Monday, June 24, 2013

Masa

Salam 'Alaik..

"Seseorang yang tahu bila masanya untuk mengalah, maka dia ialah seseorang yang menang"

Satu terjemahan terus daripada satu kata-kata yang aku baca baru-baru ini.. Ayat itu rumit untuk difahami kerana 'bila masanya untuk mengalah' itu bersifat subjektif.. Dan bagaimanakah kalah boleh jadi menang? Kemenangan itu juga satu yang subjektif.. Biasanya perkara ini diaplikasikan oleh anak-anak sulung, yang terpaksa mengalah kepada adiknya dalam sesuatu perkara.. Tapi aku tak pernah merasakan contoh ini sebab aku anak bongsu.. Kehkehkeh..

Begitu jugak dengan 'masa untuk berhenti'.. Selalu orang kata 'belakang parang kalau diasah lama-lama tajam jua'.. Namun, apakah berbaloi menghabiskan masa yang lama untuk menajamkan belakang parang? Satu usaha, kalau dah 30 kali dicuba namun tetap tidak menjadi, harus difikirkan kembali, berbaloikah usaha? Perlu tahu bila masa sesuai untuk berhenti mencuba, dan fokus ke arah perkara lain.. Macam jawab peperiksaan subjek Matematik Tambahan, bila kita sangkut kat satu soalan itu, berbaloikah untuk habiskan masa yang lama? Kita harus bergerak ke soalan lain dahulu, sebelum kembali kepada soalan itu jika ada masa..

Pengurusan masa, meletakkan perkara yang lebih utama ke atas perkara yang utama.. Keutamaan sesuatu perkara itu pula bergantung kepada pendapat sendiri, jika perkara itu dalam konteks 'sendiri'.. Dan, pusing-pusing, penafsiran itu kembali subjektif..

Itulah kisah aku dahulu.. Seharusnya aku berhenti pada masa yang sesuai.. Namun aku teruskan jugak, walau berkali-kali peluang untuk berhenti.. Akhirnya, aku mengambil langkah drastik mengikut minda untuk berhenti secara paksa walau hati tidak suka.. Dan aku berhenti!

Perkara itu membuatkan aku menyesal, namun aku tidak tahu jika aku teruskan; apakah kecelakaan yang bakal menimpa.. Membuat keputusan dalam hidup nie umpama main poker.. Silap langkah, rugi besar.. Kekadang nasib baik, untung gedabak.. Kekadang keputusan yang dirasakan terbaik untuk kita, menjadi sebuah keputusan yang kurang baik..

"Tidak Kami  ciptakan sesuatu itu sia-sia"

Saturday, June 22, 2013

Kontroversi dan Persepsi

Salam 'Alaik..

Kontroversi dan aku susah untuk dipisahkan.

Hasil carian 'Google' tentang SBPI Temerloh/SBPIT pada muka pertama akan menunjukkan pautan ke arah blog aku, ke arah entri tentang zaman aku menjadi pengawas. Maka, di situlah kontroversi bermula. Entri yang sudah beberapa tahun lepas itu (5 tahun lepas|2008) kembali dikorek, dan dinilai. Dan atas silap aku juga yang 'retaliate' setelah dikomen dan dengan jawapan balas aku baru-baru ini dalam entri baru menambahkan lagi ketegangan.

Statistik blog aku dalam empat hari kebelakangan ini menunjukkan peningkatan ketara ke arah entri-entri itu, dan carian kata 'blog SBPIT' menjadi sumber masuk yang agak banyak (secara relatifnya). Ini jelas sekali menunjukkan bahawa isu ini sudah tersebar dalam ruang lingkup SBPIT, dan mungkin kepada sebahagian kecil warga alumni. Dan tidak berat untuk aku katakan bahawa mungkin tanggapan buruk terhadap aku sudah menular.

Serangan balas aku baru-baru ini memburukkan keadaan lagi umpama menyiram minyak ke atas api. Bahasa yang agak santai dan tidak formal, diselangi dengan bahasa yang agak 'kasar'; apabila dibaca oleh 'orang-orang berkenaan' membuatkan mereka kurang berpuas hati. Maaf, mereka memang layak untuk tidak berpuas hati. Aku ketika itu masih lagi menggunakan kata-kata yang tidak formal sungguhpun aku tahu bahawa sasaran aku siapa. Maaf sekali lagi.

Sikap aku yang suka 'tulis lepas', dan sangat berani dalam menulis agak aku kesali. Sungguhpun entri aku itu benar pada mata aku, namun aku akui ada silapnya aku di situ.

Tindakan sesetengah pihak yang membaca dan menilai aku secara seluruhnya hanya berdasarkan satu entri merupakan satu tindakan yang zalim. Dan tindakan aku melabel sistem secara seluruhnya berdasarkan satu dua orang juga tindakan yang zalim.

Aku berharap selepas ini, kalau ada ketidakpuasan hati terhadap entri aku, bolehlah komen dalam entri itu. Jika mahu menegur 'di belakang langsir', emelkan sahaja kepada aku melalui betheredz@yahoo.com.my atau melalui Facebook aku, fb.me/betheredz. Aku bersedia untuk menarik balik mana-mana entri, atau memadam mana-mana perenggan yang dirasakan mencuit, namun haruslah dengan sebab yang agak kukuh.

Komitmen aku dalam membantu SBPI Temerloh dalam apa-apa aspek yang aku mampu tidak akan aku langgar. Insya Allah aku tetap akan memberikan kerjasama jika diperlukan. SBPI Temerloh itu sekolah aku, yang membentuk aku sehingga aku ke tahap ini. Aku tahu, tanpa SBPI Temerloh, siapalah aku. Dan aku masih berharap kepada doa-doa guru-guru dan rakan-rakan aku untuk berjaya. Kepada sesiapa yang berkenaan, tidak perlulah rasanya doakan keburukan seseorang hanya kerana beberapa sebab. Doa itu senjata, namun senjata harus digunakan dengan baik.

Satu fakta: seiap kali aku balik Pahang, apabila aku lalu di depan SBPI Temerloh, aku sering mendoakan kebaikan ahli-ahli di dalamnya.

Aku harap isu ini tidak melahirkan persepsi negatif kepada aku. Tapi biasalah, aku tidak mampu menghalang persepsi. Kekadang, ada yang baca entri nombor 1, namun tidak baca entri nombor 3. Kepada pihak yang terasa dengan entri aku, aku minta maaf sekali lagi. Benda boleh bawak berbincang.

Bersama rerakan beraya di rumah cikgu Abdul Razak Alias (Tahun 2011)
P/s: Ada juga yang membuka pautan 'Tentang Saya' dan klik gambar aku. Mungkin nak kenal siapa aku, muka macam mana. Nama aku Muhammad Redzwan dan aku punya nombor ID zaman sekolah dulu 0166.  (^.^)

Tuesday, June 18, 2013

Perbandingan Rasa dan Kesan kepada Jiwa: 2010 dan 2013

Salam Alaik..

P/s: Ini ialah sebuah analisis..

18/06/2013, tiga tahun selepas 18/06/2010.. Dah lama dah masa berlalu.. Pantas.. Seperti yang aku pernah kata dahulu bahawa zaman 2009-2010 merupakan zaman di mana sajak-sajak aku mempunyai makna yang dalam dengan seni kata yang ekstrim..

Zaman itu zaman yang penuh dengan bunga-bunga hati, dan tatkala otak masih lagi segar dengan kosa kata yang dipelajari di zaman SPM.. Sajak zaman itu memang tak boleh nak dibandingkan dengan sajak aku sekarang.. Sajak sekarang sajak moden, ringkas dan terus kepada isi tanpa kias, metafora atau unsur-unsur seni yang lain. Yang kekal hanyalah maksud sajak itu tidak jelas dah terbuka untuk diinterpretasikan..

Pada hari ini, aku nak membandingkan sajak aku zaman 2010, dengan sajak aku zaman 2013.. 2010 nie bersepah aku buat sajak.. Tak percaya, tengoklah dalam 'Notes' di profil buku wajah (Facebook) aku.. Masa tue sajak aku memang, dan hanya memang sajak yang punyai isi berkaitan dengan hal aku semasa.. Jarang sungguh aku menulis sajak yang takde kaitan dengan aku..

Tahun 2013, kadar penulisan sajak dah menurun, sama seperti kadar penulisan entri dalam blog.. Ini semua berpunca daripada ketandusan idea dan kesibukan masa serta kekeringan jiwa.. Nak tulis sajak memerlukan perasaan, dan perasaan itu takde dalam diri aku sekarang ini.. Bila perasaan takde, maka kualiti sajak yang dihasilkan tidak bagus, dan tidak mencapai makna.. Itulah sebabnya kebelakangan ini aku banyak menulis cerpen satira berbanding sajak..

Di bawah nie sajak pada 20/06/2010..

Debu-Debu Halus
20/06/2010

Pasir halus itu jatuh
dari lipatan seluar yang dileraikan
setelah pulang dari lautan yang mendamaikan

Pasir itu jatuh
umpama jatuhnya bibit-bibit tekanan
yang melanda dalam jiwa
setelah berakhir minggu yang panjang

Pasir itu dibawa angin
angin yang kuat menstatikkan helang
walau sayapnya masih utuh
menggerbangkan rambut menjadi seperti singa
namun hati
tidak seberani singa bersuara

Angin meniup di bawah terik mentari
dibuka payung
angin menyapu mengembang ia
terik itu sekali lagi tiba

Di bawah mentari terik
di antara hari-hari yang penuh hujan
menunggu ombak menghempas batu
tiadalah tiba tika menanti
persis segala perkara
yang tiba ketika tidak mahu
dan hilang ketika dicari

Dan hari ini
musim hujan berhenti seketika
membasahkan badan dengan peluh sejati
setelah lama dibasahi air langit
mungkin seketika rehatnya
mungkin selamanya

Bersalut debu angin meniup
menerjah mata yang fokus terbuka
sedang memecut dengan gembira
air mata mula mencurah di pipi
apabila berfikir dugaan yang menimpa
dugaan yang berupa sekecil pasir yang berterbangan

Sajak atas nie secara umumnya menceritakan kisah aku berjalan di Kapu Beach tak silap.. Tapi dalam sajak ini ada hal tersirat yang aku sampaikan menceritakan perasaan aku sehari dua sebelum perjalanan itu.. Secara umum, mungkin boleh ditafsir perasaan itu, namun kisah di belakangnya, hanya aku yang tahu.. Maka, jadilah sajak yang terbuka interpretasinya..

Sajak 2013..

SEMBUNYI
17/05/2013

I
Dipenjara tenungan mata
dari kekekan kecil menusuk kalbu
dialog serius disulam senyum manis
senyum indah membawa bicara
dari bicara bawa ke hati

Kaku, dek mata meliar
patah kata terhenti selepas dua
kelu lidah dipaku wajah indah
mampu senyum, sunyi tak berkata

dua belas purnama
dipenjara rasa
burung terkurung
terbang bebas tak mampu
sedikit, demi sedikit
pintu jeriji terbuka
alpa, membawa binasa

II
Saat terbang bebas
menyelusuri alam terbentang luas
lupa daratan, lupa Tuhan
keluar sangkar menjadi celaka

Ekspresi berdua
cuba sembunyi
agar tiada menghidu
menjatuh air muka
dua belas purnama
berada di balik bayang

III
Patah sayap
jatuh ke tanah
Hilang nikmat bebas
hatta di luar sangkar
keseronokan membawa padah
jatuh tertiarap

membawa duka
atas dua kaki yang lemah
semasa berkepak, lupakan tanah

apabila mata bertemu mata
pecah hati menahan duka
kisah lama
sembunyi disimpan sendiri

Dua belas purnama
menanggung sengsara

IV
Tiga puluh enam purnama
kisah cinta
sepertiga biasa
sepertiga gembira
sepertiga duka
tiga tahun
sembunyi di balik rasa sendiri
tak terfikir untuk dikongsi

Sajak yang terus kepada poin.. Ada unsur seni, namun tidak sampai mampu dikagumi.. Perasaan itu tak sampai, hatta jika dibaca, makna tidak mampu diterjemah dengan berkesan.. Heh.. Perasaan takde masa menulis, maka perasaan takde la dalam sajak.. Ok, tue je.. Malas nak tulis panjang..


Saturday, June 15, 2013

Set-Set Penjaga Keamanan II

Salam Alaik..

Re: "Plan Gila: Set-Set Penjaga Keamanan SBPI Temerloh"

'Set-Set Penjaga Keamanan' mengikut tafsiran aku ialah 'sebuah badan atau organisasi yang ahlinya dilantik oleh pihak sekolah untuk membantu pihak sekolah (guru-guru etc) dalam menegakkan undang-undang sekolah serta membantu dalam tugas-tugas khas yang lain seperti melaksanakan majlis, mengawal pelajar dan sebagainya bergantung kepada sekolah masing-masing. Badan dan organisasi ini secara rasminya digelar sebagai pengawas, ketua umum, jawatankuasa disiplin dsb.'..

Dan aku ialah salah seorang daripada set-set penjaga keamanan sekolah aku dulu.. Pertamanya, aku mengakui bahawa aku tidaklah hebat dalam melaksanakan amanah ketika zaman aku di sekolah dahulu.. Malah aku boleh dikatakan agak korup dan mengamalkan kronisme.. Walaupun kekorupan dan kronisme aku tidaklah sehingga disifatkan sebagai 'rasuah', namun yang salah tetap salah.. Secara umumnya, tugas aku dalam menegakkan undang-undang, memang tidak sepenuhnya aku lakukan.. Namun dalam tugas-tugas khas, aku sering membantu..

Tidak berat untuk aku mengatakan bahawa 95% set-set penjaga keamanan ini tidak 100% bersih.. Untuk 100% bersih, set-set nie hendaklah 100% bergantung kepada undang-undang sekolah.. Dan aku percaya bahawa kebanyakan undang-undang sekolah jelas melarang pelajar-pelajar daripada menggunakan atau mengeluarkan perkataan 'mencarut'.. Dan jikalau set-set penjaga keamanan ini tidak korup dan 100% bersih, seharusnya mereka menegur dan/atau melaporkan kepada guru.. Ada juga yang tahu rerakan mereka 'fly', namun disembunyikan sahaja.. Apabila senior melakukan kesalahan, kekadang hanya dipandang sebelah mata.. Apakah ini bersih? Secara teknikalnya, TIDAK!!

Kebanyakan ahli set-set penjaga keamanan sekolah harus punyai satu keadaan yang dipandang sebelah mata, dan juga mengikut budi bicara.. Inilah seninya.. Sudut pandang antara sesetengah cikgu, dan pelajar berbeza.. Kebersihan seseorang pengawas, dan kekorupannya secara umumnya hanya boleh dinilai secara subjektif..

Aku akui sekali lagi bahawa aku seorang set-set penjaga keamanan yang korup.. Matlamat aku ketika menjadi set-set penjaga keamanan ialah membantu cikgu dalam hal tugas khas (pengurusan majlis etc), dan mengelakkan pelajar susah.. Namun kalau pelajar tue nak buat celaka, tapi kecelakaannya tidak menyusahkan pelajar lain, silakanlah.. Kalau pelajar itu nak merokok kat dalam longkang tepi dewan, silakanlah.. Asalkan jangan menyusahkan pelajar lain sudah la.. Kalau kes curi, itu harus dilaporkan.. Kekadang sebagai set-set penjaga keamanan, ada yang terus menghukum setelah didapati bersalah tanpa dibawa kepada cikgu.. Sebab apa? Untuk mengelakkan rekod buruk.. Yup, ada kalanya kami korup sebegitu.. Dan itu semestinya salah..

Ada juga set-set penjaga keamanan yang korup dengan melakukan hukuman tanpa siasatan.. Maaf..  Tidak semua perfect.. Hatta ada juga cikgu yang keluar ngeteh semasa sesi persekolahan, ada juga ahli politik yang culas ke parlimen lantas mengambil sijil cuti sakit yang palsu.. Manusia, dan sistem ciptaan manusia tidak sempurna..

Ini baru satu kritikan umum kepada sistem pendidikan dan persekolahan.. Belum lagi kritikan terhadap pembinaan modal insan yang ke arah peperiksaan (exam oriented).. Mujurlah Kementerian Pendidikan memperkenal kurikulum baru yang menilai pelajar daripada keseluruhan aspek, dan bukannya ke arah peperiksaan sahaja.. Dengarnya kurikulum baru itu agak melecehkan untuk guru-guru.. Tapi, untuk menjadi seorang guru yang 100% bersih secara teknikal, penilaian itu harus dilakukan dengan penuh dedikasi dan adil.. Susah, kan? Kalau guru itu terlepas pandang sehari kerana kepenatan, adakah kita terus melabel guru itu korup? Tidak boleh.. Itu bersikap zalim..

Panjang pulak aku tulis.. Sebenarnya aku tulis nie tidak berangka.. Itu sebabnya caca merba dan tidak sampai maksud sebenar.. Tema sebenarnya ialah: Jangan label berdasarkan hanya beberapa fakta yang kita tahu..

AKhir kata, kepada warga SBPIT (cikgu atau pelajar atau staf) yang sempat berkhidmat dengan aku, aku minta maaf kalau ada kecelakaan yang aku buat.. Aku faham tugas sebagai pendidik atau staf dalam institusi pendidikan ini tugas yang berat.. Begitu juga tugas set-set penjaga keamanan nie.. Kekadang, ada yang menjadi ahli set-set penjaga keamanan semata-mata untuk sijil
.. Maaf sekali lagi~

Bekas Ketua Biro Disiplin (kiri) dan Bekas Ketua Pelajar SBPI Temerloh era 2005/06
[Tahun 2013]

P/s: Kalau zaman sekolah, biasanya 'setiap tuduhan dikira bersalah'.. Asal dituduh, maka hampir pasti anda bersalah.. Hehe.. Ye la, sekolah biasa nie mana ada mahkamah.. Cikgu la jadi hakim, jadi pendakwa raya.. Pelajar takde peguam bela.. Bila dituduh, terus kena bela diri..

Monday, June 10, 2013

Kisah Seorang Fanatik

Salam Alaik..

P/s: Ini ialah sebuah cerpen..

Liga Perdana Inggeris Musim 2012/13 dah pun menutup tirainya beberapa minggu lepas.. Ramli sebagai seorang penyokong tegar Liverpool berbangga dengan pencapaian kelab kesayangannya yang masih kekal dalam kalangan BIG 10.. Sementara itu, Leman pula masih tenang melayan Ramli bercerita tentang kelab bola sepaknya itu.. Leman, seorang penyokong Manchester United yang wasatiyyah hanya bergembira seketika setelah United memegang takhta Liga Inggeris untuk kali ke 20.. Dia tahu bahawa banyak lagi hal lain yang dia perlu uruskan..

Maka, pada suatu malam di sebuah kedai mamak, Ramli dan Leman duduk semeja melayan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA Malaysia antara kelab-palsu-baru-nak-up JDT menentang kelab-wasatiyyah-dah-lama-dah-up Pahang FA.. Dua-dua, sebagai seorang Pahang haruslah menyokong Pahang... Perjalanan mereka ke Darul Makmur selasa lepas sia-sia kerana hanya mampu melihat kucing berak di tengah padang.. Kali ini, di BUkit Jalil mereka tidak mampu nak datang memberikan sokongan kerana memikirkan siapa yang nak menoreh getah FELDA, dan mengecok sawit ladang ayah mereka..

Di meja berdekatan mereka, ada seorang budak ustaz.. Ustaz nie baru datang kampung tue sebab nikah dengan anak tok penghulu.. Ustaz Usop dengar namanya.. Ustaz nie tenang sahaja menghirup kopi di sebelah tok penghulu, tidaklah minat sangat akan bola sepak, lagha katanya.. Nak pulak Ustaz Usop nie asal Negeri Smebilan, lagi la tak layan bola sepak..

Maka sebelum sepak mula, Ramli pun berkata kepada Leman, "aku rasa Pahang menang malam nie, tapi tak dapat pergi final.." Leman pulak mencelah, "kepala otak kau! Jangan lanegatif sangat.." "Aku jamin, kalau salah tekaan aku, aku akan bagi kau lima juta ringgit!", Ramli bertaruh dengan penuh konfiden.. Ustaz Usop yang pasang telinga dah mula buat muka tak berkenan.. "Kalau tekaan kau betul, aku bagi kau lima ribu ringgit setiap bulan sampai kau atau aku mati," taruh Leman pulak dengan penuh yakin..

Ustaz Usop berdehem.. Leman dan Ramli melihat ke aras Ustaz Usop.. Ustaz Usop seraya berkata, "korang nie kalau bab bertaruh bukan main ekstrim lagi.. Dah la bertaruh bukan main besar, tak mampu dek diri sendiri.. Apa la.. Kalau kalah, kau mampu ke nak bayar semua tue? Kau berani jamin ke atas taruhan tue? Ha? Jangan berjanji atau bertaruh atas apa yang kau tak mampu jamin!"

Ramli dan Leman senyap sunyi sepi..

Leman meneguk air teh O aisnya.. Kemudian memandang ke arah Ustaz Usop lalu berkata dengan perlahan dengan suara dalam, "Ustaz, semalam ustaz kata 'barang siapa yang mengajak orang lain berpuasa Rejab akan menerima ganjaran sebanyak 80 tahun beribadat'.. Saya nak tanya Ustaz, sapa yang bagi jaminan tue? 80 tahun beribadat tue besar ganjarannya.." Ustaz Usop kemudian berkata, "aku belajar dengan guru aku dulu.." Leman menyambung, "saya nie tidaklah alim, dan tidak tsiqah.. Malah saya nie jahat, namun saya tahu bahawa apa yang Ustaz cakap tue tak dijamin oleh Nabi SAW atau Allah SWT.. Tidak ada dalam Quran dan SUnnah.. Jadi, Ustaz berani jamin la kalau saya ajak orang puasa Rejab, saya dapat 80 tahun pahala beribadat?"

Ustaz Usop pula senyap sunyi sepi..

HABIS