Friday, October 25, 2013

Perkara Yang Bagus ketika Memandu Jarak Jauh

Salam Alaik..

Lama dah tak tulis entri yang berat. Sila berjaga-jaga.

Aku sering bergerak dari Melaka ke Jerantut, dan Jerantut ke Melaka.. Kekerapannya lebih kurang dua ke tiga minggu sekali.. Biasanya aku akan memandu secara bersendirian.. Selama 3 jam lebih tue duk dengar radio dan layan lagu je kerjanya.. Namun perkara nie boleh berubah..

Beberapa hari lepas, sedang aku melayan Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam YouTube, aku terlihat video kat bawah nie:-


Lepas tue (keesokkan harinya) aku pun mula mencari hujah dan dalil dalam internet.. Aku memang pernah dengar solat SUNAT sambil berbaring atau duduk meskipun boleh berdiri.. Tapi solat sunat dalam kenderaan nie memang aku tak ingat atau tak pernah dengar..

Setelah mencari dengan mudah ketika informasi di hujung jari nie, terjumpa la aku akan link ini.. Kapten Hafiz Firdaus nie merupakan antara orang yang hebat dalam hal dalil dan hukum.. Dalam bidang fiqh seluruhnya tak pasti la aku~

Ini dalil solat sunat dalam kenderaan:-

Daripada Abdullah Ibnu Umar r.a.:

Ketika dalam perjalanan, Nabi pernah mengerjakan solat malam di atas unta tunggangannya sesuai dengan arah yang dihadapi oleh tunggangannya itu. Baginda mengerjakannya dengan memberi isyarat (dengan kepalanya). Akan tetapi baginda tidak pernah mengerjakan solat fardu di atas unta tunggangannya. Baginda juga mengerjakan solat Witir di atas unta tunggangannya  
(HR al-Bukhari)

Secara umum nak solat sunat dalam kereta, wudhu' kena ada, pastu niat ('lafaz niat' tak wajib), buat segala rukun solat secara isyarat kepala, dan salam.. Bacaan lebih kurang sama dengan bacaan dalam solat biasa.. Cuba bayangkan kalau anda bosan nak mati, tetiba ada wudhu' pulak, apa lagi; boleh la mula angkat takbir solat dua rakaat - dua rakaat sampai anda habis wudhu' atau anda dah penat nak solat sunat..

Tapi jangan khusyuk sangat solat tue, nanti eksiden naya! Ini solat sunat sahaja, tak perlu fokus seperti solat fardhu.. Sila bezakan.. Kalau tengah drive dan solat sunat, ada lembu tengah melintas, berhenti la kereta.. Kalau kita tak mencarut atau menjerit atau bercakap masa terserempak dengan lembu tue, boleh teruskan solat sunat dengan aman..

Masa solat sunat nie jugak la nak cuba ingat balik hafalan-hafalan lampau yang dah berkurun tak disemak.. Kalau zaman sekolah dulu bukan main lagi surah Yassin, Sajadah, Insan dan al-Mulk lancar di mulut; dah lama tinggal nie boleh la cuba-cuba refresh dalam solat sunat ketika memandu..

Biasanya aku culas bab solat sunat nie, ye la solat fardhu pun kekadang lewat, subuh gajah etc.. Banyak je halangan seperti drama, game, bola etc.. Namun bila sedang memandu, apa lagi boleh dilakukan melainkan dengar radio? Solat sunat le~ Moh cuba, dapat dua rakaat jadi dah.. Kalau 4 jam memandu, boleh la dapat 8 rakaat, drive sejam, solat dua rakaat; pastu makan kuaci, dengar radio, sejam pastu dua rakaat lagi~ Hehe.. Islam agama yang mudah, insya Allah..

Ada apa-apa kemusykilan, sila tembak dalam ruangan komen.. Aku akan cuba jawab kalau aku tahu.. Kalau aku tak tahu, aku refer kepada yang tahu~


Selamat beramal!

No comments: