Monday, March 25, 2013

Cerpen: Ali Baba Kampung Dusun Seberang

Salam Alaik..

p/s: Ini ialah sebuah cerpen

Pilihanraya umum sudah nampak hampir berlaku.. Televisyen di kampung Dusun Seberang, dan akhbar Risalah Malaya sering memainkan berita dan iklan berbaur politik.. Setiap setengah jam, ada sahaja iklan yang memaparkan video Dato' Seri Naqib berucap.. Tutur kata Dato' Seri Naqib umpama mampu menang semua kerusi yang dipertandingkan, namun tarikh PRU masih lagi kabur.. Tapi, memang sudah terasa dekat-dekat dengan PRU.. Dato' Dompok, ADUN Dusun pun sudah berada di Kampung Dusun Seberang untuk melakukan satu pengumuman.. Hadirin di Kampung Dusun Seberang tekun menunggu di balairaya yang sudah daif itu..

Dato' Dompok tiba dengan kereta Proton Perdananya sambil diiringi oleh sebuah lori 2 tan yang penuh dengan baja.. Usai memarkir keretanya di hadapan balairaya, dia terus masuk ke dalam dan menyapa semua penduduk yang hadir.. Tok Nan memulakan majlis, kemudian doa dibacakan oleh Imam Seman Pakau.. Dato' Dompok kemudiannya dijemput untuk memberikan ucapan..

"Seperti yang saya janjikan dahulu, bahawa setiap kali sebelum PRU saya akan turun padang untuk menyapa rakyat jelata.. Terima kasih atas undi anda pada PRU yang lepas.. Sebagai satu penghargaan, saya hadiahkan selori baja cap payung.. Ini bukan rasuah ataupun pancing undi walaupun lambang Barisan Rakyat dalam PRU ialah payung.. Ini hanyalah token penghargaan daripada saya sungguhpun duit yang saya guna untuk beli baja itu ialah daripada perbendaharaan negara," Dato' Dompok berkata selepas muqaddimah..

"Baik sungguh Dato' Dompok nie.. Barisan Rakyat pun baik sebab bagi baja kat kita," angguk Aki Ali..

"Selain itu, memandangkan balairaya kampung nie dah buruk benar, saya juga ingin menyumbangkan sebanyak RM20,000 untuk membina balairaya baru.. Tak silap saya, balairaya nie dah berumur 30 tahun ye dop? Takpelah, ini kali kita tukarlah balairaya baru.. Jadi saya serahkan urusan membina balairaya nie kepada Tok Nan.. Harap Tok Nan buat tender terbuka la.. Nanti Pakatan Nasional kata kita nie nepotisme la, kronisme la.."

"Oleh itu, saya berundur diri dulu la.. Jangan lupa undi Barisan Rakyat.. Nanti, 5 tahun lagi saya datang balik.. Sebelum balik nanti ambik la baja seorang seguni.. Buat baja pokok apa-apa yang ada.. Terima kasih atas undi anda.. Terima kasih, salam 1Dusun, dan ingatlah janji-janji saya semuanya ditepati!"  Dato' Dompok mengakhiri ucapan..

* * *

Esoknya Tok Nan membuka tender untuk membina balairaya baru Kampung Dusun Seberang.. Dalam pengumumannya usai Dato' Dompok berucap, Tok Nan berkata bahawa sesiapa nak tender membina balairaya harus membawa kertas kerja dan membentangkan kepadanya.. Paling lewat dia akan mendengar perbentangan pada 5 petang..

Jam 8 pagi itu, Encik Deris daripada kampung Durian Sebatang datang berjumpa Tok Nan.. Katanya dia mampu membina balairaya baru berkeluasan 50 meter persegi dengan harga sebanyak RM18,590.. Encik Deris kata, itulah harga paling rendah dia boleh buat untuk kampung Dusun Seberang.. Tok Nan melihat kertas kerjanya, kemudian berjanji akan menghubungi Enicik Deris jika permohonannya berjaya..

Jam 10 pagi, Encik Taib Muhammad pula masuk berjumpa Tok Nan.. Encik Taib Muhammad membentangkan kertas kerjanya dengan penuh disiplin.. Dia kata kepada Tok Nan bahawa dia mampu menyiapkan balairaya dengan keluasan 70 meter persegi dengan harga RM19,950.. Tok Nan kemudiannya menempelak dengan berkata, "baik aku ambik Encik Deris, bayar 16,000 boleh dapat dewan 75 meter persegi!" Encik Taib Muhammad kemudiannya ketar lutut dan menawarkan harga RM15,999 dengan keluasan balairaya 70 meter persegi.. "Saya akan pertimbangkan.. Kalau saya setuju saya akan hubungi balik," jawab Tok Nan sambil tersenyum..

Jam 2 petang, Pak Tam Leman pula diberi peluang untuk sebut harga.. Pak Tam Leman kata, dia boleh bina balairaya baru dengan keluasan 80 meter persegi dengan harga RM10,000.. Tok Nan dah mula senyum.. Pak Tam Leman menambah bahawa dia boleh siapkan balairaya tue dalam masa sebulan.. Tok Nan lagi bertambah senyum.. "Tawaran Pak Tam ni paling bagus setakat nie.. Nanti tengok la macam mana saya boleh buat," kata Tok Nan sambil senyum ke telinga..

Jam 4.50 petang,kira-kira sepuluh minit sebelum sebut harga ditutup, Udin Gila jumpa Tok Nan.. Udin gila kata, "Saya nak ambik tender nie.. Saya letak harga RM10,000.. Apa macam Tok Nan?" Tok Nan dah buat muka.. "Kepala otak kau Udin! Orang lain tawar nak buat balairaya RM10,000 je, kau sampai 20,000 pasal apa?"

"Cenggini Tok Nan.. Saya sebut harga RM20,000.. RM10,000 tue kita guna la untuk upah Pak Tam Leman buat balairaya.. Lagi RM10,000, kita bahagi dua.. Tok lima ribu, saya dapat lima ribu.. Semua sekali dua puluh ribu.. Kita tak perlu buat kerja, tapi dapat duit.. Amacam? Dalam resit saya letak la RM20,000.. Ok?" Udin Gila menyambung 'proposal'nya..

"Hurm.. Tak terfikir pulak aku camtu.. Bagus jugak otak kau nie.. Sejak jadi tak gila nie, makin ligat otak kau!" kata Tok Nan.. "Kira on la nie ye Tok Nan?" soal Udin Gila.. "Onnnnnnn!" balas Tok Nan sambil menyalakan rokok Marlboronya..

Sebulan lepas tue, balairaya Kampung Dusun Seberang yang baru sudahpun siap.. Pak Tam Leman siapkan mengikut masa yang dijanjikan dan diberi bayaran sebanyak RM10,000.. Tok Nan dan Udin Gila tersenyum, dapat RM5000 sorang secara atas angin.. Tugas pertama balairaya baru itu ialah menjadi bilik gerakan dan propaganda Barisan Rakyat UPU Kampung Dusun Seberang..

***Tamat***

No comments: