Salam Ramadhan…
Firman Allah (maksud):
“Wahai orang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan keatas kaum2 sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa.
Di kala awal Ramadhan yang mulia ini memang tak dinafikan kita banyak sangat dengar imam2, dalam khutbah, ceramah, kuliah dan sebagainya bercerita tentang puasa, dan tentu sekali ayat di atas akan keluar…
Tetapi ingin sangat lah dibincangkan di sini ialah setakat mana kefahaman kita tentang perjalanan puasa itu sendiri?
Sebagai contoh, rukun puasa pertama iaitu niat:
Adakah semua tahu apa itu niat? Adakah niat itu adalah lafaz niat?
Nah, di awal puasa lagi kita dah silap konsep. Kita tak wajib untuk membaca lafaz niat dalam b.arab itu, tapi amat2 perlu ialah niat di hati yang terdiri dari b.MALAYSIA (dalam nama lama b.Melayu)… nampak macam remeh jer masalah nie… tapi boleh besar impaknya…. Kadang2 kita lihat ada yang susah2 duk bukak buku baca lafaz niat…. Yang tak wajib nak pulak wat sungguh2, tapi sebenarnya niat saja sudah cukup… contoh, saja aku puasa ramadhan esok kerana Allah… setel…
Dan jugak, banyak lah time puasa nie keluar macam2 boleh dan tak boleh dalam puasa… artikel2 macam nie sebenarnya boleh dipercayai tapi jangan lah ambik bulat2 semua… tengok apa sumber dulu… kalau bersumberkan firman Allah, hadis sahih atau sekurangnye hadis hasan, boleh lah… ini dah lah perawi tak terkenal… kadang2 diragui jer sanatnya itu…. Apa2 pun, ikhlaskan diri dalam ibadat… artikel ini bukanlah nak menentang apa2, tapi just nak bagi peringatan…
Membaca mesti dengan pertimbangan wajar, bukan terima ajer….
Salam ramadhan,
No comments:
Post a Comment