Monday, January 30, 2012

La Tahzan InnaLlaha Ma'ana.

Salam 'Alaik.

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai maut" - [Ali 'Imran, 3:185]

"Di mana pun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada dalam benteng yang tinggi dan kukuh" - [an-Nisa', 4: 78]


Sesungguhnya aku berada dalam keadaan sedih yang nyata, apabila mencapat khabar bahawa ayahku yang aku sayangi telah kembali ke rahmatuLlah. Sungguh, itu adalah perancangan Allah, dan perancangan Allah itulah yang terbaik.

"Sesungguhnya kita milik Allah, dan sesungguhnya kepada-Nya juga kita kembali" - [al-Baqarah, 2:156]

Aku biasanya sangat tenang, dan punyai air mata yang sangat mahal. Tetapi pabila mendengar berita yang tidak aku sangkakan, aku menjadi sedih dan menangis. Menangis seorang diri mengenang akan aku yang jauh di bumi India ketika ayahku menghembuskan nafas terakhirnya. Aku hanya lewat sebulan, daripada tarikh yang aku jangka akan pulang iaitu 4 Mac 2012. Tetapi tidaklah Allah melambatkan kematian hamba-Nya walau sesaat.

"Dan Allah tidak akan menunda (kematian) seseorang itu apabila tiba waktu ajalnya. Dan Allah Maha Teliti dengan apa yang kamu kerjakan" - [al-Munafiqun, 63:11]

Ayat ke-11 al-Munafiqun memang sentiasa berada di mulutku ketika solat, ketika menunggang motor dan ketika mana aku lapang. Dan tidaklah aku menyangka ujian yang aku terima amatlah dekat denganku. Aku sering mengharap agar aku sempat untuk bersama ayahku ketika di Malaysia, sempat untuk berbual dengannya, sempat untuk meminta maaf dengannya, dan sempat untuk melihat dia buat kali terakhir, dan mengucup wajahnya. Doaku untuk ayah bertahan selama 40 hari tidak diperkenan. Allah lebih mengetahui. Mungkin 40 hari untuk bertahan itu terlalu berat untuk ayahku.

Pulangnya ke rahmatuLlah ketika aku masih berada di India menambahkan lagi sesalanku. Sesungguhnya jika aku tidak menambah 6 bulan pengajianku, nescaya aku sempat untuk sekurang-kurang menyembahyangkan jenazahnya di rumah, dan sempat mengikutinya ke kubur. Allah ialah sebaik-baik perancang. Harus aku redha.

Ayah banyak membantuku. Ayah banyak berjasa kepadaku. Tetapi aku tidak sempat membalas jasanya ketika dia masih di dunia, tidak sempat dia melihat aku bersama segulung ijazah MBBS, dan memanggil aku Doktor. Dan aku sangatlah celaka kerana pernah juga melawan cakapnya. Mohon ayah memaafkan segala dosa-dosaku kepadanya.

Barangkali ketika ini aku sudah berada di Bengaluru International Airport, menunggu kapal terbang AirAsia pada jam 17:15 IST untuk bergerak ke Tanah Tumpahnya Darahku. Menjejak Tanah Air pada jam 00:00 MST, awal 33 hari daripada apa yang aku rancang. Moga aku diberikan kekuatan untuk melawat pusara ayah esok, dan mendoakan kesejahteraannya. Ya Allah yang Maha Kuat, berikanlah aku kekuatan. Berikanlah aku kekuatan. Berikanlah aku kekuatan.

Ya Allah berikanlah aku kekuatan.

"Ya Allah, ampunilah ayahku, kasihanilah ayahku, sejahterakan ayahku, dan maafkanlah kesalahan ayahku, hormatilah kedatangan ayahku, lapangkanlah kubur ayahku, dan bersihkanlah ayahku dengan air, ais dan embun, serta sucikanlah ayahku daripada sebarang dosa sebagaimana Kau sucikan kain putih daripada kotoran dan najisnya. Masukkanlah ayahku ke dalam syurga, dan lindungilah ayahku daripada seksa kubur dan seksa api neraka."

"Ya Allah, sesungguhnya ayahku berada dalam tanggungan-Mu dan berada di sisi-Mu. Jagalah ayahku daripada fitnah kubur dan seksa api neraka. Engkau ialah Zat yang menepati janji dan kebenaran, maka ampunilah ayahku dan kasihanilah ayahku. Sesungguhnya Kau ialah Zat yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

"Ya Allah, Kau ialah Tuhan ayahku, Kau telah mencipta ayahku, dan Kau telah memberikan rezeki kepada ayahku, Kau telah menunjukkan ayahku kepada Islam, Kau telahpun mengambil ruhnya danKau mengetahui dirinya baik yang tidak terlihat mahupun terlihat. Aku datang memohon pertolongan-Mu, maka ampunilah ayahku."

Sesungguhnya ini ialah ujian yang berat. Bantulah aku menghadapinya dengan tenang. Selamatkan perjalananku pergi dan pulang.

Ya Allah, tanamkan kekuatan dalam diriku dan keluargaku seperti mana Kau tanam kekuatan dalam diri Rasul-rasul-Mu.

Ya Allah, jadikanlah aku istiqamah dalam mendoakan ayahku. Jadikanlah aku anak yang soleh, supaya aku mampu mendoakan ayahku dan memberi ayahku ganjaran di sana. Ya Allah, tabahkanlah aku dalam menghadapi perkara ini. Elakkanlah aku daripada melakukan larangan-Mu. Lindungilah aku dan rahmatilah aku. Semoga aku mampu mendoakan kesejahteraan ayahku di sana.

"Ya Allah lindungilah aku daripada kesedihan yang telah berlaku dan yang akan berlaku."

Ya Allah, sesungguhnya aku redha dengan pemergian ayahku, dan aku tahu bahawa Kau sentiasa bersama kami.

"La tahzan, innaLlaha ma'ana."

Ayah dan Keluarga
29/05/41 - 29/01/12
Ogos, 2011M | Syawal, 1432H

17 comments:

SyaZwan said...

takziah sam...kuatkan semangat, banyakkan bersabar dan berdoa...

JatMi said...

takziah..kuatkan hati sam

sU_sAtRiA87 said...

salam takziah buat sahabat...
yg dah berlalu,doakan beliau
yg masih ade,hargailah sebaik mgkin
utk diri,banyakkan bekalan...

♦♦orked♦♦ said...

takziah...
be strong, bro!

Miyn Amin said...

Takziah Redzwan..

Be strong. Be a good son and daddy just like him :)

Anonymous said...

takziah duan,,

khalil khusairy said...

takziah duan,,kuatkan semangat

min ardhul kinanah said...

daripada ALLAH kita datang dan kepadaNya kita dikembalikan..

nk share kisah ummu sulaim,
-----------------------------------
Hasil perkahwinannya dengan Abu Talhah, beliau di kurniakan seorang anak bernama Abu Umair.

Suatu hari, ketika suaminya keluar bermusafir, anaknya telah ditimpa sakit yang akhirnya membawa kepada ajalnya.

Ummu Sulaim telah memandikan dan mengkafankannya.

Selepas itu beliau berkata kepada ahli keluarganya, “Biarlah aku yang mengkhabarkan berita tentang kematian anakku ini kepada suamiku”.

Sekembalinya Abu Talhah dari bermusafir, dia bertanyakan khabar anaknya itu.

Ummu Sulaim dengan tenang menjawab, “Anak kita berada dalam keadaan aman”.

Apabila menjelang malam, berkata Ummu Sulaim, “Wahai suamiku, andaikata seseorang itu diberi pinjam sesuatu barang, kemudian empunya barang itu minta dikembalikan barangnya, patutkah dia tidak mengembalikannya?”

Jawabnya: “Tidak”.

Kemudian Ummu Sulaim berkata, “Sesungguhnnya Allah telah mengambil semula apa yang dikurniakan kepada kita, anak kita telah pun diambilnya kembali”.

Pilu hati Abu Talhah mendengar kata-kata isterinya itu, namun dia redha dengan takdir Allah.
-----------------------------------
moga sentiasa tabah dlm menempuhi hari2 yg akan dtg..moga terus kuat menyambung cita2..

berbakti kpd ALLAH dan sedekahkan doa kpd arwah..

dia sentiasa ada dlm doamu..doa anak yg soleh xkan terputus menjadi bekalannya di alam baqa'...

robbana yusahhil...moga terus kuat..

[rakan seperjuanganmu yg jauh di bumi anbiya']

pungkar said...

takziah duan. kuatkan semangat.

Nuruljannah Khairuddin said...

takziah duan..
smoge rohnya dicucuri rahmat Allah..

Izza Arsyika said...

Innalillahi wa innalillahi rajiuun..

takziah dan moga Allah kuatkan semangat mu

Farhana Sukre said...

Takziah..tabahkan hati.

fara anak abah said...

takziah redz.kuat!

Jαnnαhツ said...

takziah ya sahabat. moga roh arwah dicucuri rahmat. ameen

Don Balon said...

Sabor duan..
Alfatihah..

Anonymous said...

takziah redzwan.

Unknown said...

Semoga roh ayahandamu di tempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang soleh. Aminnn.