Salam alaik..
InnalhamduliLlah..
Abu Hurairah R.A telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, "Jika seseorang itu mengetahui betapa hebatnya menjawab azan dan berada dalam saf yang pertama, nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkan tempat itu jika perlu......" [HR Bukhari dan Muslim]
Daripada Jabir bin Samurrah (R.A.A) berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda, "Kenapa kamu semua tidak membuat saf seperti malaikat membuat saf di hadapan Tuhan mereka?" Kemudian kami bertanya, "Bagaimana malaikat membuat saf di hadapan Tuhan mereka?" Nabi S.A.W menjawab, "Mereka memenuhkan saf pertama dan merapatkan diri sesama mereka" [HR Muslim]
Telah diberitahu olehku berdasarkan hadis Nabawi di atas ini, dan hadis yang lainnya bahawa betapa pentingnya berada dalam saf pertama ketika solat berjemaah. Memang tidak ada khilaf dalam kalangan ulama' muktabar bahawa betapa memenuhkan saf pertama itu suatu perkara yang dituntut dalam solat berjemaah..
Dalam hadis lain, diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri, bahawa ketika Nabi S.A.W melihat kecenderungan para sahabat untuk berada di saf belakang, Nabi S.A.W bersabda, "Ke hadapan dan berada dekat denganku dan biarkan orang yang selepas kamu berada di belakang kamu. Jika seseorang itu terlambat, maka Allah meletakkan mereka di belakang." [HR Muslim]
Sebenarnya panjang lagi aku nak tulis.. Tapi memandangkan tetiba aku berubah pendapatku tentang sesuatu perkara yang ingin aku tekankan dalam entri ini, maka tidaklah dapat aku menulisnya melainkan aku berjumpa hujah dan dalil yang bagus untuk menyebabkan aku kembali kepada pendapatku yang lama..
JAdi, kesimpulan dalam entri kali ini, sila penuhkan saf pertama, dan berikutnya.. Jangan tinggalkan ruang antara bahu, dan luruskanlah saf.. JIka orang di sebelah merenggangkan diri mereka, tariklah mereka agar merapatkan saf..
Kalau datang awal ke masjid, mohon maju ke saf hadapan, dan elakanlah berada di saf belakang..
Kalau nak duduk di saf belakang supaya dapat keluar masjid cepat dan pergi kelas awal, saya tidaklah tahu akan hukumnya..
Monday, April 23, 2012
Bab tentang Saf ketika Solat Berjemaah.
Friday, April 20, 2012
Oh Angin, Sampaikan Laguku Kepadanya.
Salam Alaik..
Bila masa pulak angin mampu sampaikan lagu? Memunahkan gelombang bunyi boleh la..
Ok, bye..
Hehe..

Wednesday, April 18, 2012
Wordless Wednesday
Salam Alaik..
Klik gambar untuk paparan lebih jelas.
Dari kiri: Jeneral Saha, Hazimi Zimie, Aku..
Di bawah jambatan Sungai Pahang, Jerantut Feri.

Thursday, April 12, 2012
Aku Yang Masih Belum Dewasa
Salam Alaik..
Rihlahku yang terbaru mengajarku bahawa manusia itu boleh berubah.. Daripada yang melampau nakal boleh menjadi kurang nakal.. Daripada yang baik boleh menjadi kurang baik, malah ada yang sangat nakal boleh berubah menjadi sangat baik.. Inilah dia kehebatan petunjuk Allah..
Ramai manusia di muka bumi ini mahu berubah kepada yang lebih baik.. Walaupun 'baik' itu subjektif, tapi fitrahnya semua ingin lebih baik.. Cuma, 'baik' yang macam mana menjadi pemisah.. Ada yang dahulunya sengaja meninggalkan solat, kemudian jadi rajin bersolat.. Ada yang dahulunya rajin solat, kemudian dinaik taraf menjadi rajin solat berjemaah.. Ini antara contoh 'baik' yang bagus..
Ada juga yang mempunyai 'baik' yang lain.. Contohnya dahulu makan rasuah RM1000 sahaja.. Jadi, ingin berubah kepada nilai ringgit yang lebih baik, ambik rasuah sejuta ringgit pulak.. Lepas ambik rasuah, gelapkan duit menjadi impian.. Ini contoh saja (sapa makan cili dialah yang terasa pedasnya)..
Aku?
Aku juga berubah.. Kalau ingin dibandingkan antara zaman aku di sekolah dahulu dengan zaman aku di sini (Melaka), aku sedar bahawa aku bukan menjadi lebih baik.. Hidup yang semakin melalaikan, dan tanpa sempadan yang nyata menjahanamkan aku lagi.. Sungguh, aku ingin menjadi lebih baik dan soleh; lebih tsiqah dan tawaddu'; serta hebat dalam amalnya, dan kurang dari cakapnya.. Tapi biasalah, untuk menyalahkan syaitan atas kejahanaman aku nampak seperti 'self-denial'..
"Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum itu, sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan jika Allah mahu keburukan ke atas sesuatu kaum, maka tidak ada yang mampu menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka kecuali Dia" [QS 13:11]
Semalam terjadinya gempa bumi berskala 8.6 Richter di laut Hindi dan keluarnya amaran Tsunami di berpuluh buah kawasan (kini sudah ditarik balik). Maka, natijah daripada gempa bumi itu, ramai manusia mula bertaubat dan ingat Tuhan.. Walaupun nampaknya perubahan itu kerana gempa bumi, tetapi perubahan itu tetap bagus, jika nak dibandingkan dengan yang langsung tidak berubah.
Apa yang penting, saatnya perubahan itu terjadi, haruslah sama-sama berdoa kepada Allah agar tidak ditarik balik petunjuk yang telah Dia berikan..
"Wahai Tuhan kami, janganlah kau balikkan hati kami, selepas kau memberikan petunjuk (hidayah) kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat daripada-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi." - [QS 3:8]
Nabi S.A.W bersabda dalam hadis yang masyhur sebagai 'khutbah Hajjah' - "Barangsiapa yang diberikan Allah petunjuk, maka tidaklah dia akan sesat; dan barangsiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiadalah baginya petunjuk" - [HR Muslim dll.]
II
Perubahan itu suatu perkataan yang mudah untuk dikatakan tapi sukar untuk dikeluarkan dalam bentuk perbuatan..
Aku ingin berubah kepada lebih baik, dan aku sering berdoa agar aku akan menjadi lebih baik.
Kepada rerakanku yang telah berubah menjadi lebih baik, teruskan menjadi lebih baik.. Kerana petunjuk Allah itu 'mahal'.. Semoga ALlah merahmati kamu semua..
Kepada rerakanku yang ingin berubah, sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar diberikan petunjuk..
"Barangsiapa yang dikehendaki Allah akan mendapat hidayah. Dia akan memlapangkan dadanya untuk Islam. Dan barang siapa yang dikehendaki-Nya menjadi sesat, Dia akan menjadikan dadanya sempit dan sesak seperti (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman" - [QS 6: 125]
-sehingga masa lain, insya Allah-

Sunday, April 8, 2012
al-'Alamah Sahibus Samahah Abdullah al-Google
Salam 'alaik...
Dengan adanya teknologi maklumat di hujung jari, segala informasi dapat diakses dengan pantas dan cepat.. Ingin mencari maklumat apa sahaja, daripada gossip artis tempatan, pornografi sehinggalah maklumat seperti Hadis-hadis Nabi S.A.W hanya perlu berada di depan komputer dan mempunyai talian internet.. Mudah!
Dengan kemudahan ini, semangat ingin menuntut ilmu (atau maklumat) menjadi lebih senang diangkat kerana usaha yang perlu dilakukan ke arah itu menjadi semakin mudah.. Tidak lagi perlu alasan jarak membataskan niat, atau kewangan yang tidak cukup untuk menuntut ilmu..
Semangat untuk belajar daripada internet seharusnya digalakkan dalam kalangan remaja yang kehidupannya sibuk dengan urusan dunia seperti bekerja, belajar dsb.. Semangat ini tidak boleh disekat kerana belajar ialah satu perkara yang bagus.. Lebih baik belajar (walaupun menggunakan internet) daripada terus 'tidak tahu'..
Para pendakwah i.e da'ie yang menyasarkan golongan ini harusnya tidak menyekat keinginan mereka untuk menggunakan internet sebagai suatu medium pembelajaran.. Tetapi seharusnya da'ie mendidik mereka cara yang sebaiknya untuk memetik ilmu dalam internet, dan bukannya menghalang terus dengan menyatakan 'belajar tanpa guru seperti belajar dengan syaitan!'..
Dalam memupuk semangat belajar menggunakan internet, seharusnya dididik beberapa perkara penting.. ANtaranya, kepentingan untuk memastikan sumber itu sahih, dan tidak dicedok daripada laman sesawang yang berbagai.. Penting juga untuk diberitahu betapa bahaya mencedok daripada satu laman sesawang sahaja! Harus dicedok daripada pelbagai laman sesawang supaya ilmu itu pada asasnya dipersetujui oleh banyak orang..
Yang paling penting, jangan jadi mufti Google! Jangan buat fatwa sendiri..
Harus pandai membezakan 'membuat fatwa sendiri' dengan 'mengambil fatwa Ulama' daripada dalam Internet.. Ada sesetengah yang suka mencari Quran dan Hadis dalam Google etc, dan tanpa ilmu yang cukup maka dikeluarkan fatwanya sendiri daripada cariannya.. Sesungguhnya ini adalah bahaya..
Jika mahu mencari di dalam internet, carilah fatwa-fatwa Ulama yang terkenal, daripada sumber al-Quran dan as-Sunnah yang sahih.. Baca sekali penerangan dan bagaimana cara keluarnya hukum/fatwa itu..
Maka, selepas itu pilihlah (dengan ADIL dan BIJAK) antara fatwa-fatwa itu, satu fatwa yang dirasakan paling tepat dan paling sahih serta paling benar ulasannya dan cara pengeluarannya berdasarkan QUran dan Hadis yang sahih..
Janganlah senang membuat fatwa sendiri jika tidak mahu ditimpa bahaya.
Tapi yang paling elok ialah belajar dengan orang yang 'alim dan tsiqah, yang soleh lagi 'adil.. Itulah lebih elok daripada internet dsb..
Jangan sombong kalau kita belajar daripada tok guru, atau internet.. Sombong tue tak elok.. Kalau ada yang suka berkongsi ilmu dengan kita, tak kiralah daripada gurunya atau internetnya, maka fikirlah dengan terbuka dan semaklah kesahihannya.. Jangan bertelagah dan jangan bergaduh.. Kalau bab yang ringan, maka terimanya sebagai khilaf..
"ALlahumma zidna 'ilma, warzuqna fahma." - Ya Allah, tambahkanlah aku 'ilmu, dan kurniakanlah aku kefahaman..
Wallahu a'lam..
Friday, April 6, 2012
Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau
Salam Alaik...
Maka ingin aku ingatkan kepada sekalian pembaca blogku bahawa sesungguhnya kini aku tidak lagi berada di Ketamadunan Indus, tetapi aku kini sedang belajar di Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau (Ps: Ini motto negeri Melaka. Sesungguhnya Melaka bukan negeri aku)..
Melalui fasa klinikal di Hospital Besar Melaka memang suatu perkara yang aku tunggu. Berkhidmat secara terus dalam pembelajaran dengan rakyat negara sendiri, dengan bahasa sendiri serta di tanah tumpah darah sendiri memang terasa amat bagus. Sungguhpun tiada lagi main-main dan rehat, tetapi kehidupan pembelajaran di Melaka harus dilalui dengan sabar dan tabah serta penuh syukur.
Mendengar cerita rakan-rakan seperjuangan yang mudah dihalau serta kepala dijadikan tempat hukuman, sudah cukup menggambarkan betapa seriusnya situasi di Melaka ini. Tetapi hukuman itu tidakleh lebih teruk jika dibandingkan dengan nyawa yang mungkin melayang jika kesalahan tidak dapat dikenal pasti ketika menjadi seorang pelajar ini.
Lama sungguh tidak aku menulis (cerpen sebelum ni sebenarnya tak siap lagi. Aku letak dalam 'scheduled post' sebab ingat boleh siapkan dalam masa sebulan). Jadi kiranya jika menulis kali ini, terasa berbeza gaya bahasa dan lenggok katanya. Tidaklah tercapai dek akalku apakah yang seharusnya menjadi tema penulisan aku hari ini.
Biasanya topik yang dibawa olehku agak berat dan dipenuhi dengan informasi, tetapi sayangnya, kekangan masa dan ruangan yang telah banyak terisi di dalam kotak minda ini tidak mengizinkanku melainkan hanya kata-kata cerita tentang perihal diri sendiri yang kekadang pada mata sesetengah orang - membosankan. Pada aku, memanglah hal perihal sendiri ini jika dihebahkan dalam ruangan blog itu suatu hal yang membosankan, dan boleh membawa kepada menyampah. Tapi apakan daya.
Minggu ini, dan dua minggu yang akan datang insya Allah saya akan menjalani latihan klinikal di wad perbidanan dan sakit puan. Sungguhpun saya ini seorang Melayu, yang hebat Bahasa Melayu, serta bergaul dalam kalangan masyarakat yang hebat berbahasa Melayu, tetapi saya tidaklah hebat dalam berbicara bahasa Melayu jika kena pada hal-ehwal perubatan kepada orang awam. Itulah masalah saya pada minggu ini. Mana mungkin orang banyak tahu akan makna 'tetanus toxoid'? Mereka mungkin hanya tahu 'kancing gigi' dsb.
Jadi, sepanjang beberapa minggu saya di sini kelak, akan saya cuba untuk memantapkan cara berbahasa saya terhadap orang banyak. Supaya dikurangkan keluarnya bahasa teknikal yang sukar difahami, dan dilebihkan bahasa orang banyak, agar mudah untuk saya berkomunikasi.
Dalam diam, jauh sudah saya bercerita. Sambung di lain kali pula. InsyaAllah jika tidak ada aral melintang, saya akan cuba untuk kembali aktif dalam menulis di sini. SUngguh, kehidupan sebagai pelajar perubatan di Malaysia itu sememangnya sibuk, tetapi akan saya cuba mencari masa senggang untuk berbicara hal semasa, politik dsb.
Oleh itu, mohon berundur, dan sehingga berjumpa lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)