatik kelab berwarna biru...

Aku nampak Lucas buat kesalahan 6 kali tanpa kena sekeping kad pun... Aku nampak Carragher buat kesalahan professional tanpa kad merah... Aku nampak Carrick dijatuhkan, aku nampak anyak perkara... Tetapi biarkan sahaja... RESPECT~

Secara umumnya, perlawanan semalam dimenangi oleh Liverpool bukan sebab Liverpool yang hebat, tetapi pemain Man United terutama pemain pertahanan yang diketuai oleh Rio Ferdinand yang mabuk dan memberi gol secara hampir percuma kepada Fernando dan David... Gol yang sangat mudah dari kesilapan pemain bertaraf dunia... Ceit~ Kalau Fabio Capello ambik dia jadi pertahanan England lagi, aku tak tau la... Dah banyak kali kot buat kesalahan selepas dia pulang dari kecederaan...

Permainan Liverpool aku taknak komen... Sebab mereka memang main macam tue... Tak pernah berubah... Cuma mengharapkan pasukan lawan menjadi bengong barulah boleh menang... Serius aku cakap, pemain Man United semalam bermain macam pasukan Malaysia XI yang diketuai oleh Shukor Adan... Mereka tak bermain seperti mereka menentang Arsenal, Man City atau Chelsea... Hampeh... Kiranya Liverpool hanya berbangga dengan kejayaan atas kelemahan pasukan lain...

Tapi takpe... Kalah dua kali bukan bermakna Liga Inggeris terlepas... Sedangkan musim lepas steady jer Man United menang walau kalah 4 kali... haha... BPL bukan main kalah mati... BPL memerlukan konsisten... Pasukan mana yang konsisten? Aku nampak yag konsisten ialah Chelsea, United dengan Arsenal (walaupun seri semalam)... Tapi aku serius tak nampak Liverpool konsisten...

Penyokong Liverpool sering kata 'Man United is a one man team' merujuk kepada Ronaldo... Tetapi salah, Ronaldo tiada, tiada apa yang buruk berlaku... haha... Kalau Torres dan Gerrard kedua-duanya takde? Ape citer? Kalah 4 game berturut-turut la... Selamat sungguh Torres fit semalam... Huh...

Dah le.. Malas nak tulis tentang Liverpool VS Man United dah... Nanti ada orang kata aku anti pasukan yang ditaja Carlsberg pulak... hehe... Tengok la ke hadapan... Aku tahu tidak akan ada lagi deja vu untuk Man United vs Liverpool nanti pada 20 Mac 2010... Pegang kata aku, Man Unied akan menang 4-1 atas Liverpool masa tue...Aku tahu, Man United payah nak menang BPL, tetapi apa yang aku tahu, Man United tetap atas Liverpool masa akhir musim nanti~ Serius...


Glory Forever
Manchester United

Sunday, October 25, 2009

K.O.M.I.T.M.E.N

Salam Alaik...

Komitmen... Satu perkataan yang sering kali diperkata oleh ramai orang termasuk yang berkapel, ahli politik, ibu, suami, adik-beradik, dsb... Komitmen dalam berkapel ada banyak signifikan..

Contoh, kalau nak meyakinkan pasangan, "I akan bagi komitmen 100% dalam hubungan kita, serius!"... Kalau nak menafikan hubungan dengan orang lain (main kayu tiga), "Serius, komitmen I dengan U juga... Bukan dengan dia"... Dan yang paling sadis pabila nak putus, "I tak boleh la bagi komitmen kat U sebab I ada komitmen lain..."

Sebut komitmen dalam berkapel, kita bukan sekadar memberi komitmen kepada pasangan kita, tetapi kita kena jugak bagi komitmen dengan benda lain... Komitmen paling utama yang kita patut bagi ialah kepada Allah... Kenapa? Sebab kalau kita komitmen 100% kepada kapel jer, maka senang la nak buat perkara-perkara lagha dan melupakan batas-batas agama...

Kedua, komitmen kepada ibu bapa... Dalam berkapel, komitmen jugak kena bagi kat ibu dan bapa kedua-dua belah pihak, baik di pihak kita atau pihak pasangan kita... Kerana kita sedang manalinkan hubungan dengan anak mereka... Jangan duk berkapel tapi ayah mak mereka tak tau... Ayah dan mak sendiri pulak jangan dilupakan semasa berkapel...

