Pengenalan
Bahasa Melayu Pahang merupakan bahasa/loghat/dialek yang berasal daripada negeri Pahang, dan ditutur oleh lebih kurang 1.01 juta orang Melayu di Pahang. Loghat Pahang ini merupakan dialek yang menguasai nageri Pahang di samping ada dialek-dialek lain yang lebih kurang sama dengan dialek umum ini. Sepanjang pesisir pantai Pahang, loghat Terengganu digunakan oleh sebahagian besar penduduk yang berasal dari golongan nelayan di kampung dan bandar. Selain itu, dialek yang digunakan di Pulau Tioman merupakan dialek yang jauh daripada bahasa biasa Melayu, dan sangat hampir dengan loghat Sarawak.Loghat Pahang, Terengganu dan Kelantan mempunyai kelainan yang besar daripada segi sebutan, namun perkataan asasnya kebanyakannya masih sama. Ketiga-tiga loghat ini boleh dikategorikan sebagai loghat Pantai Timur walaupun mempunyai perbezaan yang agak ketara.
Loghat Pahang terkenal dengan nadanya yang boleh berubah daripada rendah ke tinggi, dan juga dialeknya yang pantas. Loghat Pahang berbeza dengan Bahasa Melayu standard daripada segi cara sebutan perkataan (fonologi) dan tatabahasa. Loghat Pahang yang paling tulen, yang terdapat di kampung-kampung biasanya tidak boleh difahami oleh orang yang bertutur dengan dialek lain. Malah, cara cakap yang laju oleh sebahagian penutur dialek Pahang juga susah untuk difahami oleh orang luar.
Demografi
Bahasa Melayu Pahang dalam loghat Pahang disebut Base Paha (basɘ pahãŋ) atau Caka Pahang (Cakap Pahang / tʃakaʔ pahãŋ). Loghat Pahang secara umumnya berbeza daripada hulu sungai sehinggalah ke hilir sungai Pahang. Asal loghat Pahang dikatakan daripada hilir sungai Pahang di mana penempatan penduduk pertama di Pahang, kemudiannya mula bertebaran di seluruh Pahang mengikut aliran-aliran sungai. Ada juga teori yang menyatakan bahawa loghat Pahang berasal daripada Ulu Tembeling dan Ulu Jelai, sebelum bertebaran mengikut arus sungai. Loghat Pahang biasanya hanya dituturkan di negeri Pahang, namun ada sebahagian penduduk Pahang yang berhijrah ke tempat lain membawa loghat ini bersama mereka.
Klasifikasi
Loghat-loghat dalam Pahang terdapat banyak jenis. Cubaan untuk mengklasifikasikan loghat Pahang ini kepada beberapa sub-dialek ternyata susah, namun seorang sarjana bahasa, Asmah Omar menyenaraikan terdapat 8 jenis loghat Pahang iaitu Pekan, Benta, Raub, Ulu Tembeling, Rompin, Temerloh, Kuala Lipis dan Bentong. Loghat yang dituturkan di Kuantan, Jerantut dan beberapa bahagian di Pekan juga berbeza daripada beberapa aspek.
Ada juga yang mengklasifikasikan loghat Pahang berdasarkan sungai Pahang, Mereka membahagikan loghat Pahang kepada tiga kumpulan berdasarkan Sungai Jelai, Sungai Tembeling dan Sungai Pahang. Sungai Jelai dan Sungai Tembeling bertemu di Kuala Tembeling membentuk Sungai Pahang yang seterusnya mengalir ke Laut China Selatan.
Cara Sebut
Dikatakan bahawa kelajuan percakapan dalam loghat Pahang ditentukan dengan kederasan air sungai Pahang. Di hulu sungai yang biasanya jeram dan airnya laju (Ulu Tembeling, Lipis dan Raub), mereka bertutur dengan laju dan pantas manakala di hilir sungai Pahang (Kuantan dan Pekan), mereka bertutur dengan kelajuan yang perlahan, seperti aliran air sungai yang tenang apabila menghampiri muara.
