Salam Alaik..
Rihlahku yang terbaru mengajarku bahawa manusia itu boleh berubah.. Daripada yang melampau nakal boleh menjadi kurang nakal.. Daripada yang baik boleh menjadi kurang baik, malah ada yang sangat nakal boleh berubah menjadi sangat baik.. Inilah dia kehebatan petunjuk Allah..
Ramai manusia di muka bumi ini mahu berubah kepada yang lebih baik.. Walaupun 'baik' itu subjektif, tapi fitrahnya semua ingin lebih baik.. Cuma, 'baik' yang macam mana menjadi pemisah.. Ada yang dahulunya sengaja meninggalkan solat, kemudian jadi rajin bersolat.. Ada yang dahulunya rajin solat, kemudian dinaik taraf menjadi rajin solat berjemaah.. Ini antara contoh 'baik' yang bagus..
Ada juga yang mempunyai 'baik' yang lain.. Contohnya dahulu makan rasuah RM1000 sahaja.. Jadi, ingin berubah kepada nilai ringgit yang lebih baik, ambik rasuah sejuta ringgit pulak.. Lepas ambik rasuah, gelapkan duit menjadi impian.. Ini contoh saja (sapa makan cili dialah yang terasa pedasnya)..
Aku?
Aku juga berubah.. Kalau ingin dibandingkan antara zaman aku di sekolah dahulu dengan zaman aku di sini (Melaka), aku sedar bahawa aku bukan menjadi lebih baik.. Hidup yang semakin melalaikan, dan tanpa sempadan yang nyata menjahanamkan aku lagi.. Sungguh, aku ingin menjadi lebih baik dan soleh; lebih tsiqah dan tawaddu'; serta hebat dalam amalnya, dan kurang dari cakapnya.. Tapi biasalah, untuk menyalahkan syaitan atas kejahanaman aku nampak seperti '
self-denial'..
"Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum itu, sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan jika Allah mahu keburukan ke atas sesuatu kaum, maka tidak ada yang mampu menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka kecuali Dia" [QS 13:11]
Semalam terjadinya gempa bumi berskala 8.6 Richter di laut Hindi dan keluarnya amaran Tsunami di berpuluh buah kawasan (kini sudah ditarik balik). Maka, natijah daripada gempa bumi itu, ramai manusia mula bertaubat dan ingat Tuhan.. Walaupun nampaknya perubahan itu kerana gempa bumi, tetapi perubahan itu tetap bagus, jika nak dibandingkan dengan yang langsung tidak berubah.
Apa yang penting, saatnya perubahan itu terjadi, haruslah sama-sama berdoa kepada Allah agar tidak ditarik balik petunjuk yang telah Dia berikan..
"
Wahai Tuhan kami, janganlah kau balikkan hati kami, selepas kau memberikan petunjuk (hidayah) kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat daripada-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi." - [QS 3:8]
Nabi S.A.W bersabda dalam hadis yang masyhur sebagai 'khutbah Hajjah' - "
Barangsiapa yang diberikan Allah petunjuk, maka tidaklah dia akan sesat; dan barangsiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiadalah baginya petunjuk" - [HR Muslim dll.]
II
Perubahan itu suatu perkataan yang mudah untuk dikatakan tapi sukar untuk dikeluarkan dalam bentuk perbuatan..
Aku ingin berubah kepada lebih baik, dan aku sering berdoa agar aku akan menjadi lebih baik.
Kepada rerakanku yang telah berubah menjadi lebih baik, teruskan menjadi lebih baik.. Kerana petunjuk Allah itu 'mahal'.. Semoga ALlah merahmati kamu semua..
Kepada rerakanku yang ingin berubah, sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar diberikan petunjuk..
"
Barangsiapa yang dikehendaki Allah akan mendapat hidayah. Dia akan memlapangkan dadanya untuk Islam. Dan barang siapa yang dikehendaki-Nya menjadi sesat, Dia akan menjadikan dadanya sempit dan sesak seperti (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman" - [QS 6: 125]
-sehingga masa lain, insya Allah-