PENGEMBARAAN FINARE
Bahagian Dua
“Mengumumkan ketibaan Duli Yang Mulia Sultan Syarif al-Asmak, Sultan yang menaungi Kepulauan Rempah dan menjaga sekalian penduduknya. Paduka Sultan Syarif al-Asmak akan diiringi ke Balairung Seri Istana Hinggap Iringan Paduka Tengku Asmak. Maka sekalian penduduk Kepulauan Rempah yang ada menyaksikan peristiwa ini diminta untuk melaungkan laungan Daulat Tuanku sebanyak tiga kali. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku. Paduka Sultan Syarif dijemput berangkat ke Balairung dengan diiringi Tok Penghulu Kampung Kerdau, Datok Penghulu Bendang Serantai Haji Ajak Ali Asmawan.”. Laungan yang menandakan permasyhuran keberangkatan tiba Paduka Sultan Syarif. Ramai hadirin sekalian kampung bertepuk tangan tanda gembira. Paduka Sultan Syarif berkenan untuk mencemar duli bersalaman dengan rakyat jelata. Suasana yang hiruk pikuk seperti berada dalam sarkas. Firmatozoa, Redzwameba dan Nasharaden tenggelam dalam lautan manusia. Sultan yang sepatutnya dikawal telah berada jauh. Mereka bertiga sepatutnya berkawal tetapi telah terlupa arahan itu, lalai melihat kegamatan penduduk. Strategi kononnya menggunakan pelabuhan kedua agar rakyat dapat dikawal ternyata gagal.
“Weh, pengawal diraja, kenapa kamu duduk berdiam diri sahaja di sana? Tok dengar Paduka Sultan sudah hampir. Laungkan arahan ke Pelabuhan Dua cepat, Tok hendak menyambut Sultan ini.” Jerit Datok Penghulu yang sememangnya mampu untuk menjerit senafas walau umur sebaya dengan pokok jati dua pemeluk di belakang rumahnya itu.
“Aik, bukankah Sultan sudah sampai tadi?”
“Mana adanya. Kau tidur siang sampai mengigau, Redzwameba.”
“Lah, mana Sultannya? Firmatozoa, isyaratkan ahli isyarat diraja supaya berlabuh di Pelabuhan Dua. Dan kamu Redzwameba, panggil Datok Penghulu bersiap siaga.”
“Baiklah, Nasharaden.”
Berjalan seperti yang dirancang. Kapal ‘Permata Hitam’ milik Sultan menghampiri jeti sepanjang setengah kapal itu di Pelabuhan Dua. Permata Hitam, kapal yang bersaiz 90 kaki panjang dan 30 kaki lebar itu memang memukau. Saiznya yang besar tidak terlawan oleh kapal-kapal lain termasuk kapal dari Inggeris dan orang-orang Portugis mahupun Belanda. Permata Hitam yang bercat kelabu cerah menghampiri pelabuhan dengan perlahan, dikawal oleh Kapten Diraja, Kapten Fakhrull Scott yang dihantar Sultan ke sebuah negeri di sebelah China dan di hujung Dunia, untuk mengaji cara mengemudi kapal sebesar itu. Mengemudi Permata Hitam merupakan penghormatan yang besar kepada mana-mana pengemudi atau kapal kerana terletaknya tanggungjawab yang berat di atas bahu mereka. Antara kapten terkenal yang pernah berkhidmat dengan Sultan ialah Kapten Zam, kini sudah menghilang dari arena perkapalan.
Setelah berjaya merapati jeti yang berkedalaman 20 kaki itu, kapal sebesar itu nyata tidak bermasalah untuk berlabuh. Menjelang turunnya sauh di dasar laut Kampung Kerdau, segala penduduk kampung sudah berada di Pelabuhan Dua, menanti ketibaan Sultan Kepulauan Rempah yang disayangi. Sekalian penduduk nampak seronok dan gembira sekali dengan ketibaan Sultan itu kerana sudah lama Sultan tidak mencemar duli di Kampung Kerdau. Tangga yang diperbuat dari kayu yang disulam Jut dari negeri Filipina, diturunkan. Seorang demi seorang para pembesar Kepulauan Rempah turun dimulakan dengan Pembesar Berempat Pegawai kepada Menteri Perdana Datok Orang Kaya Seri Bentan Encik Zalia Hamzah, Pembesar Berempat Pegawai kepada Menteri Perdana Datok Orang Kaya Syahbandaraya Kapten Rosyam Nor Jr., Pembesar Berempat Pegawai kepada Menteri Perdana Datok Orang Kaya Datok Bendahara Diraja Encik Dol Lah Hakim dan Menteri Perdana Datok Orang Kaya Seri Penasihat Diraja Datok Encik Ajax Ally yang berasal dari Inggeris. Maka ketibaan pembesar berempat itu dilaung tetapi tidaklah cukup seorang iaitu Pembesar Berempat Pegawai kepada Menteri Perdana Datok Orang Kaya Laksamana Laut Diraja yang sekian lama tiada dipegang sesiapa. Setelah Menteri Perdana Datok Orang Kaya Seri Penasihat Diraja Datok Encik Ajax Ally turun dari Permata Hitam, satu laungan yang paling kuat kedengaran.
“Mengumumkan ketibaan Duli Yang Mulia Sultan Syarif al-Asmak, Sultan yang menaungi Kepulauan Rempah dan menjaga sekalian penduduknya. Paduka Sultan Syarif al-Asmak akan diiringi ke ‘Balairung Seri Istana Hinggap Iringan Paduka Tengku Asmak’. Maka sekalian penduduk Kepulauan Rempah yang ada menyaksikan peristiwa ini diminta untuk melaungkan laungan Daulat Tuanku sebanyak tiga kali. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku. Paduka Sultan Syarif dan pembesar-pembesar Negara iaitu Pembesar Berempat Pegawai kepada Menteri Perdana Datok Orang Kaya Seri Bentan Encik Zalia Hamzah, Pembesar Berempat Pegawai kepada Menteri Perdana Datok Orang Kaya Syahbandaraya Kapten Rosyam Nor Jr., Pembesar Berempat Pegawai kepada Menteri Perdana Datok Orang Kaya Datok Bendahara Diraja Encik Dol Lah Hakim dan Menteri Perdana Datok Orang Kaya Seri Penasihat Diraja Datok Encik Ajax Ally dijemput berangkat ke Balairung dengan diiringi Tok Penghulu Kampung Kerdau, Datok Penghulu Bendang Serantai Haji Ajak Ali Asmawan.”. Laungan yang menandakan permasyhuran keberangkatan tiba Paduka Sultan Syarif. Ramai hadirin sekalian kampung bertepuk tangan tanda gembira. Paduka Sultan Syarif berkenan untuk mencemar duli bersalaman dengan rakyat jelata. Suasana yang hiruk pikuk seperti berada dalam sarkas.
***
Setelah Sultan Syarif al-Asmak tiba di ‘Balairung Seri Istana Hinggap Iringan Paduka Tengku Asmak’, maka sekalian rakyat memenuhi Lapangan Berbumbung Nipah yang dibina khas untuk mendengar titah Sultan Syarif al-Asmak yang baru sahaja tiba. Sekalian rakyat jelata amat tekun menunggu untuk mendengar sepatah titah pertama dari Paduka Sultan. Paduka Sultan bangun dan bertitah dengan lantang, “One small step of Sultan in this Kampung Kerdau is one giant leap for Kerdauian. Perkataan inilah yang Ajax Ally ajar kepada beta. Beta ingin menyampaikan rasa gembira beta dek kerana berjaya membangunkan kampung ini sehingga tahap ini. Beta yang pernah datang 14 tahun dahulu, ketika beta muda-muda, amat merasai perubahan yang berlaku. Terima kasih kepada Datok Penghulu Ajak Ali Asmawan kerana menyediakan kawalan keselamatan yang mantap kerana jika beta di tempat lain, beta mungkin akan cedera dihimpit. Selepas ini beta ingin berjumpa dengan pengawal beta tadi.” Titah Sultan Syarif al-Asmak yang memang terkenal dengan feelnya yang tidak minat untuk bercakap panjang dan selalu mengarut.
Di bawah pokok Tualang Putih di belakang Astaka Diraja, Redzwameba, Firmatozoa dan Nasharaden sedang merawat luka mereka sendiri kerana menahan rakyat yang ingin bersalaman dengan Sultan.
-Kalau beginilah kerja kita hari-hari, memang masaklah kita Redzwameba.
-Ya, betul katamu itu. Tidak lama lagi memang kuruslah aku yang memang dah
kurus ni.
-Tengok Nasharaden, tidur pula. Mentang-mentang senjatanya sudah berjaya
mengagumkan Paduka Sultan.
-Lantak dia lah. Yang penting kita kena kawal Paduka Sultan lagi selepas ini.
-Baik kita berehat sebentar.
***
Wednesday, January 23, 2008
PENGEMBARAAN FINARE Bahagian 2
Sunday, January 13, 2008
Pengembaraan FINARE
Bahagian Satu
Hari yang cukup indah di perkampungan nelayan ini. Angin sepoi-sepoi bahasa cukup menyegarkan. Pagi yang tiada kemuraman ini menarik minat unggas melayang terbang mensyukuri nikmat Tuhan. Perkampungan yang sudah berdekad lamanya ini masih segar, muda. Tanah yang subur menggalakkan penanaman rempah dan candu. Laut membiru sejauh mata memandang, mengelilingi Pulau Bernama. Ya, nama pulau yang unik. Pulau yang menguasai pentas perdagangan Timur dan Barat, mengumpan pedagang rempah dan candu. Di kampung Kerdau ini, nelayan yang sudah beradu di laut naik ke pantai, membawa hasil laut yang banyak, setelah semalaman dilambung ombak.
Sedang kesibukan pantai dipenuhi petani dan nelayan melakukan sistem Barter, pedagang candu dan rempah mencium bau kehangatan rempah yang menggoda nafsu. Seketika menjaja, datang Tok Penghulu Kampung Kerdau, Datok Penghulu Bendang Serantai Haji Ajak Ali Asmawan berlari-lari anak merapati para penjaja di pantai Tanggang Berlabuh. Setelah sempat melepas lelah dek kerana sudah tua mahu lagi berlari, Datok Penghulu menyampaikan berita, “Wahai penduduk Kerdau yang budiman, maka adalah dititahkan oleh Paduka Sultan Syarif al-Asmak, Sultan yang menaungi kepulauaun Rempah, bahawa baginda Sultan akan berangkat mencemar duli ke Kampung Kerdau ini menjelang gelincir matahari esok. Maka, bersiap sedialah semua agar keberangkatan Sultan ke sini memberi kemajuan kepada kita semua, Daulat Tuanku!” Riuh rendahlah segenap pelusuk Kampung Kerdau kerana ketibaan Sultan itu.
***
Di sebuah pondok yang huduh dan buruk, yang gayanya tidak lebih hanya seperti pondok menunggu padi, barulah bangun tiga pemuda yang sudah lama menumpang ehsan di pondok itu. Tidaklah mereka menganggur, tetapi mereka hanya berjalan kerjanya. Di mana perlukan khidmat mereka, maka panggil sahajalah, laungkan sahaja nama mereka, pasti tiba dalam masa sekokok ayam. Tidak pernah mereka malas, cuma untuk tetap bekerja, ia seakan payah kerana apalah yang mereka ada. Untuk berniaga, tiada modal. Hanya kudrat menjadi peneman. Mereka ini datang dari Semenanjung Emas, Redzwameba, Firmatozoa, dan yang agak gempal badannya, Nasharaden. Mereka bertiga amatlah rapat satu dan lain jika diumpama, seperti di dalam perut lagi sudah bersahabat. Sepagi itu, mereka melakukan rutin harian, mengelilingi kampung nelayan itu menjual khidmat. Sesampai di rumah Datok Penghulu, mereka berhenti pabila dipanggil Datok Penghulu meminta khidmat. Kerjanya mudah tapi bakal menampak sinar kampung nelayan ini. Dibalik tiga nama yang unik inilah, bermula satu hikayat pengembaraan yang mengubah dunia.
***
Pagi yang amat indah, sesuai untuk menyambut keberangkatan tiba Sultan Syarif al-Asmak ke Kampung Kerdau. Burung berkicau memberi erti bahawa hari itu tiada yang buruk bakal berlaku. Frimatozoa, Redzwameba dan Nasharaden membersihkan diri mereka kerana diberi penghormatan yang amat tinggi oleh Datok Penghulu untuk melakukan tugas yang amat berat dan penuh dengan risiko. Mereka diberi sepersalinan lengkap bertanjak untuk menyempurnakan tugas ini. Sedang mengenakan pakaian itu Firmatozoa bersuara, “Tinggi benar kepercayaan Datok Penghulu kepada kita hari ini. Barangkali tiada yang lebih Datok Penghulu percaya selain kita bertiga. Untung benar nasib kita sebagai perantau ini.”
“Mana Datok Penghulu tidak percaya, kita sudah 70 purnama berada di sini. Lagipun penduduk kampong ini sememangnya tidak begitu berani menanggung risiko.”, Sahut Nasharaden.
“Jangan kau kata begitu. Seperti kamu takbur sahaja.”
“Yang kamu senyap semacam kenapa Redzwameba? Tidak gembira menerima amanah ini?”
“Bukan tidak gembira, tapi kamu perlu tahu, tugas kita amatlah rumit. Ada kamu cari alatan yang sesuai tidak, Raden?”
“Aku sentiasa bersedia. Ingat tak kamu satu benda yang aku jumpa di kolam air panas Bukit Berendam dahulu? Benda itu mudah terbakar dan mudah meletup. Aku sudah mengkaji kegunaan bahan itu.”
Dalam keasyikan berborak, datang Datok Penghulu menyapa, “Dah siap? Jemput ke rumah Tok. Tok hendak dengar apa rancangan kamu.”
“Baiklah Datok, kami datang sebentar lagi.” Balas Firmatozoa sebagai ketua.
***
Suasana kampung Kerdau hari itu aman dan rukun. Tiada yang tidak gembira, kanak-kanak berlari mengejar Encik Farhan yang terkenal dengan ceritanya. Orang-orang kampung yang lain sibuk menyiapkan makanan, adat biasa kedatangan Sultan. Menjamu sekalian penduduk dan pengiring Sultan. Yang tua-tua duduk di anjung rumah yang kebanyakannya dibuat dari kayu bermutu tinggi diimport dari Tanah Jawa. Suasana hiruk pikuk melatari hari itu di Kampung Kerdau. Firmatozoa, Redzwameba dan Nasharaden perlahan menuruni tangga satu-satunya rumah usang yang ada di kampung yang sudah dilanda kemewahan akibat perdagangan rempah, menguasai perdagangan rempah antarabangsa. Sebagai perantau, rumah usang itu hanyalah persinggahan sebelum mencari hidup hakiki. Mereka bertiga bergerak meninggalkan rumah usang itu menuju ke rumah Datok Penghulu.
“Indah sungguh persalinan kita hari ini. Semua memandang kita hari ini.”
“Memang menjadi tumpuan kerana tidaklah pernah kita berpakaian seperti ini sebelum ini. Lihat kamu Firmatozoa, segak, mungkin boleh jadi memanda menteri perdana selepas ini.”
“Kamu pun apa kurangnya Nasharaden. Aku pelik kerana Redzwameba tidak berkata apa-apa sejak dari pagi tadi. Kenapa Redzwameba?”
“Aku terlalu teruja untuk melaksanakan tugas ini. Bukan aku sengaja senyap, tapi senyap itu lebih baik dari aku merapu,” balas Redzwameba sinis.
“Sinis betul kata-katamu itu, baiklah, kita senyap sahajalah Nasharaden,”.
***
Rumah Datok Penghulu seperti biasa, tiada yang berbeza walau terdapat majlis besar sebentar lagi. Mungkin yang lain sibuk uruskan hal lain. Capal yang dipakai disusun rapi, kaki dijirus bersih dari tempayan sepemeluk kepunyaan Datok Penghulu. Adat masyarakat melayu, yang pentingkan kebersihan. Langkah disusun rapi menaiki tangga yang tidak setinggi mana. Melangkah ke dalam rumah Datok Penghulu seperti melangkah ke dalam kedai tembikar. Mungkin hobi isteri Datok Penghulu, bisik Nasharaden. Puri, anak dara Datok Penghulu memanggil ayahnya dengan sopan. Sesuai dengan statusnya anak dara idaman pemuda Kampung Kerdau malah pernah diidamkan anak lelaki penghulu Kampung Dusun, Sarip Malfroy.
“Lama dah sampai?” Teguran Datok Penghulu menyentap lamunan tiga pemuda tadi.
“Bagaimana rancangan kamu bertiga? Cuba jelaskan sedikit. Tok hendak dengar. Bukan mudah untuk mengawal keselamatan Sultan Syarif al-Asmak ini. Biasalah, Sultan Kepulauan Rempah.” Tambah Datok Penghulu.
Nasharaden bangun sebagai ketua projek. Otaknya yang geliga, sesuai dengan tugas ini. “Begini Datok Penghulu, saya dan sahabat saya ini akan menerima ketibaan Sultan dari pelabuhan kedua kita kerana pelabuhan petama banyak pedagang asing yang akan berlabuh dan akan meningkatkan risiko keselamatan. Pelabuhan kedua kami akan sediakan dengan sebaiknya. Kami akan cuba untuk menjadikan Sultan turun dengan selamat di pelabuhan. Ketika Sultan berada di rumah Orang Kaya Seri Bentan, kami…”
“Cukup! Tok yakin dengan rancangan kamu. Baiklah, kamu boleh ke pelabuhan sekarang. Sultan mungkin akan tiba dalam seketika lagi. Bukannya lama untuk menunggu matahari tergelincir.” Potong Datok Penghulu.
“Terima kasih Datok. Kami tidak akan memalukan Datok.”, kata Firmatozoa sebagai sahabat yang pandai berkata-kata.
Dalam cuaca yang redup itu, mereka bergerak ke pelabuhan kedua. Orang-orang masih sibuk melakukan itu dan ini, sana dan sini. Debu berterbangan di kawah masakan. Mungkin selesai memasak agaknya. Setelah 44 langkah berjalan, mereka mengatur strategi keselamatan. Menyiapkan kemasan dan memeriksa keselamatan. Jika sesuatu berlaku kepada Sultan maka mereka yang akan dipersalahkan. Matahari semakin memuncak. Mungkin Sultan akan tiba sebentar lagi.

Monday, January 7, 2008
SBP Integrasi Temerloh (SBPIT) dalam kenangan
sbpit - item - sbpi temerloh - insoft - in-soft - integrasi temerloh
Subscribe to:
Posts (Atom)