Salam 'Alaik..
Hari ini genap setahun masihi berpisahnya ayahku daripada dunia ini.. Sungguh, walaupun dalam 3 tahun sebelum pemergian ayah aku tidak punyai banyak masa bersamanya, namun wajah ayah tetap ada di dalam mindaku.. Kerinduan aku kepada arwah ayah teramatlah tinggi.. Cumanya tidaklah aku mampu menzahirkannya.. Minda aku sering bermimpikan arwah ayahku, kekadang aku sedar aku bermimpi dan kekadang aku berasa seperti berada dalam dunia realiti.. Mungkin mindaku mahu memberikan aku nikmat berjumpa ayah, sungguhpun hanya dalam mimpi..
Hasrat aku untuk menjadi anak yang soleh, yang mampu mendoakan ayah masih jauh.. Aku hanya mampu berharap agar segala ilmu yang telah ayah beri, segala buku dan kitab yang dia tinggal dan segala hartanya yang diberikan kepadaku dapat digunakan dengan sebaiknya..
Seringkali jika membaca al-Quran, aku terbayang ayahku yang mengajarku mengaji masa kecil dahulu.. Setiap kali aku bersolat di masjid lama, aku teringat zaman ayahku menjadi imam di situ.. Melihat mimbar yang pernah ayah berdiri memberikan khutbah.. SubhanaLlah, sebak..
Semoga ayah dirahmati dan ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh..
Aku selalu balik ke Jerantut.. Kekadang dua minggu sekali.. Kata orang, kenapa rajin balik sedangkan perjalanan ke Jerantut tue bukan dekat, 4 jam.. Aku ada alasan tersendiri.. Kekadang aku ada punyai hal di Jerantut, kekadang aku sengaja balik.. Aku balik kerana aku tahu betapa sedih meninggalkan rumah dan tidak mahu menyesal jika tidak meluangkan masa yang banyak di rumah.. Cukuplah 3 tahun yang aku hanya balik 3 kali..
Tak ramai orang akan faham.. Tidak ramai yang tahu erti kehilangan.. Kehilangan ini tidak sama dengan kehilangan buah hati, awek dan sebagainya.. Banyak bezanya, tidak dapat diungkapkan..
Hargailah orang tua, dan berjasalah kepada mereka.. Bawakanlah kepada mereka berita gembira dan elakkanlah mereka daripada sedih dan kecewa..
Jangan menyesal jika sudah terlambat..
Setahun sudah..
Setahun yang lepas, pada ketika ini aku sedang tidur.. Ketika itu sebuah mesej masuk, dan satu miskol.. Aku terkilan kerana aku subuh di bilik dengan awal.. Jikalau aku meneruskan niat untuk subuh di masjid, nescaya aku mendapat berita dengan awal..
Semoga Allah merahmati ayahku, dan mengampunkan dosanya.. Semoga dia dalam kalangan hamba-Nya yang soleh..
Amin..
Tuesday, January 29, 2013
Saturday, January 26, 2013
Paranuik
Salam Alaik..
p/s: Ini ialah sebuah cerpen
Warung Pak Berahim meriah petang itu.. Seperti biasa, dipenuhi dengan warga-warga emas yang sudah pencen untuk menghabiskan masa senggang.. Seman Pakau mengayuh basikalnya perlahan, melintasi warung yang sudah berusia 20 tahun itu.. Pak Ali, Imam Husin dan Pak Samad menjeling ke arah Seman Pakau, sambil senyum sinis..
"Nak pergi berjudi la tue.. Umur dah 53 tahun, kerja berjudi.. Mujurlah selalu menang, kalau tak habis duit yang Mail kirim kat dia setiap bulan tue," kata Pak Ali sambil menjuihkan mulut.
"Itulah.. Nak pergi haji, tak boleh jugak sebab duit haram.. Akhirnya duk simpan je duit yang menang tue dalam tabung.. Agaknya nak bawak masuk kubur bila dah mati nanti tue," Pak Samad menjawab..
"Harap orang tua lain, tak jadi benda la.. Kita je yang boleh pakai.. Takde aku, takde la imam masjid; takde korang berdua takde la bilal dengan siak," celah Imam Husin..
"Aish.. Banyak pulak boraknya.. Order airnya tidak," tegur Pak Berahim sambil tersenyum sinis..
"Ala, nak order la nie.. Bawak keluar sekali papan catur.. Aku dah lama tak kalahkan Samad nie," arah Imam Husin kepada Pak Berahim..