Ketiga, komitmen kepada rakan... Ini banyak berlaku kini... Apabila berkapel jer, dah mula lari dari rakan-rakan... Bila diajak keluar, dibagi alasan nak date dengan kapel la... Ini jelas sekali boleh merosakkan ukhwah sesama kawan... Balik-balik kalau clash (mintak jauh), jumpa kawan jugak... Ceit...

Keempat, komitmen kepada diri kita... Janganlah bila berkapel, diri tak terjaga... Study lari, bilik tak kemas sebab tak sempat nak jumpa awek, makan dicatu sebab nak belanja awek dsb... Kalau komitmen terhadap diri sendiri tak terjaga, maka tak mustahil awek tue boleh lari dari kita... Sapelah kita dengan kapel kita kalau kita tak terurus... Ada faham...

Komitmen terhadap awek aku taknak cakap sebab semua dah tahu, kan?

Jadi, kesimpulan, nak berkapel kena fikir banyak komitmen... Kadang-kadang sesetengah orang asyik fikir keseronokan tanpa memikirkan komitmen-komitmen yang banyak nie... Bila dah kapel mula la rasa menyesal sebab banyak komitmen... Bagi yang jenis buaya, komitmen memang takde dalam kamus hidup diorang...

Sila ambil perhatian, aku tulis nie bukan nak promote kapel, tapi sebagai peringatan... Kalau yang belum berkapel lagi, sila jangan... Kalau nak kapel, sila kapel selepas kawen... Kalau sekdar nak berkenal-kenalan, cukuplah yang mana yang patut... Jangan berlebih... Nanti kalau kawen, takde ape nak cerita dah...


Mana yang dah kapel, sila bagi komitmen kepada semua di atas... Dan sila kawen awa... Bahaya lambat-lambat... Takut boleh terluka dan terlepas komitmen~

Sila komen kalau tak puas hati!!! Hehe...

Sekadar suka-suka...

p/s: Glory glory Man United!!!

Saturday, October 24, 2009

Menjelang Hari Yang Besar~

Salam Alaik...

Seminggu je lagi masa yang tinggal untuk aku belajar sebagai usaha untuk menghadapi Block Exam III... Pejam celik, dah hampir 2 bulan aku kat India setelah bercuti di Malaysia... Masa terasa cepat bila semakin hampir dengan sesuatu...

Cabaran masih banyak... Macam-macam ada... Setakat cabaran dalam belajar tue, seder sangat kalau nak dibandingkan dengan cabaran menghadapi masalah manusia yang sangat payah dan kompleks serta fleksibel nie... Eish...

Aku bukan nak tulis panjang, aku cuma nak bagitau yang esok, 25 Oktober 2009 merangkap hari Ahad, ada game Liverpool vs Man United kat Anfield...

Waktu: Malaysia- 9pm; India: 6.30pm...
Anfield.. Away United, Home Liverpool
Kedudukan Liga: United 1, Livepool 8
Pencapaian Liga: United dan Livepool 18 Kejuaraan setiap satu
Perlawanan terakhir bersama: Man United 1-Liverpool 4
Perlawanan terakhir yang lain: CSKA 0-United 1; Liverpool 1-Lyon 2
Kejuaraan liga terakhir: United 2009, Liverpool 1990
Pengurus: United- SAF, Liverpool- Rafa

Prediction: Sebab Man United main away, aku rasa seri 1-1... + Rooney, Fletcher, Gerrard, Torres cedera...

Tapi,
No torres, no gerrard, no point, no title~ Haha..
No Ronaldo, No hal la~ Haha..

Sekian~ Layan

Wednesday, October 21, 2009

Kemalangan atau Kecelakaan

Salam Alaik...

Situasi I:
Sekumpulan pelajar kolej Mentakab-Mangalore Medical College sedang dalam perjalanan ke Malpe Beach, kira-kira 70km daripada Mangalore... Pelajar-pelajar perubatan tahun ketiga itu berkonvoi dengan motor berkuasa sederhana mereka seperti Bajaj Pulsar 200, Honda CBZ, Apache dsb...

