Sunday, April 8, 2012

al-'Alamah Sahibus Samahah Abdullah al-Google





Salam 'alaik...


Dengan adanya teknologi maklumat di hujung jari, segala informasi dapat diakses dengan pantas dan cepat.. Ingin mencari maklumat apa sahaja, daripada gossip artis tempatan, pornografi sehinggalah maklumat seperti Hadis-hadis Nabi S.A.W hanya perlu berada di depan komputer dan mempunyai talian internet.. Mudah!


Dengan kemudahan ini, semangat ingin menuntut ilmu (atau maklumat) menjadi lebih senang diangkat kerana usaha yang perlu dilakukan ke arah itu menjadi semakin mudah.. Tidak lagi perlu alasan jarak membataskan niat, atau kewangan yang tidak cukup untuk menuntut ilmu..


Semangat untuk belajar daripada internet seharusnya digalakkan dalam kalangan remaja yang kehidupannya sibuk dengan urusan dunia seperti bekerja, belajar dsb.. Semangat ini tidak boleh disekat kerana belajar ialah satu perkara yang bagus.. Lebih baik belajar (walaupun menggunakan internet) daripada terus 'tidak tahu'..


Para pendakwah i.e da'ie yang menyasarkan golongan ini harusnya tidak menyekat keinginan mereka untuk menggunakan internet sebagai suatu medium pembelajaran.. Tetapi seharusnya da'ie mendidik mereka cara yang sebaiknya untuk memetik ilmu dalam internet, dan bukannya menghalang terus dengan menyatakan 'belajar tanpa guru seperti belajar dengan syaitan!'..


Dalam memupuk semangat belajar menggunakan internet, seharusnya dididik beberapa perkara penting.. ANtaranya, kepentingan untuk memastikan sumber itu sahih, dan tidak dicedok daripada laman sesawang yang berbagai.. Penting juga untuk diberitahu betapa bahaya mencedok daripada satu laman sesawang sahaja! Harus dicedok daripada pelbagai laman sesawang supaya ilmu itu pada asasnya dipersetujui oleh banyak orang..


Yang paling penting, jangan jadi mufti Google! Jangan buat fatwa sendiri..


Harus pandai membezakan 'membuat fatwa sendiri' dengan 'mengambil fatwa Ulama' daripada dalam Internet.. Ada sesetengah yang suka mencari Quran dan Hadis dalam Google etc, dan tanpa ilmu yang cukup maka dikeluarkan fatwanya sendiri daripada cariannya.. Sesungguhnya ini adalah bahaya..


Jika mahu mencari di dalam internet, carilah fatwa-fatwa Ulama yang terkenal, daripada sumber al-Quran dan as-Sunnah yang sahih.. Baca sekali penerangan dan bagaimana cara keluarnya hukum/fatwa itu..


Maka, selepas itu pilihlah (dengan ADIL dan BIJAK) antara fatwa-fatwa itu, satu fatwa yang dirasakan paling tepat dan paling sahih serta paling benar ulasannya dan cara pengeluarannya berdasarkan QUran dan Hadis yang sahih..


Janganlah senang membuat fatwa sendiri jika tidak mahu ditimpa bahaya.


Tapi yang paling elok ialah belajar dengan orang yang 'alim dan tsiqah, yang soleh lagi 'adil.. Itulah lebih elok daripada internet dsb..


Jangan sombong kalau kita belajar daripada tok guru, atau internet.. Sombong tue tak elok.. Kalau ada yang suka berkongsi ilmu dengan kita, tak kiralah daripada gurunya atau internetnya, maka fikirlah dengan terbuka dan semaklah kesahihannya.. Jangan bertelagah dan jangan bergaduh.. Kalau bab yang ringan, maka terimanya sebagai khilaf..


"ALlahumma zidna 'ilma, warzuqna fahma." - Ya Allah, tambahkanlah aku 'ilmu, dan kurniakanlah aku kefahaman..


Wallahu a'lam..

1 comment:

JatMi said...

masalah yang sedang melanda seluruh manipal waktu ini..