Wednesday, December 31, 2014

Semoga Tahun Depan Lebih Baik!

Salam Alaik..

Perkara yang dianggap kecil, kekadang boleh jadi besar. Jangan terlalu selesa, atau jangan terlepas pandang. Kekadang perkara yang dianggap kecil itulah yang memberikan kita kelebihan yang besar; atau perkara yang kecil itu yang membawa kemudaratan yang besar.

Berhati-hati dalam memilih jalan. Jika tersilap jalan, mohon sempat berundur dan jangan diulang lagi. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sudah terhantuk beru tergadah.

Tahun 2014 bukanlah tahun yang baik bagi aku. Namun, banyak pengajaran yang boleh diambil. Tahun 2015 harapnya menjadi lebih baik.




Terlalu pandang rendah.



Saturday, December 20, 2014

Sajak: ...

Salam 'Alaik

P/s: Ini ialah sebuah sajak

...

ruang kosong
penuh sepi
kering ditiup angin
panas kedinginan

mencari sesuatu
untuk mengisi
hampa dipukul harapan
yang tak menjadi

inginku maki
kepada siapa?
inginku diam
ruginya siapa?
akhirnya senyum
menutup bicara

bila tersepit
hamun manusia
namun lupa
Tuhan punya segalanya.

senyum walau sukar
senyum walau payah
beri harapan
walau hanya untuk sendiri

jangan habis asa
selagi sabar tiada
selagi segan berdoa
jangan pernah berhenti
percaya pada Tuhan


Friday, November 28, 2014

Mari Belajar Asas Loghat Pahang II

Salam Alaik..

Pengenalan

Bahasa Melayu Pahang merupakan bahasa/loghat/dialek yang berasal daripada negeri Pahang, dan ditutur oleh lebih kurang 1.01 juta orang Melayu di Pahang. Loghat Pahang ini merupakan dialek yang menguasai nageri Pahang di samping ada dialek-dialek lain yang lebih kurang sama dengan dialek umum ini. Sepanjang pesisir pantai Pahang, loghat Terengganu digunakan oleh sebahagian besar penduduk yang berasal dari golongan nelayan di kampung dan bandar. Selain itu, dialek yang digunakan di Pulau Tioman merupakan dialek yang jauh daripada bahasa biasa Melayu, dan sangat hampir dengan loghat Sarawak.

Loghat Pahang, Terengganu dan Kelantan mempunyai kelainan yang besar daripada segi sebutan, namun perkataan asasnya kebanyakannya masih sama. Ketiga-tiga loghat ini boleh dikategorikan sebagai loghat Pantai Timur walaupun mempunyai perbezaan yang agak ketara.

Loghat Pahang terkenal dengan nadanya yang boleh berubah daripada rendah ke tinggi, dan juga dialeknya yang pantas. Loghat Pahang berbeza dengan Bahasa Melayu standard daripada segi cara sebutan perkataan (fonologi) dan tatabahasa. Loghat Pahang yang paling tulen, yang terdapat di kampung-kampung biasanya tidak boleh difahami oleh orang yang bertutur dengan dialek lain. Malah, cara cakap yang laju oleh sebahagian penutur dialek Pahang juga susah untuk difahami oleh orang luar.

Demografi


Bahasa Melayu Pahang dalam loghat Pahang disebut Base Paha (basɘ pahãŋ) atau Caka Pahang (Cakap Pahang / tʃakaʔ pahãŋ). Loghat Pahang secara umumnya berbeza daripada hulu sungai sehinggalah ke hilir sungai Pahang. Asal loghat Pahang dikatakan daripada hilir sungai Pahang di mana penempatan penduduk pertama di Pahang, kemudiannya mula bertebaran di seluruh Pahang mengikut aliran-aliran sungai. Ada juga teori yang menyatakan bahawa loghat Pahang berasal daripada Ulu Tembeling dan Ulu Jelai, sebelum bertebaran mengikut arus sungai. Loghat Pahang biasanya hanya dituturkan di negeri Pahang, namun ada sebahagian penduduk Pahang yang berhijrah ke tempat lain membawa loghat ini bersama mereka.

Klasifikasi


Loghat-loghat dalam Pahang terdapat banyak jenis. Cubaan untuk mengklasifikasikan loghat Pahang ini kepada beberapa sub-dialek ternyata susah, namun seorang sarjana bahasa, Asmah Omar menyenaraikan terdapat 8 jenis loghat Pahang iaitu Pekan, Benta, Raub, Ulu Tembeling, Rompin, Temerloh, Kuala Lipis dan Bentong. Loghat yang dituturkan di Kuantan, Jerantut dan beberapa bahagian di Pekan juga berbeza daripada beberapa aspek.

Ada juga yang mengklasifikasikan loghat Pahang berdasarkan sungai Pahang, Mereka membahagikan loghat Pahang kepada tiga kumpulan berdasarkan Sungai Jelai, Sungai Tembeling dan Sungai Pahang. Sungai Jelai dan Sungai Tembeling bertemu di Kuala Tembeling membentuk Sungai Pahang yang seterusnya mengalir ke Laut China Selatan.


Cara Sebut

Dikatakan bahawa kelajuan percakapan dalam loghat Pahang ditentukan dengan kederasan air sungai Pahang. Di hulu sungai yang biasanya jeram dan airnya laju (Ulu Tembeling, Lipis dan Raub), mereka bertutur dengan laju dan pantas manakala di hilir sungai Pahang (Kuantan dan Pekan), mereka bertutur dengan kelajuan yang perlahan, seperti aliran air sungai yang tenang apabila menghampiri muara.

Cara sebutan perkataan loghat Pahang berbeza dengan bahasa Melayu standard dalam beberapa perkara antaranya cara sebutan di akhir perkataan. Seperti kebanyakan loghat-loghat lain dalam bahasa Melayu, akhiran ~r biasanya digantikan dengan sebutan vokal. 'Besar' sebagai contoh disebut ''beso' atau 'besa', dan; 'tidur' disebut 'tido'. Contoh lain sebutan seperti dalam jadual di bawah.



APabila sesuatu perkataan berakhir dengan konsonan seperti ~n, ~t, atau ~l, konsonan itu sama ada digantikan dengan sebutan vokal seperti 'tangan' kepada 'tangae'; atau disebut dengan sebutan konsonan yang sama, tetapi lebih lembut (tanpa ditekankan) seperti 'sakit' kepada 'sakek' atau 'sake''.


Bagi perkataan yang berakhir dengan ~ng, ~m atau ~p, biasanya ~ng itu tidak disebut dan dihilangkan atau digantikan dengan ~ng yang teramat sangat lembut ala-ala keluar ikut hidung.. Sebagai contoh 'jantung' disebut 'janto' atau 'jantow' atau 'jantonc'; 'tiup' disebut 'tiyok' atau tiyo'. Hendaklah ditekankan di sini bahawa sebutan sesuatu perkataan bergantung kepada daerah dan kawasan.


Manakala perkataan yang berakhir dengan dua vokal ~ai, ~au dijadikan sebutannya kepada satu vokal. Petai disebut 'pete', pisau disebut 'piso', kerbau disebut 'kebo' atau 'keba' dan sebagainya bergantung kepada kawasan.


Loghat Pahang juga mempunyai perkataan-perkataannya yang tersendiri. Sebagai contoh di Pahang, kata ganti diri pertama (saya/aku) disebut dengan kas/keh/kweh/koi/kome/kawan dan kata ganti diri kedua (awak/anda) menggunakan aok/awok (Temerloh), om (Ulu Tembeling), demeh (K. Lipis), ka (Kuantan) dan sebagainya. Kekadang dalam satu daerah, terdapat cara ganti nama yang berbeza dan boleh bercampur aduk. Harus diingatkan bahawa banyak lagi kata ganti nama yang digunakan seperti 'di', 'mat' dan sebagainya namun tidak disebut kerana tak reti nak eja.

Sebahagian perkataan yang digunakan dalam loghat Pahang seperti ditunjukkan di bawah:


Loghat Pahang mempunyai banyak persamaan dengan bahasa Melayu biasa. Jadi, tidak hairanlah kekadang orang luar Pahang susah untuk mengetahui atau membezakan loghat Pahang melainkan jika benar-benar memerhati dan mendengar. Penutur loghat Pahang biasanya mudah untuk menukar loghat Pahang kepada dialek bahasa Melayu biasa kerana perbezaannya yang tidak ketara.

Tapi, kalo hok drulu te payoh le sikek nok nuko sebak lidoh dok kegheh. Jeneh dok drulu sumo idok mapeh nok cakak luo. Base cakak luo, ade le lekek skek loghatnye. Mengkale ogha Paha dengo, tao doh beloh mane asaenye. Mujo keh loghat bando Jantet, tokde le susoh nok nuko. Cumenye beloh hok laju cakak te mema' tokleh ngelok la. Te sebak sokmo ogha luo tok paha' keh cakak mende. Keh cakak laju walo dala' loghat standek.

Kehkehkeh


Sekian, semoga bermanafaat.. Kalau ada kesalahan, boleh komen.. Aku terjemah wikipedia bahasa Inggeris je nie.. Nak kopipes Wiki bahasa Melayu, cara sebutan yang diorang guna lain langsung dengan loghat Pahang sebenar.

Sunday, November 16, 2014

Cerpen: Syukurlah!!

Salam 'Alaik..

P/s: Ini ialah sebuah cerpen.

Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam. Balai raya baru Kampung Dusun itu riuh dengan borak ketua-ketua keluarga yang rata-ratanya berusia lebih daripada 60 tahun. Majoritinya penoreh getah, dan sebahagian kecil merupakan pelanggan tetap Warung Zabedah, yang diuruskan oleh Kak Zab. Mereka yang menunggu sejak selepas Isyak lagi nampak sedikit huru-hara. Bukan main lambat lagi Tok Nan nak sampai ke balai raya.

Khabar angin mula menular bahawa Tok Nan, selaku Ketua Kampung Dusun, merangkap Pengerusi JKKK Kampung Dusun dan Presiden Persatuan Sepak Takraw Kampung Dusun tidak berjaya dalam permohonannya untuk mendapatkan bantuan daripada ADUN Dusun Seberang, Dato' Dompok. Jika tidak mendapat bantuan, hasil getah dan tanaman lain bakal berkurangan.

Ngah Berahim, sebagai sepupu Tok Nan, selaku Timbalan Ketua Kampung Dusun, merangkap Timbalan Pengerusi JKKK Kampung Dusun dan Timbalan Presiden Persatuan Sepak Takraw Kampung Dusun pantas menenangkan semua yang hadir dalam mesyuarat itu. Ngah Berahim tahu, bahawa Dato' Dompok takkan mengecewakan penduduk yang telah mengundinya sebagai ADUN selama lima penggal berturut-turut.

Kedengaran bunyi deruman enjin kereta yang sepertinya hampir roboh. Sebuah kereta Proton Saga tahun 1995 berhenti di depan pintu pagar balai raya. Semua mata memandang ke arah pintu kereta itu yang dibuka dengan perlahan. Tok Nan keluar dengan muka serius, dan laju langkahnya masuk ke dalam balai raya. Sungguhpun ramai penduduk kampung mahu mencium tangan beliau, beliau menolaknya kerana beliau tahu perkara yang akan disampaikan olehnya sangat mustahak.

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh," ucap Tok Nan. Salam itu dijawab dengan gerakan mulut daripada sebahagian besar ahli-ahli yang menunggu. "Tadi saya berjumpa dengan Dato' Dompok dan membawa hal dan permohonan kita semua. Dato' Dompok telah bersetuju untuk memberikan bantuan kepada kita semua dalam bentuk wang ringgit dan bekalan baja," Tok Nan memberitahu dengan nada yang rendah.

"Itu berita gembira, kan? Dah tue kenapa macam sedih je nie?" soal Pak Man Burung di kala semua di dalam dewan senyap menunggu kata-kata daripada Tok Nan.

"Tahun lepas, kita menerima bantuan sebanyak 550 ringgit bagi setiap keluarga dan 20 guni baja untuk setiap ekar tanah yang diusahakan. Namun, tahun ini, Dato' Dompok hanya mampu memberikan bantuan sebanyak 300 ringgit dan 5 guni baja sahaja," ujar Tok Nan dengan nada bersalah.

"Kenapa makin kurang? Dalam TV kata ekonomi makin bagus. Aku baca surat khabar kelmarin, Dato' Dompok baru je dapat untung 15 juta ringgit daripada bisnes lombong bijih besi dan pembalakan dia. Belum campur projek bina sekolah dan buat jalan di Kampung Seberang Takur! Kenapa?" bentak Udin Gila.

"Cuba bawak bersabar, Udin. Kita kena ingat, kita ni yang dapat bantuan. Jangan la mintak lebih-lebih. Kita kena bersyukur yang kita dapat juga 300 ringgit ni. Kalau tak dapat langsung? Kampung Batang Pulau langsung tak dapat apa-apa!"

"Itu sebab diorang undi Pakatan Nasional. Memang la diorang tak dapat bantuan. Kita yang dah 5 kali bagi 100% undi kepada Dato' Dompok ni harusnya dapat lebih banyak!"

"Kena ingat, Allah berfirman yang bermaksud, 'jikalau kamu semua bersyukur, akan Aku tambah nikmat; dan jikalau kamu semua kufur, sesungguhnya azab Aku amatlah berat'. Kamu semua kena ingat tue! Bersyukurlah!"

Mendengar Tok Nan mengeluarkan hujah al-Quran, hadirin di balai raya senyap dan mengangguk perlahan. 300 ringgit dan 5 guni baja berkat bantuan Tok Nan haruslah diterima seadanya. Lebih baik 300 daripada tiada. Setelah moreh dengan biskut mayat dan kopi O kurang manis, majlis pun bersurai.

* * *

Usai balik daripada balai raya, Tok Nan dan Ngah Berahim berjumpa di bawah pokok jambu di belakang rumah Tok Nan. Ngah Berahim dengan tersenyum lebar bertanya kepada Tok Nan, "tahun nie kita dapat berapa?"

"Tahun lepas kita rembat 10,000 ringgit. Tahun nie kita dapat rembat 8,000 ringgit je. Dato' Dompok memang tak boleh bagi lebih. Dia kata dia nak guna banyak duit menjelang pemilihan agung Barisan Rakyat awal tahun depan," terang Tok Nan kepada Ngah Berahim.

"Dia untuk berjuta kot. Banyak mana lagi yang dia nak untuk pemilihan?"

"Kita kena bersyukur Ngah oi. Untung dah kita dapat songlap 8,000 ni. Orang kampung lain dapat 300 ringgit je. Kau dapat 4,000 ringgit macam tue je."

"Oh. Kalau camtu, nak buat macam mana. 50-50 la jugak kali ni ye?"

"Ye la. Kau sepupu aku, merangkap orang kanan aku, mesti la 50-50," ujar Tok Nan sambil menghulurkan sampul surat yang berisi duit kepada Ngah Berahim. Ngah Berahim pantas mengira, walaupun dalam gelap. Ada 80 keping not 50 ringgit dalam sampul surat itu.

"Terima kasih la Nan. Kau tetap jaga sepupu kau ni," Ngah Berahim tersenyum ke arah Tok Nan. "Besok aku belanja kau ikan Patin Buah paih kat Warung Kak Zab,"

* * *

Malam itu Tok Nan tersenyum. Dia songlap bukan hanya 8,000; tapi 12,000 ringgit. Ngah Berahim dan penduduk kampung semua kena tipu dengan Tok Nan. Dato' Dompok tahun lepas bagi 16 ribu ringgit untuk bantuan, tapi tahun nie Dato' Dompok bagi 22 ribu ringgit. Dato' Dompok bagi lebih sebab dia untung besar, tapi Tok Nan yang banyak gelapkan duit.

Tok Nan mula berkira-kira untuk besarkan reban ayamnya. Dia mengunjurkan mampu menternak 140 ekor ayam menjelang suku ke-3 tahun depan berbanding 28 ekor ketika ini.

Namun masih terngiang-ngiang di kepalanya kata-kata Dato' Dompok petang tadi: "Walaupun saya untuk 8 juta tahun lepas, dan 22 juta tahun ni, saya tak boleh nak bagi banyak bantuan. Syukurlah saya bagi 22 ribu ringgit, daripada saya tak bagi langsung."

Pilihanraya akan datang, Tok Nan nekad mahu mencabar Dato' Dompok untuk menjadi ADUN Dusun Seberang. Tok Nan berangan, kalau dia berjaya menewaskan Dato' Dompok, dia nak pesan kepada Dato Dompok: "Syukurlah Dato' dah menang 5 kali pilihanraya. Kalau tak menang langsung, takkan la Dato' dapat banyak projek, kan?"

Tok Nan tidur dengan aman dalam angan-angannya. Dia tak terfikir, yang dia memerlukan sekurang-kurang 50 ribu ringgit untuk menang pilihanraya itu kalau melawan Dato' Dompok.

Pemberitahuan: Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Jalan cerita dan watak hanyalah fiksyen dan imaginasi penulis. Jikalau secara kebetulan terkait, maka itu tidaklah disengajakan. Harap maklum.

Siri Cerpen Kampung Dusun bersepah dalam blog nie. Kalau rajin nak baca, korek la sendiri.

Friday, November 14, 2014

Jersi Pahang 2015?

Salam Alaik..

Adakah ini design jersi Pahang FA untuk musim 2015?

'Home' dan 'Away'..






Masih mengekalkan Resort World Genting dan Aras Kuasa sebagai penaja? Dan seperti biasa Away bermotifkan hitam dan putih? Apakah ini jersi Pahang FA untuk musim 2015?

TIDAK! Ini hanyalah cubaan aku belajar guna Photoshop. Hehe. Jangan kutuk, aku tau away tue huduh!


Wednesday, November 12, 2014

Remote Perodua Kancil Anda Habis Bateri? Rosak? Jangan Risau!

Salam 'Alaik..

Usai perlawanan antara Kesatuan Manchester dan Istana Kristal pada awal pagi Ahad, aku mendapati alat kunci kawalan jauh (remote) aku tidak berfungsi. Kalau aku lenjan je, risau alarm tak berhenti berbunyi. Atau kalau berhenti berbunyi, aku tak dapat menghidupkan enjin kereta. Lantas, aku pun menelefon talian Perodua di 1-800-88-5555.. Dengan tenang operator tue cakap: "Bukak pintu secara manual, walaupun alarm berbunyi, tunggu 10 saat dan cuba hidupkan kereta."

Aku pun buat la apa dia cakap.. Sekali, kereta tak hidup.. Mujur alarm berhenti berbunyi selepas beberapa ketika.. Aku call dia balik laporkan keadaan semasa aku.. Dia balas: "Mungkin bateri kereta habis. Cuba hidupkan lampu, pasang wiper atau bunyikan hon."

Aku pun buat semua benda tue, dan semua berada dalam keadaan yang baik.. Aku lapor balik kat dia.. Dia balas: "Mungkin altenator, atau wiring rosak."

Aku dah prepare nak jalan kaki balik rumah nie.. Tapi, aku tenangkan diri, dan cuba google.. Sekali, senang je rupanya.. Mangkuk punya operator tak tau apa-apa.. Begini langkahnya:

1. Buka pintu kereta menggunakan kunci secara manual. Alarm akan berbunyi, Buat taktau sahaja.



2. Masuk dalam kereta. Tutup pintu, dan masukkan kunci ke dalam lubang kunci sebelah stereng tue. Pulas kepada posisi 'ON'. Tak perlu cuba start, sebab memang tak boleh start.





3. Cari butang merah di bawah dashboard di hadapan tempat duduk penumpang (sebelah tempat duduk driver). Ada butang merah yang comel, dan agak tersembunyi. Tekan butang tue dengan tenang.




4. Start enjin kereta, dan bergeraklah seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Jangan lupa tukar bateri remote anda, atau pergilah ke pusat servis untuk tindakan lanjut.

Sila bagitau rerakan yang lain. Tak silap aku kereta Perodua yang lain pun boleh pakai teknik nie.




Friday, November 7, 2014

Secawan Kopi Panas Di Tebing Sungai Narayani

Salam Alaik...

p/s: Ini ialah sebuah cerpen



2011

"One cup of coffee, please," pesan Sam kepada seorang pelayan di bar yang terbuka itu. Jam ketika itu mungkin menunjukkan pukul 8 atau 9 malam. Rakan-rakannya mungkin berehat di dalam chalet, setelah kepenatan meredah hutan dan mengharuk sungai mencari badak sumbu dan harimau yang tidak muncul-muncul. Malam itu, hanya dia seorang, keluar menghirup udara yang segar ditemani berpuluh manusia pelbagai bangsa dan beraneka ragam.

"Here's your coffee, sir. 8 rupees," tegur bartender sambil menolak perlahan secawan kopi susu yang masih panas ke arah Sam. Dia terus menghulurkan not berwarna perang keemasan, dengan berlatarbelakangkan gambar gunung tertinggi di dunia kepada bartender itu dan membuat isyarat tangan yang bermaksud 'simpanlah baki itu'. Sam mengangkat cawan itu dan berjalan perlahan ke arah tebing sungai Narayani-Rapti.



Bulan sabit mulai terbit di ufuk barat. Imejnya terpampang di permukaan sungai yang tenang itu. Sam duduk di sebuah bangku rehat yang diperbuat daripada kayu. Menghadap sungai, Sam meletakkan cawan kopi itu di sebelahnya. Dia mengatupkan matanya, dan cuba mendengar suara alam. Namun perbualan orang di sekelilingnya dengan pelbagai jenis bahasa menyukarkan fokusnya.

Dia menghirup kopi itu, untuk memanaskan badannya. Sebagai seorang Melayu, yang berasal dari negara yang beriklim khatulistiwa, suhu malam itu yang dijangka di bawah 10 darjah selsius menggigit tulangnya.3 lapis kemeja T dan selapis sweater tidak mampu menahan serangan zarah-zarah udara sejuk itu. Mungkin kerana dia hanya memakai selapis seluar jeans, dan berkasut Converse.

Dalam keseorangan melayan sejuk malam itu, ditemani secawan kopi panas, banyak yang difikirkannya. Daripada awal dia berkelana di bumi India, sehinggalah kini. Banyak ranjau yang ditempuhinya, dan banyak duri yang boleh dia elakkan, namun dek kerana kelalaian dia terluka dan melukakan. Matanya dipejam, dan direnung dalam-dalam mata hati, di manakah silapnya, dan di manakah boleh diperbaik. Namun, kedalaman pemikiran itu ternyata cetek.

Sekali sekala, angin yang menghembus menggetarkan badannya. Kopi yang pada awalnya panas, menjadi sejuk sekelip mata. Masa berfikir dan muhasabah diri sudah tamat. Di bawa kakinya melangkah meninggalkan tebing sungai yang indah itu menghala ke sebuah pekan kecil. Di sebuah kedai cenderamata, dia tertarik dengan sebuah 'fridge magnet' yang berwarna emas. "Sesuai sebagai satu hadiah perpisahan," bisiknya di dalam hati.

Sambil tangannya kanannya menyeluk saku, dia bergerak ke arah chalet. Ditemani anjing-anjing liar yang mengekorinya, dia menghembuskan asap rokok yang ternyata tebal di iklim sejuk. Taman Negara Chitwan, walaupun hanya seketika, memberikan satu kenangan yang amat berharga. Sebelum masuk ke dalam chalet, puntung rokok itu dibuang dan dipijak; seraya tangan kanannya meraba sebuah kotak kecil di dalam poket sweaternya. Dia melangkah masuk, dan terukir senyuman pahit nan sinis.









2014

Sebuah kotak putih, sedang dibiarkan berhabuk.

Saturday, November 1, 2014

Pra-perlawanan Akhir Piala Malaysia 2014

Salam Alaik..

Suatu ketika dahulu, mungkin dua bulan yang lepas, hati aku penuh dengan pengharapan akan keajaiban. Harapan yang sangat tinggi, kiranya tidak pernah aku berdoa dan berharap setinggi itu. Sebab apa? Sebab hanya keajaiban yang mampu merealisasikan impian itu. Aku taburkan janji, dan bermacam lagi untuk satu harapan.

Namun, dalam pada berharap itu, ketika aku sedang memandu; aku terfikir, pada tahun 2013 ketika final Piala Malaysia antara Pahang VS Kelantan, harus juga ramai rakyat Kelantan yang mahukan Kelantan menang, namun harapan mereka terkubur begitu sahaja dengan gol Matias Conti. Ketika itu aku sedar, tak semestinya dengan doa yang separuh mati, janji yang ditabur berjuta kali mampu mengubah sesuatu keputusan. Kelak, akan kecewa juga bila tiba masanya.

Piala Malaysia 2014. Pahang VS JDT. Rekod Pahang dengan JDT memberikan kelebihan kepada Pahang. Mungkin satu Malaysia yang mencintai bola sepak kecuali penyokong JDT mahukan Pahang menang. Doa yang banyak mungkin menghujani pasukan Pahang. Namun, ingatlah, Tuhan tak semestinya bagi apa yang kita nak. Aku tak tau sapa bakal menang malam nie antara JDT dan Pahang. Harapan aku kepada Pahang, namun pemain JDT di atas kertas lebih superior berbanding pemain Pahang.

Apa-apa pun keputusan, hendaklah diterima. Walaupun referee berat sebelah, atau main sangat kotor, itu ialah takdir Tuhan. Jangan membuat provokasi, dan janganlah termakan dengan provokasi. Johor dan Pahang nie bersaudara sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi..

Apa-apapun, hogoh la demeh! Kalau 2013, ada segelintir penyokong JDT yang bagi panas line dalam twitter bila Kelantan VS Pahang walaupun diorang tak terlibat secara langsung.. Kali nie macam mana agaknya?

Friday, October 10, 2014

Matahari

Salam 'Alaik..

Seluruh kota
merupakan tempat bermain yang asyik
oh senangnya, aku senang sekali 
Kalau begini aku pun jadi sibuk
berusaha mengejar-ngejar dia
matahari menyinari semua perasaan cinta
tapi mengapa hanya aku yang dimarahi? 
Musim panas merupakan hari bermain gembira
sang gajah terkena flu bila tiada henti-hentinya
sang beruang tidur dan tak ada yang berani ganggu dia
oh sibuknya aku sibuk sekali

Aku tak pasti kalau ramai yang pernah dengar lagu nie. Yang pastinya inilah lagu intro cerita Crayon Shin Chan dalam bahasa Indonesia. Aku kenal Shin Chan melalui komik 'Dik Cergas', tapi pertama kali aku menonton kartun Shin Chan ialah ketika aku menengah rendah (aku tak ingat tahun). Ketika itu di rumah akak aku di Shah Alam. Anak sedara aku suka sangat dengan Shin Chan nie sampai aku kena tengok kartun tue hari-hari.

Oleh sebab banyak kali tengok, aku dah terhafal lagu nie. Walau liriknya abstrak daripada satu rangkap ke rangkap yang lain, tetap senang untuk dinyanyikan.

Walaupun aku dah diracun dengan Shin Chan semasa aku melepak di rumah akak aku tue, aku tetap tak layan Shin Chan selepas itu. Bagi aku, kartun Shin Chan nie membodohkan karakter yang bijak. Belum lagi kritikan akan gaya bahasa dan pemikiran yang agak lucah. Mungkin rasa lawak, tapi banyak lagi kartun yang lebih lawak seperti Doraemon.

Dah kenapa aku cerita tentang Shin Chan nie? Hehehe.. Mungkin tetiba aku teringat akan Shin Chan semalam, dan secara automatik lagu ini keluar usai makan malam.

Tahukah anda 'brainwash'? Aku tengok Shin Chan dalam jangka masa mungkin dua minggu je, tapi kesannya dalam minda sampai umur 25 tahun.

Dasar Pandang Ke Timur yang diperkenal oleh Tun Dr Mahathir fokus ke arah peindustrian dan cara kerja, namun yang banyak memberi impak ialah ke arah Shin Chan, Ultraman, Dragon Ball, Sailor Moon, Doraemon dan sebagainya. Generasi X la katakan.

Kini Dasar Pandang ke Timur masih ketara dengan generasi Y yang meminati 'Korean Wave' (K-Pop, K-Drama dan K-Show). Malas cerita panjang. Anak sedara aku yang layan Shin Chan pun sekarang dah jadi kipas-susah-mati EXO (sebuah boyband K-Pop).

Regu Sepak Takraw Malaysia sekarang nie pun kena pandang ke Timur. Sukan asalnya daripada benua Asia Tenggara, habisnya kalah dengan orang baru dalam takraw. Lawak sungguh. Badminton Jepun tak hebat mana lima tahun lepas, namun sekarang dah menang Piala Thomas, kalahkan Malaysia. Dulu-dulu bola sepak mereka jauh di bawah Malaysia, sekarang?

Kehkehkeh.


Tuesday, October 7, 2014

Jatuh

Salam Alaik...

Ini ialah sebuah Cerpen

Mamat duduk termenung di beranda rumahnya. Duduk di atas tangga kayu jati, sambil memandang ke hadapan, jauh. Umurnya sudah menjangkau suku abad, namun masih tiada sumbangannya kepada agama, bangsa dan negara. Makanpun masih disuap ibunya, petrol motor usangnya diisi oleh Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM)™.. Dia masih termenung mengharap bulan jatuh ke ribanya. Dia mempersoal segala macam cabaran dan dugaan yang dihadapinya sepanjang 25 tahun ini.

Perlahan dia bangun, menuruni tangga. Dikuis selipar jepun lusuh itu dan dengan beratnya dia menyarungkan ke kakinya. Berdiri menghadap tangga, dia terbayang saat kali pertama dia jatuh.

17 tahun lepas, ketika dia berumur 8 tahun. Usai pulang dari sekolah dia berlari ingin cepat naik ke rumah. Kartun yang digemarinya akan bermula tidak lama lagi. Zaman itu belum ada Nickelodeon, Disney Channel atau Cartoon Network; hiburan di televisyen hanya berpaksikan apa yang ada dalam 3 stesen penyiar utama sahaja. Masa itu, memiliki televisyen pun perlu ada lesen.

Laju larinya, saat tiba di kaki tangga dia melepaskan kasutnya yang sudahpun berlumpur akibat sudah 5 hari dipakai. Musim hujan pula, dicampur pula dengan jalan di kawasan kampung yang tidak banyak berturap ketika itu. Ketika melangkah dua anak tangga sekaligus, ibu jari kakinya tersangkut di hujung anak tangga terakhir. Lalu tersembamlah dia jatuh menghentam lantai kayu. Sakitnya bukan kepalang.

Dengar dentuman kuat, berlarilah ayah dan emaknya daripada dalam rumah. Mamat meraung menangis. Nafasnya pendek, tersekat dek kerana tangis dan darah yang memenuhi hidung. Tidak lama, hanya 5 hari masa yang diambil oleh Mamat untuk membuang fobia kepada tangga. Dia sedar, jatuhnya dia kerana dia sendiri yang mencari malang. Banyak kali sudah dipesan, dia masih lagi gagah berlari menaiki tangga. Menjadi satu pengajaran berguna buat dirinya.

Kini, dia sudah boleh melangkah tangga itu dengan senang dan tanpa terjatuh walaupun selaju mana dia berlari. Pengalaman pertama, jatuhan pertamanya itu mengajar dia untuk bangun. Mamat fikir dia tidak akan jatuh lebih teruk daripada itu.

Mamat melangkah meninggalkan tangga itu. Kali ini dia berjalan tenang, menghirup udara segar. Jalan di kampung itu sudah berturap penuh. Tidak lagi lumpur atau batu menjadi tanda jalan. Besar perubahan di kampung itu dalam 17 tahun. Melintasi tanah kubur, dia teringat tragedi dua tahun lepas. Di saat dia tidak dapat menjangka dia boleh jatuh.

Ketika itu, umurnya 23 tahun. Sudah 5 tahun dia memandu dan menunggang motorsikal berlesen. Orang kampung memang memujinya kerana dia membawa motor dengan penuh berhati-hati. Tidak pernah dia lupa memakai topi keledar, dan hatta hendak masuk ke simpang menghala ke surau pun masih dia memberikan lampu isyarat. Begitulah cermatnya si Mamat ini.

Suatu hari itu ketika hari sangat cerah, dan membahagiakan, dia menunggang motornya untuk ke bandar. Seperti biasa, dia cermat dan mematuhi segala undang-undang jalan raya. Dia yakin bahawa dengan mengikut peraturan dia tidak akan jatuh lagi. Namun, peraturan Tuhan lebih hebat. Saat dia menunggang melintasi belukar di belakang balai raya, seekor babi meluru keluar dan melanggar motornya. Sedar-sedar dia sudah terbaring dengan motor menghempapnya.

Puas ditahan tangisnya, namun kepanasan eksos motor yang meleburkan kulit betisnya tidak tertanggung. Luka di sebelah kanan badannya laksana baru lepas balik perang. Mujur ada orang kampung yang hadir mesyuarat JKKK di balai raya. Terus mereka datang membantu mengangkat motornya itu. Dia jatuh lagi. Fobianya terhadap motor tidaklah lama, hanya dua minggu.

Kini, dia sudah tidak peduli. tentang undang-undang dan peraturan. Apa guna ikut peraturan jika kecelakaan masih menimpa? Jatuhnya dia kali kedua ini menguatkan lagi dirinya. Dia mampu bangun walaupun berdarah dan cedera teruk. Da yakin tidak akan ada lagi jatuh yang lebih teruk melainkan mati.

Selepas itu, dia hidup dengan penuh berani dengan keyakinan itu. Dia memecut motornya selaju 150km/j menyelit di kiri dan kanan kereta, dia mengharungi jeram maut untuk menangkap ikan, dia redah hutan tebal untuk mencari tongkat ali. Kiranya kehidupan dia penuh bahaya selepas insiden itu. Namun, dia masih belum mencapai kepuasan. Matlamatnya untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara masih belum tercapai.

Melintasi tanah kubur itu, dia masuk ke hutan di pinggir kampungnya itu. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan olehnya. Dia hanya berjalan meredah hutan itu mencari sesuatu yang tidak pasti. Matahari yang pada awal perjalanan Mamat tegak menyinari bumi, kini sudah hampir terbenam. Dia tidak pernah berjalan di hutan di waktu malam sendirian. Dia mahu melakukan satu cabaran baru.

Dia berjalan dan terus berjalan. Calar di kakinya tidak dihiraukan, nyamuk yang kenduri di kulitnya ditepis dan ditampar yang mana sempat. Dia mahu bebas bergerak, dan melawan segala peraturan. Dan sedang dia berjalan, dia tersepat akar banir sebatang pokok yang tinggi lalu dia terjatuh. Ketika dia mahu bangun, dia terasa perit dan pedih di kakinya. Pemetik api yang dibawanya terus dinyalakan menerangi bahagian kecil kakinya.

Dia berpeluh, terkejut dan mula merasa takut. Dia bimbang bahawa ini kali terakhir dia jatuh, dan tidak mungkin lagi akan bangun. Dan saat itu, semua sejarah jatuh bangunnya mula bermain dalam mindanya. Kini dia khuatir, kini dia resah. Jatuhnya kali ini nampak mudah, namun hakikatnya, namun natijahnya membawa igauan. Dia bimbang, dia bimbang dia tidak akan mampu bangun lagi.

bersambung...

p/s: Kalau ada yang baca sampai habis, memang aku respek.. hehehe.. Terima kasih! Tunggulah sambungannya yang tidak akan kunjung tiba.. ^.^

Monday, September 15, 2014

51 Tahun Pasca Malaysia

Salam Alaik.

p/s: Kesimpulan entri nie boleh dibaca dalam tulisan berwarna kuning.

Pada hari ke-16, bulan ke-9 tahun ke-1963 selepas (dikatakan) lahirnya Isa, sebuah negara baharu muncul dalam peta dunia. Gabungan antara Persekutuan Tanah Melayu, Singapura (yang zaman Melaka dulu namanya Temasek), Borneo Utara dan Sarawak membawa kepada penubuhan negara Malaysia.

Idea untuk menggabungkan bekas jajahan British ini dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman sambil berseloroh di Singapura. Namun, kemasukan Singapura ke dalam Tanah Melayu boleh menyebabkan ketidakseimbangan kaum. Lantas, Tunku terus mengajak Sabah dan Sarawak serta Brunei untuk sekali bergabung.

Setelah rundingan, suruhanjaya dan sebagainya, Brunei menolak untuk menyertai Malaysia kerana permintaan Sultannya untuk menjadi YDPA yang pertama ditolak. Manakala Sabah dan Sarawak pun menyertai Malaysia setelah beberapa rakyat Borneo itu melihat kemajuan Kuala Lumpur.

Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan untuk mengambil kira pandangan daripada rakyat Borneo Utara dan Sarawak. Laporan Suruhanjaya Cobbold selesai pada Ogos 1962 yang menyimpulkan Borneo Utara dan Sarawak bersetuju untuk bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu dengan beberapa syarat.

Seharusnya pembentukan Malaysia berlaku pada tarikh 31 Ogos 1963, iaitu ulangtahun kemerdekaan Tanah Melayu yang ke-6, namun sebab Presiden Indonesia, Sukarno dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak menentang penubuhan Malaysia, tarikh pembentukan Malaysia ditangguhkan kepada 16 September 1963.

Oleh sebab penangguhan itu, 'kini' rakyat Malaysia ada satu lagi cuti umum bersempena dengan Hari Malaysia. Terima kasih Sukarno dan SUPP kerana secara tidak langsung menambah cuti umum untuk kami.

Selamat Hari Malaysia  dan selamat bercuti!

P/s: Singapura kemudiannya keluar daripada Malaysia pada tahun 1965 setelah Tunku Abdul Rahman meminta mereka keluar walaupun Lee Kuan Yew nak kekal dalam Malaysia. Pengeluaran mereka disahkan dan diluluskan dengan undi dalam parlimen Malaysia, 165-0 (ketika itu wakil Singapura tidak hadir ke dewan).

Monday, August 18, 2014

Kekadang Apa Yang Kita Nak Tak Semestinya Dapat

Salam Alaik..

Seharusnya perjalanan aku dalam mendapatkan MBBS akan tamat. Namun, Tuhan tangguhkan dulu perkara itu untuk sekurang-kurang 8 bulan lagi. Secara ringkasnya, aku gagal dalam peperiksaan akhir MBBS aku, dan terpaksa untuk sambung lagi satu sem.

Ini ialah satu ujian, dan satu 'cuitan' untuk aku. Banyak silapnya aku buat kebelakangan ini, dan jelas kesilapan itu membawa padah.

Perjuangan harus terus. Belajar untuk bangkit setelah jatuh.

Nanti aku sambung balik..

Terima kasih atas doa kalian.

Friday, July 25, 2014

Pra Peperiksaan Akhir

Salam Alaik...

Ringkas.


  1. Takziah diucapkan kepada penumpang pesawat MAS, MH17 yang ditembak jatuh di Timur Ukraine. Semoga keadilan kepada mangsa dapat dicapai dengan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
  2. Solidariti kepada pejuang di Gaza yang cuba mempertahan tanah air mereka daripada ditindas oleh penjajah Israel. Mereka dikepung tembok tinggi, perhubungan dengan dunia luar sangat terhad, dan sekatan kepada pelbagai hak asasi manusia oleh Zionis. Semoga Allah memberikan kemenangan kepada mereka, dan dibebaskan daripada dicengkam ketidakadilan Zionis.
  3. Peperiksaan Akhir MBBS a.k.a 'Dalam 4 bulan InsyaAllah aku jadi doktor' akan bermula pada hari raya ketiga. Oleh sebab itu, cuti raya aku di Jerantut hanya sampai raya pertama sahaja. Tidak ada raya bagiku. Maaf kalau tak melawat, atau tak menyertai konvoi beraya.
  4. Menjelang 14 atau 15 Ogos 2014, nantikan status Facebook aku sama ada 'AlhamduliLlah' atau 'AstaghfiruLlah'.
Tak larat dah...
Nah, poster tahun lepas..

Saturday, June 28, 2014

Ramadhan Kareem~

Salam 'Alaik...

Bermulanya Ramadhan juga menandakan bermulanya 'study leave' untuk peperiksaan terakhir (insya Allah) MBBS aku.. Study leave di waktu Ramadhan nie ada pro dan kontranya.. Penat fizikal (main bola sepak, jogging) dan penat mental (study, fikir) berbeza..

Insya Allah, raya ke-3* akan bermula Peperiksaan Fasa Kedua Peringkat Kedua (P2S2) aku.. Aku berkemungkinan hanya akan beraya pada hari pertama dan bergerak ke Melaka pada malam raya kedua.. Kiranya memang aku tak dapat nak beraya dengan keluarga, kengkawan,  sedara-mara; dan tak dapat join mana-mana rombongan/konvoi untuk beraya sama ada di Temerloh atau di Jerantut.. Maaf dihulur awal-awal..

Setakat itulah dulu.. Ingatlah kita umat Muhammad kena wasatiyy (bersederhana).. Jangan berlebihan dan jangan berkurangan..

Tahun lepas aku tweet #TazkirahRamadhan.. Tahun nie, entah la.. Hahahaha~

Sekian, di waktu lain pulak..

*tertakluk kepada kelihatannya anak bulan Syawal.

Friday, June 20, 2014

Wednesday, June 18, 2014

Monday, June 16, 2014

Bola Sepak

Salam Alaik...

Kata mereka World Cup Brazil 2014 ini agenda Illuminati/Freemason/Zionis nak lalaikan umat Islam kerana jatuh pada bulan Syaaban dan Ramadhan.. Yup, habiskan masa bermula jam 12 malam sampai 8 pagi untuk bola sepak memang melalaikan.. Tapi, biasanya hanya satu atau dua game je yang menarik minat pada setiap malam..

Bangun di awal pagi zaman world cup nie kalau nak ambil secara positifnya merupakan latihan untuk qiamullail, dan seterusnya sahur.. Lihat sahaja game England VS Italy semalam, pukul 6 pagi.. Ramai yang bangun sebelum subuh untuk game.. Dan MUNGKIN ramai juga daripada kalangan mereka solat Subuh di awal waktu.. Husnuzon~

Aku memang minat bola sepak.. Tapi setakat hari nie, game yang aku tengok hanyalah Brazil VS Croatia, 10 minit terakhir Spain VS Netherlands, dan England VS Italy.. Tengok pun sekadar nak update.. Aku tak minat mana-mana team, sebab Malaysia tak masuk (Ha ha ha).. England merupakan pasukan yang mempunyai nilai sentimental kepada aku, dan Italy bermain dengan sangat tenang, tapi aku sokong Belgium..

KPopers mungkin akan sokong Korea Selatan, peminat Maria Ozawa mungkin sokong Jepun, yang mana Syiah harus sokong Iran..

P2S2 tak sampai 2 bulan lagi..

Heh..


Friday, June 6, 2014

Hampir ke Penghujung?

Salam Alaik...

Hari ini hari terakhir posting Psikiatri dan bermula minggu depanm posting yang terakhir (?) di bahagian Ortopedik selama 3 minggu. 3 minggu lagi sebelum bermulanya 'cuti untuk belajar' (study break) selama lebih kurang sebulan. Peperiksaan akhir Ijazah Perubatan dan Pembedahan (MBBS) yang diberi nama manja P2S2 akan bermula pada hari raya ke-3 dan tamat lebih kurang 2 minggu selepas itu.

Secara umum, lebih kurang dua bulan lagi, insya Allah aku akan menamatkan pembelajaran yang penuh kepedihan, cabaran, dugaan, memori, keindahan, kelalaian dsb.. Tamatnya pun bersyarat, jika dan hanya jika lulus peperiksaan besar ini.. Kalau tidak berjaya untuk lulus, maknanya perjuangan yang pahit ini harus diteruskan selama 6 bulan lagi..

Tidak mungkin aku mahu menambah 6 bulan lagi setelah 7 tahun berjuang (1.5 tahun prep, 5.5 tahun MBBS).. Sehabis daya harus berjuang.. Aku kena gandakan usaha, dan segala perangai yang biasa aku lakukan sebelum UNIS I, UNIS 2 dan P2S1 harus ditinggalkan.. Ini bukan SPM.. Ini ialah MBBS..

Tidak boleh lulus dengan pemikiran 'tunggu dan lihat'.. Kena lulus cepat, kerja cepat dan boleh merancang untuk berkahwin dengan cepat.. Ha ha ha.. Apa-apa pun, ada lagi ranjau duri yang harus ditempuhi sebelum tiba study break.. Ada hutang yang masih belum dibayar..

Doakan aku..

Side Note: Balik Pahang ini petang. Layan mangga depan rumah. Sokong Tok Gajah untuk menang. Balik Melaka penuh megah.


Puma VS Puma

Bila aku balik nanti, semua nie dah dalam baldi, kena peram.

Wednesday, May 21, 2014

Keindahan Minda

Salam Alaik..



Pepatah arab (setelah diterjemah) ada menyatakan akal yang cerdas datangnya daripada tubuh yang cergas..

Bahagian Perbidanan dan Sakit Puan bukanlah satu posting yang memenatkan seperti yang aku jangka sebelum ini.. Banyak pengalaman baru yang berjaya diperoleh di samping pengetahuan teori yang menyendatkan ruang otak yang semakin sempit nie.. Bidang ini bukanlah bidang yang aku minati..

Bermula Isnin lepas, aku bersama bahagian psikiatri pulak.. Psikiatri, atau nama pasarnya kesihatan mental merupakan bahagian yang unik.. Bekerja dengan orang yang jelas berbeza cara fikirnya.. Aku semenjak daripada Manipal lagi sudah tertarik dengan bahagian ini.. Mungkin kerana aku suka melihat dan memerhati cara fikir orang, membuatkan aku berfikir..

Berbual dengan pesakit mental memberikan input baru, input yang boleh dijadikan pelajaran, pengajaran atau bahan lawak.. Namun kerahsiaan dan aib pesakit perlulah diutamakan dan dijaga..

Seringkali masyarakat di Malaysia memandang Psikiatri sebagai 'gila'.. Salah! Psikiatri tidak hanya menguruskan mereka yang 'gila', tapi juga menguruskan mereka yang tertekan, ketagihan dan sebagainya.. Baru-baru nie berita bahawa ramai rakyat Malaysia menghidap sakit mental, dan ada kajian menjelang 2020, seorang daripada 10 rakyat Malaysia akan menghidap penyakit mental..

Kesedaran tentang penyakit mental nie penting untuk mengelakkan kes sakit mental meningkat.. Faktor tekanan di tempat kerja, rumah, sekolah dan hubungan sosial jelas menambahkan lagi bilangan kes..

Jadi, sebagai pengisi blog, aku sertakan senarai tanda-tanda anda mengalami tekanan yang kronik dan memerlukan nasihat doktor:

  1. Perasaan tidak gembira, sedih, rasa nak menangis selama paling kurang dua minggu?
  2. Tidak lagi minat untuk melakukan perkara yang sebelum ini sering dilakukan. Sebagai contoh sebelum nie rajin tengok cerita Korea, tapi dua minggu kebelakangan nie, takde mood nak tengok..
  3. Perubahan masa dan waktu tidur, susah nak tidur, senang terjaga di waktu tengah malam, atau sering terjaga awal?
  4. Tidak selera makan sampai susut berat badan? Atau terlalu berselera sampai naik berat badan?
  5. Kepenatan sampai rasa malas nak bergerak, malas nak bangun, malas nak buat apa-apa?
  6. Rasa marah, cepat sakit hati? Kalau sebelum nie orang menjerit buat tak kisah, tapi dalam dua minggu nie bila orang bercakap, rasa nak lempang?
  7. Hilang fokus? Tengok Buletin Utama, tapi fikir tentang benda lain?
  8. Kurang keyakinan diri, rasa tak berguna, rasa menyusahkan orang sekeliling?
  9. Rasa macam nak bunuh diri? Atau rasa/fikir macam nak mati awal?
Kalau ada 5 daripada 9 tanda-tanda di atas nie, mohon cari nasihat daripada yang pakar ye.. Sekian!

Saturday, May 3, 2014

Orang Melayu

Salam Alaik..

Seniman Negara, Usman Awang dalam sajaknya, 'Melayu' menyebut:

"Melayu itu orang yang bijaksana. Nakalnya bersulam jenaka, budi bahasanya tidak terkira. Kurang ajarnya tetap santun. Jika menipu masih bersopan, bila mengampu bijak beralas tangan"

"Berkelahi cara Melayu; menikam dengan pantun, menyanggah dengan senyum, marahnya dengan diam, merendah bukan menyembah, meninggi bukan melonjak."

Ini Melayu dari mata Usman Awang. Sayangnya sekarang, Melayu sudah hilang kemelayuannya dek kerana perubahan zaman. Genetik bangsa Melayu telah banyak bercampur aduk. Belum campur budaya dan adat, serta faktor agama yang mengubah Melayu. Paling ketara dewasa ini, apabila pengaruh luar mula mencampuri budaya Melayu. Kata-kata lembut mula menjadi kasar, perlian nan sinis sudah tidak diamalkan.

Carut sudah bercampur baur, marah kini atas sebab yang kecil. Agama dipertahan hanya dalam media, dan dipijak dalam diam. Bangsa yang dahulunya budiman dan santun, sudah mulai berubah. Bukan hanya salah faktor luar, malah keluarga sendiri kekadang melupakan didikan adab.

Aku tidak terkecuali. Berubah dek arus masa yang panjang. Kurang ajarku mungkin masih santun, jika menipu masih bersopan. Jika marah, diamkan sahaja. Namun bila tiba masa dan waktu, persetankan adab yang pernah aku pelajari. Sabar ini tidak lagi mampu ditahan.

Aku jarang sekali bergaduh, berkelahi. Namun belajar di India, jati diri Melayu hilang. Perangai 'tempe' jelas mempengaruhi aku. Kalau dahulu, cikgu aku hormat. Bila di India, salah sedikit, kerlingan tajam aku tikamkan. Dengan orang tua, aku berkelahi, meninggi suara. Bila fikir balik, di manakah adab aku? Tertinggal di Malaysia.

Pulang di Malaysia, masih belum ada stimulus untuk aku berapi. Marahku dalam diam (sambil menaip di twitter), menyanggah dengan senyum (dalam facebook ^.^). Hatta dihalau keluar, aku tetap senyum (sinis), mata menjeling tajam; tergelak kecil dan melangkah keluar dengan diam.

Insya Allah, menjelang hujung tahun aku akan menjadi seorang doktor pelatih. Kesabaran aku akan diuji ketika itu semaksimanya. Diherdik dengan doktor pakar, diarah oleh doktor, diumpat oleh (sebahagian) jururawat dan dibenci oleh (sebahagian) pesakit. Semoga aku, ketika itu, masih mampu mengekalkan adab Melayu aku. Semoga kurang ajarku tetap santun.





MELAYU

Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Tuesday, April 15, 2014

Mafia

Salam Alaik..

Mafia ialah sebuah organisasi jenayah terancang yang berasal daripada kepulauan Sicily, Itali.. Namun mafia yang aku nak cerita ini ialah sejenis permainan pemecah belah umat.. Kali pertama aku bermain permainan ini ialah masa berjalan-jalan di Jais Almer, secara spesifiknya di Gurun Sam (Sam Sand Dune)..

Running Man Ep 193


Permainan yang mudah sebenarnya.. Undang-undangnya ialah daripada 13 orang (ikut korang la nak main berapa pun), 2-3 orang (sekali lagi ikut suka) mestilah Mafia.. Tiada siapa dalam kalangan orang kampung nie tahu siapa mafia, dan boleh juga mafia tak tahu siapa geng mereka..

Setiap kali perbicaraan/mesyuarat yang disertai semua orang, mesti kena buang seorang/dua  ahli mesyuarat.. Sehinggalah tinggal 2 orang, di mana jika salah seorang daripadanya ialah mafia, maka mafia berjaya menakluk 'kampung' tersebut.. Undang-undang dan cara kerja permainan mungkin berbeza mengikut tempat/orang..

Setiap kali mesyuarat untuk memilih siapa yang dihukum, mafia kena pertahankan diri supaya tidak dibuang manakala orang kampung kena dengan bijaknya menyiasat dan menghukum mafia.. Kalau orang kampung menghukum orang kampung, maka mafia mendapat kelebihan daripada segi kuantiti.. Masa mesyuarat inilah nak kutuk orang, tuduh orang atau mempertahan diri.. Usai selesai dan hukuman dijatuhkan, semuanya telah terlambat..

Okeh..

Jom masuk bab politik.. Ha ha ha.. Dalam Malaysia nie ada dua golongan: pemimpin dan rakyat.. Pemimpin pulak ada yang penyangak dan ada yang baik.. Medan penghukum ialah pilihan raya.. Setiap kali kempen pilihan raya, semua jenis calon pemimpin menabur janji, menabur fitnah dan mengutuk lawan.. Ada juga yang mempertahan diri daripada segala tohmahan.. Ada yang mula rajin turun padang, menghulu ke pedalaman dsb.. Rakyat yang memilih pulak kena memilih.. Silap pilih, makanya yang 'dibuang' ialah calon yang baik, manakala mafia bebas mengaut harta rakyat atas nama 'memimpin' dan 'keselamatan'..

Permainan mafia nie ialah permainan politik dalam skala kecil, dan tidak memberi impak yang besar kepada pemainnya.. Manakala politik yang sebenar, menjahanamkan negara dan rakyat.. Heh.. Pemecah belah umat yang hakiki..

Sebenarnya permainan mafia nie sangat sesuai dijadikan modul dalam kem kepimpinan atau motivasi.. Sebagai satu cara mengenal politik, dan mencungkil bakat memimpin mesyuarat, berucap di khalayak dan semestinya seni lakonan dan menipu..

He he he.. Mohon cadangan saya diambil kira..

Aku nie minat main mafia JIKA dan HANYA JIKA aku jadi mafia.. Boleh berlatik teknik berlakon, poker face, menuduh dan mempertahan diri.. Pengalaman bermain di Sam Sand Dune dulu masih jelas dalam kepala.. Duduk dalam halaqah (bunyi Islamik sket) mengelilingi unggun api, sambil menuduh dan mempertahan diri.. Sambil bintang bertaburan di angkasa yang indah, kedinginan hawa serta kepanasa unggun api, pohpaleyh..

Boleh la Barisan Pemuda, Angkatan Muda, Unit Amal, Ikatan Muda dsb buat permainan nie sebagai permainan rasmi dalam mendidik ahli mereka.. AHakz..

Nak tengok contoh permainan mafia yang telah dinaik taraf kepada lebih rumit, boleh layan Running Man episod 193..

Sam Sand Dune (2010)
Kredit: Mun Masri


Sekian..

Sunday, April 6, 2014

Bahagian Perbidanan dan Sakit Puan

Salam Alaik..

6 minggu sebelum ini disibukkan dengan bahagian Pembedahan (Surgeri).. Lebih sibuk apabila menjadi ketua grup.. Esok, dan 6 minggu yang mendatang, akan menjadi sangat sibuk dengan posting dalam bahagian Perbidanan dan Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi: OnG)..

Beberapa tahun kebelakangan ini heboh isu doktor dan pelajar perubatan lelaki yang menyambut kelahiran bayi.. Kata mereka, tidak islamik.. Aku bersetuju dengan frasa 'tidak islamik' itu.. Senang aku katakan bahawa jangankan sambut bayi, hatta ambil kes kanser/tumor payudara pun aku tak selesa.. NAMUN, sebagai pelajar perubatan yang bakal menjadi pegawai perubatan, adalah wajib untuk aku belajar dan praktis..

Kalau aku komfem berkhidmat di hospital atau tempat yang ada 24-7 pegawai perubatan perempuan, aku tak kisah untuk tidak belajar menyambut bayi.. Namun kebarangkalian untuk aku berkhidmat di sebuah hospital yang takde supply pegawai perubatan wanita 24-7 tidak dapat dielakkan.. Dan ketika itu, haruslah aku yang bertugas menyambut bayi..

Esok, aku dijadualkan bertugas di bilik bersalin sepanjang malam sampai ke awal pagi.. Hari pertama dalam labour room sebagai pelajar perubatan tahun akhir.. Aku tak tau apa cabaran yang akan ditempuhi.. Wajib bagi aku untuk menyambut sekurang-kurang enam (6) kelahiran.. Kalau tak dapat enam, maka habislah aku..

Sambut bayi nie secara relatifnya mudah berbanding pembedahan.. Namun prosesnya yang agak panjang (banyak masa dihabiskan untuk menunggu), dan melibatkan dua nyawa; tak boleh nak bawak main.. Ini tanggapan aku sebelum menjejak kaki ke labour room esok.. Nanti lepas dah sambut bayi, aku revise balik.. Haha..

6 minggu yang mendatang nie akan sibuk.. Petang memang tiada rehat kerana penuh dengan presentation (PBL, CCD, OSCE etc).. Pagi wajib case presentation.. Malam paling kurang seminggu sekali di labour room.. Hujung minggu tidak lagi dijamin cuti.. Heh!

Sekali lagi diingatkan, proses kelahiran bukanlah sesuatu yang diminati oleh lelaki.. Malas nak cerita panjang sebabnya.. Namun, atas dasar kewajipan dan ingin belajar; kena la layan jugak..

Doakan aku melalui 6 minggu ini dengan tabah dan berjaya!

Semoga Allah mempermudah urusan aku dan rerakan..

Gambar Hiasan


P/s: Anda ada hak untuk menolak jika taknak pelajar perubatan atau doktor lelaki untuk menyambut kelahiran bayi anda (jika ada opsyen lain).. Tapi kami nak belajar, jangan risau.. Takkan kami ingat la muka tue..

Tuesday, April 1, 2014

Peta Dunia

Salam Alaik..

Aku menonton kembali filem Sang Pencerah buat kali kedua.. Cerita tentang Kiyai Ahmad Dahlan dan perjuangan dakwahnya menentang khurafat dan bid'ah yang berleluasa di Kepulauan Jawa.. Cuma aku tak dapat menghayati 100% kerana bahasa Indonesia slang Jawa..

Ada satu babak menarik minat aku untuk dikongsi di sini.. Kiyai Ahmad Dahlan perasa bahawa kebanyakan masjid di tempatnya mengarahkan masjidnya ke arah barat, dan ini bertentangan dengan kiblat sebenar iaitu barat laut.. Maka, oleh sebab itu Kiyai AHmad Dahlan terus memanggil kiyai-kiyai di sekitar Jawa untuk berbincang tentang hal ini..

Kiyai-kiyai lain tidak bersetuju dengan Kiyai Ahmad Dahlan kerana salah satu masjid itu ialah Masjid Besar Jawa, yang sudah lebih setengah abad terbina.. Jika salah kiblatnya, maka seperti tidak yakin akan kepimpinan Raja Jawa ketika itu..

Maka, Kiyai Ahmad Dahlan terus membuka peta dunia yang menunjukkan kedudukan kepulauan Jawa dan Mekah.. Jelas sekali Mekah itu di barat laut kepulauan Jawa, sedangkan kiblat kebanyakan masjid ke arah barat, iaitu ke arah benua Afrika..

Oleh sebab peta dunia yang dibawa oleh Kiyai AHmad Dahlan itu bertulisan rumi berbahasa Belanda (?), seorang kiyai menyatakan bahawa peta dunia itu dibuat oleh orang kafir.. Maka, sesiapa yang mempercayainya itu kafir..

Itu antara babak dalam Sang Pencerah..

Zaman sekarang, aku tak tau la ada lagi ke umat Islam yang tak percaya kepada peta dunia yang direka barat.. Tapi yang aku tau, masih ada yang beranggapan bahawa matahari mengelilingi bumi.. Mereka berkata bahawa sebenarnya penemuan yang menyatakan bahawa bumi mengelilingi matahari itu direka oleh Barat untuk menyesatkan umat Islam..

^.^

SubhanaLlah..

Dalam hal lain, vaksin dan ubat-ubatan moden memang strategi Illuminati dan Freemason di bawah US dan Israel untuk menjahanamkan umat Islam.. Kehkehkeh..

Lantaklah~ Semoga minum kopi yang dibaca '6666' ayat Quran itu mampu menyembuhkan kanser dan mengawal kencing manis serta darah tinggi..

Usaha kena betul, diiring doa.. Kalau nak buah durian pi kait buah rambutan, takkan dapat durian pulak? Lain la kalau kait buah rambutan, tetiba ada jiran sebelah hulur durian..

Sunday, March 16, 2014

4898 Kaki Daripada Aras Laut: Termenungku Menuruni Nuang

Salam Alaik..

Dulu, di waktu semester 8, mula aktiviti dengan memanjat Gunung Ledang. Semester 9 pula memanjat Gunung Datuk; dan di semester 10, gerak kerja dan perancangan dibuat untuk memanjat Gunung Nuang. Maka inilah ceritanya:-

15 Mac 2014

Maka berkumpullah sekalian ahli-ahli pendaki yang budiman pada jam 0430 sebelum bergerak menuju ke Hulu Langat. Atas sedikit masalah teknikal, perjalanan yang harusnya bermula pada jam 0500 itu terpaksa dilewatkan kepada jam 0530. Sedang dalam perjalanan merentasi PLUS di kala bulan mengambang bersilang dengan fajar subuh, singgahlah bersolat, bersarapan dan mengumpul bekalan di RnR Seremban.

Setelah semua bersiap-siaga, bekalan diisi secukupnya; maka bergeraklah semuanya menuju ke Kuala Pangsoon di Hulu Langat. Tiba di Pejabat Renjer pada jam 0815, maka kami mendaftar di sana sebelum melakukan persiapan terakhir. Setelah bergambar di hadapan pagar, maka bermulalah pendakian pada jam 0850, kira-kira sejam lewat daripada cadangan.

Ahli: Dari kiri (Vairam, Atiq, Shahir, Nuar, Zarif dan Apek)
Tiada dalam gambar: Aku dan Jani

Perjalanan merentasi 'Never Ending Road' yang bermula daripada pintu pagar ini ke Kem Lolo. Sebab apa 'Never Ending Road'? Itu nanti di akhir aku cerita.. Never Ending Road nie sejauh 5km, sebuah jalan yang berbatu, tak rata dan boleh dilalui oleh kenderaan pacuan 4 roda. Di kiri kanan jalan nie ada banyak pepokok, seperti lengkuas(?) dan buluh.. Haha.. Kitorang masa duk jalan nie, senyum je. Maklumlah, awal lagi, stamina pun masih bagus. Sepanjang perjalanan ada 6 pondok rehat yang ada tanda 'jarak'.. Jarak berapa jauh lagi untuk sampai ke Kem Lolo.



Setelah melalui jalan yang jauh, sampailah kami ke 'lintasan sungai'.. Ada 4 sungai yang bakal dilintasi. Melalui paip-paip lama, sampai la ke sebuah air terjun pada pukul 10.00am. Ada empangan (?) kecil. Jalan depan sket, jumpalah kem Lolo pada jam 10.20am.. Di kem Lolo nie, dinasihatkan untuk mengisi bekalan air minum sebab lepas nie takda dah bekalan air sungai.

Kem Lolo: Atiq, Zarif, Apek, Vairam, Nuar, Jani dan Shahir


Berehat seketika di Kem Lolo mengisi tekak dan darah dengan nikotin, ada yang makan Snickers, roti dsb.. setelah 5 minit, perjalanan diteruskan. Dan melepasi Kem Lolo, kepenatan dan cabaran  menanti dengan tenang. Trek yang kecil, berlantaikan tanah liat dan berbumbungkan pokok-pokok besar. Kalau hujan, memang naya la. Perjalanan menaik nie memang memenatkan. Banyak flora dan fauna ditemui sepanjang perjalanan ini termasuklah seekor lipan yang sebesar ibu jari kaki aku. Haha. Seriau sial~


Setelah mendaki dengan ekstrim, pada pukul 12.05pm kami sampai ke Kem Pacat. Sungguhpun namanya Kem Pacat, takde pun kelihatan pacat di situ. Satu kawasan yang lapang, sesuai untuk berkhemah untuk grup yang kecil. Berhenti sebentar di kem pacat,, Nak dijadikan cerita, kitorang taktau memang takde sumber air dah lepas Kem Lolo, makanya kitorang kena naik ke puncak dengan berbekalkan air yang tak sampai 4 liter untuk 8 orang. Ha ha ha. Nasib la! (Sebenarnya ada sumber air di kem Pacat, tapi kena redah jauh. Kitorang tau nie pun masa turun).



Nuar meneman Abang Khairul yang kepenatan

Jalan depan sket, jumpa ada seorang lelaki keseorangan. Dia kata dia pancit dan cramp, jadi dia kena rehat dan tunggu member dia kat bawah.. Oleh sebab dia keseorang, jadi kami pun meninggalkan Nuar dengan abang tue.. Haha.. Maka mereka berdua pun bersama-sama berehat.. Pada jam 1215, 7 orang yang lainnya meneruskan perjalanan ke Puncak Pengasih yang kira-kira 1.2 km lagi..

Selepas kem Pacat, perjalanan ke Puncak Pengasih (Kem Pengasih) lebih ekstrim. Pendakian yang ekstrim dan curam bermula.. Kena mula guna tangan untuk paut ke akar, pijak batu, dan sebagainya. Inilah peringkat paling ekstrim dalam perjalanan memanjat ke puncak. Sampai ke Puncak Pengasih pada jam 1310. Berehat sebentar untuk ambik angin.. Pohpaleyh penat! Puncak Pengasih nie ialah 'Puncak Palsu' (False Peak). Jadi, perjalanan harus diteruskan ke puncak sebenar!

Dalam perjalanan menuju puncak, kitorang kena turun dulu melalui trek, akar, batu sebelum kembali mendaki.. Sepanjang peringkat nie nampak la batu pancang yang menandakan sempadan negeri Selangor dan Pahang. Macam biasa, main-main la dulu.. Sekejap aku di Selangor, pastu aku di Pahang dalam masa kurang daripada satu saat.. Haha~

PAH = Pahang

Selepas turun dari Puncak Pengasih selama 20 minit, perjalanan diteruskan mendaki ke puncak sebenar.. Walaupun lebih ekstrim daripada perjalanan naik Puncak Pengasih, perjalanan ini dimudahkan dengan fikiran bahawa 'sikit lagi nak puncak'.. Haha.. Perjalanan jadi laju di sini walaupun susah sebab fikir nak sampai puncak, berehat dan tidur! Haha.. View on the way ke puncak pun bagus!


Sebelum Puncak Pengasih, aku duk belakang sekali sebagai seorang Sweeper.. Lepas puncak Pengasih aku lead perjalanan dek kerana semangat yang power! AKhirnya, jam 1400, selepas 5 jam 10 minit mengharungi onak dan duri, akhirnya tiba ke puncak! Di puncak ada binaan besi yang dipanggil Beirut(?) menandakan kita dah sampai ke puncak!

Senyuman dalam Kepenatan

Makan-makan di puncak, smoking, berehat dan tidur.. Namun sedang cuba melelapkan mata, rahmat Tuhan pun turun.. Setelah dua bulan tak hujan, akhirnya Tuhan menurunkan hujan ketika kitorang di puncak.. Rahmat buat alam, namun cabaran buat kitorang  yang kena turun kejap lagi! Cuaca sejuk dek kerana hujan sampai boleh ternampak 'asap' (wap air yang terkondensasi) keluar daripada mulut ketika sedang bercakap. Masing-masing ketar.. Ada penunggu di puncak nie, seekor anjing dan seekor tupai.. Hehe..


Habis sesi bergambar, perjalanan turun bermula pada jam 1500.. Turun nie boleh tahan sakit jugak la.. Dengan hujan sebelum tue jelas menjejaskan rentak dan membasahkan trek.. Turun dengan sepantas boleh mengikut kemampuan dan berjanji untuk bertemu di Kem Pacat.. Setelah menuruni dengan penuh sabar, tiba kembali di tempat Nuar ditinggalkan pada jam 4.30pm.. Berehat sebentar sambil minum air daripada sumber yang baru diketahui.. Perjalanan masih jauh ke bawah! Next stop 10 minutes ahead, Kem Pacat (1650hr)..


Perjalanan daripada Kem Pacat ke Kem Lolo diteruskan.. Dengan semangat mencari sungai untuk mandi, dan meredakan lutut yang sakit, aku mula berlari, dan kemudiannya berjalan setelah tetiba hujan lebat.. Meredah jalan yang licin, memerlukan fokus dan kesabaran.. Aku jalan sengsorang dalam kebanyakan peringkat ini. Jauh di depan aku ada Atiq, Apek dan Jani; jauh di belakang aku ada Zarif, Nuar, Vairam dan Shahir. Berjalan sesorang, dalam hujan, perlahan dengan sakit lutut (medial menisci of left knee); aku kekadang berhenti, duduk dan termenung.. Biasanya boleh berfikir tentang dunia atau falsafah, namun masa nie nak berfikir pun memenatkan.. Langkah diayun seperti rutin.. Tanpa berfikir melainkan hanya naluri asas..

Setelah menguji lutut dengan ekstrim, dan rasa macam nak give-up, akhirnya tiba di Kem Lolo.. Mandi dan berendam sebentar di kem Lolo menyejukkan badan dan lutut yang sakit pada jam 1730.. Ambik wudhu' dan kemudiannya pukul 6pm teruskan perjalanan ke River Crossing yang pertama, untuk solat Jama' di sana.. Selepas selesai solat dan rehat, pukul 7 petang mulakan perjalanan melalui Never Ending Road..

Never Ending Road.. Dengan lutut sakit, otot macam nak krem, perjalanan mengharungi Never Ending Road bukanlah sesuatu yang menggembirakan.. Jalan yang tidak rata, ditambah dengan hujan yang lebat menguji kesabaran.. Semakin gelap malam, semakin mencabar.. Dengan jarak ke pintu pagar utama tidak dapat dipastikan, jelas sekali Never Ending Road seperti tidak akan berakhir.. Harapan palsu seperti cahaya, pondok dsb menjejaskan lagi mental selain daripada kehausan fizikal.. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata perjalanan akhir ini! Mulut berzikir dengan carutan (lepas dah sampai aku kembali beristighfar)..

8pm, sampai di pintu pagar pejabat renjer! Syukur setelah kepenatan dan kehausan.. Mandi dan bersalin baju, kemudian solat Maghrib+Isyak.. Usai semua selesai, maka bergerak meninggalkan Pejabat Renjer Nuang! Ternampak pulak bas SBPI Temerloh di luar pagar.. Tapi dah terlambat.. Kalau tau awal tadi, dah bertegur dah! Okeh, matlamat ketika ini ialah makan!

Singgah makan, aku berjalan seperti kecacatan.. Otot peha jelas keras dengan tulang belakang dan lutut yang sengal.. Selepas menibai ekstra Nasi Gorang Kampung, teruskan perjalanan ke Melaka..

Terima kasih yang join trip nie; kepada Akhi Atiq sebagai organizer, Jani dan Zarif sebagai driver dan lain-lain sebagai ahli yang bersemangat waja! Tahniah semuanya!

Itu kali terakhir aku akan naik Gunung Nuang! Andai diminta naik sekali lagi, aku akan menolak melainkan trip selama dua hari satu malam.. Trip sehari memang tak mampu nak buat dah sekali lagi! Taubat aku!

Gunung Nuang bukan cikai! Kena fit dan bermental tinggi.. Tak perlu super fit, tapi sekurang-kurang jangan ayam sangat~ Hehe.. Sekian sahaja..

Bak kata Atiq: Menuju puncak P2S2 pulak lepas nie!!

Gambar penuh hiking sila klik sini (Facebook)..

P/s: Lutut dah OK! Peha je ada keras-keras sket.. Insya Allah selasa kembali kepada fitness sebenar..

Saturday, March 15, 2014

Buat Salah, Tak Buat Pun Salah

Salam Alaik.

#PrayForMH370

Hari pertama dulu sidang media dibuat sekali dalam dua jam. Tapi tidak ada perkembangan yang mampu dibawa kepada media melainkan hanya menepis segala spekulasi.

"Lembab la. Takde perkembangan. Baik tak payah buat sidang media"

Kerajaan buat sidang media dua kali sehari.

"Kenapa tak siasat dakwaan Vietnam, China dan sebagainya. Kerajaan lembab!"

Skrip tetap sama. Siasatan dijalankan dengan menghantar kapal SAR. Akhirnya? Spekulasi.

Kemudian sidang media buat sekali sehari.

"Ah ye. Kenapa buat kami tertunggu-tunggu? Jawab la persoalan kami, jangan duk diam je"

Penghabisannya, rakyat tertumpu kepada Raja Bomoh 1Malaysia dan teori konspirasi. Nak salahkan sapa? Takleh nak salahkan sesiapa. Kerajaan nak bagi maklumat perkembangan terbaru pun tak boleh. Ada kekosongan yang harus diisi. Nak isi dengan apa? Cerita bomoh dan teori konspirasi la!

Genap tujuh hari lepas hilangnya MH370. Apa yang dapat dipastikan sehingga kini hanyalah MH370 terputus hubungan. Itu je. Hilang daripada radar. Itu je komfem. Yang lain spekulasi. Terhempas, hijack, bom, tergantung, masuk dimensi lain: spekulasi!

Pffftt..

Tunggu je la.. Doa agar dapat dipastikan nasib MH370. Supaya keluarga mangsa dapat ketenangan. Penantian merupakan satu penyeksaan. Ye dok?

Laut Cina Selatan, Teluk Siam, Selat Melaka dan kini Laut Andaman. Tunggu masa je nak cari di Lautan Hindi atau Laut Arab. Hehe.

Banyak persoalan daripada jawapan sekarang nie.. Kau boleh bagi jawapan ke? Tak boleh? Shhhh~

Doa banyak-banyak.. Jangan ambik bambu pastu teropong ikut celah bubu..

Saturday, March 8, 2014

Dalam Dingin

Salam Alaik..

4 tahun lepas; 8 Mac 2010, aku berada di New Delhi bersama rerakan 'tera' dalam trip ke utara India. Delhi merupakan destinasi yang hujung selepas melayan Jais Almer, Amritsar, Shimla dan Manali.. Secara umum, selepas melayan kesejukan di Manali, New Delhi bukanlah satu tempat yang enak.. Panas, serabut dan sebagainya mengusutkan jiwa..

Namun, hari pertama lawatan di Delhi agak signifikan kerana melawat 'Taj Mahal'.. Bangunan marmar yang bertatahkan batu permata.. Katanya tanda cinta Shah Jahan kepada isterinya yang aku tak ingat nama.. Sekurang-kurang trip ke Agra awal pagi 7 Mac itu tidak menyesakkan.. Namun usai kembali ke Delhi, keserabutan menerjah..

Perjalanan di Delhi tak banyak melainkan hanya melawat Masjid Jame', India Gate (atau Gate of India; aku tak ingat namanya) dan Lotus Temple puak Baha'i.. Ada juga melawat tinggalan sejarah ntah benda namanya.. Dah kenapa nak cerita menatang nie pulak?

Ini memori 'tera' atau dalam bahasa Melayunya 'tiga belas', melambangkan tiga belas ahli kumpulan yang bergerak dari Manipal menjelajah utara India.. Daripada tiga belas orang itu, sepuluh dah ada title 'Dr.' di depan nama mereka.. Tinggal tiga yang masih berjuang dalam pertempuran untuk melangkah ke sektor kesihatan  umat Malaysia nie..

Empat tahun sudah.. Cepat sungguh masa berlalu..

Di Melaka nie, harapanlah nak bergerak dengan bebas.. Di India, ada masa dan bajet, di Malaysia takde kedua-duanya.. Dihujani dengan kelas klinikal yang menyibukkan, di samping masa bersosial (selain daripada dalam grup sendiri) yang semakin kurang.. Tahukah anda bahawa nak berjumpa sesetengah batchmates sendiri mungkin sebulan sekali? Itupun payah.. Ha ha ha..

8 Mac 2014.. Jauh lagi perjalanan aku..

Batch 24 dah pun menghilangkan diri mereka daripada Melaka.. Semoga lambaian yang diberikan bukanlah lambaian terakhir.. Ye la, dah berkerjaya nanti sibuk belaka.. Belum campur betapa meluasnya mereka ditabur di sekitar Malaysia.. Hehe.. Apa-apapun, aku ucapkan selamat maju jaya dan semoga hidup mereka aman dan dirahmati insya Allah..

8 Mac 2010, masa itu tidak menyangka pelbagai cabaran dan dugaan akan menimpa.. Hehe.. Kenangan..4 tahun selepasnya masa untuk muhasabah diri kembali, dan masa untuk merancang apa yang harus dilakukan untuk mengelak perkara yang mencabar itu tidak berulang..

Le Tera de India (Kredit: Mun)
Duduk dari kiri: Mirae, Zaty, Fit, Syikin, Fara, Ina, Mun
Berdiri dari kiri: Oyop, Eddy, Hafiz, Sam, Do, Rohil


"It was a night to remember, that we must forget. We must never forget to not remember it. And if we do remember it, we must immediately forget it." (The Pink Panther 2 2009)

P/s: Adieu Dato' Seri Anwar bin Ibrahim. Tunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan pulak. Isu ni tak perlu diulas panjang. Ramai dah pakar undang-undang yang menjelaskannya dalam Blog, Twitter ataupun Facebook.

Saturday, February 22, 2014

Aku dan Bahasa Melayu.

Assalamualaikum

Sejak belajar di sekolah perubatan ini, saya sudah semakin jarang menggunakan bahasa Melayu yang sempurna daripada segi tatabahasa dan kosa kata. Kadang-kadang saya membalas pendapat di laman sosial menggunakan bahasa Melayu yang tidak betul atau terus menggunakan bahasa Inggeris.

Saya lima tahun yang lepas pastinya akan menempelak perbuatan saya yang sekarang. Kecintaan terhadap bahasa Melayu yang sebenar sudah pudar ditelan silibus pembelajaran dalam bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa rojak dan pasar dalam penulisan saya sekarang jelas menunjukkan betapa saya sudah berubah.

Lima tahun yang lepas pastinya saya tidak berkenan dengan seseorang Melayu yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi sesama bangsa. Namun dalam situasi yang sudah berubah sekarang, saya merasakan perkara itu tidak dapat dielakkan. Bagaimana saya membentangkan keadaan pesakit kepada doktor pakar dalam bahasa Melayu yang sempurna? Saya mungkin boleh berkata, "pesakit berumur 40 tahun dan datang ke hospital dengan simptom batuk dan demam selama seminggu. Saya menjangkakan pesakit menghidap radang paru-paru". Namun, adakah doktor pakar itu mampu memahami saya?

Kosa kata bahasa Melayu saya juga menurun dengan mendadak. Hal ini mungkin disebabkan oleh kurangnya latihan dan komunikasi yang serius dalam bahasa Melayu. Penulisan dalam bahasa rojak dan pasar juga lebih mudah kerana singkat dan mudah difahami. Natijahnya, bahasa Melayu hilang seni, dan hilang kekuatannya.

Andainya saya diperlukan untuk menulis sebuah karangan dalam bahasa Melayu yang menepati piawaian tatabahasa dan kosa kata SPM sekarang, saya yakin saya boleh menulis dengan baik, namun tak sebaik sebelum saya melanjutkan pelajaran ke India.

Minggu lepas, saya membaca kembali karangan yang saya tulis untuk peperiksaan percubaan SPM yang bertajuk: Faktor-faktor Seseorang Merokok dan Cara-cara untuk Menurunkan Jumlah Perokok. Karangan yang diberi markah sebanyak 96/100 oleh guru cemerlang bahasa Melayu (Cikgu Maisarah Musa) hanya mempunyai SATU kesalahan tatabahasa tetapi cara pengolahan ayat jelas tidak menarik bagi saya.

Pada masa yang akan datang, saya akan mencuba untuk menulis dengan bahasa Melayu yang KURANG kesalahan tatabahasa dan penggunaan kosa kata yang sesuai. Penulisan dalam bahasa pasar lebih mudah, dan senang difahami. Walaupun begitu, kesenian dan keindahan bahasa Melayu harus dikekalkan tanpa mengorbankan matlamat utama dalam menulis dan berkomunikasi iaitu 'kefahaman'.

Bak kata pujangga: 'bahasa jiwa bangsa'. Bangsa Melayu kini hilang kemelayuannya sedikit demi sedikit dek kerana kehadiran sistem mesej singkat (SMS) dan laman sosial yang digunakan oleh golongan muda. Penggunaan kata-kata yang disingkatkan, selain ejaan-ejaan yang pelik serta bahasa rojak menjadi pertuturan dan penulisan harian golongan muda.

Gaya-gaya bahasa seperti ini mencorak jati bangsa generasi sekarang. Jika perkara ini tidak dibendung, nescaya keindahan bahasa Melayu dan penggunaan bahasa Melayu dengan tatabahasa dan kosa kata yang tepat akan hilang dan hanya dikuasai sebilangan kecil orang Melayu. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya merupakan satu ungkapan yang tepat untuk menggambarkan peri pentingnya pendidikan bahasa kepada generasi sekarang.

Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama memartabatkan bahasa kebangsaan dengan cara menggunakan bahasa Melayu yang tepat daripada segi tatabahasa dan kosa kata. Kita juga hendaklah mendidik generasi sekarang dan yang akan datang supaya menggunakan bahasa yang pernah menjadi bahasa antarabangsa ini. Jikalau kita memandang enteng akan penggunaan bahasa yang tepat, nescaya tidak lama lagi bangsa Melayu akan menjadi bangsa rojak.