Tuesday, September 1, 2026

Hilang Dilupa

Salam 'Alaik..

Terfikir aku sejenak apabila ramai rerakan aku yang sama umur atau lebih muda dibacakan al-Fatihah.. Ada yang sejak sebelum aku SPM.. Ada yang selepas SPM.. Ada meninggal kerana sakit, banyak kerana kemalangan..

Ajal maut di tangan Tuhan.. Akan tiba bila sampai masa, hatta kita berlindung di balik tembok perlbagai..

Bila seseorang meninggal, akan ada cerita post-humous.. Sama ada kebaikan yang mereka buat semasa di dunia, atau kebejatan.. Kebaikan sama ada daripada segi dakwah, amanah, ilmu dan sebagainya.. Ada juga yang mencemuh kebejatan atas dunia seperti berjudi, kurang ajar dsb.. Tapi persoalan utama, cerita apa yang mengisi belasungkawa kita?

Kita tak tahu bila kita maut.. Sama ada ketika bergerak ke solat Jumaat, atau ketika pulang daripada kelab malam.. Sama ada ketika pulang ke rumah, atau ketika keluar daripada rumah.. Persoalan yang tidak mampu kita jawab memandangkan kita tak tahu tarikh yang akan tercatat pada nisan kita..

Seronok bila bayangkan selepas mautnya kita, ramai daripada kalangan kerabat, sahabat atau anak-anak kita yang berdoa untuk kita, dan bercerita tentang kebaikan yang pernah kita lakukan.. Seronok untuk dibayangkan, namun tidak semestinya terjadi..

Tapi, doalah agar pengakhiran kita di dunia itu sebuah pengakhiran yang baik.. Semoga Allah merahmati dan memperkenan doa kita ini.. Semoga Tuhan mematikan kita dalam keadaan kita Muslim dan Mukmin..

Sebuah sajak yang ditulis dalam jawi..



Sebelum tidur, maafkan orang lain dan pohonlah keampunan daripada Tuhan.