Friday, September 11, 2009

DalamDinginSubuh~

Salam Alaik

Hari nie dah 19 hari kita berpuasa... Tarawikh pulak, dah malam ke-20... Awal pagi nie, sapa nak qiamullail bagus sangat la... Kalau terkena masanya boleh jadi malam lailatul qadar... Untung weyh, malam yang lebih baik dari seribu bulan...Bila dah masuk malam ke-20 nie, kiranya 10 hari lagi la kita nak puasa... Merangkap 11 hari lagi nak raya...

Pada malam raya mulalah kita semua bertakbir... Tak kira la kat rumah atau kat surau... kalau budak-budak, takbir diorang dah jadi takabbur dengan keberanian membakar bahan letupan di sekitar rumah dan surau sehingga pak imam marah-marah sambil melatah... Mungkin pak imam tue dengki sebab zaman dia bahan letupan seperti ini payah nak dapat... Kalau ada pun, bom jepun atau brengun askar British...

Kalau pagi raya pulak, masing-masing sibuk datang masjid bertakbir dengan alunan mendayau-dayu... Sedih macam ada orang mati pulak... Pastu, semua pakat ziarah kubur baca tahlil sambil menangisi yang telah pergi... Mungkin mereka sedih dengan pemergian Ramadhan, secara Husnu-Zonnye aku berfikir...

Tapi la, bagi pendapat aku, Hari Raya nie sepatutnya disambut dengan penuh kegembiraan sambil melupakan kesedihan... Keutamaan gembira apabila tibanya Syawal mengatasi kesedihan meninggalkan Ramadhan... Kalau tak masakan Allah mengharamkan puasa pada 1 Syawal? 1 Syawal memang Allah dah reserve untuk kita semua bergembira setelah menang melawan nafsu pada sebulan sebelumnya... Mana mungkin kemenangan kita sambut dengan kesedihan?

Ya, pemergian Ramadhan memang satu keadaan yang sedih di mana kita semua meninggalkan bulan yang mulia... Tapi kita kena ingat, Ramadhan itu hanyalah bulan latihan, dan segala amal kita di bulan Ramadhan hendaklah diteruskan sehingga Ramadhan tahun depan sebelum kita mula berlatih kembali... Janganlah Ramadhan je nak buat solat sunat, baca quran, sedekah, pergi berjemaah kat surau, tapi bulan lain tak buat... Tapi janganlah pulak sampai solat Tarawikh dalam bulan Syawal pulak... Bidaah la pulak namenye...

Syawal kali ini, syawal pertama aku kat perantauan, di mana aku akan menyambutnya dengan aku tidak berada di sisi orang tua aku... Tapi ini bukan bermakna aku kena sedih (walaupun aku memang agak sedih)... Kerana aku punya kawan-kawan di sisi yang kalau tidak boleh menggantikan kehadiran keluarga pun, sekurang-kurang menemani ketika bergembira bersama-sama... Tapi apa yang pasti, pada subuh satu syawal tue, aku takkan mengada-ngada dengar lagu 'Dari Jauh Ku Pohon Maaf' semata-mata untuk menaikkan mood sedih...

Kalau boleh aku taknak apa yang sepatutnya aku menjadi gembira, tiba-tiba aku buat mood sedih... Dan aku juga taknak kalau sepatutnya aku sedih, tiba-tiba aku buat mood gembira... Hehe... Pagi-pagi raya tue, aku nak bangun dengan senyuman di bibir aku, aku nak mandi dengan kegirangan dan takbir dengan penuh semangat tanda aku syukur berjaya menghabiskan Ramadhan dengan baiknya...

Junior batch 25 dah datang... Aku menyambut mereka la malam tadi... Kesian, hehe... 10 hari lagi nak raya kena datang ke sini untuk sambung belajar... takpe-takpe, ini semua jihad untuk kita... Berada jauh untuk ilmu...

Sampai kat sini je lah dulu... Aku nak sambung tido... Moga bertemu lagi... Kalau ada salah dan silap dalam penulisan aku, boleh la tegur aku... Aku bukan maksum... hehe.... Aku bukan ulamak salaf yang Ustaz Rasul Dahri kata 'takde salah dan silap' dan tak boleh nak tegur... Aku hanya orang biasa~

Adios, dan salam alaikum...

Rujukan: Feqah Keutamaan, Yusuf al-Qaradhawi; drmaza.com; youtube.com etc...

7 comments:

Webmaster@Echam said...

Duan,
Aok raye sane yekkkk.. Takpelah wehhh. aok cakap tu kan jihad. Yer... Koi setuju amat. Selamat beraya di perantauan....

Lah said...

selamat la bro yer..
org moscow kem slm

iszaid said...

Siannyer ko rayer kat sini... hahaha padan muker!!

pungkar said...

haha...raye kat india...
tabahkan jiwa bro...

Anonymous said...

after observing ur writing for sumtime, the pattern change bit by bit..

i reckon it mite be thru reading,
particularly Dr Maza's article..am i right?

Don Balon said...

Selamat berpuasa dengan penuh iltizam dan beraya dengan penuh takzim Duan..
Jangan sedih2..
Beraya di India pun kemenangan juga..
Orang-orang yang mahu menjadi doktor pengorbanannya bukan biasa-biasa kerana bukan orang biasa-biasa boleh jadi doktor ni..
Allahuakbar!

Hakim said...

selamat beraya kat india la wehh..
huhuu..
aku da cuti dh ni..
hehe..
dari jauh ku pohon maaf..
maap zahir batin..