Teh tarik kurang manis disusun di atas meja, bersebelahan dengan papan catur.. Anak-anak caturnya sedang disusun oleh Pak Samad, sementara Imam Husin hanya memerhati.. Adat bermain catur, yang kalah last frame kena susun la.. Tiga orang besar masjid nie memang setiap petang main catur.. Duit belanja masing-masing dapat daripada anak-anak dan elaun sebagai pegawai masjid.. Orang-orang kampung lain pun dapat belanja daripada anak-anak yang dah bekerja di bandar.. Kalau ada tambahan pun, semuanya daripada menoreh getah, atau duit FELCRA setahun sekali..
"Aku dengar anak Seman Pakau, Mail tue; kerja jadi pengedar bible sekarang kat KL," sembang Imam Husin sambil mengeluarkan kudanya..
"Kau biar betul Husin.. Ini berat tuduhan.. Kalau Berahim tahu nie, mampus budak Mail tue kena tibai.. Berahim tue pantang kalau orang kita masuk kristian," balas Pak Samad sambil matanya melirik kepada Pak Berahim..
"Alah, kau tengok la.. Mengalir dalam darah kot.. Bapaknya kaki judi, anaknya masuk kristian jadi pendakwah.. Sama-sama bangang," celah Pak Ali..
"Kau dengar mana nie, Husin? Sahih ke tidak sumber kau? Kalau kau dengar daripada Jamil, tak boleh percaya sangat.. Dia tue propa je lebih," soal Pak Samad.
"Aku dengar daripada Mahmud, anak Tok Sudin.. Katanya dah kecoh dalam internet kata Mail tue pendakwah bible.. Kalau Mahmud tipu, tipulah aku.. Aku dengar daripada dia je," jawab Imam Husin.
"Cilaka apa Mail jadi pendakwah bible? Seman Pakau tak ajar anak dia ke apa? Memalukan kampung.. Kalau Mail balik kampung, panggil aku.. Aku nak tabuh budak tue.. Bangsat je yang menjual agama nie!!" marah Pak Berahim setelah memasang telinga..
"Kau sabar sikit Berahim.. Yang kau marah tue Mail, jangan kau menjerit kat sini pulak," nasihat Imam Husin..
"Mana boleh sabar.. Ini hal kaitan akidah umat Islam, umat Melayu.. Kalau umat Melayu pun dah jadi pendakwah kristian, macam mana Islam nak berdaulat kat Malaysia nie? AKu jumpa Mail, aku rampas bible dia, aku bakar bible tue dengan dia sekali.. Celaka punya Melayu," marah Berahim lagi.. Hal akidah nie memang tak boleh bawak main dengan Pak Berahim..
Sementara itu, sebuah kenderaan pacuan empat roda berjenama Toyota Hilux berhenti di depan warung Berahim.. Tingkap kenderaan itu yang digelapkan diturunkan.. Terpacul wajah yang mereka bincangkan tadi, Mail, anak Seman Pakau..
"Woi lahanat penjual agama dan bangsa, turun kau daripada kereta tue, menatang!" jerit Pak Berahim.. Lantas Pak Berahim masuk ke dapur dan membawa keluar sebilah pedang samurai..
"Kenapa nie Pak Berahim? Saya nie balik kampung nak cari ayah saya.. Mana dianya?" balas Mail dengan tenang..
"Kau bangsat Mail! Bangsat! Cilake! Perosak akidah! Anak bapak sama saja.. Turun kau babi!" Pak Berahim menjerit lagi dengan emo sambil menghayun pedang samurai yang dirampas daripada askar Jepun suatu masa dahulu..
Pak Samad, Imam Husin dan Pak Ali senyap terkedu.. Mereka dan orang-orang lain dalam warung tue terdiam.. Hatta jika lalat terbang masuk dalam lubang hidung mereka sekalipun, mereka takkan bergerak.. Kaku belaka.. "Aku dah cakap, jangan bagi Berahim dengar," bisik Pak Samad.
Mail masih berada dalam kereta.. Mukanya pucat.. KAlau dikelar mukanya pasti tidak berdarah..
"Samad, pergi check kereta dia tue.. Mesti ada bible.. Celaka! Cepat Samad!" arah Pak Berahim dengan nada Jeneral Yamashita..
Pak Samad perlahan-lahan bangun daripada kerusinya dan berjalan menghampiri Toyota Hilux hitam itu.. Mail senyap, dan membuka pintu keretanya.. Pak Samad datang dan menjengah ke dalam kereta Mail.. Kemudian dengan perlahan Pak Samad mengambil senaskah buku yang usang..
"Ni ha bible.. Betul la ada bible dengan Mail nie," kata Pak Samad perlahan kepada Pak Berahim sambil menunjukkan bible versi King James tue kepada Pak Berahim..
"Bangsat punya Melayu! Kau nak sesatkan anak bangsa ke lahanat?" Pak Berahim meluru ke arah Mail dan menghayunkan pedang samurainya.. Namun hayunannya ditahan oleh Seman Pakau yang entah datang daripada mana.. Tangan Seman Pakau berlumuran darah..
"Lain kali asah dulu pedang tue.. Kalau lama tak guna, tak boleh putus la tangan atau kepala aku," ujar Seman Pakau perlahan..
Suasana warung Pak Berahim senyap.. Bunyi cengkerik tiba-tiba jelas, entah macam mana cengkerik boleh ada petang-petang macam tue.. Macam cengkerik tue tahu je bila nak buat sound effect.. Pak Berahim menjeling tajam ke arah Seman Pakau, dan Mail.. Imam Husin, dan Pak Ali entah ke mana dah perginya.. Laju betul melarikan diri.. Mentang-mentanglah jaguh lumba lari dulu.. Bersepah buah catur atas meja.. Pak Samad masih kaku..
Seman Pakau tarik kerusi dan duduk di antara Pak Berahim dan Mail.. Dengan tenang Seman Pakau berkata, "kalau aku nie bodoh piang macam kau, dah lama dah aku keluarkan parang kat pinggang aku nie; pastu tetak tangan kau.. Tapi aku tak bodoh.."
"Bodoh apanye Seman? Anak kau nie pendakwah agama kristian, pengedar bible, perosak akidah anak-anak Melayu.. Layak dibunuh je.. Orang murtad pun boleh dibunuh, inikan pulak yang memurtadkan orang," terang Pak Berahim..
"Kalau bab akidah laju je kau tetak orang tanpa dengar penjelasan atau dapat kepastian dulu ye? Masa kau tibai arak semalam kat tepi sungai masa memancing takde pulak kau nak ingat akidah, takde pulak nak ingat Tuhan?"
"Butoh la kau Seman! Minum arak dosanya diampun Tuhan, dosa syirik tak terampun Seman oi! Anak kau Mail nie la yang syirik, murtad, kafir, laknatuLlah, bangsat"
Mail dengan muka yang sayu, menanggalkan bajunya dan membalut tangan ayahnya yang luka.. Seraya dia memandang ke arah Pak Berahim yang masih lagi bernafas dengan laju, tanda marah.. Mail memulakan bicara:
"SubhanaLlah Pak Berahim.. Saya nie seorang Islam.. Saya menjalankan kegiatan dakwah menggunakan bible.. Pak Berahim pernah dengar nama Syeikh Ahmad Deedat RahimahuLlah 'alaih?"
Muka Pak Berahim mulai berubah.. Dia teringat bahawa dia pernah menonton video Syeikh Ahmad Deedat, dan pernah membaca buku-bukunya.. Pak Berahim mencampakkan pedang samurai, dan kemudiannya perlahan-lahan berundur..
Diambilnya cangkul yang bersandar di dinding warungnya.. Pak Berahim menggali tanah di tepi warungnya sambil dipandang semua pelanggannya termasuk Mail, Seman Pakau dan Pak Samad.. Pak Berahim kemudiannya melutut di hadapan lubang itu, dan menyumbat mukanya ke dalam lubang itu.. Setelah 5 minit, Pak Berahim bangun dan berlari-lari anak ke arah sungai, dan terjun ke dalam sungai itu dan melakukan kuak lentang..
Mail memapah Seman Pakau yang berdarah itu, dan dibawa ke klinik 1Malaysia.. Orang-orang yang ada dalam warung Pak Berahim, meninggalkan warung itu dan bergerak ke rumah..
Tidak lama selepas itu, Pak Ali, Pak Samad dan Imam Husin pula meninggalkan kampung itu dan pergi hidup secara aman bersama anak masing-masing di bandar.. Masjid kampung itu kini berimamkan Seman Pakau yang telah bertaubat.. Mail kembali ke KL menyambung usaha dakwahnya.. Pak Berahim tidak diketahui statusnya setelah berenang, dan warungnya kosong tidak terjaga..

-Gambar Hiasan-
Friday, January 4, 2013
Refleksia 2012
Salam Alaik..
Takde mood gua nak menulis refleksia.. Haha.. 2012 dah berlalu, buat apa nak ditulis lagi.. Pandang ke hadapan dan doakan yang lebih baik untuk agama, negara, bangsa, keluarga dan diri sendiri.. Azam bersepah, usahanya mungkin ada mungkin takde, hasilnya? Bergantung kepada usaha..
Sekian~

Semoga 2013 akan menjadi lebih baik berbanding 2012.. Semoga segala teladan yang didapati sebelum ini ditambah baik, dan apa yang huduh dan buruk, dijadikan sempadan agar tidak berulang.. Hidup mesti terus!
Subscribe to:
Posts (Atom)