Saturday, February 21, 2015

أحب ان أشرب القهوة في كل اليوم

Salam Alaik..

Kira-kira 700 tahun dahulu di sebuah kawasan yang kini Ethiopia, dikatakan munculnya sebuah pohon yang berbuah keras. 100 tahun kemudian, bangsa Arab mula mengambil biji buah itu dan menjadikannya ekstrak untuk diminum. Pada kurun ke-15, penggunaan ekstrak biji ini dipopularkan oleh golongan Sufi di Yaman, sebelum menular ke Parsi, Turki, Afrika Utara, Eropah, Asia Jauh dan Amerika.

Awalnya digelar sebagai 'Qahwat al-Bun', yang bermakna 'wain daripada kacang', kemudian dipendekkan menjadi Qahwah, di-Turkikan menjadi Kahve. Orang Belanda mangambil perkataan Turki itu dan ditukar menjadi koffie, dan di-Inggeriskan kepada coffee. Sampailah ke tanah Melayu sebagai kopi.

Daripada minuman yang eksklusif kepada golongan yang kaya, kini menjadi minuman harian berbillion penduduk bumi dengan pelbagai variasi dan cara hidang. Pada awalnya digunakan oleh Sufi untuk membantu mereka bangun dan segar ketika qiamullail, sehingga sekarang menjadi minuman untuk memberikan tenaga dan kesegaran untuk melaksanakan kerja harian.



Kelebihan Kesihatan Kopi

Kopi bukanlah minuman sunnah kerana kopi hanya ditemui selepas Nabi wafat. Jadi kalau ada yang kata 'kopi sunnah', maka kena double-check.. Kopi mengandungi bahan yang dinamakan polifenol, yang memberi efek anti-oksida melalui kajian dalam tabung uji. Di samping itu, menurut kajian pada tahun 2012. peminum kopi secara sederhana mengurangkan risiko sakit jantung, terutamanya kepada mereka yang minum lebih daripada 4 cawan sehari. Selain itu, kopi juga dikatakan melancarkan perjalanan darah dengan menambah baik sistem salur darah.

Sebuah kajian selama sepuluh tahun, menyatakan bahawa mereka yang selalu minum kopi didapati kurang mengalami tekanan perasaan (depression), di samping semakin banyak seseorang meminum kopi, semakin kurang risiko untuk kejadian bunuh diri. Kini, beberapa kajian sedang dijalankan untuk membuktikan bahawa kopi mampu mengawal kencing manis dan penyakit-penyakit metabolik yang lain.

Kopi juga dikatakan mampu mengubat sakit kepala jika diambil dengan kadar sederhana bersama ibuprofen atau ubat tahan sakit yang lain. Namun, jika terlalu banyak minum kopi juga mampu menyebabkan sakit kepala.

Bosan kan entri kali ini? Sengaja aku tulis kerana aku sekarang (18022015; 0205HR) sedang segar bugar akibat dua cawan kopi tadi.. Bukan aku nak promote kopi, cuma nak bagitau kopi ni banyak kebaikan untuk kesihatan.. Namun, kalau ambik 4 gelas kopi yang dicampur gula dan susu pekat manis, maka risiko lain pulak yang tiba.. Jadi bak kata orang Pahang, "berambi kalau nak minum kopi"... Semua benda kita kena hadap dengan sederhana, wasatiyyah..

Inilah khasiat kopi berdasarkan kajian saintifik. Kalau kopi yang dibaca '6666' ayat Quran, atau dicampurkan dengan ekstrak habbatus sauda dan za'faran yang ditulis di atas pinggan putih, maka itu bukanlah di bawah bidang kuasa aku..Mujur belum ada kopi yang dibaja dengan lembaran-lembaran Quran 30 juzuk dan ditanam pada malam 10 Muharram dan disiram dengan air zam-zam.. Kalau ada, komfem laris kopi tue sebab sebahagian umat Melayu nie kalau bab gini, laju je percaya.

Tuhan turunkan al-Quran sebagai petunjuk, bukan bagi makan anai-anai yang kemudiannya direndam bla-bla-bla.. Apa ingat ini petua sebelum exam ka? Rendam/rebus buku tetebal, kemudian minum air rebusan/rendaman itu untuk kejayaan masa depan? Kalau nak berniaga agama pun, janganlah guna benda-benda yang tidak disebut dalam Quran dan Sunnah.

"Saya taknak makan ubat hospital. Banyak dadah merbahaya. Ini agenda Yahudi dan Illuminati untuk merosakkan pemikiran umat Islam. Saya percaya kepada herba, dan air rendaman anai-anai."

Ubat yang diberikan tue, ialah ekstrak daripada herba la! Contoh Tongkat Ali. Saintis ambik Tongkat Ali, pastu ekstrak bahan yang boleh 'menegakkan' benda yang kendur, kemudian hasilkan secara saintifik dan jadilah sildenafil! Herba, makjun kuat tue semua ada sildenafil. Takpun ada steroid (dexamethasone). Bila makan herba tue, kita taktau bahan kimia apa lagi yang ada dalam tue. Kalau silap makan, berinteraksi bagai, mula la semput sesak nafas, tumbuh ruam.

"Pak Sedara kepada isteri kawan saya dulu minum air nie terus hilang kanser prostat dia. Tak payah ubat doktor pun."

Alhamdulillah la Pak Sedara kepada isteri kawan kau sembuh daripada kanser prostat sebab minum air tue. Kalau la air tue boleh sembuh semua penyakit, senang la kerja doktor. Farmasi semua penuh dengan air tue je. Senang. Semua sakit boleh.

Kau minum apa-apa pun, kalau Tuhan takdirkan sembuh, memang sembuh.. Kalau nak ikhtiar, biar daripada ilmu.. Andai ubat hospital tak jalan, takpe la kita nak pergi bomoh siam ke, dukun asli atau tok aji.. Andai itu ikhtiar terakhir kita..

Air jampi, Habbatus Sauda memang ada khasiatnya. Namun janganlah sampai kita abaikan perubatan moden.. Kalau Ibnu Sina tau la umat Melayu jadi macam nie, baiklah dia jadi perawi Hadis.. Banyak juga Hadis yang dia riwayatkan dalam Kitab Al-Adzkar, yang dikumpul oleh Imam Nawawi..

Amboih. Jauh aku lari topik. OK la. Selamat malam semua. Semoga hari esok lebih baik daripada hari semalam. Entri ini ditulis awal iaitu pada 18 Februari 2015, pukul 2.25 pagi..


1 comment:

Don Balon said...

Quiero tomar café todos los días cuicui