Friday, March 8, 2013

Belantik a.k.a. Orion

Salam Alaik..

P/s: Ini ialah sebuah Cerpen..

Tiga kotak John merah yang dibeli di gerai burger Mail Jepun diletakkan di dalam raga motor kapcainya.. Motor Honda petak yang digunakan oleh Jai ke hulu ke hilir itu telah lama berbakti dengannya.. Hidup sebagai penganggur sepenuh masa di Kampung Dusun Seberang itu menyebabkan masanya sangat lapang.. Dulu dia ada tanam pokok laici di belakang rumahnya, kira-kira 6 tahun lepas sebanyak 6 batang pokok.. Namun sampai sekarang laicinya masih tidak berbuah.. Segala belanjanya hanyalah datang daripada Bantuan Rakyat Kampung Dusun yang dia terima daripada Dato' Dompok sebanyak RM100 sebulan..

Honda petak yang dibawanya itu perlahan menyusuri jalan Kampung Dusun Seberang yang masih lagi tidak berturap. Bajet sebanyak RM 200,000 yang kerajaan Barisan Rakyat berikan kepada Dato' Dompok untuk memnurap jalan sekitar Kampung Dusun entah ke mana.. Namun Jai tak kisah, kerana dia bukanlah Mat Rempit yang memerlukan jalan yang cantik untuk berlumba.. Dalam kesepian membelah angin malam, Jai memberhentikan motornya, dan terus duduk di atas motornya di tepi jalan..

"Umur aku dah 29 tahun, namun masih hidup begini, tak bekerja.. Duit pun harap duit gomen je.. Bila la nak boleh kawen macam nie.." Jai bermonolog luaran..

Fikirannya melayang kepada 6 tahun lepas, ketika dia masih menuntut di Universiti yang terkemuka di Shah Alam.. Dia seorang yang sedang-sedang saja dalam fakultinya, muka pun tidak kacak, pendiam dengan orang ramai namun ramah dengan orang yang dia kenal.. Suatu hujung minggu, dia dan rakan-rakan sekuliah dengannya pergi ke Melaka untuk bersuka-ria, sebagai meraikan kejayaan mereka menamatkan pelajaran..

Malam itu, mereka beramai-ramai melepak di Tanjung Bidara, menyalakan unggun api.. Masing-masing bercerita tentang pengalaman selama 3 tahun mereka belajar.. Macam-macam ceritanya, daripada hal orientasi ketika didera oleh senior, sehinggalah pengalaman mendera bebudak junior.. Hilai tawa mengisi malam itu.. Jai ketika itu hanya gelak kecil.. Dia menyalakan sebatang Marlboro, dan melayan kesan nikotin ke dalam otaknya.. Ketika itu Nora datang dan duduk di sebelahnya.. Jai kenal Nora, namun jarang berbual kerana Nora nie dikira sebagai 'hot stuff', tidak layak baginya yang wasatiyyah nie.. Namun malam itu Nora memulakan perbualan.. 
Jai layankan sahaja.. Dia memang dah lama berkenan dengan Nora, namun tidak pernah dia mencuba untuk merapatkan dirinya.. Jai pun pernah dengar yang Nora nie dah berpunya, dengan seorang pelajar luar negara.. Jai fikir siapalah dia untuk mencuba.. Malam itu mereka berborak kencang.. Jai berbual dengan Nora seperti dah lama rapat.. Mereka berada dalam dunia mereka, sedang yang lain dalam dunia unggun api itu.. 
Jam menunjukkan pukul 1 pagi.. Usrah unggun api masih rancak, dan api masih belum mahu menunjukkan tanda-tanda padam.. Jai mengajak Nora berjalan-jalan melayan pantai, dan Nora mengangguk setuju.. Mereka berjalan perlahan, senyap tidak bercakap.. Jai menghembuskan asap rokoknya, ditiup angin bayu darat.. Tiba di satu pangkin mereka berhenti, lalu duduk berdua.. 
"Hari nie hari jadi saya.. Taknak bagi hadiah ke?" kata Nora kepada Jai, yang cepat membelek jam..
"Oh, 8 Mei hari jadi awak ke? Hadiah tak sempat la nak sediakan sayang oi.. Kenapa tak bagitau awal-awal?" balas Jai, ceria..
"Awak tak tengok facebook ke? Tak kira, nak hadiah jugak!"
"Zaman nie mana ada facebook lagi.. Sekarang baru tahun 2002, facebook tak glamer lagi.."
"Takde hadiah la macam tue?"
"Takde la, kot.. Kalau ada pun, pagi nanti la saya belikan.."
"Ye la tue.. Macam boleh percaya je.. Eh, dah dekat 2 pagi nie.. Esok awak nak belikan saya hadiah pulak.. .Lagipun tak molek orang nampak kita berdua nie.."
"Oh.. Baiklah.. Erm, jumpa esok la kalau macam tue.. Saya nak melepak lagi kat sini, nak melihat bintang.." balas Jai sambil tersenyum..
"Ok.. Saya pergi ke unggun api dulu.. Esok jangan lupa.." 
Nora mengangkat punggungnya daripada pangkin itu.. Jai mengalihkan pandangannya  daripada Nora  untuk menghembuskan asap rokoknya.. Malam itu dirasakan malam paling bermakna baginya.. Ketika dia menoleh kembali ke arah Nora, Nora melayangkan satu ciuman ke pipi Jai, dan terus meninggalkan Jai.. Jai terpinga-pinga terkejut.. 
"Wow, that escalated quickly" - bisik hati Jai.. Awal pagi itu, Jai melayan bintang sampai jam 4 pagi, sebelum bergerak ke chaletnya.. Malam itu, Jai gembira dua kali ganda..

Jai sedar, itu hanya memori lama.. Dia rasa kalau dia teruskan hubungannya dengan Nora, pasti dia kini bahagia.. Namun Jai sedar ketika itu bahawa Nora bukan dalam liganya.. Dia bimbang akan pergi terlalu jauh dengan Nora, jadi Jai terus memutuskan hubungannya dengan Nora selepas Jai menghadiahkan Nora sehelai T-Shirt berwarna merah jambu bertulis 'Melaka' sempena hari jadinya.. Selepas pulang dari Melaka, Jai terus menanam pokok Laici yang dibelinya daripada Ah Chap, sebagai kenangan kisahnya yang tidak sampai sehari dengan Nora itu..

Malam itu, Jai terus menyalakan rokok Johnnya di atas Honda Petak, sambil melihat langit; melihat buruj Belantik yang pernah dia tunjukkan kepada Nora 6 tahun lepas..



buruj / Belantik

Nota kaki: Walaupun dah agak lewat, aku nak ucap selamat berjaya kepada rerakan yang berjuang dalam P2S1, dan selamat berkerja kepada rerakan yang dah setel P2S2; dan selamat berjuang kepada pahlawan negara yang terlibat dalam Op Daulat.. Doa aku bersama kalian..

No comments: