Salam Alaik..
"
Where do you think we're from?" soal brader berwajah Asia Tengah itu kembali setelah aku bertanya mereka.
"
Based on my observation..." aku cuba menjawab namun berhenti sejenak berfikir dan memerhati..
"
You must not observe, brother. Face can be deceptive." pintas brother yang aku tak ingat namanya. "
You cannot judge by people's face," sambungnya lagi. "
If I say we're from Hong Kong, what do you think?"
Aku terdiam.
"
Yes, we're from Hong Kong, but we're Pakistani. We work there, me as a teacher," jelas brother itu lagi setelah melihat aku diam.
Setelah 'di-lima-minit-kan'; aku, Azli dan Zul yang disapa oleh brothers from Hong Kong ketika baru keluar dari masjid pun bergerak kembali ke kenduri Hakim.
“
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur..” [Surah An-Nahl, 16:78]
Tuhan memberikan kita pendengaran, penglihatan serta akal fikiran untuk hidup di dunia ini. Semua pancaindera kita penting dalam merasakan nikmat Tuhan. Bukan kita tidak boleh '
judge' seseorang berdasarkan penglihatan, namun janganlah kita '
judge' semata-mata berdasarkan penglihatan. Sifat manusia ini akan cuba menghakimi. Itulah sebab ada ungkapan 'cinta pandang pertama', '
first impression' dan sebagainya.
Dalam pada Islam tidak menggalakkan kita menghakimi seseorang berdasarkan hanya pada pandangan, namun Islam juga menggariskan panduan agar kita menjaga fizikal kita supaya tidak mengundang fitnah kepada diri sendiri, keluarga dan agama. Boleh sahaja seseorang yang tidak terurus itu seseorang yang zuhud, banyak ilmunya tentang Tuhan dan agama, lidahnya dipenuhi zikir, namun Islam bukan hanya pada batin. Namun juga pada zahirnya. Islam agama yang menyeluruh. Dalam pada beribadat khusus kepada Tuhan, jangan dilupakan ibadat umum seperti menjaga bersih, berkata sopan, berbuat baik dan sebegainya.
Begitu juga melihat seseorang yang pada luarannya baik dan soleh, tweet dan status FB dia penuh dengan nasihat dan dakwah. Kita mencetak imej dia sebagai 'tsiqah', 'warak', 'soleh' dalam fikiran kita. Namun kita tidak tahu apa yang berlaku di balik tabir. Mungkin dia sedang
struggle untuk memahami konsep akidah, atau
struggle dengan nafsu diri yang hanya dia seorang tahu, dan dia cuba untuk pendamkan.
Mungkin seorang Naqib Usrah itu sentiasa membawa modul ke dalam usrah, membawa tafsir untuk tadabbur ayat QUran; namun ketika dia sendirian dia keliru. Dan apabila kekeliruan dia dihidu oleh orang luar, maka terus dicop hipokrit, munafiq dan sebagainya. Persoalannya, adakah dia menyorokkan kelemahan dia itu kerana dia segan? Atau mungkin dia sedang cuba memperbaik kelemahan dia itu?
Jangan kita melihat seseorang yang baik, soleh itu perfect. Kerana tidak ada makhluk yang perfect dalam dunia ini. Jika dikorek, nescaya akan jumpa kecacatannya.
Mari berfikir. Setiap dari kita pasti ada rahsia atau kecacatan yang kita simpan dan sorok dalam-dalam. Adakah kita munafiq dan hipokrit? Adakah kita tidak pernah mencuba untuk memperbaiki kelemahan itu? Kita semua ada kelemahan sendiri. Bezanya adakah kita cuba untuk bertaubat, untuk berubah ke arah yang lebih baik?
Kita takkan dapat kira sampai infiniti, tetapi kita akan cuba untuk mengira sebanyak mungkin.
Kita tidak akan pernah sempurna, tapi kita cuba berubah ke arah kesempurnaan.