Monday, June 10, 2013

Kisah Seorang Fanatik

Salam Alaik..

P/s: Ini ialah sebuah cerpen..

Liga Perdana Inggeris Musim 2012/13 dah pun menutup tirainya beberapa minggu lepas.. Ramli sebagai seorang penyokong tegar Liverpool berbangga dengan pencapaian kelab kesayangannya yang masih kekal dalam kalangan BIG 10.. Sementara itu, Leman pula masih tenang melayan Ramli bercerita tentang kelab bola sepaknya itu.. Leman, seorang penyokong Manchester United yang wasatiyyah hanya bergembira seketika setelah United memegang takhta Liga Inggeris untuk kali ke 20.. Dia tahu bahawa banyak lagi hal lain yang dia perlu uruskan..

Maka, pada suatu malam di sebuah kedai mamak, Ramli dan Leman duduk semeja melayan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA Malaysia antara kelab-palsu-baru-nak-up JDT menentang kelab-wasatiyyah-dah-lama-dah-up Pahang FA.. Dua-dua, sebagai seorang Pahang haruslah menyokong Pahang... Perjalanan mereka ke Darul Makmur selasa lepas sia-sia kerana hanya mampu melihat kucing berak di tengah padang.. Kali ini, di BUkit Jalil mereka tidak mampu nak datang memberikan sokongan kerana memikirkan siapa yang nak menoreh getah FELDA, dan mengecok sawit ladang ayah mereka..

Di meja berdekatan mereka, ada seorang budak ustaz.. Ustaz nie baru datang kampung tue sebab nikah dengan anak tok penghulu.. Ustaz Usop dengar namanya.. Ustaz nie tenang sahaja menghirup kopi di sebelah tok penghulu, tidaklah minat sangat akan bola sepak, lagha katanya.. Nak pulak Ustaz Usop nie asal Negeri Smebilan, lagi la tak layan bola sepak..

Maka sebelum sepak mula, Ramli pun berkata kepada Leman, "aku rasa Pahang menang malam nie, tapi tak dapat pergi final.." Leman pulak mencelah, "kepala otak kau! Jangan lanegatif sangat.." "Aku jamin, kalau salah tekaan aku, aku akan bagi kau lima juta ringgit!", Ramli bertaruh dengan penuh konfiden.. Ustaz Usop yang pasang telinga dah mula buat muka tak berkenan.. "Kalau tekaan kau betul, aku bagi kau lima ribu ringgit setiap bulan sampai kau atau aku mati," taruh Leman pulak dengan penuh yakin..

Ustaz Usop berdehem.. Leman dan Ramli melihat ke aras Ustaz Usop.. Ustaz Usop seraya berkata, "korang nie kalau bab bertaruh bukan main ekstrim lagi.. Dah la bertaruh bukan main besar, tak mampu dek diri sendiri.. Apa la.. Kalau kalah, kau mampu ke nak bayar semua tue? Kau berani jamin ke atas taruhan tue? Ha? Jangan berjanji atau bertaruh atas apa yang kau tak mampu jamin!"

Ramli dan Leman senyap sunyi sepi..

Leman meneguk air teh O aisnya.. Kemudian memandang ke arah Ustaz Usop lalu berkata dengan perlahan dengan suara dalam, "Ustaz, semalam ustaz kata 'barang siapa yang mengajak orang lain berpuasa Rejab akan menerima ganjaran sebanyak 80 tahun beribadat'.. Saya nak tanya Ustaz, sapa yang bagi jaminan tue? 80 tahun beribadat tue besar ganjarannya.." Ustaz Usop kemudian berkata, "aku belajar dengan guru aku dulu.." Leman menyambung, "saya nie tidaklah alim, dan tidak tsiqah.. Malah saya nie jahat, namun saya tahu bahawa apa yang Ustaz cakap tue tak dijamin oleh Nabi SAW atau Allah SWT.. Tidak ada dalam Quran dan SUnnah.. Jadi, Ustaz berani jamin la kalau saya ajak orang puasa Rejab, saya dapat 80 tahun pahala beribadat?"

Ustaz Usop pula senyap sunyi sepi..

HABIS

No comments: