Wednesday, September 19, 2007

Tawaran istimewa!!!

Salam Ramadhan dan Salam Alaik….
Tawaran hebat kepada sesiapa yang:-
1. Rasa panas selalu.
2. Payah nak kekalkan memori.
3. Hilang rentak dalam apa-apa bidang yang diceburi.

Ya, inilah dia peluang dan tawaran yang tidak boleh sama sekali dilepaskan kerana hanya datang sekali sahaja… penyelesaian yang amat mudah iaitu Kembalilah Kepada Allah…
Wah, tawaran yang dimaksudkan ini ialah ibadat pada ramadhan ini… Kenapa? Bulan lain takleh nak ibadat ker???? Bukan, tapi dalam ramadhan ini banyak ganjarannya… masa inilah yang sesuai untuk mnambahkan amalan… masa inilah seswai untuk berdoa… Kenapa peluang ini dating sekali sahaja??? YA, kalaulah anda dapat pastikan yang anda boleh untuk terus hidup sehingga ramadhan akan datang maka takpelah nak tangguh2… tapi, dapat ke nak agak??? Tah2 pasnie terus jer…


Haha… amat rugilah sesapa yang GAGAL memanfaatkan sepenuhnya bulan kemuliaan ini… nak tengok ke contoh??? Hurm, ada lagi yang tinggalkan PERKARA WAJIB!!! Yang paling sempoi pun tinggalkan jugak seperti bukak aurat, melalak sane dan sini tanpa pekdah, date berdua di tempat yang sunyi(mungkin lebih)…Malah ada yang sengaja nak tinggal solat… Wahai manusia yang sedang tidur… bangkitlah dan ingat anda berada di bumi pinjaman nie…kalau kena tarik balik nikmat mula la salahkan Yang Kuasa… ingatlah kepada2 yang masih mendengar tapi buat2 bangang (sorry kasar)…
Hehehe…Lastly…
Renungkan…

surah al-A’raf ayat 179 :

Maksudnya : Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti-bukti kekuasaan Allah), dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat) ; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai.

Janganlah lepas nie anda cuba menjadi salah seorang di atas…

No comments: