Tuesday, January 24, 2012

Perasaan

Salam Alaik..

Aku sering menyimpan perasaan-perasaan sensitifku daripada khalayak.. Perasaan sedih terutamanya, hanya dilafazkan dalam 'twitter' memandangkan perasaanku senang tenggelam dalam lautan 'tweet' manusia-manusia yang berada di 'timeline'..

Sungguh aku berada dalam kesedihan sekarang.. Sedih kerana jauhnya aku daripada Tanah Tumpah Darah tika mana aku diperlukan di sana..

Berikan aku kekuatan untuk aku harungi kurang lebih 40 hari yang mendatang ini..

"Ya Allah, permudahkanlah"
"Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada perasaan sedih dan perkara yang menyedihkan"

Dan seperti biasa, dari luar aku tersenyum. Bergelak ketawa, berbual lebat persis tiada apa yang berlaku. Tapi dalam minda aku sering berdoa kepada-Nya, agar aku sempat berada di Tanah Tumpah Darah. Hanya 40 hari lagi lebih kurang.

Ya Allah, perkenankanlah.

2 comments:

fi3lina said...

hey timang, rindu post anda.:). chillax.. insyaAllah everything gonna b alrite;)

Askar kecik said...

perasaan sedih biase datang bila ada kekosongan dalam jiwa.isi la kekosongan jiwa dengan kegembiraan yang hakiki..insyaAllah.