Wednesday, September 19, 2007

Tawaran istimewa!!!

Salam Ramadhan dan Salam Alaik….
Tawaran hebat kepada sesiapa yang:-
1. Rasa panas selalu.
2. Payah nak kekalkan memori.
3. Hilang rentak dalam apa-apa bidang yang diceburi.

Ya, inilah dia peluang dan tawaran yang tidak boleh sama sekali dilepaskan kerana hanya datang sekali sahaja… penyelesaian yang amat mudah iaitu Kembalilah Kepada Allah…
Wah, tawaran yang dimaksudkan ini ialah ibadat pada ramadhan ini… Kenapa? Bulan lain takleh nak ibadat ker???? Bukan, tapi dalam ramadhan ini banyak ganjarannya… masa inilah yang sesuai untuk mnambahkan amalan… masa inilah seswai untuk berdoa… Kenapa peluang ini dating sekali sahaja??? YA, kalaulah anda dapat pastikan yang anda boleh untuk terus hidup sehingga ramadhan akan datang maka takpelah nak tangguh2… tapi, dapat ke nak agak??? Tah2 pasnie terus jer…


Haha… amat rugilah sesapa yang GAGAL memanfaatkan sepenuhnya bulan kemuliaan ini… nak tengok ke contoh??? Hurm, ada lagi yang tinggalkan PERKARA WAJIB!!! Yang paling sempoi pun tinggalkan jugak seperti bukak aurat, melalak sane dan sini tanpa pekdah, date berdua di tempat yang sunyi(mungkin lebih)…Malah ada yang sengaja nak tinggal solat… Wahai manusia yang sedang tidur… bangkitlah dan ingat anda berada di bumi pinjaman nie…kalau kena tarik balik nikmat mula la salahkan Yang Kuasa… ingatlah kepada2 yang masih mendengar tapi buat2 bangang (sorry kasar)…
Hehehe…Lastly…
Renungkan…

surah al-A’raf ayat 179 :

Maksudnya : Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti-bukti kekuasaan Allah), dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat) ; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai.

Janganlah lepas nie anda cuba menjadi salah seorang di atas…

Friday, September 14, 2007

SALAM RAMADHAN...

Salam Ramadhan…

Firman Allah (maksud):
“Wahai orang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan keatas kaum2 sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa.

Di kala awal Ramadhan yang mulia ini memang tak dinafikan kita banyak sangat dengar imam2, dalam khutbah, ceramah, kuliah dan sebagainya bercerita tentang puasa, dan tentu sekali ayat di atas akan keluar…
Tetapi ingin sangat lah dibincangkan di sini ialah setakat mana kefahaman kita tentang perjalanan puasa itu sendiri?
Sebagai contoh, rukun puasa pertama iaitu niat:
Adakah semua tahu apa itu niat? Adakah niat itu adalah lafaz niat?
Nah, di awal puasa lagi kita dah silap konsep. Kita tak wajib untuk membaca lafaz niat dalam b.arab itu, tapi amat2 perlu ialah niat di hati yang terdiri dari b.MALAYSIA (dalam nama lama b.Melayu)… nampak macam remeh jer masalah nie… tapi boleh besar impaknya…. Kadang2 kita lihat ada yang susah2 duk bukak buku baca lafaz niat…. Yang tak wajib nak pulak wat sungguh2, tapi sebenarnya niat saja sudah cukup… contoh, saja aku puasa ramadhan esok kerana Allah… setel…
Dan jugak, banyak lah time puasa nie keluar macam2 boleh dan tak boleh dalam puasa… artikel2 macam nie sebenarnya boleh dipercayai tapi jangan lah ambik bulat2 semua… tengok apa sumber dulu… kalau bersumberkan firman Allah, hadis sahih atau sekurangnye hadis hasan, boleh lah… ini dah lah perawi tak terkenal… kadang2 diragui jer sanatnya itu…. Apa2 pun, ikhlaskan diri dalam ibadat… artikel ini bukanlah nak menentang apa2, tapi just nak bagi peringatan…
Membaca mesti dengan pertimbangan wajar, bukan terima ajer….

Salam ramadhan,

Thursday, September 13, 2007

Ahlan Ya Ramadhan..........

Selamat Datang bulan RAmadhan...
Alhamdulillah syukur sangat coz masih dapat peluang yang besar macam nie...
nampak macam perit jer nak puasa tapi ada hikmah... aku akan senyum sokmo...
hahahaha...
Aku harap ramadan kali ini aku akan lebih bermakna...

Thursday, September 6, 2007

Ya Allah, tolong daku


Ya, alhamdulillah hari nie aku berjaya menamatkan raptai puasa aku dengan jayanya...

Dan banyak jugak dugaan aku dapat hari ni... Yang paling menguji aku ialah keputusan test pertama matematik aku yang paling buruk dalam sejarah hidup aku tatkala mengambil ujian mate...

Huhu... aku dapai 13/41 jer... takpe lah, aku boleh lagi nak kejar pun... bukan payah sangat...

lagipun, aku dalam sem 1 nie kena fokus dalam subjek c++ untuk menyeimbangkan keadaan...

ape-ape pun aku tetap bersyukur...

esok, aku akan balik umah, wah seronoknye (ye ke?)... harap2 aku dapat rest lah kat sane nanti...

kawan ku sekalian, doakan aku agar berjaya eh...

Alu-aluan


Assalamualaikum

Salam sejahtera..

Dalam kehangatan dunia siber kini, aku terpanggil untuk turut menyertai kehebatan ciptaan yang Maha Agung ni. Dalam benda alah nie, boleh la aku nak lepas perasaan, menabur maklumat dari perspektif aku, dsb...

so, teruskan niat anda..... ada ape-ape tak puas hati, pendapat,

silakan ke - betheredz@yahoo.com.my