Thursday, October 25, 2018

Zainuddin dan Mustafa Ep 2

Certot KBAT Vol 2

Mustafa terduduk, terkesima dengan persoalan Zainuddin tentang jualan ayamnya yang merosot sejak mengambil alih reban ayam Zainuddin. Mustafa lantas masuk ke pejabatnya yang terdiri daripada beberapa buah buku lejer, sebuah kerusi plastik dan sebuah meja kayu yang dibeli Zainuddin daripada Khomenei. Puas dibeleknya buku itu, sehinggalah pada tarikh Julai 2015 dia tertarik.

Pada Julai 2015 ketika mula-mula berkecimpung dalam industri penternakan ayam, Zainuddin telah meminjam wang sebanyak RM2.6K daripada Khomenei. Namun tidak lama kemudian pada September 2015, Zainuddin memasukkan kembali RM2.8K itu ke dalam akaun bank Khomenei. Mustafa pelik. Kenapa pulangkan RM2.8K walhal pinjam hanya RM2.6K? Disebelah pembayaran itu tertulis nota 'meja kayu'.

Takkan la meja kayu buruk harga RM2.8K? Mustafa ragu-ragu. Lantas Mustafa bertanya Zainuddin melalui aplikasi 'PeKabar'.. Zainuddin tenang memberitahu bahawa meja itu harganya hanya RM200, baki RM2.6K tu ialah jumlah duit yang dipinjamkan Khomenei.. Zainuddin tak sempat guna pun duit pinjaman tu sebab jualan ayam bulan Ogos meningkat secara mendadak..

Mustafa mengangguk.. Sepertinya ada bau ikan di sini..

Mustafa lantas pergi berjumpa Khomenei untuk bertanya tentang ini. Sampai di rumah Khomenei, Mustafa berjumpa dengan pembantu Khomenei iaitu Joachim Low, atau nama panggilannya Jolo. Jolo memberitahu Mustafa bahawa Khomenei sibuk bermain Mahjong, tapi setelah diteliti buku kira-kira, Jolo mengakui Khomenei memang ada memberi pinjam RM2.6k, kembali menerima RM2.6k tersebut, dan seterusnya menjual meja mahjong lama bernilai RM200 kepada Zainuddin pada Julai dan September 2015.

Mustafa senyum. Negara Malaysia tidak membenarkan perjudian di rumah dengan bermain Mahjong. Lantas Mustafa pergi membuat laporan polis kerana ada unsur yang meragukan dalam transaksi itu.

Setelah 3 bulan berlalu, setelah siasatan pihak polis dan SPRM selesai, Zainuddin ditahan dan direman atas 3 pertuduhan. Pertuduhan pertama, menerima wang haram sebanyak RM2.6k, pertuduhan kedua menggunakan wang haram sebanyak RM200 dan pertuduhan ketiga memulangkan wang haram sebanyak RM2.6k.

Zainuddin terkejut. Kini tidak ada lagi masa untuk Zainuddin bermain Facebook.

Mustafa senyum, dan kini Zainuddin tidak boleh berbunyi lagi.. Khomenei dan Jolo pula tidak dapat ditahan reman kerana sedang menunaikan haji di Baghdad..

Tetapi Mustafa tidak akan berhenti di situ..
(bersambung)

Soalan:

Apakah agama Khomenei dan Jolo?
A. Islam
B. Syiah
C. Ateist
D. Tidak ada dalam pilihan jawapan

Zainuddin dan Mustafa Ep 1

Certot KBAT. Baca cerita dan jawab soalan yang disediakan.

Zainuddin mempunyai sebuah reban ayam yang diusahakan sejak 2015. Menjelang hujung tahun 2017, bilangan ayam yang terjual sehari ialah sebanyak 385 ekor.

Semakin hari semakin banyak bilangan ayam yang terjual sehingga menjangkau 450 ekor sehari menjelang hujung April 2018.

Kemudian Zainuddin jatuh sakit, dan tugas menguruskan reban ayam diserahkan kepada saudaranya Mustafa.

Sejak Mustafa memegang portfolio reban ayam, jumlah ayam terjual semakin merosot daripada 450 ekor sehari sehingga pada september 2018, hanya 350 ekor ayam terjual sehari.

Setelah dipersoal oleh Zainuddin, Mustafa menerangkan dalam status facebooknya bahawa jualan ayam merosot hanya sebanyak 35 ekor sahaja sehari jika dibandingkan ketika hujung 2017 (385 ekor tolak 350 ekor).

Mustafa dengan sengaja memilih untuk mengira daripada hujung 2017, dan tidak memilih Mei 2018 sebagai penanda aras kerana kalau digunakan Mei 2018, maka kemerosotannya nampak signifikan iaitu 100 ekor (450 ekor tolak 350 ekor).

Soalan:
Apakah punca utama jualan ayam merosot sejak Mei 2018?

A. Bantuan sara hidup dihapuskan.
B. Kenaikan gaji tahunan secara one off dibatalkan.
C. Saingan daripada reban ayam orang lain.
D. Mustafa bergaduh dengan pengusaha kantin dan dewan makan sekolah.

Pemberitahuan: Nama watak hanyalah fiksyen dan tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Thursday, September 20, 2018

Empat Bulan Pasca PRU 14

Assalamualaikum WBT...

Setelah setahun lebih membisu dalam arena penulisan blog, hari ini saya kembali.. Kalau inginkan update terbaru tentang gaya hidup dan jadual perjalanan sepanjang setahun lebih ini, maka tidak cukuplah masa untuk menulis..

Cuma kali ini, sekadar cukup syarat untuk memastikan blog tidak bersawang..

lebih seratus hari pasca PRU 14. Apakah anda puas hati?

Secara umumnya saya tidaklah merasakan perbezaan ketara dalam hal kehidupan semasa. Aku masih kerja 8am-5pm apabila tidak on-call.. Gaji tetap masuk hujung bulan, harga barang turun naik itu biasa..

Orang yang terkesan dalam perubahan kerajaan tentulah pemimpin, dan syarikat koperat besar yang bergantung atau tidak bergantung dengan kerajaan lama dan baru.. Tentang janji manifesto yang tidak ditepati, aku takleh nak komen sebab penyokong dan pendokong yang terang-terang mengundi PH tanpa selindung dan segan menyatakan bahawa mereka mengundi bukan kerana manifesto, tapi hanya kerana ingin menjatuhkan Najib. Bodoh dan terburu-buru alasan itu, jika itu sata-satunya alasannya..

Bagi aku, aku tahu memang manifesto hanyalah sekadar umpan. Sejak daripada 2013 bawa ke 2018, takkan berbeza. Manifesto akan tetap dibakul-sampahkan.. Cuma satu je manifesto yang aku yakin akan terlaksana sebelum undi dibuang ialah: Cuti Pada 10 dan 11 Mei 2018.. Manifesto ini menarik berbanding apa yang ditawarkan Najib iaitu cuti pada 14 dan 15 Mei..

Ada 4 tahun lebih lagi untuk hadapi sebelum PRU15. Sudahkan anda membuat keputusan?

Okay, that's all. Jumpa lagi tahun depan di sini.