Sampai di Manipal, ketika melalui jalan lurus menghala ke Malpe, ada sebuah kereta tiba-tiba membuat pusingan U secara merbahaya dan mengejut tanpa menghiraukan konvoi itu... Pelajar-pelajar itu yang sedang menaiki motor dengan kelajuan 65km/j tidak mempunyai pilhan lain selain melanggar kereta itu... Semua pelajar yang menyertai konvoi itu terlibat... Motor dan kereta itu rosak teruk, tetapi pelajar dan pemandu kereta itu selamat tanpa sebarang kecederaan...

Situasi 2:
Tiga orang pelajar dengan dua biji motor sedang bergerak menaiki motorsikal menuju ke hospital untuk melawat rakan mereka yang baru sahaja dimasukkan ke hospital kerana demam panas... Cuaca sangat indah hari itu, dan mereka hanya membawa motor dengan kelajuan 50km/j sambil mengambil angin petang yang sepoi-sepoi bahasa...

Ketika melalui jalan besar menuju ke Bulatan Harimau dari Bulatan Syndicate, seekor burung gagak sebesar burung helang terbang rendah dan tiba-tiba pengsan ketika terbang... Burung gagak itu jatuh melayang dan menghentam kepala pelajar yang sedang menaiki motorsikal itu... Motornya hilang kawalan lalu terjatuh... Motor yang lagi satu juga terkejut dan cuba mengelak... Tetapi terjatuh juga akibat terlanggar pembahagi jalan...

Cuba kita lihat kedua-dua situasi ini... Apa perbezaan utamanya berdasarkan tajuk yang diberi? Situasi 1, aku lebih suka menggunakan istilah kecelakaan jalan raya berbanding kemalangan jalan raya kerana dalam situasi ini, kereta itu dengan celakanya melakukan kesalahan jalan raya yang menyebabkan terjadinya kecelakaan jalan raya...

Kalau situasi 2, aku lebih suka menggunakan perkataan kemalangan jalan raya sebab tiada sesiapa yang celaka dalam hal ni... Ini semuanya hanya nasib malang yang menimpa pembawa motorsikal itu... Kesian...

Apa macam? Faham tak perbezaan kecelakaan dengan kemalangan? Untuk uji kefahaman, sila beritahu apakah yang berlaku dalam situasi di bawah ini (kemalangan atau kecelakaan):

Situasi 3:
Seorang pelajar sedang menaiki motorsikal Royal Enfield 500cc meluncur di jalan raya sekitar Udupi... Ketika sedang memecut dengan kelajuan 90km/j, tiba-tiba lampu trafik (traffic light) terjatuh dari tiangnya dan menghempap badan pelajar itu... Pelajar itu hilang kawalan lalu melanggar pejalan kaki yang berada di tempat kejadian... Pelajar itu mengalami kecederaan ringan manakala pejalan kaki mengalami kecederaan parah...

Situasi 3: Kecelakaan atau kemalangan?

Monday, October 19, 2009

Perhatian Kepada Bloggers

Salam Alaik...

Baru-baru nie link rakan-rakan bloggers aku telah menghilangkan diri dengan jayanya dalam sidebar (gadget) bertajuk 'Setan Yang mencarut'... Jadi ini menyebabkan aku hampir lost contact dengan semua bloggers yang pernah melawat blog aku, atau yang selalu aku lawat blog dia... Jadi, aku harap, kepada blogger yang berkenaan, sila bagitahu alamat blog anda dalam ruangan komen atau cukup sekadar 'post' alamat itu kat shoutout...

Kerjasama anda amat dialu-alukan untuk membina ukhwah dalam kalangan bloggers...

Terima Kasih

Redz (Sam) der Tsar

Saturday, October 17, 2009

Bersatunya Malaysia dan Singapura Menentang India

Salam Alaik...

Aku bangun lewat hari ini kerana cuti sempena Diwali di India... Walaupun kat Malaysia bapak meriah Diwali, tapi kat India, Diwali macam biasa je... Kedai pun bukak masa DIwali nie... Pagi tue, aku melepak kat kedai Nandini Store, bersarapan dengan Ediamin...

Tengah melepak, datang mamat India dari Singapura masuk kedai tue bertanyakan kecederaan Edi akibat eksiden... Mamat tue langsung tak terkejut... Lepas tengok tue, terus dia mencarut kat keadaan trafik India yang memang macam haram...

Aku dengan Edi tengok je la debat ala parlimen yang percuma tue... Mula-mula mamat tue kutuk bas India yang macam haram bawak laju... Macam-macam la dia mencarut... haha... Aku tengok lagi... Tokey Nandini Store tue back-up driver bas dengan berkata dalam bahasa Ingeris yang telah dialih bahasa kepada bahasa MELAYU - Diorang ikut masa... Kalau lambat nanti penumpang sikit... setiap 5 minit kena ada bas ambik... Kalau tak pelanggan dah kena sapu... Kalau pelanggan takde, driver rugi sebab setiap hari driver kena bayar Rs1000-2000 kepada pemilik....

Aku pun hangin la.. Aku pun back-up mamat Singapura tue... Aku dengan Edi pun kata 'takkan timing lagi penting dari nyawa'? Tokey Nandini tue pun kata, timing lagi penting... Sebab ramai kutuk khidmat kerajaan India sebab timing lari, jadi private sector kena la jage timing...

Kepala hotak dia timing kalau nyawa pengguna lain hujung handle motor... Ape die ingat nyawa orang nie berharga 5 rupee (sama harga dengan tiket bas)? Tokey Nandini tue memang memanjang back-up driver bus.. hampeh... Alasan yang sama... Mamat SIngapura duk mencarut-carut lagi kutuk bas dengan trafik... Si Tokey Nandini plak duk bising-bising 'timing-timing-timing'...

Last sekali, aku pun kata "Ye la, nyawa orang tak yah bayar kalau mati, tapi kalau customer lari kena bayar"... Mangkuk punya alasan!!!

p/s: Banyak lagi nak tulis nie, tapi sebab ada komitmen lain kena potong bagi cepat~

Friday, October 16, 2009

Semua Untuk Satu, Satu Untuk Semua

Salam Alaik...

All for one, one for all.. Ayat yang terngiang-ngiang kat pale otak aku sekarang... Aku teringat masa zaman muda-muda dulu, masa kat sekolah menengah dulu, cikgu selalu guna ayat nie... Cikgu masa tue menggunakan ayat nie untuk menghukum budak-budak...

Sebagai contoh, kalau masa perhimpunan malam, ada seorang budak takde atau missing in action, maka satu sekolah la akan menunggu budak itu sampai dia turun... Selagi tak turun selagi tue la tak boleh blah dari Dataran Uhud... Maka sebab seorang budak maka satu sekolah terseksa... All for one la katekan...

Cikgu ada tujuan nak buat menda nie... Antaranya memastikan budak berdisiplin dalam masa dan peraturan... Aku faham tue... Tapi biasa la, kalo kena hukum memang bengang... Mana taknya, tak pasal-pasal kena hukum sekali... Padahal budak yang hilang tue pergi menghilangkan dirinya tanpa disedari seorang pun...

Maka, bila budak tue kantoi, timbullah perasaan menyesal kat budak tue sebab menyusahkan orang lain... Konsep nie jugak pernah diaplikasikan semasa kes hanger atas atap Aspura... Sebab beberapa budak yang suka melayangkan hanger atas atap, maka satu aspura tepaksa bertapa bawah arahan Cikgu Fathullah... Hurmph.. Hampeh...

Baru-baru nie, teringat pulak pensyarah bernama Venkata Ramana... Dia cuba mengingatkan aku dengan konsep nie... Dia pun bercerita (setelah dialih bahasa dan diolah):

'Lelaki mandul bukan bermakna tiada sperma yang dikeluarkan, tetapi jumlah sperma yang dikeluarkan itu sikit... Walaupun hanya satu je yang mungkin akan bersenyawa, tetapi jumlah sperma juga membantu... Ini semua sebab sperma akan saling membantu untuk memastikan seekor sperma berjaya bergerak ke arah ovum... Mereka tak kisah mereka tak lepas, yang penting ada wakil mereka lepas atas usaha dan pertolongan mereka... Sungguh, kalau tak banyak sperma maka tak banyak bantuan maka batch sperma itu gagal semuanya..."

Huhu... Melihat contoh kepada sperma nie memang logik dengan sifat bantu-membantu dan sifat 'all for one, one for all'... Kalau mereka tak saling membantu, maka tiada satu pun yang boleh dibanggakan kepada mereka... Kalaulah ada seekor yang berjaya sampai ke sekurang-kurang tiub fallopio, maka itu bukan kejayaan sendiri, tetapi kejayaan satu kumpulan... Boleh la dibanggakan...

Mengambil contoh kepada semangat sperma ini, kita seharusnya saling membantu untuk memastikan kumpulan kita atau jemaah kita berjaya... Jangan bersikap pentingkan diri, kerana nanti tak guna jugak... Kalau satu kumpulan bersatu, semua sekali mungkin berjaya, malah ada yang berjaya melampau-lampau... Kalau penting diri, maka kejayaan yang ada (kalau ada) hanyalah kecil...

Kejayaan hasil dari kerjasama memang sangat manis... Serius... Tak tipu... Cubalah... Cuma nak mewujudkan kerjasama tue la payah sikit sebab manusia nie pelbagai sifat, dan perangai... Manusia yang dah hidup bukan lagi sperma yang fokusnya hanya persenyawaan... Manusia punya banyak fokus, tak kira la untuk kemaslahatan umat atau sekadar untuk dirinya sahaja...

Apa yang penting, kenalah bulatkan tekad dan kuatkan azam ntuk bersatu dan berkerjasama... Apa yang penting? Kerjasama~ Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat... Lidi sebatang mudah dipatahkan, kalau penyapu lidi? Haha... Sperma seekor tak mampu membawa dirinya ke depan dengan sendiri, tetapi dengan semangat berpasukan, segala halangan dapat ditempuhi...

Cubalah jadi macam sperma, tak pentingkan diri... Mengutamakan kumpulan dari diri sendiri... Aplikasi dalam kehidupan kita, nescaya kumpulan kita berjaya... Aplikasi dalam hidup sebagai kesatuan Islam, maka berjayalah Islam... Innama mu'minuna ikhwah~ Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara...

~Panjang lagi sebenarnya, tapi belum mahu mengahbiskan sebab kena bukak banyak rujukan~

Jazakallah~

Tuesday, October 13, 2009

Serius, Terima Kasih

Salam Alaik

Serius
Apa yang aku mahu
tentang perkara ini
sentiasa gagal
walau berusaha

Aku buat untuk kita
untuk dia
untuk aku
untuk kamu
untuk bersama

aku gagal lagi
kecewa
sering kali
banyak kali

Serius
aku cuba lagi
rancang segalanya
letak harapan tinggi
harap berjaya

tapi masih gagal
masih serupa dulu
dulu yang baru-baru ini
bukan dulu yang dulu-dulu

Serius
tika aku tiba sini
aku ingat boleh berlaku
rupanya ia berpuaka
mereka
membawa sepi sendiri
mengorak jalan sendiri
semuanya sendiri

Serius
bukan salah aku sendiri
bila yang diharap tak memberi
sedang aku cuba memaksa
semua lari dengan alasan sendiri
remeh.temeh.mudah.gampang

Serius
aku tahu perkara ini semut
tapi sengaja aku
membayangkan ia busut
kerana tanpa semut
tiadalah busut
perkara ini ringan bagi kamu
bagi mereka, dia semua
tapi berat bagi aku
menghempap aku jauh ke dalam

Serius
satu untuk semua
semua untuk satu
tak satu yang berfikir
tak satu cuba fikir
atau sengaja tak tahu

Serius
dimensi membutakan mata
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
dengan kerjasama musang
bagai Sylar dengan Danko

Serius
Aku tahu aku tak dapat
apa yang aku harap
tapi aku tahu
Dia bagi apa yang aku perlu
kini aku perlu senyap
ikut permainan mereka
permainan licik dalam diam
biar tergadai busut
agar semut gembira

Aku cuma mahu terbaik
aku cuma manusia biasa
aku mungkin unik
tapi unikku tak semestinya menolak segalanya

Aku takkan dapat semua yang aku nak
Dia bagi apa yang aku perlu
biar saja visiku itu
kerana aku tahu
siapa yang aku perlu
apa yang aku perlu
dengan itu aku mampu
untuk berdiri tanpa sendiku patah

Terima kasih
kerana menggagalkannya
walau tanpa kamu sedar
terima kasih
dengan alasan-alasan remeh itu
yang sudah lapuk
terima kasih
atas usaha bekerjasama
walau tak bekerjasama
terima kasih
kerana masih tak sedar
terima kasih
serius,terima kasih

Alhamdulillah~

p/s: Ini bukan masalah peribadi... Ini masalah manusia yang rumit... Sajak nie tidak ditujukan khas kepada sapa-sapa, cuma sekadar untuk berkongsi... Masalah yang nampak kecik, tapi sebenarnya boleh jadi besar~ Elakkanla masalah nie

Sunday, October 11, 2009

Perancangan Untuk Menghapuskan Malaysia dari Dunia di India

Salam Alaik...

Amaran: Ini hanyalah satu teori konspirasi yang dicanangkan oleh aku... Jadi, segala teori hanyalah sekadar teori atau persepsi... Teori tidak semestinya menjadi realiti...
Di India, ada sebuah organisasi yang bertopengkan syarikat Telekomunikasi iaitu Aircel yang mahu menghapuskan Malaysia dari peta dunia... Syarikat ini menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan nama Malaysia dan menggunakan sepenuhnya kelemahan masyarakat India di India yang tidak mengetahui dengan jelas nama Malaysia...

Pada awalnya, Aircel, sebuah syarikat telekomunikasi yang berpengkalan di India menanam satu asas yang kukuh dalam industri telekomunikasi dan bercadang untuk menjadi konglomerat telekomunikasi sebelum memulakan misi mereka menghilangkan nama Malaysia di peta dunia...

Setelah beberapa lama berusaha untuk menjadi gergasi telekomunikasi, Aircel gagal memusnahkan legasi Airtel yang jelas lebih hebat... Usaha untuk mengelirukan rakyat India dengan menggunakan nama yang hampir sama dengan Airtel gagal menaikkan reputasinya...

Berbekalkan nama yang ada dan kekayaan yang dipungut, Aircel memandang visinya yang perlu dilaksanakan secepat mungkin... Oleh sebab tidak mahu menunggu lama, Aircel menjalankan operasi pertamanya untuk memadamkan nama Malaysia, saya ulang memadamkan nama M.A.L.A.Y.S.I.A...

Lihat sahajalah gambar di bawah ini:



Nampak tak apa yang cuba Aircel lakukan?
Kalau tak nampak lagi, biar saya fokuskan sikit:



Kalau dilihat, Aircel cuba memadamkan nama MALAYSIA dan menggantikannya dengan MALASIYA... Inilah yang dinamakan konspirasi...

Selain itu, Aircel juga memadamkan nama Malaysia di menu-menu kedai makan yang ditajanya... Mereka menukarkan nama Malaysia kepada Malayshia, Malashia dan sebagainya untuk mengaburkan mata rakyat India daripada kewujudan Malaysia...

P/s: Rekaan semata-mata

Wad Trauma dan Kecemasan II

Salam Alaik...

Sambungan Siri Satu~

V
Keadaan di hadapan Manipal Store menjadi kabut apabila sebuah motorsikal melanggar seorang tua yang sedang berjalan kaki... Ramai saksi mencuba untuk membantu, mengangkat orang tua itu yang tidak berdaya untuk berdiri sendiri... Anak muda, Jonathan bangun serta bingung memikirkan kejadian itu... Mana mungkin ia akan terjadi jika dia tidak lalai ketika membawa motor...

Zack, seorang pelajar Malaysia yang memonteng kelas anatomi, kebetulan berada di sana terus menelefon ambulan memohon bantuan... Suasana bising tadi beransur tenang apabila semua orang mula meninggalkan tempat kejadian... Pratap terus duduk di bahu jalan, tidak mampu berdiri... Kakinya sakit, biru tidak mampu digerakkan... Jonathan memandang motornya yang tidak begitu teruk rosak... Hanya sekadar calar akibat terjatuh setelah membrek... Lututnya serta tangannya juga bercalar, darah membasahi lengan baju...

Pratap bersyukur kerana Jonathan sempat membrek... Walaupun Pratap dilanggar, tetapi impaknya tidak sehebat jika Jonathan tidak membrek... Jonathan membuat muka kecewa... Tidak sangka kejadian sebegini disebabkan olehnya... Sebuah van kecil berwarna putih tiba, membawa Jonathan dan Pratap ke Kasturba Hospital, kira-kira 1km dari tempat kejadian...

VI

0900
Sampai di wad trauma, Pratap diberikan rawatan awal... Doktor mencuci lukanya di muka sebelum dihantar ke pusat X-Ray untuk didiagnosis keadaan kakinya... Jonathan pula duduk di atas katil wad trauma, tunduk menyesal... Darah dari lukanya masih belum berhenti mengalir... Doktor di sana masih sibuk... Walau tiada pesakit lain... Lukanya masih belum dicuci...

1000
Setelah sejam menunggu giliran, di bahagian X-Ray, Pratap diberitahu bahawa tulang tibianya patah... Dia dikehendaki kembali ke wad trauma untuk pemeriksaan lanjut... Dia kembali ke katil sebelah Jonathan yang masih berdarah di luka kecilnya itu... Muka Jonathan pucat, dan nampak keletihan...

1100
Doktor masih tiada di wad trauma untuk merawat Jonathan... Jonathan mula pening, dan terus pitam... Pratap yang terbaring menyedari keadaan wad trauma hingar bingar, bising dan kalut tanpa menyedari puncanya... Doktor mula memasuki wad trauma dan melihat Jonathan... Jonathan pengsan setelah kehilangan darah yang banyak...

p/s: Cerpen ini gagal disiapkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan... Antara sebabnya ialah cerpen ini memerlukan lebih kurang 2 siri lagi, dan aku takde masa untuk itu...Maaf~

Friday, October 9, 2009

Wad Trauma dan Kecemasan

Salam Alaik...

I
Suatu pagi yang hening, seorang warga India, Pratap sedang berjalan kaki menuju ke pusat bandar Manipal... Suasana pagi diselangi kicauan burung sangat menyenangkan... Dia berjalan perlahan, menyusuri laluan-laluan yang dipenuhi dengan daun kering sambil mengunyah tembakau yang baru sahaja dibelinya... Hajatnya hanya satu, mahu membeli keperluan dapur di Manipal Store...

Di Pratham, seorang India dari Amerika, Jonathan menghidupkan enjin motornya sambil di mulutnya memuncung menghembus asap Winston yang baru dibelinya dari Nandini Store... Hari itu, tiada kelas di awal pagi... Dia hanya mahu ke BSNL membayar bil internetnya yang sudah 3 bulan tidak dijelaskan... Tanpa internet, hidupnya terpisah dari dunia luar, hidupnya hanya di Manipal...

II
Sedang Pratap berjalan, dia melihat kenderaan yang lalu lalang... Penuh kereta dan motor, bunyi hon menerjah telinganya yang robek akibat kemalangan 20 tahun lalu... Seketika dia berhenti, menghilangkan lelah, menghirup udara yang bercampur, bercampur bau lembu, hancing, asap dan sebagainya...

Jonathan memecut motor Pulsar 180cc-nya itu membelah sejuk pagi... Mengharapkan internet yang sudah lama ditinggalkannya itu kembali... Sepanjang perjalanan, dia melihat pelbagai ragam manusia... Ada sekali, dia terlihat seorang kanak-kanak berkaki ayam, mencari pelajar yang dtaang dari luar, meminta-minta akan sesuatu untuk dimakan... Di sudut yang lain pula, dia lihat pelajar memakai kot makmal berwarna putih, berjalan berkumpulan, mahu pergi ke praktikal barangkali...

III
Di susur jalan, berhadapan dengan stesen Auto Rickshaw, Pratap menghela nafas panjang... sudah beberapa kali berhenti, akhirnya Manipal Store berada di seberang jalan sahaja... Dia melangkah terus, tanpa menghiraukan keadaan trafik... Melangkah perlahan, kerana umurnya yang menjangkau 50 tahun... Masa terasa bergerak terlalu perlahan baginya yang bekerja sebagai tukang masak... Hidupnya penuh dengan kebosanan...

Motor merah kepunyaan Jonathan berkilau... Dengan stiker kuning berwajah syaitan dia memcut laju... Sampai di selekoh hampir ke BSNL, dia terlihat gadis Kaukasia, berkulit putih... Dari Kanada agaknya... Matanya tidak terlepas dari melirik gadis itu... Sangat manja dan cantik bentuk badannya...

IV
Pratap sudah hampir separuh jalan bergerak... Melangkah lagi sambil mengelak pejalan kaki yang lain... Kadang kala dia ditolak, terhuyung hayang dilanggar manusia... Tapi langkahnya tetap tegar ke hadapan... Tidak pernah dia berasa begitu gagah untuk mengharungi manusia sebanyak itu...

Jonathan masih melirik gadis cantik itu... Sesudah gadis itu masuk ke dalam Manipal Store, dia memandang ke hadapan... Memandang dekat ke hadapan, melihat seorang tua setengah abad berada 1 meter di hadapan motornya... Dia cuba membrek... Tetapi dengan kelajuannya, brek itu pun tak mampu nak memberhentikannya dalam jarak 1 meter...

Bersambung~

Friday, October 2, 2009

Kucing Anjing

Salam Alaik

Kalau kita lihat di Malaya, kucing memang tak pernah nak bersahabat dengan anjing, anjing pun sama... Mereka tak habis-habis bergaduh, berkejaran, saling menggigit (walau aku tak pernah nampak kucing gigit anjing)... Macam tiada apa yang mampu mendamaikan diorang... Serius, sapa pernah nampak anjing dengan kucing baik kat Malaya, memang bernasib baik... Satu dalam seribu...

Macam la jugak Hamas dan Fatah di Palestin... Macam payah sangat je nak berbaik sesama mereka... Ada je benda untuk diangkat menjadi isu... Tak boleh nak bertolak ansur langsung... Padahal jikalau mereka bersatu, itulah yang terbaik bagi Palestin...

Sekurang-kurang anjing dan kucing bergaduh sebab memang diorang lain spesies, tapi Hamas dan Fatah beragama, berbangsa dan bermatlamat yang sama... Cuma modus operandi yang berbeza... Yang mana lebih teruk? Anjing vs kucing atau Hamas vs Fatah?

Tapi, untuk bersatu, tidak mustahil... Bukan tujuan aku kat sini nak mengutuk je... Apa yang penting ialah kerjasama antara semua pihak, tak kiralah dari Hamas atau Fatah sendiri mahupun organisasi atau Islam yang lain sebagai contoh OIC dsb... Aku rasa, bagi pendapat aku, apa yang bermain di fikiran aku ialah diorang punya matlamat luaran yang sama tetapi matlamat dalaman yang berbeza... Kalau disatukan matlamat itu, nescaya boleh diorang bersatu...

Kenapa aku tiba-tiba cakap pasal Palestin nie? Haha... Sebenarnya apa yang aku nak tunjuk ialah tak mustahil untuk berdamai... Anjing dan kucing pun boleh berdamai... Tengok je la bawah nie... Gambar yang aku ambik sehari sebelum raya...

Kucing dan Anjing
Matlamat: Mahu makan sisa ayam yang telah dibasuh

Modus Operandi: Tunggu sampai orang takde kemudian baham



Rahsia Motor Baru Budak Rumah Raya

Salam Alaik...

Walaupun sudah 7 bulan hidup bersama, sebulan duduk serumah, aku masih tak faham kenapa ada dalam kalangan budak rumah raya yang masih lagi berahsia... Ya, aku akui, baru 7 bulan, takkan nak bagitau semua rahsia... tapi yang aku bengangnye, benda yang tak payah nak rahsia pun dia nak rahsia...

Rumah Raya

Pagi tadi, semasa mahu pergi ke kelas, satu rahsia besar bocor kat rumah raya... Ada budak rumah raya beli motor baru tanpa pengetahuan semua ahlinya... Takkan Vincent (caretaker) pulak yang beli motor tue? Semua keluar rumah terkejut dengan kehadiran motor baru tue... Mana taknya, takde angin, tiba-tiba ada motor... Dah la besar dan tinggi, hitam pulak tue... Eish... Misteri...

Sampai sekarang takde sapa mengaku bertanggungjawab terhadap motor itu yang gambarnya ada kat bawah nie... Sape-sape yang kenal tuan motor ini sila hubungi saya di nombor 1-800-88-8008... Terima Kasih~




p/s: Ade agensi pembasmian haiwan liar tak kat India nie? Masuk umah orang pastu berlindung dari hujan kat parkir motor rumah Raya... Selamat tak berak~