Cara sebutan perkataan loghat Pahang berbeza dengan bahasa Melayu standard dalam beberapa perkara antaranya cara sebutan di akhir perkataan. Seperti kebanyakan loghat-loghat lain dalam bahasa Melayu, akhiran ~r biasanya digantikan dengan sebutan vokal. 'Besar' sebagai contoh disebut ''beso' atau 'besa', dan; 'tidur' disebut 'tido'. Contoh lain sebutan seperti dalam jadual di bawah.
APabila sesuatu perkataan berakhir dengan konsonan seperti ~n, ~t, atau ~l, konsonan itu sama ada digantikan dengan sebutan vokal seperti 'tangan' kepada 'tangae'; atau disebut dengan sebutan konsonan yang sama, tetapi lebih lembut (tanpa ditekankan) seperti 'sakit' kepada 'sakek' atau 'sake''.
Bagi perkataan yang berakhir dengan ~ng, ~m atau ~p, biasanya ~ng itu tidak disebut dan dihilangkan atau digantikan dengan ~ng yang teramat sangat lembut ala-ala keluar ikut hidung.. Sebagai contoh 'jantung' disebut 'janto' atau 'jantow' atau 'jantonc'; 'tiup' disebut 'tiyok' atau tiyo'. Hendaklah ditekankan di sini bahawa sebutan sesuatu perkataan bergantung kepada daerah dan kawasan.
Manakala perkataan yang berakhir dengan dua vokal ~ai, ~au dijadikan sebutannya kepada satu vokal. Petai disebut 'pete', pisau disebut 'piso', kerbau disebut 'kebo' atau 'keba' dan sebagainya bergantung kepada kawasan.
Loghat Pahang juga mempunyai perkataan-perkataannya yang tersendiri. Sebagai contoh di Pahang, kata ganti diri pertama (saya/aku) disebut dengan kas/keh/kweh/koi/kome/kawan dan kata ganti diri kedua (awak/anda) menggunakan aok/awok (Temerloh), om (Ulu Tembeling), demeh (K. Lipis), ka (Kuantan) dan sebagainya. Kekadang dalam satu daerah, terdapat cara ganti nama yang berbeza dan boleh bercampur aduk. Harus diingatkan bahawa banyak lagi kata ganti nama yang digunakan seperti 'di', 'mat' dan sebagainya namun tidak disebut kerana tak reti nak eja.
Sebahagian perkataan yang digunakan dalam loghat Pahang seperti ditunjukkan di bawah:
Loghat Pahang mempunyai banyak persamaan dengan bahasa Melayu biasa. Jadi, tidak hairanlah kekadang orang luar Pahang susah untuk mengetahui atau membezakan loghat Pahang melainkan jika benar-benar memerhati dan mendengar. Penutur loghat Pahang biasanya mudah untuk menukar loghat Pahang kepada dialek bahasa Melayu biasa kerana perbezaannya yang tidak ketara.
Tapi, kalo hok drulu te payoh le sikek nok nuko sebak lidoh dok kegheh. Jeneh dok drulu sumo idok mapeh nok cakak luo. Base cakak luo, ade le lekek skek loghatnye. Mengkale ogha Paha dengo, tao doh beloh mane asaenye. Mujo keh loghat bando Jantet, tokde le susoh nok nuko. Cumenye beloh hok laju cakak te mema' tokleh ngelok la. Te sebak sokmo ogha luo tok paha' keh cakak mende. Keh cakak laju walo dala' loghat standek.
Kehkehkeh
Artikel Berkaitan: Mari Belajar Asas Loghat Pahang I
Sekian, semoga bermanafaat.. Kalau ada kesalahan, boleh komen.. Aku terjemah wikipedia bahasa Inggeris je nie.. Nak kopipes Wiki bahasa Melayu, cara sebutan yang diorang guna lain langsung dengan loghat Pahang sebenar.