Saturday, June 30, 2012

Pembedahan: Minggu Pertama

Salam 'alaik..

"Stupid clown," herdik Prof MVK sewaktu aku berjalan keluar daripada classroom 9 ala-ala peserta Akademi Fantasia yang kalah undian SMS pada segmen penyingkiran..Bezanya tidak ada drama tangisan atau kesedihan.. Yang ada hanya sekelumit rasa kental yang dibalut dengan rasa malu yang tidak keterlaluan..

Usai membaca beberapa baris ayat, maka kaki melangkah kembali ke dalam classroom 9 dengan penuh bergaya dan tenang sungguhpun apa yang dibaca tidaklah sebanyak mana, namun konfiden itu yang penting.. Mana mungkin ditanya kali kedua soalan yang sama!

Sejak daripada zaman akhir-akhir di Manipal dahulu telah hebah bahawa ada seorang profesor otai yang amat garang.. Nama MVK sudah menghadirkan rasa gentar walaupun masih beribu batu jauh dari bumi Melaka, dan masa yang berpuluh hari lagi dari saat berjumpa.. Alangkah indah jika kegentaran itu mampu hadir setiap masa jika memikirkan kematian yang pasti akan menjemput?

Semalam, ketika workshop habis 4th year dan 5th year ditibai dan dihalau keluar dan disuruhnya ganti pada hari sabtu setelah semua mampu bersiaga.. Mujur kerana ke'junioran' budak 3rd year mampu menyelamatkan kami daripada turut menerima padah kelas pada Sabtu! Aku nak balik oi!

Lima hari yang penuh debaran.. Umpama ada algojo yang bersedia di sebelah dengan AK-47 berada di belakang kepala.. AlhamduliLlah, lima hari ini tidak ada lagi korban melainkan hanya ketukan-ketukan yang manja dan tumbukan yang lembut.. Mungkin masih baru, maka diberi muka..

Minggu depan, tatkala semua dianggap sempurna dalam 'history taking' dan 'general physical examination', mungkin erti neraka dunia boleh membawa makna.. Mungkin gelak tawa dan senyumannya sepanjang minggu lepas ketika dengan grup aku bakal diganti dengan muka naga yang menunggu masa untuk melempiaskan api..

Minggu depan..

Semoga selamat sehingga minggu depan sampai ke hujung.. Semoga tidak dilakukan kesalahan 'bangang' sehingga mampu mengundang sengkeh ke kepala.. Semoga tidak ada drama penghalauan lagi..

Semoga selamat sepanjang hidup ini sehingga nafas terakhir.. Semoga sempat bertaubat sebelum Izrail mencabut nyawa..

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati"

Friday, June 29, 2012

Oh Bulan

Salam Alaik..

Oh Bulan
Enggan melayan diriku lagi
Pabila air mata membasahi pipi
dan lagu-lagu di radio
seolah-olah memerli aku
pabila kau bersama yang lain

Bait-bait lagu itu bermain dalam 'playlist' bertajuk Fav aku.. Lagu ini memang telah lama tidak aku dengari.. Sekali terdengar, mulut masih mampu terkumat-kamit mengikuti rentak dan liriknya.. Lagu nie rajin menjadi halwa telinga aku masa zaman aku di Nehru dulu.. Serentak lagu ini masuk ke dalam otak, maka bayangan-bayangan kenangan lama terus ditayang umpama dalam panggung wayang! Dan sebahagian daripada memori-memori itu telah tersimpan jauh, sangat jauh.. Kiranya jika tidak terdengar lagi ini, amatlah payah untuk tetiba terbayang memori itu..

Lagu memang boleh menjadi stimulus untuk memanggil kenangan lama.. Aku ada satu set lagu yang aku letak sebagai playlist.. Set lagu nie umpama kad memori aku la.. Lagu-lagu dalam playlist nie ada signifikannya tersendiri dalam hidup aku.. Setiap lagu, punyai satu cerita dan kenangan di sebaliknya.. Hatta lagu FIFA 2010, "Waving Flag" pun mempunyai kisahnya.. Walaupun lagu itu bertemakan semangat 'bola sepak' etc, tapi kisah di belakangnya tidak langsung ada kaitan dengan bola sepak.. Heh..

Kenangan tetap kenangan..

Kekadang ada lagu membawa kenangan yang indah, ada yang membawa kenangan yang pahit, dan ada yang membawa kenangan yang dahulunya indah, tetapi kini menjadi pedih.. Namun pedih macam mana pun sebuah lagu itu, tetap ada dalam playlist aku..  Kita kena berhadapan dengan sejarah!!

Ok.. Semakin mengarut dah aku menulis.. Ini penangan 'Surgery' la nie.. Ok la, aku nak dengar lagu Kenangan Terindah pulak... Sehingga bertemu lagi!

Sunday, June 24, 2012

Penafsiran 'Aku Maafkan Kamu' dari kacamata Aku

Salam alaik...

Maksud lagu 'Aku Maafkan Kamu'.

Apabila Malique menulis sebuah lirik, pasti lagu itu membawa mesej yang dalam.. Bagi sesetengah orang, bait-bait lagu itu hanya sekadar susunan kata yang bombastik, tetapi bagi yang mengkaji lebih dalam, pastinya 'tiada kata secantik bahasa'..

Baru-baru nie, lagu 'Aku Maafkan Kamu', Malique Ft Jamal Abdillah mula keluar daripada corong-corong radio.. Lagu yang agak terkenal kerana lagu dinyanyikan antara penyanyi yang hebat di Malaysia.. Hehe.. Sekali dengar, macam biasa sahaja sebab bait-bait 'rap' itu memang payah nak dihayati jika hanya mendengar.. Jadi terpaksa mencari lirik dalam talian..

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Seni kata korus ini menggambarkan seorang/sekumpulan manusia yang sangat terpencil, tidak mengambik tahu hal ehwal semasa, namun masih mengeluarkan pandangan dan pendapat.. Kiranya seperti 'tak tahu, tapi cakap macam tahu'.. Hehe..

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkar serasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Menceritakan seseorang yang lain (?) yang melawan arus. Mempunyai satu pendapat atau pandangan yang melawan 'mainstream', iaitu bertentangan dengan pandangan umum.. Seorang pembangkang, yang membawa sebuah idea, namun tidak diterima.. Lalu membawa diri, mengasingkan diri dan menjauhkan diri daripada khalayak.. Idea yang dibawanya tergantung dan tidak lagi diteruskan..

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Pembawa idea itu memaafkan khalayak dan umum yang menentang ideanya.. Dia menyarankan agar khalayak terus dengan hidup mereka sedang dia sendirian membawa duka..

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Pembawa idea yang asing itu merenung nasib dirinya yang 'malang' dan mengarangkan sebuah lagu dendam.. Dia menceritakan nasibnya yang dikutuk dan dihina umum kerana ideanya, tanpa memikirkan ideanya secara dalam-dalam.. Dia memaafkan orang yang menghina dan mengutuknya serta 'melabelnya(?)' kerana mereka tidak berilmu dan jahil tapi masih tidak mahu mencari ilmu.. Pembawa idea sebenarnya dicemuh bangsanya sendiri..

Atas kepala murai sekawan
Baling ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

?? Malas nak bukak DBP cari makna kata ??

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku


Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

Khalayak yang mencemuh pembawa idea merupakan orang-orang besar, yang hanya pandai bersuara, namun malas berfikir.. Hanya tahu mengkritik tanpa mahu menyumbang idea.. Mereka hanya mendengar cadangan-cadangan, tetapi tidak langsung cuba memahaminya apatah lagi mengimplementasikannya..


Gaya Bahasa

Cantik. Penuh dengan metafora yang dalam. Tak terkata. Baris bahasa yang rumit, hanya untuk orang yang tinggii 'kasta bahasanya'.

Yadda yadda

Boleh diimplementasikan dalam banyak hal. Daripada hal politik sampailah ke hal agama. Daripada seorang muda yang mempunyai idea dan pandangan baru tentang bagaimana boleh mengubah negara, sehingga seorang ulama' besar yang cuba membawa Islam kembali kepada teras dan asasnya.. Mana-mana pun boleh..

Malas nak tulis dah.. Banyak lagi sebenarnya nak tulis, tapi macam bosan, dan esok ada posting surgeri..

Bye~

Tuesday, June 19, 2012

Malam Bulan di Pagar Bintang

Salam 'alaik..

Melaka
Tidaklah langit dipenuhi bintang
karena gala cahaya manusia
merebak serata raya
mengaburi mata
dari indah angkasa

Ku rindu masa bersama
menjejak cantiknya gemilau
memenuhi langit hitam
membawa khayalan terbang melayang

Cahaya itu kini hilang
dek sibuknya warga kota
mencantikkan tanah berwarna-warni
melupakan langit Ilahi

Sungguh
jiwa ini rindu langit dahulu
di kampung jauh dari membangun
dalam sejuk kabus membanjiri bumi
menemaniku ketika sunyi
menari aku bersama sang bulan
di bawah kelip-kelip gemerlapan

Ku cuba bawa jiwa
membawa memori lama
ke tempat baru ini
untuk aku realisasi

tapi aku hampa sendiri
memori hanya tinggal memori
manakan mampu
ditarik langit itu
memayungi Melaka yang terang ini

Biarlah bintang hilang
Biarlah bulan sendiri
biarlah aku lupakan
hobi mata ini
lupakan
untuk menghayati cantiknya
langit dulu

Sunday, June 17, 2012

Euroforia

Salam Alaik..

"It's Ozil! What a fantastic goal from Real's midfielder, great finishing!!" komentator dalam televisyen menjerit meraikan gol Ozil menentang Denmark.. Peter Gade yang sedang menonton televisyen sambil makan Koko Kranch pastinya memandang sinis penjaga gol yang melepaskan rembatan pemain tengah Jerman itu.

Mamat yang duduk di atas sofa, masih keras di atas sofa. Tidak langsung terpengaruh dengan 'screamer' daripada Ozil itu. Tapi jelas dia tidak senang duduk. Rakan-rakan serumahnya semua melompat-lompat girang kerana pasukan sokongan mereka berjaya menjaringkan gol. Mamat yang sebelum ini aktif, tetiba pasif malam itu.

Dia meninggalkan rakan-rakannya yang khusyuk menonton televisyen, masuk ke biliknya dan mengambil kunci motor EX5 yang berada di atas katil. Jam sudah menunjukkan pukul 12.40 pagi, tinggal 5 minit lagi sebelum tamat separuh masa pertama. Dia bergerak keluar rumah dengan pantas, tetapi rerakannya yang tercongak depan TV tidak mengendahkannya. Euro 2012 tidak boleh diganggu!

Malam itu agak sejuk. Tindakan Mamat mengenakan sweater coklatnya sebelum keluar memang satu tindakan yang bijak. Dia meredah malam itu dengan kelajuan sederhana. Dalam beg kecilnya ada sebuah cakera keras (Hard Disk), dan sekotak Marlboro merah. Dalam kepalanya hanya difikirkan destinasi yang ingin dituju. Hatta jika ada hantu melintas jalan pun, dia tak endah.

Dia tiba di apartment 10 tingkat milik kawannya. Kawannya itu keseorangan di rumah kerana yang lain semuanya pulang ke rumah sempena cuti hujung minggu. Mamat menaiki lif hingga ke tingkat ke-10.. Usai keluar lif, dia pergi ke kiri, menghala ke apartment rakannya. Diketuk pintu, dan rakannya menjemputnya masuk.

"Kau tak tengok Euro ke, Mat?"
"Malas la. Kalau kau nak tengok, aku ok je"
"Nak tengok kat mana? Aku takde TV"
"Streaming ikut laptop la"
"Internet lembab dowh"
"Takyah tengok la. Layan movie je la malam nie"
"Bawak sini laptop kau"

Mamat mengeluarkan cakera kerasnya. Malam itu, movie I'm not single menjadi pilihan. Mamat pun tak tahu kenapa kawannya itu nak tengok cerita tue. "Bengong sungguh," bisik hati Mamat walaupun tahu cerita tue ada dalam cakera kerasnya. Tapi kerana kawan, dilayankan saja kehendaknya.

Kawan Mamat tue seorang yang kaya. Apartmentnya berpendingin hawa. Sejuknya sampai ke tulang. Hatta sweaternya tidak mampu menahan suhu 17 darjah selsius. Mamat melayan cerita itu sehingga habis sampai hampir-hampir menangis sebab sedih. Mamat kemudiannya melayangkan pandangannya kepada kawannya itu yang sudah enak dalam lena.

Semalam Mamat sudah menemaninya. Dan semalam Mamat ketar menggigil kesejukan seorang bila kawannya tidur. Malam ini takkan harus ketar lagi? Mamat pun takde pilihan, terpaksa juga la tidur tanpa selimut.

Kawannya terjaga daripada tidur dan melihat Mamat sedang menggigil. Dia mengajak Mamat berkongsi 'comforter'nya. Mamat yang kesejukan tak fikir panjang, dan tanpa berasa janggalnya masuk sekali dalam comforter itu. Mamat dan rakannya kemudian tidur dengan lena sampai ke pagi.


Friday, June 15, 2012

Muslim Sepakat Islam Berdaulat

Assalamu'alaikum warahmatuLlahi wabarakatuh.


إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره. ونعوذ بالله من شرور انفسنا ومن سيِّئات اعمالنا 
من يهده الله فلا مضلله. ومن يضلل فلا هاديله

اشهد ان لا اله الا الله وحده لا شريكله واشهد ان محمدا عبده ورسوله

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ

Pembaca sekalian, marilah kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T dengan cara melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh-Nya dan meninggalkan apa yang telah dilarang oleh-Nya. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Hujurat ayat 10:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara, maka perbaikilah (hubungan) antara dua saudara kamu, dan bertaqwalah kepada Allah, semoga kamu semua dirahmati-Nya.

Entri hari Jumaat ini bertajuk 'Muslim Sepakat Islam Berdaulat'.. Muslim secara asasnya bermaksud 'orang yang bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad S.A.W itu ialah pesuruh-Nya'.. Sebahagian para ulama' juga menambah bahawa seseorang itu mesti 'mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengerjakan Haji di BaituLlah'.. Manakala dengan merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka, 'berdaulat' bermaksud 'mempunyai kuasa atau hak yg tertinggi atas sesuatu hal' atau ''bertuah/berbahagia'..

Umat Islam di Malaysia, tidak kira sama ada Melayu, Arab, Cina, India dan sebagainya haruslah sentiasa berpadu atas dasar Islam.. Apabila perpaduan itu wujud antara kaum muslimin, nescaya sebuah negara Islam yang berdaulat akan berkembang makmur di bumi Malaysia ini.. Firman Allah S.W.T dalam al-Hujurat ayat ke-13

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Maksudnya: Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan serta menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku untuk berkenalan sesama kamu. Sesungguhnya yang mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang lebih bertaqwa. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui dan maha cermat.

Dalam kalangan umat manusia di muka bumi ini, Allah lebih memuliakan taraf ketaqwaan seseorang itu berbanding perkara yang lain.. Malah Allah juga mengangkat darjat orang yang berilmu daripada kalangan manusia.. Sesungguhnya Allah tidak melihat bangsa atau warna kulit seseorang itu, tetapi Allah melihat agamanya..

Para pencinta Islam sekalian,

Jika kita melihat negara Islam dengan definisi 'negara yang majoritinya penganut Islam', maka layaklah Malaysia digelar sebuah negara Islam.. Sebanyak 61.3 peratus daripada lebih 28 juta penduduk Malaysia ialah orang Islam.. Jika lebih daripada 17 juta umat Islam di negara ini bersatu dan mengamalkan budaya Islam berteraskan al-Quran dan sunnah, nescaya Malaysia mampu menjadikan Islam itu benar-benar mempunyai kuasa atau hak yg tertinggi atas sesuatu hal..

Umat Islam di negara ini haruslah bersepakat dan bersatu di bawah al-Quran dan sunnah, serta tidak bergaduh dalam hal-hal yang remeh temeh kerana pergaduhan membawa kepada  perpecahan dan perpecahan membawa kepada umat yang tidak kuat dan hebat..

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda,

"Janganlah kamu saling mendengki, saling menipu, saling marah dan saling memutuskan hubungan. Dan janganlah kamu menjual sesuatu yang telah dijual kepada orang lain. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seseorang muslim ialah saudara bagi muslim yang lainnya, tidak menzalimi dan mengabaikannya, tidak mendustakannya dan tidak menghinanya.Taqwa itu di sini (sambil menunjuk ke dada baginda S.A.W sebanyak tiga kali). Cukuplah seorang muslim dikatakan buruk jika ia menghina saudaranya yang muslim. Setiap muslim atas muslim yang lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya." [HR Muslim]

Di zaman Nabi S.A.W, dakwah Islam tidak mengenal suku bangsa.. Yang mana hebat ilmunya, dan petah bicaranya dihantar ke luar semenanjung Arab dan Hijjaz untuk mengembangkan Islam ke serata dunia.. Ingatlah suatu masa dahulu, di zaman kegemilangan Islam, Islam telah menguasai dua pertiga dunia.. Ini kerana mereka berjuang bersama-sama di bawah panji Islam tanpa mengira suku Arab, Parsi, Afrika, Kaukasia dan sebagainya.. Ketika itu semua umat Islam melupakan warna kulit dan membawa Islam ke peringkat tertinggi kerana berjuang kerana Allah s.w.t..

Marilah kita semua sebagai umat Islam bersatu dengan berpegang kepada syariat Islam, dan melupakan persengketaan sesama kita.. Firman Allah S.W.T dalam surah Ali 'Imran ayat ke 103

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا

Yang bermaksud: Berpeganglah kepada tali Allah (syariat Allah) dan janganlah kamu berpecah belah.

Marilah bersama kita memastikan Islam ini berdaulat, dengan cara menyatukan semua MUSLIM, tanpa mengira fikrah.. Tugas mengangkat Islam ini bukan tugas sesuatu kaum  bangsa sahaja, tetapi merupakan tugas kaum Muslimin seluruhnya.. Marilah kita menjadi umat Islam yang beragenda dan bersatu, beragenda untuk mengangkat Islam ke dalam kehidupan kita, dan menunjukkan kepada sekalian umat manusia bahawa Islam itu satu cara hidup yang sempurna.. Semoga Islam akan terus bersinar dan berkuasa di muka bumi Allah ini..

بارك الله لي ولكم في القرآن العظيم، ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم. وتقبل مني ومنكم تلاوته انه هو السميع العليم


أقول قولي هذا واستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين من كل ذنب فاستغفروه إنه هو الغفور الرحيم

P/s: Ini memang macam teks khutbah Jumaat, bezanya cuma tidak dibaca atas mimbar.. Kadar bosannya, aku rasa masih sama.. Hehe





Wednesday, June 13, 2012

Kalaulah Cuai

Salam Alaik..

Sekarang nie aku posting Perubatan Komuniti (Community Medicine), atau nama lain Kesihatan Awam (Public Health). Orang kabor posting nie antara posting yang 'heaven' sebab takde banyak sangat tekanan seperti dalam posting Medicine atau Surgery.. Kesihatan Awam nie bertugas dalam 'mencegah', iaitu sebelum sesuatu penyakit tue berlaku..

Kelmarin aku pergi ke sebuah SMKA di Melaka, untuk Health Visit.. Kerjanya tak berat pun, tolong nurse 'screening' bebudak dan buat suntikan vaksin kancing gigi (TT) kepada bebudak tingkatan tiga..

Secara umumnya, bebudak tingkatan tiga nie sihat-sihat orangnya.. Tidak ada kencing manis, darah tinggi etc.. Dan setiap budak yang aku 'screen' hampir semuanya bagus melainkan obesiti ataupun kurang berat badan.. Kemudian seorang budak datang kat aku untuk screen. Aku sebenarnya dah boring, dan awalnya aku anggap budak tue macam sihat je la.. Aku tanya la simptom asas seperti lelah, semput, sakit perut, batuk etc.. Semua dia geleng.. Kemudian aku tanya, ada sakit dada tak? Dia mengangguk.. Ok, aku dah rasa tak bagus.. Muka aku masih 'control'..

Aku pun tanya la lagi banyak soalan tentang sakit dada tue.. Dan semua jawapan dia sangat menjurus kepada satu diagnosis iaitu 'angina' atau 'myocardial ischemia' atau dalam bahasa biasa 'lemah jantung'. Yup, semua jawapan dia memang hampir sama dengan buku teks tentang angina nie.. Apa lagi, aku pun bagitau nurse, dan nurse menyuruh cikgu hantar budak tue jumpa doktor  untuk pengesahan dan diagnosis tepat..

Inilah antara tugas set-set Kesihatan Awam.. Mengenal pasti risiko dan simptom pada peringkat awal..

Cuba bayangkan kalau aku seorang yang 'lagha' masa tue.. Budak tue datang dan aku selamba badak kata budak tue sihat tanpa bertanya atau 'check'.. Dan tetiba budak tue 5 tahun akan datang kena serangan jantung masa marathon, dan rebah kat situ jugak.. Sapa yang salah? Salah budak tue tak jumpa doktor awal, atau salah aku yang bila diberi peluang untuk 'elak' dan aku tak melaksanakan tugas aku?

Kalaulah ada antara kita yang sakit dada, atau semput walaupun buat kerja yang sikit, mohon pergi ke klinik atau hospital.. Itu tanda-tanda ada penyakit yang serius..

Pesanan khidmat masyarakat ini dibawa oleh Vanilla Coke~

Monday, June 11, 2012

Malu Bertanya Sesat Jalan


Salam Alaik..

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Apa yang aku larang hendaklah kamu hindari daripadanya, dan apa yang telah aku arahkan, lakukanlah dengan setakat yang kamu mampu. Sesungguhnya kehancuran orang-orang sebelum kamu kerana banyaknya soalan mereka dan tentangan mereka terhadap nabi-nabi mereka." - [Bukhari dan Muslim]

Hadis ini melarang para sahabat daripada banyak bertanya, terutamanya soalan-soalan yang remeh kerana Nabi SAW bimbang jawapannya akan memberatkan. Nabi SAW menegaskan kepada sahabat untuk melakukan apa yang diarahkan, dan meninggalkan apa yang dilarang. Dan apa yang didiamkan Nabi SAW termasuk dalam perkara yang 'harus' dan tidaklah perlu dipersoal lagi.

Oleh itu, kita sebagai umat yang kemudian hendaklah berpegang kepada apa yang telah disyariatkan dan mengelakkan daripada bertanya perkara yang boleh merumitkan kita e.g "Apakah tugas malaikat Israfil sekarang sebab kerja dia tiup sangkakala di akhir masa je?" atau "apakah hukum memakan sayur yang dibaja dengan tahi?" etc.

Bertanya tidaklah salah, cuma pastikan soalan itu 'appropriate' dan berkaitan dengan masalah pokok. Hendakkah kita menjadi golongan yang hancur kerana banyak bertanya perkara yang 'remeh' dan 'karut'? Tapi janganlah pulak kita langsung  tidak bertanya kalau punyai masalah yang 'asas'. Mohon jangan salah tafsir entri aku ini.

Malu bertanya sesat jalan, banyak bertanya?

Wallahu a'lam