Wednesday, November 12, 2014

Remote Perodua Kancil Anda Habis Bateri? Rosak? Jangan Risau!

Salam 'Alaik..

Usai perlawanan antara Kesatuan Manchester dan Istana Kristal pada awal pagi Ahad, aku mendapati alat kunci kawalan jauh (remote) aku tidak berfungsi. Kalau aku lenjan je, risau alarm tak berhenti berbunyi. Atau kalau berhenti berbunyi, aku tak dapat menghidupkan enjin kereta. Lantas, aku pun menelefon talian Perodua di 1-800-88-5555.. Dengan tenang operator tue cakap: "Bukak pintu secara manual, walaupun alarm berbunyi, tunggu 10 saat dan cuba hidupkan kereta."

Aku pun buat la apa dia cakap.. Sekali, kereta tak hidup.. Mujur alarm berhenti berbunyi selepas beberapa ketika.. Aku call dia balik laporkan keadaan semasa aku.. Dia balas: "Mungkin bateri kereta habis. Cuba hidupkan lampu, pasang wiper atau bunyikan hon."

Aku pun buat semua benda tue, dan semua berada dalam keadaan yang baik.. Aku lapor balik kat dia.. Dia balas: "Mungkin altenator, atau wiring rosak."

Aku dah prepare nak jalan kaki balik rumah nie.. Tapi, aku tenangkan diri, dan cuba google.. Sekali, senang je rupanya.. Mangkuk punya operator tak tau apa-apa.. Begini langkahnya:

1. Buka pintu kereta menggunakan kunci secara manual. Alarm akan berbunyi, Buat taktau sahaja.



2. Masuk dalam kereta. Tutup pintu, dan masukkan kunci ke dalam lubang kunci sebelah stereng tue. Pulas kepada posisi 'ON'. Tak perlu cuba start, sebab memang tak boleh start.





3. Cari butang merah di bawah dashboard di hadapan tempat duduk penumpang (sebelah tempat duduk driver). Ada butang merah yang comel, dan agak tersembunyi. Tekan butang tue dengan tenang.




4. Start enjin kereta, dan bergeraklah seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Jangan lupa tukar bateri remote anda, atau pergilah ke pusat servis untuk tindakan lanjut.

Sila bagitau rerakan yang lain. Tak silap aku kereta Perodua yang lain pun boleh pakai teknik nie.




12 comments:

Unknown said...

Terbhaekk la bro!!
Tq soo much!
We ngan member wa stuck xleh Balik keje sbb bateri remote keta habis
Cuak gak
Google2 jumpa post ni
Dan kami boleh pon boleh balik dgn tenang
😂

Unknown said...

tengkiu. boleh g mncing dah klu tak jadi tapa kt umah

AJ said...

Kemas... Satu perkongsian yang hebat!

Anonymous said...

Thank you so much!!! Your post just save me ����❤❤❤
May God bless you in everything you do. Peace ✌

Uncle Dyn said...

Remote keta atos aku rosak msk air. Aku dah try cara ni tp x jadi. Btw butang merah kecik terjojol bwh dashboard stereng bkn penumpang. Tah btul ke tu butangnya

Unknown said...

Tq so much, ur post save me a lot

Rizal said...

Lepas tu macam mana settle. Kereta aku pn camtu skangni. Dia takle buka manual. Buka manual enjin tak nyala

inda said...

baru jadik ni.. jumpe butg merah tu.. tekan.. memg alarm benti bunyik.. tapi still xleh start.. ade sape2 bole tolong..?

inda said...

baru jadik ni.. jumpe butg merah tu.. tekan.. memg alarm benti bunyik.. tapi still xleh start.. ade sape2 bole tolong..?

inda said...

baru jadik ni.. jumpe butg merah tu.. tekan.. memg alarm benti bunyik.. tapi still xleh start.. ade sape2 bole tolong..?

Anonymous said...

utk kancil belalang pun ada jgak ka ??

Anonymous said...

Thank you. Saya memang ikut step and betul2 menjadi.