Wednesday, September 29, 2010

Hargailah Sebuah Perpaduan

Salam Alaik...

Esok, kebanyakan negeri di India akan bercuti selama dua hari, yakni, hari Khamis, Jumaat sehingga Ahad... Cuti tergempar ini berikutan menunggu keputusan mahkamah... Hehe... Kes perbicaraan Anwar Ibrahim pun tak da cuti, kan?

Kes apa yang hot sangat sampai dapat cuti nie? Ini semua berkaitan dengan kes Debat Ayodhya... Apa pulak kes nie? Kes nie sebenarnya ketegangan apabila penganut Hindu menyatakan bahawa Sultan Moghul pertama, Sultan Babur membina sebuah masjid di atas tapak sebuah kuil tempat kelahiran Dewa Rama, atau nama melayunya Megat Seri Rama (Wikipedia)...

Masjid tue, atau namanya Babri Masjid telah diruntuhkan oleh penganut Hindu pada tahun 1992, dan berlakunya rusuhan antara agama selepas itu yang mengorbankan kurang lebih 2000 orang dari kedua-dua belah pihak... Jadi, keputusan siasatan 'milik siapakah tapak Masjid Babur' akan diumumkan selewat-lewatnya Jumaat ini, sempena hakimnya yang akan bersara pada hari Jumaat ini jugak...

Sebab kes ini dah ditangguhkan lebih 40 kali, akhirnya, keputusannya akan diumumkan... Yang penting, mesti ada pihak yang akan tak puas hati... Oleh sebab itu, kerajaan Karnataka, India, telah mengisytiharkan cuti dua hari atas sebab keselamatan...

Kalau kat Malaysia, dah lama dah pemimpin yang cuba merancang rusuhan akan ditahan di bawah undang-undang paling berkuasa menentang keganasan, setaraf dengan Patriot Act Amerika, iaitu Internal Security Act atau nama Melayunya Akta Keselamatan Dalam Negeri... Selamat dah Malaysia... hehe....

Cuma nak bawak berfikir la, betapa pentingnya tolerasi dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia... Tanpa perpaduan, maka cuti kecemasan atas sebab keselamatan pun boleh terjadi... Tapi dalam menyokong perpaduan, Pluralisme antara agama tetap tidak boleh disokong! katakan ya kepada 1Malaysia, tetapi sila lebihkan 1Islam... Eh, jangan kata 1Islam ini bid'ah pulak... haha... Ini lain dari Islam Hadhari kay...


p/s: Jumaat nie, selepas solat Jumaat aku akan pergi menyertai kem Jalinan Sahabat Seluruh India (JASSI) di Mangalore... JASSI ni macam kem Islamik sket.. Yakni Islamisasi Perubatan... Dan kem itu di Mangalore... Mangalore nie pun boleh tahan jugak kuat agamanya... Jangan ada rusuhan sudeyh...

Doakan kami semua peserta JASSI selamat!! Jazakallah Khair Katsira...

Fakta best: Nama Mangalore diambil sempena nama Mangaladevi salah seorang dewi Hindu...

3 comments:

reBELLEious said...

elok2 redz kat sane nnt. korg jage diri baik2 :)

cempeng said...

1malaysia=agenda golongan "Elit" atau organisasi dbwah naungan dajal al-masih bersma rkn seperjuangnnya, Al-laknatullah Syaitan..secara sinis dn lembut, tnpa terlihat drpdnya unsur2 kotor, berselingdung disebalik agenda "suci", menanam sifat perpaduan , nmun pada HAKiKATNYA scra halus menerap sifat persamaan agama..urghh..seperti kontroversi article11..justru, melengkpkn agenda "Novus Ordo Seclorum" mereka atau, pemerintahan dunia baru sekular, NWO..lantas berbalik kpd agenda mutlak Syaitan Al-Rajim, iaiutu mnyekutukn Allah swt..Nauzubillah..

p/s: berfikir dgn kritikal..

Bella said...

very nice info..thank you.