Saturday, March 3, 2012

Tiga Tahun Secara Ringkas Dan Cepat (Bahagian III)


Salam 'Alaik..

-Malpe-

Mac 2011..

Hidup sebagai seorang yang dilabel 'refresher' memang indah.. Dalam keadaan koyak, banyak masa sepanjang 6 bulan refresh nie digunakan untuk series yang macam-macam.. Maklumlah, masa terlalu banyak kosong untuk diisi..

Sepanjang 6 bulan ini, siang untuk tido, dan malam untuk berjaga.. Kelas 3 hari seminggu, memang lari daripada norma pelajar perubatan.. Tapi, tak kisahlah..

Malam-malam memang banyak habiskan dengan pool bersama Edi.. Di awal 3 bulan, Edi banyak menang.. Hahaha.. Di akhir 3 bulan aku pulak yang pegang meja pool..


Petang pula memang setiap hari dihabiskan dengan bermain bola sepak.. Batch 27 rajin turun padang.. Semester nie jugaklah tertubuhnya grup 5th Division, grup pemain bola sepak amatur Manipal (MMMC).. Haha.. Sekarang yang 5th division banyak main untuk MMMC.. Tahniah..

-Malam Supremo-

UNIS Ogos 2011, aku hanya pharmac.. Aku hanya gunakan seminggu terakhir dalam study week untuk study.. Dan UNIS kali ini berjaya membuatkan aku berdebar setelah last sekali aku berdebar untuk exam ialah semasa UPSR.. Hehe.. ..

Ogos 2011..

Habis UNIS, balik Malaysia untuk raya.. Tiba di rumah pada hari terakhir puasa.. Kali ni tak banyak jalan.. Habiskan banyak masa di rumah sebab Ayah masa tue sedang sakit..

Raya aku memang sibuk.. Tengah layan bebudak kecik yang bising dan nakal, hari raya kedua aku dapat call daripada Edi yang kata aku lulus UNIS.. AKu senyum, hilang penat layan bebudak.. Aku turun, pergi dekat Ayah yang masa tue berbaring, aku bagitau dia.. Dia orang pertama yang tahu......

....

"Aku bagitau Ayah, yang aku komfem balik menjelang Mac 2012.."

....

Habis cuti, aku kembali ke Manipal.. Memulakan tahun ketiga di Manipal.. Awalnya memang agak 'awkward' sebab batchmate baru.. Makin lama cuba biasakan.. Mengenali setiap seorang dalam grup, dan cuba blend in sedalam mungkin..

Tahun ketiga pun lagha.. Cuma tidak ekstrim macam masa refresh..

Posting ComMed semangat bagus.. Makin akhir makin tak bagus semangat..

Setiap petang, bermain bola sepak macam biasa.. Hanya tidak bermain jika ada game United pada waktu petang je.. Haha..

......

Hujung Januari 2012, ketika masa aku di Manipal hanya tinggal sebulan, berita yang sedih mendatangi aku..

......

Februari 2012 semangat aku dah tertinggal di Malaysia.. End posting, comprehensive, posting semua aku buat lebih kurang.. Gunakan fizikal sahaja hidup di India tatkala minda dah selamat bertapa di Malaysia..



Dan, pejam celik, Mac 2012... Ada 3 hari dalam MAc yang 'free'.. Gunakan untuk berehat dan menyelesaikan beberapa urusan akhir.. Dan semestinya, semalam, Selamat Tinggal Redz Devil..


No comments: