Tuesday, September 22, 2009

DalamDinginSUbuh~ Akhirnya

Salam Alaik...

Semalam, merangkap 1 Syawal 1430 atau 21 September 2009, Majlis Hari Raya Aidilfitri di Manipal berjaya disempurnakan... Majlis itu tidak begitu meriah kerana pelbagai rintangan dan dugaan yang datang...

Bermula dengan 3 kemalangan yang membabitkan 6 orang (1. Asmira dan Izati; 2. Sam, Aliff, Edi; 3. Yob) pada 18 September, sehingga ke kejadian anak bulan tak keluar diteruskan dengan junior yang seramai 27 orang tak dapat hadir kerana komitmen kepada Davangere dsb... Banyak sangat...

Aku memulakan pagi raya dengan Subuh pukul 7.15am... Haha... Hampeh... Dah siap mandi semua, cadangan hendak bersolat raya gagal diteruskan kerana ketidakcukupan kenderaan setelah kenderaan yang tinggal hanyalah sebijik motor Wawan yang kuncinya entah ke mana...

Tak dapat solat raya berjemaah di Masjid, aku dengan Aliff melepak kat depan umah, makan madu yang tinggal dan mengemas sikit-sikit setakat termampu halaman umah yang kotor macam haram...

Dah swelesai kemas dalam pukul 8.30am, Rohil dengan Edi balik sebab tak sempat nak solat di Masjid, lalu kitorang bukak solat jemaah sunat hari raya kat tingkat atas... Aliff jadi Imam, Sam jadi khatib... Bila jadi khatib, barulah tahu betapa seksa membaca khutbah...

Dalam kul 10am, siap berbaju Melayu kebangsaan dan bersamping songket, aku dengan Aliff serta Rohil dan Edi bergerak ke Greenwood untuk majlis besar-besaran... Segalanya berjalan dengan lancar... Nampak ok jer... Walaupun kali pertama beraya di perantauan, jauh dari famili...

Raya tue, aku ambik 300 gambar... Sapa nak gambar boleh la contact aku... Haha... Habis majlis, Edi kena balik hospital sebab ada pembedahan kat tangan hari ini... Hehe... Kesian... Dah la raya tanpa keluarga, eksiden pulak tue... Ish3x...

Sebahagian gambar aku letak kat dalam Facebook kalau nak tengok... Hari nie raya kedua... Sunyi seperti biasa... Aku buat ketupat nasik 3 bijik... Sebagai percubaan... Haha... Jangan terkejut aku pandai buat ketupat... Haha... Ok la... Cukup sekadar...

Minal 'Aidi Wal Faizin
Salam Aidilfitri
Maaf~ (Sila jangan ingat raya sahaja masanya untuk bermaafan, sebab mati tak tunggu raya)

No comments: