Saturday, January 24, 2009

Serakan Idea Secara Rambang

Salam Alaik

Bola Sepak Malaysia

Rasa lawak bila dikenang ada pihak yang terkejut Malaysia kalah dengan UAE… Huh, aku sebenarnya terkejut jugak… Bukan ape, ingatkan kalah 2-0 je, tetapi dibedal 5-0… Aku taknak kutuk lebih-lebih sebab aku tau nanti ada orang cakap “Elleh, kutuk pandai, suruh buat haram tak tau”… Tapi aku nak jugak la komen sikit-sikit…

Kalau diteliti punca kekalahan yang agak memalukan itu (kalau kalah 2-0 takde la malu sangat), aku taktau nak salahkan sape… Kalau nak salahkan Encik Santia, Encik Santia hanya bertanggungjawab selama 5 hari sahaja melatih skuad kebangsaan… Kalau aku nak salahkan pemain, tak boleh jugak, sebab pemain memang sejak azali lagi tak power standard UAE main bola… Kalau nak salahkan FAM dan FA negeri, tak boleh jugak sebab diorang tak cukup dana nak buat segala macam yang diperlukan untuk memantapkan pemain diorang…

Jadi, aku memang taknak salahkan sesape sebab aku taknak mengundang kontroversi… Aku bukan Shebby Singh nak kutuk lebih-lebih, aku bukan John Dyke nak buat analisis, aku bukan Hasbullah Awang nak buat komentar… Aku Cuma seorang penyokong bola sepak Liga Perdana Inggeris yang tak ambil tahu hal-hal dalaman bola sepak kebangsaan tetapi hanya nak tahu Malaysia kalah berapa banyak dalam perlawanannya…

Aku bukan suka-suki je taknak ambil tahu hal-hal dalaman bola sepak tempatan atau liga tempatan, tetapi aku dah serik melayan aksi hambar Liga Malaysia… Dulu aku sangat sokong Pahang FC, masa tue zaman Azizul Kamaludin… Masa tue memang mantap la bola sepak Malaysia (walaupun kalah, takde la kalah teruk sangat)… Pastu, aku dah semakin tak layan sebab sibuk belajar kat Sekolah Menengah…Tym form 5, aku kembali melihat bola sepak Negara dan Alhamdulillah tym tue ok lagi… Lepas menang Pestabola Merdeka, aku bukak mata luas-luas…Nak layan Malaysia… Tetapi rupanya prestasi tue tak konsisiten dan akhinya kembali menjunam…

Lalu aku beralih ke Liga Perdana Inggeris…

Jap, aku terfikir dah sape punca kekalahan teruk Malaysia… Aku rase ASTRO yang salah sebab tayang game BPL setiap minggu… Hehe… Boleh pakai tak idea aku? Takpun salah aku sebab tak layan Liga Malaysia

Manchester United

Nampaknya, Manchester United yang pada awal season dulu di tangga ke-14, kini berada di takhta liga… Biase la, hero kalah dulu, kan? Ini semua berpunca daripada aksi tidak konsisten daripada skuad Liverpool dan Chelsea… Entah bile nak konsisten aku tak tau la… Terima kasih la kat diorang sebab asyik seri memanjang… Terima kasih kat Chelsea sebab bagi 3 gol kepada United… Terima kasih kat Liverpool sebab seri dengan Stoke dan Everton… Terima Kasih gak kat Berbatov sebab buat gol kemenangan last-last minit… Hehe…

Malam nie, United vs Spurs… Aku taknak predict resultnye sebab Spurs memang kuat nak mampus kalau lawan kelab besar nie… tetapi Spurs dengar khabarnya nak letak budak reserve main sebab taknak kacau fitness budak utama dia… Si Alex pulak terpaksa letak beberapa budak reserve sebab ada yang injured… Huh, macam-macam… Aku just harap yang terbaik la buat United… Untuk Liverpool dan Chelsea serta Arsenal, selamat berjaya… Jangan kalah pulak… Nanti United nak lawan dengan sape kat Semi Final… haha…

Rabu nie United lawan WBA untuk BPL… Kalau United menang 1-0 dan Liverpool menang 2-0, United dapat la duduk atas liga tue lame sikit… Apa-apapun, United memang Rock!!!

Rasuah

Baru-baru nie ada la beberapa orang ditahan dan seorang menyerah diri atas kes rasuah… Huh, ape la punya makhluk… nak menang pemilihan biarla molek-molek sikit… Kalau rasuah memanjang ranap la negara nie… Politik nak rasuah, bola sepak nak rasuah, keluarga nak rasuah, semua nak rasuah... Entah ape yang takde rasuah pon aku tak tau… Takkan nak tunggu aku jadi PM gak nak banteras rasuah?

Hurm, ape kate pinda akta SPRM tue sikit lagi… Buat hukuman buang Negara kepaa sape yang terlibat dalam rasuah… ok tak? Kalau macam nie, lama-kelamaan kurang la perasuah kat Negara nie… Hehe…

Gaza

Cerita lama yang tak pernah habis… Israel sesuka hati je nak menghancurkan Gaza… Kononnye nak musnahkan Hamas la tue… Tapi, tak dapat first team Hamas, Youth Team Hamas (kanak-kanak) pulak jadi mangsa… Yang Mesir pulak, tak bukak pintu sempadan atas arahan Israel... Kesian kat budak-budak dan perempuan nak lari tue... Arab Saudi pulak dengan ‘No Komennye’... Amerika pulak bagi peluang kat Israel...

Mujurlah perang tue dah tamat sekejap... Tapi kesian pulak kat Hamas, kalau perang dah tamat payah la nak Syahid awal...

Aku nak tungu Obama pulak buat camne kes Israel nie... Harap-harap tak secelaka Bush la... Tapi, kalau dah nama The President of The United States of America tue, janganlah letak harapan yang menggunung... Just wait and see je…

Kawan

Kawan-kawan aku kat umah nie sangat banyak… Tapi bila sekolah dan IPT dah sambung belajar, kawan-kawan aku tinggal sikit… Pegh, bahaya kawan aku yang sikit nie… mampu menyebabkan aku jadi nakal… haha…

Kepada kawan-kawan yang mengenali aku, aku amat menghargai jasa korang… Sebagai kawan aku, korang tidak akan dilupakan dan sentiasa dihargai… Paham? Mana-mana kawan yang nak sms aku boleh je… Sms la bile-bile mase… Kalau aku tak balas maknenye aku bizi… Sori…

Kalau nak send sms, send kat no celcom... sebab no maxis aku kredit tamat tempoh… Minggu depan baru aku topup…

Aku

Aku tetap begini… Takkan berubah kerana aku tetap aku…. Kalau nak berubah pon, berubah ke arah yang lebih baik… Hehe… tentang hal ke Australia tue, aku taknak cerita panjang-panjang…

Misi fasa ke-4 aku dah tamat kelmarin… Jadi aku dah takde misi nak buat melainkan fasa ke-5 tiba-tiba muncul… Pasni aku duk umah tengok TV atau eksesais je la… haha…

Lesen P aku akan tamat pada 1 Feb 09… Maknenye, pasni aku dah tak terikat la dengan undang-undang yang mampu membatalkan lesen aku jika aku memandu mengikut nafsu… Tanda P yang melekat setia kat kereta aku, aku akan biarkan sebab P lambang Professional… haha…

Dah la tue… Panjang sangat aku tulis… Kalau sesape baca sampai habis, aku bagi hadiah misteri... Nak tuntut hadiah sila hubungi 09-2664444... Sampai bertemu lagi...

1 comment:

.b.e.d.d.y. said...

wah,
stlh skian lame,
akhrnye muncul gak entri baru..
slmt kembali..
hopefully, ko dpt kembali scr konsisten..
jgn jd spt bola sepak malaysia..
:P