Monday, October 31, 2011

Prinsip

Salam Alaik..

Prinsip, mengikut kamus DBP edisi ke-4 ialah:
asas atau dasar (yg menjadi pokok sesuatu pemikiran, kajian, tindakan, dll), hukum (sesuatu teori dll).
Setiap orang ada prinsip sendiri. Yang menjadi beza sama ada prinsip itu 'bijak', 'bangang', 'salah' atau 'betul' je.. Aku juga punyai prinsip sendiri, yang aku pegang dan aku tanam dalam minda separa sedar aku. Banyak prinsip aku sebenarnya, sampai tak tertulis.

Biasanya prinsip aku nie jenis yang 'berubah-ubah'.. Kalau aku melihat ada salah dalam prinsip aku, harus aku ubah. Kekadang prinsip aku sangat bangang, dan pernah ada orang tegur tapi aku buat tak layan sebab aku ego. Haha. Itu salah aku, ok! Hehe..

Contoh, dulu aku punyai satu prinsip bahawa aku takkan merayu kepada seseorang yang rasa diri dia 'superior' walaupun memang dia 'superior'. Suatu hari, prinsip aku diuji. Aku datang kelas lambat karena terlajak tidur, dan secara 'sinis' lecturer ketika itu (Cikgu Daphne) suruh aku sambung tido. Oleh sebab aku punyai prinsip yang bangang itu, aku pun selamba keluar kelas dia.

Haha.

Aku akui itu antara prinsip aku yang bangang. Tapi hikmahnya, Cikgu Daphne masih ingat aku sampai sekarang. Dan, aku masih berpegang dengan prinsip tue, walaupun bangang. Ego beb!

Prinsip aku paling keras tentang 'hubungan rerakan'.. Banyak kali dah aku sebut tentang nie. Malas nak tulis lagi, dah. Sekarang, prinsip tue aku dah berjaya kurangkan kekerasannya. Toleransi itu penting. Orang Syiah boleh ada Taqiyyah, apa ada hal? Ok, takde kaitan.

Sebenarnya aku nak komen tentang prinsip orang lain dalam entri nie.. Tapi takpe la.. Malas la pulak menulis..

Sehingga bertemu lagi!!

Bapak bosan entri aku yang nie.. Naseb la.. Semangat tak tiba, tulis pula terpaksa..

7 comments:

Habibullah said...

taqiyyah tu apa redz? apa kaitan dgn cerita kau pasal prinsip ni? ada maksud tersirat ke

♦♦orked♦♦ said...

ko nampak salah org lg ea??
sampai bila2 pon x sudah..

Monsieur Anonymous said...

sape punye prinsiplah yang ko nak kondeng 2..

Redz da Tsar said...

Habibullah: Takde kaitan pun.. Dah ada tulis kat situ.. Hehe..

Orked dan Penembak Muda: Woups, dalah di situ, tidak kondeng atau salah orang lain. Aku nak cerita tentang satu prinsip member aku yang bagus.. Tapi malas nak tulis..

bG said...

ego itu biasa

Monsieur Anonymous said...

post yang nie related dengan post "persepsi(lagi)" tue kn??

Anonymous said...

bro,aku minat ngn blog kau..jus nk share pendapat or maybe nasihat(tw ko x mnx pon saje nk bagi)...ak salute ko ad prinsip! sebab ak view dri ak mcm xd prinsp,senang sgt terpengaruh ngn orang..ok,so nasihat ak pegangalah prnsp ko selagi xbercanggah dgn AlQuran n Assunnah..jgnla ego(sombong?) sebab org sombong xmasuk syurga..n sombong itu ialah merendah rendahkan sesama manusia dan menolak kebenaran(maksud hadis)