Tuesday, May 16, 2017

Guru Pembina Negara Bangsa

Salam Alaik..

Bertepatan dengan tema Guru Pembina Negara Bangsa, saya ingin mengucapkan terima kasih dan selamat kepada guru-guru yang mendidik saya sejak di rumah (keluarga), rerakan yang mencorakkan pemikiran, cikgu-cikgu yang mengajarku daripada tadika (semoga Allah merahmati ruh Cikgu), sekolah rendah, sekolah menengah, INTEC dan MMMC.

Tidak lupa kepada cikgu-cikgu MO dan Pakar/Konsultan yang turut membimbing sepanjang hampir dua tahun saya di KB.

Ucapan khas ditujukan kepada cikgu-cikgu dalam kalangan keluarga iaitu Along Rafedah, Abelong Alias, MakTam Hajjah Rumani, PakTam Haji Ros, Acu Nuryani dan Pakcu Hamidi. Semoga diberikan kebaikan dan kesabaran dalam mendidik.

Dan ucapan khas istimewa kepada cikgu Syahida yang menjadi cikgu di hati saya sejak dari 2013 lagi. Semoga sentiasa bersabar dengan kerenah adik didikmu yang degil ini.

Semoga dirahmati, diberkati, dan diterima segala amalan kalian. Teruskan membina negara bangsa.

No comments: