Monday, June 29, 2009

Astaghfirullah... Berikanlah aku kesabaran...

Salam Alaik...

Heish... Aku bengang betul skarang nie... Asal aku semangat je nak buat kerja, ada je masalah yang menimpa... Aku dah la tak study habis Anatomi lagi... Bila aku nak lukis Histo jer, mesti masalah tue muncul....

Aku tau la lukisan aku tak sehebat mana... Tapi jangan la sampai aku punya lukisan huduh pelik sebab pensel eosin (pink) dan hematoxylin (violet) buat aku punya lukisan 14 kali ganda lagi huduh... Celaka la pensel nie...

Pantang aku tekan nak pekatkan sket, senang je dia nak patah... Geramnye aku!!!! Esok time hantar kat Surekha, mula la kena kutuk + reject... Aku serius, kalau la kena reject esok, aku bakar-bakar pensel tu...

Baru 4 bulan aku kat sini, dah 6 batang pensel aku beli... Semua habis sebab patah je... Aku bengang betul la... Memang pensel hematoxylin dan eosin India nie macam g@mp@ng ke? Astaga... Bengang punye pasal la nie...

Hurm... mana Marlboro aku nie? Aku nak mencari damai abadi sekejap....

Sunday, June 28, 2009

Salam Kembali + keputusan pertandingan teka gambar

Salam Alaik...

Alhamdulillah, kini aku kembali setelah hampir seminggu aku tak online.. Ini semua sebab yang telah aku katakan sebelum nie... Haha...

Kini aku punya internet pon dah ok, dan aku dah keep up-to-date sengan situasi terkini... Segala berita tentang Malaya, dan khabar tentang kawan-kawan aku dalam blog pon aku dah boleh nak tahu... Belum campur semua gosip perpindahan player dan semestinya yang paling aku gembira Ronaldo dah blah dengan jayanya dari United... haha...

Ok, sebelum ini, kan, aku ada buat satu pertandingan teka gambar bersempena dengan motor aku, jadi, aku nak bagitau keputusannya... Kebanyakan peneka berjaya meneka hampir tepat gambar motorku tapi tak sangat tepat... Jadi, takde sape menang pertandingan nie... Hak-hak-hak... Jawapannya ialah motor A dan Motor D... DUa-dua tue motor aku, cuma A belum di make-up dan D dah siap make-up...

Haha... betapa bijaknya aku dalam memanipulasi soalan dan jawapan agar aku tak perlu bersusah payah membeli buku (soal duit aku tak kesah) dan mengepos ke Malaya... Huhu... Tahniah kepada yang 50% tepat.... Kepada yang tak dapat masuk sebab syarat tak mengizinkan, maaf la.. Lupa plak ada yang dah kawin.. haha... Sori Don... Haha...

Dah la, aku nak study plak coz esok ada exam ANatomi...
Adios!!!

Wednesday, June 17, 2009

Alhamdulillah... Kini Aku Tidak Tempang Lagi + Pertandingan Teka Gambar

Salam Alaik...

p/s: Haha.. Saya dengan ini mengumumkan saya menaruk balik kenyataan blog saya sehingga tarikh yang diberitahu kelak...
Alhamdulillah, Isnin yang lepas, atau dengan spesifiknya semalam (waktu India) aku dah dapat motor yang aku beli... Terima kasih kepada pihak kerajaan kerana memberi saya duit untuk membeli kenderaan agar saya dapat bergerak dengan lancar di muka bumi Manipal ini insya Allah...
Sebenarnya, sejak aku mula sampai di sini, disambut oleh senior, Rubben aku dah mengimpikan aku punya satu motor yang agak gemuk... Manakan tidaknya, harga yang agak murah jika dibandingan dengan Malaya... Maka, aku memulakan rancangan Manipal pertama iaitu membeli motor berkuasa sederhana yang bernilai tidak lebih dari 30000 Rupee...

Hurm, walaupun aku meletakkan visi aku itu pada tarikh keramat 7 Mac 2009 (hari kedua aku kat India, hari pertama aku kat Manipal), visi aku hanya dapat direalisasikan pada tanggal 15 Jun 2009 setelah misi bermula pada 31 Mei 2009 (beberapa hari selepas elaun Jun-September aku masuk)...

Pada 31 Mei, aku dan kawan-kawan aku berjumpa PakCik Ragu, (yang memang meragukan) untuk memilih motor... Jadi, setelah beberapa motor aku belek, akhirnya aku berkenan dengan Honda CBZ walaupun pada awalnya aku lebih suka Bajaj Pulsar... Pada awalnya aku ditawarkan harga 30000 Rupee, tetapi biasa la, ayat India, mesti nak duit lebih jer, tetapi aku menawar dengan bantuan Ediamin dan Rohil untuk mendapatkan harga 28000 Rupee... Jadi, aku pon angkat la...
Tetapi, 31 Mei aku masih belum dapat motor itu kerana aku memilih untuk menyolek motor itu serba sedikit... Hehe, biasa la, kat Malaya mana nak dapat motor macam tue... Setakat tengok jiran depan rumah boleh la... Tapi serius, motor tue lagi besar dari RXZ yang diagung-agungkan Rempit, dan kecik sket nak dibandingkan dengan TZM...




Mengikut perjanjian yang disertai syarat "aku nak motor aku dalam 15 hari atau aku bayar 1000 Rupee kurang", Ragu pun berjaya menyudahkan kerjanya dalam masa ditetapkan, yakni pada 15 Jun atau semalam... Sungguhpun design yang sebenarnya aku bagi tak ditepati, aku berpuas hati la dengan motor tue... Ok la... Dari 5 bintang, aku bagi 3.5 bintang...
Sempena dengan motor baru aku [baru beli la, motor tue tangan kedua (second hand)], aku nak buat pertandingan teka gambar motor... Syarat pertandingan dan hadiah seperti yang berikut:
Syarat-syarat:
1. Warganegara Malaysia atau Afrika Selatan

2. Menetap di mana-mana kecuali Manipal

3. Lelaki dan perempuan sahaja, transeks tak dibenarkan

4. Beragama Islam, Kristian, Hindu, Buddha sahaja... Atheis dan Yahudi tak boleh

5. Mestilah seorang yang bujang, dan tidak berkahwin... Kapel dibenarkan

6. Yang paling penting: Hidup mestilah sekurang-kurang 12 tahun 3 bulan kat muka bumi Allah ini

7.Peminat setia Blogger atau Facebook atau Friendster atau Yahoo Messenger (mana-mana satu)

8. Kenal dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi


Hadiah: Untuk peneka tepat dan slogan yang mantap, hadiah berupa sebuah buku 'Atlas of Human Anatomy' oleh Frank H. Netter untuk diwakafkan kepada perpustakaan sekolah menengah anda bernilai 1000+ Rupee termasuk kos penghantaran dari India... Aku serius nie!!!
Soalan: Manakah antara berikut motor aku?
Slogan: Saya cinta akan Malaysia kerana ...(tidak kurang dari 12 patah perkataan)...


MOTOR A

MOTOR B



MOTOR C
MOTOR D


MOTOR E

Monday, June 15, 2009

Kenyataan Blog Dari En. Redz da Tsar

Salam Alaik...

Saya, Redz da Tsar dengan ini mengumumkan bahawa saya tidak akan ada dalam talian (online) selama sekurang-kurangnya 5 hari dan semaksimanya 2 minggu... Hal ini jelas sekali tidak dapat dielakkan kerana saya perlu bertukar bilik dari A 433 Nehru Block ke A331/A324 Nehru Blok atas arahan pihak pengurusan asrama Institut Pengajian Tinggi Manipal (MAHE)...

Perpindahan yang tidak dapat dielakkan ini mungkin bermula pada hari esok 15 Jun... Walaupun perpindahan bermula esok, saya tidak aa dalam talian mungkin bermula pada 16 Jun... Perpindahan ini menyebaban saya perlu menukar alamat talian lantas mengakibatkan urusan dalam talian tidak dapat dilakukan...

Akibat perkara ini, segala aktiviti saya seperti mem'facebook', mem'blog' dan segala berita tentang perpindahan pemain BPL tidak dapat diikuti sepanjang masa itu... Masa itu, saya hanya boleh dihubungi oleh dunia luar melalui talian telefon sahaja di sebalik Skype, YM, Yahoo Messenger, dan emel kini...

Di samping itu, berita terkini dari saya juga gagal dikongsi sedangkan esok mungkin saya punya berita yang agak besar... Maaf...

Segala kesulitan amatlah dikesali... Terima Kasih kerana faham dengan masalah ini...

Saya Yang Benar,

Redz da Tsar
Blogger, Facebooker, etc...

Thursday, June 11, 2009

Jasamu akan ku kenang...

Salam Alaik...
Namashkar...

Jasamu akan ku kenang bersama perangai budak kecik yang macam gampang selalu merajuk dan mengharap belas referee... Jasamu dan kekejianmu akan ku kenang... Perangai mu ketika dijatuhkan lawan dan reaksimu terhadap referee akan dikenang... Dan yang paling penting, kecelakaanmu dalam tidak mengenang jasa kelab yang mengangkat namamu... Semoga hidupmu di Real menjadi seperti Nistelrooy dan bukannya seperti Beckham, Ronaldo (Brazil), dan Zidane...

Bye-bye...

Huhu... 8o Juta Euro.. Banyak boleh beli tue...

http://www.manutd.com/default.sps?pagegid=%7BF9E570E6%2D407E%2D44BC%2D800F%2D4A3110258114%7D&newsid=6634291

Wednesday, June 10, 2009

Akhirnya...

Salam Alaik...
Namaskar,

Keseho?
Hemm Teek He..

Alhamdulillah.. Dah lama terputus dari dunia luar pabila Internet membodohkan dirinya.. Kini, internet dah kembali, maka aku pun senang untuk berhubung ke seantero dunia... Internet jem je, aku dah tak tau perkara-perkara berikut:-
1. Muktamar PAS
2. Kaka pergi Real (seronok la Don)
3. Kes tembak menembak kat Siam
4. dan macam macam lagi la...

Tapi, setiap perkara ada hikmahnya... Hurm, sepanjang minggu nie banyak perkara yang berlaku tetapi aku macam malas nak menulis panjang-panjang sebab banyak kerja aku kena buat kini... Cuma sekadar laporan ringkas, ok la kan?

1. Kemenangan sulung batch 24 vs batch 23 2-1 dalam Supreemo League Cup di bawah aku jadi manager (aku kan dah bersara, so aku jadi manager la)...
2. Keputusan blok exam dah keluar... Jangan tanya aku sebab aku belum tengok lagi...
3. Hujan selama 3 hari berturut-turut hari Jumaat lepas, menyebabkan suhu jatuh kepada 20 darjah selsius...Tambah angin sket, boleh beku kalau pakai boxer...
4. Aku beli jersi Kriket India kaler merah... Jersi latihan la... Jersi betul tue konfiden sangat kalernye...
5. Macam-macam lagi la...
Nanti aku kemas kini balik...
Sehingga bertemu kembali~

Wednesday, June 3, 2009

Batch 24 vs Batch 21: Liga Supremo


Salam Alaik...


Manipal, SELASA - Perlawanan antara Batch 21 dan Batch 24 sempena Liga Supremo yang berakhir pada jam 7pm waktu tempatan telan berkesudahan dengan 2 gol kepada Batch 21 berbanding tiada gol kepada Batch 24...


Kekalahan ini menyebabkan Batch 24 mengalami kekalahan kali ketiga berturut-turut dalam tiga perlawanan sulung mereka... Sungguhpun dikalahkan 2-0, Batch 24 jelas memegang bola dengan baik, cuma penyudah yang hambar gagal mengakibatkan pasukan yang baru 3 bulan ditubuhkan ini tewas...


Pada awalnya, pasukan Batch 24 nampak garang menyerang... Tetapi, serangan pertama batch 21 telah membuahkan hasil apabila pertahanan tengah, Panjang dan Mat Yie serta penjaga gol Skan keliru... Sungguhpun dikejutkan dengan gol itu, barisan tengah Batch 24 masih handal menyerang, dan barisan pertahanan juga kental bertahan...


Masuk separuh masa kedua, kedua-dua pasukan saling menyerang dengan perlawanan didominasi batch 24... Masalah yang sama, penyudah... Apabila batch 21 mendapat peluang kedua, peluang itu tidak disia-siakan dengan rembatan tonjol padu menewaskan penjaga gawang batch 24...


Setelah gol kedua, batch 21 menggunakan taktik bertahan mengakibatkan batch 24 mengawal bola dengan baik... Sebagai suka-suka dan atas sebab 'kalah, memang dah kalah dah', penjaga gol bettukar posisi kepada penyerang dan menyerahkan tugas itu kepada Vishnu, seorang pemain yang versatil... Pertahanan kanan dikosongkan dan formasi bertukar kepada 3-5-2...


Walaupun kalah, perlawanan ini tidak menimbulkan stress dalam kalangan pemain seperti yang berlaku pada 2 perlawanan yang pertama... Ini merupakan perkembangan yang positif...


Pemain yang terlibat serta posisi yang mereka main:

Skantha: Penjaga Gol, penyerang

MatYie: Centre Back dan Full-Back Kanan

Panjang: Centre Back

Mantap: Full-Back kiri

Doo: Attacking Midfielder

Yobo: Defensive and attacking midfielder, centre-back

Pau: Attacking Midfielder dan Wing Kanan

Anthony: WIng Kiri, Midfielder

Pravin (Kapten): Full-Back Kanan, Penyerang, Midfielder

Kugan: Striker

Arveen: Wing Kanan

Redz: Wing kanan, Wing Back Kanan

Rohil: Wing kiri, Fullback kanan

Nevig: Free role, mostly attacking

Xiang; Defensive Midfielder

Vishnu: Defensive mIdfielder, Penyerang, Penjaga Gol


Starting XI

GK: Skantha (Kapten)

DC: Panjang, MatYie

WBR: Rohil

WBL: Mantap

DMC: Xiang

AMC: Pau, Doo

AMR: Arveen

AML: Anthony

FC: Kugan


Sub:

Nevig (Free Role)

Pravin (WBR, MC, FC)

Yobo (DMC. AMC, DC)

Redz (WBR, AMR)

Vishnu (GK, DMC)




Redz, seorang pemain versatil Batch 24 telah mengumumkan persaraannya dalam professional football dalam perlawanan ini... Jika cukup pemain, mungkin perlawanan akan datang menentang batch 23 beliau bertugas sebagai paramedic... Huhu... <-- poyo giler ayat