Friday, August 16, 2013

Kebejatan III

Salam Alaik...

P/s: Ini ialah sebuah sajak

Kebejatan III

Tiang yang tegak
ditumbangkan Sisi
kerana bimbang ianya rebah
menghentak ahli rumah

Namun Sisi itu tidak tahu
tiang itu dibina ahli rumah
tegaknya cukup kukuh
perlu diberi masa
agar kering konkritnya.

Sisi itu degil
rebahkan juga
lalu dibina tiang baru
yang katanya utuh
namun rupanya lusuh
lebih teruk
jatuh meruntuh rumah itu

natijahnya
elok jika hanya cedera
kini maut berjumpa penghuninya.

Tahniah Sisi
kerana meruntuhkan paksi utuh
dan gantikan dengan yang rapuh

#Egypt #Mesir

Wednesday, August 14, 2013

Harapan Menjadi Layu

Salam Alaik..

P/s: Ini ialah sebuah susunan kata yang tak tersusun.. Dipos buat pertama kali dalam Twitter..


Di kala harapan tinggal sebutir pasir,
dan kenyataan setinggi gunung;
semangat hilang ditelan arus ombak..

Perjalanan yang cukup jauh,
bertambah jauh. 
Bintang kini tidak kelihatan. 
Hanya ada sayup-sayup cahaya di balik awan..

Mengejar dua pengakhiran, 
sambil dikejar dua punca. 
Beban dibawa, 
rebah sambil berlari.

Nampak senang dan mudah, 
senyum dan tawa. 
Namun tersirat adanya pisau menikam, 
dan luka yang dalam.

Saat ini, redha menjadi bahaya. 
Jangan terbunuh tanpa membunuh. 
Dibuka dada, 
dibiar peluru terbang bebas: Jangan.

Doa sayu, 
dan rintihan syahdu, 
di balik mata dan jasad yang kuat. 
Perjuangan harus terus, 
namun langkah sudah mampus.

Belum sampai taqdir, 
alasan sudah difikir. 
Belum tiba pengakhiran, 
sudah mengagak peleraian. 
Jatuh, ke dalam lubang dalam.

Ku punya dua minit untuk berperang. 
Namun ku ambil dua minit untuk hanya bangun. 
Pertempuran ini, sudah ku kalah. 
Kalah sebelum menyerang.
Kalah tika masa bersedia.























130813 1924

Wednesday, August 7, 2013

Selamat!!

Salam Alaik..

Panjang nak tulis sebenarnya.. Tapi bizi.. Maaf.. Exam dah hampir.. Jadi, ucapan kena pendek..

Selamat Hari Raya.


Mai la datang rumah..
(Alamat taknak bagi pulak yek?)

Semoga Allah permudah segalanya.. Doakan yang terbaik buat masa akan datang..
Sungguhpun memohon maaf seharusnya setiap masa tanpa mengira Aidil Fitri, namun aku tetap ingin bersikap klise dan streotaip..

"Minta maaf atas segala salah dan silap.. Aku maafkan segala salah orang lain.."



Saturday, August 3, 2013

Saya dan Anjing

Salam Alaik..

P/s: Anjing memang seekor binatang yang umat Melayu sangat tak suka menyebutnya..

Aku membesar di daerah Jerantut, dalam kawasan taman perumahan yang bernama Taman Koperasi.. Oleh sebab terdapatnya penghuni Cina dan India di situ, maka terdapatlah juga anjing yang dipelihara oleh mereka.. Aku nie masa Tadika dulu memang rajin kena kejar anjing.. Ada sekali tue anjing kejar aku sampai kat rumah, arwah Ayah aku keluar, bawak lastik, lastik kepala anjing tue pada jarak dekat (lebih kurang 30cm).. Mencicit anjing tue lari kesakitan..

Masa aku sekolah rendah, satu kejadian mengubah persepsi aku terhadap anjing.. Sekali tue aku mengayuh basikal dengan aman di Taman Koperasi sebelum seekor anjing tetiba menyalak dan mengejar aku.. Seharusnya, tindakan reflek ialah lari laju-laju.. Namun aku tetiba brek basikal aku, dan menjerit kat anjing tue.. Anjing tue berhenti, senyap pandang aku.. Lepas aku mencarut sepatah dua, aku kayuh balik dengan muka aman.. Tapi dalam hati, pohpaleyh berdebar.. Sejak daripada tue, aku langsung tak takut dengan anjing.. Petua: Jangan lari! Hatta, ramai geng aku di Taman Koperasi dah tak kisah dengan anjing..

Masa aku sekolah menengah, tengah naik motor di Taman Koperasi lagi, seekor anjing hitam kejar aku.. Aku masa nie memang dah tak takut anjing, selamba aku tendang anjing tue.. Ingatkan dia berhenti, sekali dia kejar lagi.. Tapi sekejap je la.. Aku pecut la pastu.. Haha.. Anjing hitam tue memang dah lama tak puas hati dengan aku agaknya..

Ini Bukan Jackyah. Ini Anjing Lain

Di Manipal, keberanian dengan anjing masih kekal.. Ada seekor anjing betina warna perang, aku bagi nama Jackyah (Jack-kee-yah) yang selalu lepak rumah aku (Rumah Raya).. Aku tak tau la Jackyah nie bertuan atau tak, tapi memang selalu lepak rumah aku.. Ada sekali tue, masa tengah bakar sate kat luar rumah, aku bagi la sket sate tue kat Jackyah.. Tak silap aku Wawan ada rakam video.. Tapi mujur tak sempat publish kat public.. Haha..

Jackyah nie memang baik binatangnya.. Jenis tak kacau orang secara agresif.. Kalau dia kacau pun, dia kacau dengan berbaring/tido kat bawah motor.. Bila nak gerak naik motor payah la sket sebab kena alih/halau dia dulu.. Ada satu masa tue 'Vincent', tukang masak aku kata ada orang cuba nak masuk rumah raya, tapi dia tersedar sebab Jackyah menyalak kuat.. Tengok, bapak bagus Jackyah nie.. Walau tak bagi dia makan, tapi selamba dia buat baik.. Agaknya dia balas budi sebab bagi dia berteduh bawah rumah aku kot..

Selain tue Jackyah nie rajin halau anjing-anjing lain yang masuk rumah raya.. Lembu pun dihalaunya..

Tapi, saat akhir aku di Manipal (i.e. 6 bulan terakhir), Jackyah hilang.. Kata orang, dia pi kawasan lain.. Aku  pun tak tau.. Tapi sejak daripada tue ada 2-3 ekor anjing lain datang.. Bukan datang secara aman, tapi datang cari gaduh.. Kerja anjing bangsat nie ialah mengucar-kacirkan tong sampah.. Kiranya bersepah la sampah kat depan rumah aku.. Punyalah panas hati aku, aku baling batu-bata daripada balkoni rumah, tepat atas kepala anjing tue dengan sekuat hati.. Sebab masih degil, aku pernah curah air panas kat anjing tue.. Menjerit lari keluar rumah.. Ok, aku menyesal jugak sebenarnya melakukan kejahatan kat anjing tue.. Tapi masa tue tengah marah, nasib la..

Jackyah: Penjaga Rumah Raya

Di Jais Almer, aku pegang anjing yang bertugas menjaga kabilah aku dan rerakan ketika naik unta.. Lembut je bulunya, macam kucing.. :)

Memelihara anjing hukumnya harus atas beberapa syarat.. Antaranya ialah mestilah bertujuan, seperti menjaga rumah/tanaman, atau sebagai pemburu upahan.. Nak jadikan anjing tue pemburu upahan pun ada syarat jugak.. Bukan mudah ye!

Kata al-Qardhawi, hukum membela anjing sebagai binatang kesayangan (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh Rasulullah. Dalilnya: Daripada Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi SAW bersabda: "Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath." [riwayat Bukhari dan Muslim dan semua ahli hadis yang lain].

Di samping itu, Nabi kata: "Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya." [Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940)]


Sungguhpun begitu, berbuat kebaikan kepada anjing tidaklah menjadi masalah (e.g memberi makan dan minum) berdasarkan hadis nabi tentang seorang pengembara yang memberi minum anjing yang kehausan, dan seorang pelacur yang memberi minum anjing.

Hukum pegang anjing, aku percaya ramai dah berbicara tentang nie.. Hukumnya tidak haram, namun harus bersuci dengan basuhan air tanah dan air mutlah (ikut mazhab Syafi'e) jika memegangnya dalam keadaan basah..

Hukum sengaja buat video dengan anjing untuk mengucapkan selamat hari raya pulak tak tahulah aku akan hukumnya.. Tapi bagi pendapat aku, itu perbuatan yang bangang lagi membangangkan.. Takde kerja, cari kerja..

Kalau jumpa anjing tepi jalan, jangan mencarut kat anjing tue.. Buat tenang sahaja.. Kalau tak lari, takde hal insya Allah.. Dia tak berani menggigit melainkan kalau kita kacau kawasan dia atau memberi ancaman kat dia.. Dan kalau ada anjing liar, repot kat pihak berkuasa.. Bahaya kalau ada penyakit anjing gila.. Jenis takde ubat penyakit tue melainkan antibodi..

Jangan buruk sangka dengan anjing.. Tapi berhati-hatilah.. Jangan jadi bangang.. Hehe..

Sekian..