Friday, August 6, 2021

Yestinia Pestis

 Salam Alaik..

Yersinia Pestis


Pada zaman Khalifah Abu Bakr RA dan Khalifah Umar RA, kerajaan menghantar tentera ke sempadan untuk membesarkan wilayah Islam. Antara tempat yang dihantar ialah di Syam - kini wilayah Syria, Jordan dan Palestin.


Khalifah ketika itu menghantar 4 pasukan yang diketuai oleh Amr bin al-As, Yazid Abi Sufyan, Shurahbil bin Hasana dan Abu Ubaydah al-Jarrah. Dalam pertempuran Yarmouk, tentera Islam berjaya menawan kawasan milik kerajaan Byzantine dan seterusnya mendirikan kem di al-Amwas.


Di kem al-Amwas inilah terjadi jangkitan kuman (mungkin) Yestinia Pestis, Bubonic Plague.


Mendengar sedikit demi sedikit tentera Islam dan komander mereka meninggal akibat pandemik ini, maka Khalifah ketika itu Amir al-Mukminin Umar memanggil Abu Ubaydah al-Jarrah menghadapnya di Madinah.


Namun, Abu Ubaydah menolak panggilan Umar kerana 'tidak mahu meninggalkan pasukannya'. Oleh sebab itu, Umar RA sendiri berkenan untuk pergi ke Syam untuk bertemu Abu Ubaydah dan pasukan tenteranya.


Dalam perjalanan ke Syam, Umar bertanya Kaum Muhajirin dan Ansar tentang niatnya untuk memanggil pulang tentera di Syam yang terkena wabak. Namun ketua kaum Muhajirin dan Ansar membantah niat Umar atas alasan Nabi SAW pernah melarang seseorang bergerak masuk atau keluar dari kawasan wabak.


Umar, kemudiannya mengambil nasihat daripada kaum Quraysh dan Quraysh menyokong niat Umar. Setelah Umar memanggil Abu Ubaydah dan pasukannya pulang, Abu Ubaydah sembah derhaka kepada Umar dan mengingatkan Umar tentang hadis Nabi seperti di atas.


Umar seterusnya mengarahkan Abu Ubaydah, paling koman bergerak ke kawasan yang lebih hijau (dan tidak berpenduduk) berbanding duduk di al-Amwas yang kering kontang. Dan Abu Ubaydah akur arahan Umar seterusnya menggerakkan bala tenteranya ke Jabiya. Dan Umar kembali ke Madinah - situasi menang-menang.


Dalam perjalanan dari al-Amwas ke Jabiya, Abu Ubaydah al-Jarrah meninggal dunia akibat wabak ini. Seterusnya, Muadz bin Jabal dan Yazid Abi Sufyan juga turut terkorban. Antara sahabat yang turut terkorban ialah Surahbil bin Hasana, Suhayl bin Amr dsb.


Dalam wabak ini, dianggarkan 20,000 - 25,000 penduduk Syam meninggal dunia pada tahun 638 - 739 Masihi.


Wabak ini juga menular di Eropah pada tahun 1300-an menyebabkan sehingga 200 juta kematian.


Kini, di zaman moden, jangkitan Yestinia Pestis membawa kadar kematian 10% (jika mendapatkan rawatan) sehingga 90% jika tidak dirawat.


إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ - رواه مسلم