Seperti yang dijanjikan..
(Sebab saya malas nak menulis dengan panjang, maka saya akan guna bentuk poin)
- Buah pemula: Saya dengan ini mengucapkan selamat tahun baru masihi kepada semua pembaca. Semoga azam tahun 2013 tercapai. Kalau tidak, tahun 2014 masih ada insya Allah.
- Tahun 2014 saya merupakan tahun aktif beriadah. Aku rajin gila turun main bola walaupun stamina tak meningkat naik. Hujung-hujung tahun nie terpaksa kurangkan sebab mukus berlebihan dalam peparu.
- Kekawan dah mula kawen beramai-ramai. Tak kiralah kawan zaman sekolah rendah, kawan sekolah menengah, malah kawan yang sama-sama belajar. Tahniah, dan semoga berbahagia. Nanti aku kawen, aku jemput. Jadi, jangan tanya.
- Hujung bulan Mac, satu rumah pi 'family day' ke Genting. Lepas stress di samping meningkatkan ukhwah.. Haha..
- 2013 jugak AITEM di bawah JK sukan, Pizul dan rerakan buat tourney Futsal untuk alumni SBPI Temerloh. Aku boleh kata tourney tue berjaya walaupun ada beberapa kekurangan. Harap 2014 akan ada lagi tourney seperti ini sungguhpun Pizul sekarang bertugas di Sarawak. Haha.
- Mei 2013 tidak dapat dilupakan apabila PRU yang ke-13 merupakan kali pertama aku mengundi.. Semangat dia lain macam PRU kali nie sebab dah lepas umur.. Hehe..
- Atuk Alex bersara.. Encik Moyes jadi pengganti.. Manchester United nampak tergapai-gapai dalam saingan liga 2013 dengan menyambut tahun baru di tangga ke-6 liga.. Mohon naik dan paling kurang top-4..
- Julai 2013, member yang selalu ada di Jerantut (selain Firmad, Mat Saha dan Zimi) bergerak ke Sarawak untuk menjadi cikgu.. Haha.. Mohon aku tak perlu posting sampai ke sana.. Cukuplah India..
- Ogos 2013 merupakan bulan genting.. P2S1.. Peperiksaan yang agak besar setelah 2 tahun tanpa peperiksaan besar.. Nyaris putus semangat, namun harapan kembali menyinar di saat akhir.. Pecut dan cukup makan untuk percubaan kedua..
- September 2013 ialah masa untuk percubaan kedua.. Digunakan sepenuhnya, dan alhamdulillah, lepas..
- Lepas setel P2S1, trip memanjat gunung disambung setelah ditangguh setahun.. Cabarannya ialah Gunung Datuk.. Walau tak semencabar Ledang, tapi ok la!
- Pahang menang Piala Malaysia.. Akhir tahun 2012, aku pergi stadium masa play-off Pahang VS Sarawak dan Pahang VS Kedah.. Dan semi-fnal di Darul Makmur aku pergi jugak.. Tahniah, dan semoga berjaya lagi di tahun 2014..
- Tahun 2013 merupakan tahun 'moved on'.. Takde dah perasaan-perasaan koyak.. Hidup mesti terus~
- Akademik, macam biasa, takat tue je la.. Jenis pemalas payah jugak..
- Tahap tekanan secara umum dalam kawalan kecuali menjelang P2S1.. Namun tekanan tue takde la sampai jadi bangang.. Haha..
- Hal ehwal agama juga mendatar.. Tidak ada peningkatan dan penurunan secara mendadak.. Harus menjadi sasaran untuk ditingkatkan pada tahun 2014..
- Tahun depan kena lebih matang dan mempersiap diri untuk tahap seterusnya.. Kalau rezeki molek, September 2014 aku setel belajar dan akan menjadi doktor pelatih paling lewat pada tahun 2015, tahun GST..
- Semoga tahun 2014 lebih baik daripada tahun 2013..
- Mungkin ada poin yang tertinggal sebab aku tulis nie dalam masa 15 minit sahaja..