Thursday, October 25, 2018

Zainuddin dan Mustafa Ep 1

Certot KBAT. Baca cerita dan jawab soalan yang disediakan.

Zainuddin mempunyai sebuah reban ayam yang diusahakan sejak 2015. Menjelang hujung tahun 2017, bilangan ayam yang terjual sehari ialah sebanyak 385 ekor.

Semakin hari semakin banyak bilangan ayam yang terjual sehingga menjangkau 450 ekor sehari menjelang hujung April 2018.

Kemudian Zainuddin jatuh sakit, dan tugas menguruskan reban ayam diserahkan kepada saudaranya Mustafa.

Sejak Mustafa memegang portfolio reban ayam, jumlah ayam terjual semakin merosot daripada 450 ekor sehari sehingga pada september 2018, hanya 350 ekor ayam terjual sehari.

Setelah dipersoal oleh Zainuddin, Mustafa menerangkan dalam status facebooknya bahawa jualan ayam merosot hanya sebanyak 35 ekor sahaja sehari jika dibandingkan ketika hujung 2017 (385 ekor tolak 350 ekor).

Mustafa dengan sengaja memilih untuk mengira daripada hujung 2017, dan tidak memilih Mei 2018 sebagai penanda aras kerana kalau digunakan Mei 2018, maka kemerosotannya nampak signifikan iaitu 100 ekor (450 ekor tolak 350 ekor).

Soalan:
Apakah punca utama jualan ayam merosot sejak Mei 2018?

A. Bantuan sara hidup dihapuskan.
B. Kenaikan gaji tahunan secara one off dibatalkan.
C. Saingan daripada reban ayam orang lain.
D. Mustafa bergaduh dengan pengusaha kantin dan dewan makan sekolah.

Pemberitahuan: Nama watak hanyalah fiksyen dan tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

No comments: