Friday, March 2, 2012

Tiga Tahun Secara Ringkas Dan Cepat (Bahagian II)



Salam Alaik..

Mac 2010.

Balik daripada travel agak memenatkan.. Hendak pulak mahu membiasakan diri dengan kejutan budaya yang aku terima semasa travel.. Haha..

Bermula zaman tahun kedua di Manipal.. Oleh sebab betapa penat belajar untuk UNIS, awal tahun kedua dimulakan dengan lagha.. Dan hidup sepanjang Mac - Ogos 2010 tiada yang menarik melainkan beberapa.. ANtaranya menghabiskan banyak masa petang dan malam untuk menonton piala dunia di Afrika Selatan.. Haha..


Bermula fasa waktu yang inilah aku menjadi agak rajin ke masjid untuk solat berjemaah.. Hehe.. (Sekarang jangan tanya!)

Masa nie jugak duk kenal dengan Piji as-Sisidiy.. Banyak berbincang dengan dia tentang agama.. Sering berusrah di Perkampungan ilmu perpustakaan etc etc.. Banyak dia ajar aku ilmu hadis sehingga ke isu semasa.. Haha..

Ogos 2010...

Balik rumah!! Raya di Malaysia kembali setelah September 2009 beraya di Manipal.. Kali nie balik naik AirAsia la pulak daripada Bangalore..

Kembali semula ke Manipal, blok 3 tahun kedua.. Usaha untuk belajar sempena UNIS digiatkan.. Hampir setiap malam bertapa di perpustakaan.. Selain daripada sejuk air-cond, ada banyak awekz-awekz di perpustakaan.. Haha..

Bulan sepuluh aku melayan seruan JASSI di Mangalore.. Pergi JASSI 30% untuk ilmu, 70% untuk santai + berjumpa/berkenalan dengan rerakan baru.. Haha.. Masa JASSI nie aku beli buku autobiografi Imam Khomeini.. Tapi aku belum mula baca..


Bila mula study week UNIS tahun kedua, aku mula giatkan diri ke perpustakaan.. Tapi biasalah, bukan semua masa aku di perpustakaan aku study.. Kekadang duk termenung je..

Hampir-hampir kepada UNIS, aku menerima kejutan budaya lagi.. Haha.. Terus jeng semangat nak study untuk UNIS..

So, masa UNIS jawab lebih kurang.. Lepas paper pharmac memang aku ada bermimpi yang pelik.. Dan aku tafsir mimpi tue sebagai petanda aku akan gagal.. Dan, tadaa~ betul... Aku gagal pharmac dan terpaksa bertapa setahun lagi di India yang sepatutnya tinggal 6 bulan je..

Habis UNIS berjalan ke Nepal dan GOa.. Semangat dah hilang, melayan travel ala kadar.. Hatta gambar pun tak banyak ambik.. Nepal satu tempat yang bagus untuk hilangkan tensi, tapi aku cuma tidak mampu melayan Nepal sebaiknya.

bersambung....

No comments: