Wednesday, July 17, 2013

Warkah Akhir Seorang Pemimpin

Salam 'Alaik..

Usai Sessional Exam Surgery, aku menggunakan malamnya untuk berehat. Memerah otak, dalam keadaan berpuasa memang memenatkan.. Rehat aku biasanya tidaklah 'rehat' sangat.. Jadi aku habiskan malam menonton video perbicaraan Saddam Husein, mantan Presiden Iraq dan video mantan Presiden Libya, Mua'ammar Qaddafi menghentam Amerika, UK, Israel dan Liga Arab..

Kalau dilihat dan dinilai hanya melalui video itu sahaja, jelas bahawa kedua-duanya sangat cintakan negara mereka, sangat cintakan umat Islam dan sangat mementingkan persaudaraan.. Ucapan Saddam dalam perbicaraannya sangat berani.. Memang ahli politik yang hebat! Aku tak tahu bahawa adakah mereka diktator atau pemimpin yang amanah sebab aku tak tau sumber mana yang benar.. Mereka mungkin ada salahnya dalam memerintah, namun ada juga kebaikannya dalam membawa negara, Liga Arab, OIC buka mata..

Dalam entri kali ini, aku menterjemah surat akhir Saddam Hussein yang dikeluarkan kepada umum sebelum digantung pada pagi Aidil Adha, 30 Disember 2006:-



Kepada negara yang agung, kepada rakyat negara kita, dan kepada kemanusiaan. 
Banyak antara kamu telah tahu bahawa penulis surat ini merupakan seorang yang beriman, jujur, ambil berat kepada orang lain, adil, berhati-hati dengan kekayaan rakyat dan negara..... dan hatinya cukup besar untuk menerima semua tanpa ada diskriminasi.

Kamu sangat kenal saudara kamu dan pemimpin kamu (Saddam Hussein), dan dia tidak akan pernah tunduk kepada pengkhianat; dan mengikut kehendak orang yang menyayanginya, dia tetap kekal sebagai pedang dan sepanduk.
Beginilah kamu mahu saudara kamu, anak kamu dan pemimpin kamu.. Orang yang akan memimpin kamu pada masa akan datang harus mempunyai kualiti yang sama (dengan Saddam Hussein).. 
Di sini, aku menawarkan roh aku kepada Tuhan sebagai korban, dan atas kehendak-Nya, Dia akan menghantar roh ini ke syurga bersama para syuhada, atau Dia akan menangguhkannya.. Jadi, marilah kita bersabar dan bergantung kepada-Nya daripada cengkaman negara yang zalim.

Ingatlah bahawa Tuhan telah membenarkan kamu menjadi contoh kecintaan, kemaafan dan semangat persaudaraan.. Aku menyeru kamu supaya tidak membenci kerana kebencian tidak meninggalkan ruang kepada seseorang untuk menjadi adil, dan menjadikan kamu buta serta menutup akal kamu daripada berfikir lantas menjadikan pemikiran kamu berat sebelah dan mengelakkan kamu daripada memilih keputusan yang benar..

Aku juga menyeru kamu supaya tidak membenci rakyat daripada negara yang menyerang kita, dan membezakan antara pembuat keputusan dan rakyat.. Dan sesiapa yang bertaubat - tidak kira di Iraq atau di luar - kamu mesti memaafkan mereka..

Kamu harus tahu bahawa antara yang menyerang, ada yang menyokong perjuangan kamu menentang penjajah, ada antara mereka sukarela menjadi peguam bela kepada tahanan-tahanan, termasuklah Saddam Hussein.. Sebahagian daripada mereka menangis ketika mengucapkan 'selamat tinggal' kepadaku..
Wahai orang yang taat, aku mengucapkan selamat tinggal kepada kamu, tapi aku akan bersama Tuhan yang maha Pengasih, yang membantu mereka yang meminta bantuan kepada-Nya, yang tidak akan menghampakan orang-orang beriman yang taat dan jujur..
Allahu akbar, Allahu akbar.. Daulat negara kita, panjang umur rakyat kita yang berjuang.. Daulat Iraq, daulat Iraq.. Daulat Palestin.. Panjang umur Jihad dan Mujahidin..

Saddam Hussein
Presiden dan Ketua Turus Angkatan Tentera Mujahid Iraq

Nota Tambahan: 
Aku (Saddam Hussein) menulis surat ini kerana peguam memberitahuku bahawa 'mahkamah jenayah' - yang ditubuhkan dan diahlikan oleh penjajah - membenarkan defendan memberikan kata-kata akhir. Namun mahkamah itu dan ketua hakim tidak memberikan kami peluang untuk bercaka, dan terus membacakan keputusan tanpa memberikan penjelasan dan menjatuhkan hukuman - yang ditulis oleh penjajah - tanpa menunjukkan bukti.. Aku mahu rakyat tahu tentang perkara ini..

Terjemahan bebas daripada bahasa Inggeris.. Maaf jika ada terdapat kekhilafan.. Kalau surat asal dalam Bahasa Arab, mesti lagi indah~

Okeh.. Selamat berpuasa!


No comments: