Monday, November 28, 2011

Belajarlah

Salam Alaik..

Dulu aku bengang kalau ada orang yang fasiq berkata tentang agama.. Lepas tue aku fikir balik, bahawa selama nie aku cakap tentang agama takpa pulak, kan?

Kalau nak tunggu orang yang 'perfect' saja cakap pasal agama, memang takde la orang nak memberi peringatan kat dunia nie, sekarang..

Belajarlah..

Dan jangan bercakap tentang sesuatu perkara di khalayak kalau takde asas tentang perkara tue.. Umpama kita belajar Fizik, tapi kita bercakap tentang Seni Lukis..

Apa yang kita fikirkan, ditentukan apa oleh apa yang kita belajar dan alami.. Kalau kita baca buku Fizik, jangan harap kita akan pakar dalam Biologi.. Kalau kita baca tentang Salafi, jangan fikir kita akan hebat tentang Sufi..

Belajarlah.. Jangan pandang pada satu arah..

Wallahu a'lam..

Saturday, November 26, 2011

Berani


Salam Alaik..

Sebenarnya, JPA meminta pelajar-pelajar tajaannya mendapatkan vaksin Hepatitis B sebelum terbang ke bumi tandus India nie.. Tapi, aku nie lagha sket.. Mudah je terlupa, terleka dan tertakcakna (maafkan bahasa yang salah tu).. Jadi, aku tak ambik pun Vaksin Hep B nie sebelum terbang..


Sepanjang dua tahun aku kat Manipal, tak pernah terfikir nak ambik vaksin Hep B sehinggalah aku masuk fasa klinikal beberapa bulan lepas.. Kepentingan Vaksin Hep B untuk bakal pengamal perubatan yang terdedah dengan risiko kecederaan jarum suntikan dan dijangkiti virus Hepatitis B sangat tinggi.. Jadi, aku pun bercadang nak ambik Vaksin Hepatitis B sementara di India kerana kos vaksin agak murah di sini (boleh dapat free pada tarikh tertentu)..

Sekian lama aku tangguh, sehinggalah semalam, aku habis kelas terus ke farmasi.. Aku cari Vaksin Hepatitis B, Picagari dan jarum, serta Alcohol Swab.. Sebelum sampai farmasi, niat aku nak bawah vaksin tue ke hospital dan suruh Nurse je yang suntik.. Tapi, tetiba aku ter
fikir, kenapa tak buat sendiri? Pengalaman meh!

Aku beli dengan kos 400 rupee (RM30) segala kelengkapan, dan terus bergegas ke rumah.. Haha.. Tegur Azrul ajak supervised step suntikan IM.. Dan tadaaa.. Setelah 3 minit, siap suntikan intramuscular Vaksin Hep B aku.. Dan paling best, langsung tak sakit.. Nampak sangat pro, kan? Tak sia-sia belajar pharmac setahun setengah, dan praktis IM kat patung selama itu jugak..

AMARAN: JANGAN LAKUKAN SUNTIKAN IM SENDIRI TANPA TAULIAH DAN ILMU..



Langkah Untuk Suntikan IM:

1. Basuh tangan dengan bersih
2. Sediakan picagari, jarum dan ubat (atau vaksin) secara bersih (aseptic)..
3. Sapu alkohol di kawasan suntikan (deltoid, gluteal atau lateral thigh muscle) untuk mengurangkan risiko jangkitan
4. Pastikan tiada gelembung udara dalam picagari
5. Cucuk jarum 90 darjah, suntik perlahan, cabut jarum laju..
6. Buang jarum di tempat yang selamat..
7. Habis.

Ok, sekadar ilmu.. Jangan amalkan tanpa TAULIAH!! Sebarang jangkitan kerana tidak ada tauliah dalam melakukan prosedur ini bukan dalam bidang kuasa saya!

Friday, November 18, 2011

Pengubat Jiwa

Salam Alaik..

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. Iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Wahai Tuhan kami, tiadalah Engkau ciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka dipeliharalah kami dari seksa neraka.”
(QS.3:190-191)

Aku sering menyatakan ketaksuban aku dalam hal ehwal langit malam.. Aku memang mengisytiharkan melihat langit malam itu satu hobi aku, yang aku pupuk sejak daripada aku kecik lagi.. Bayangkanlah, dulu zaman-zaman aku darjah 5 atau darjah 6, aku balik Masjid dengan ayah aku, bila nak tutup pagar rumah, aku nampak Biduk (Big Dipper) tersergam besar setentang dengan aku..

Bila zaman sekolah menengah, aku sering berjalan-jalan dengan Nasharuddin Othman di waktu malam minggu, sekadar ambik angin malam atau mencari hantu.. Poinnya, malam dengan aku memang sinonim..

Bila masuk INTEC, malam aku habiskan dengan melepak di hostel Cemara (atau Cendana) biasanya kerana langit malam di bandar besar tidaklah hebat disebabkan oleh cahaya persekitaran yang banyak.. Aktiviti mencerap dan melayan indah malam agak tersisih di sana.. Balik rumah, ketika zaman itu, aku akan berada di atas atap waktu malam.. Melepas rindu kepada bintang dan bulan serta ketenangan.. Biarlah bunyi pelik mengganggu, aku tak kesah dan tak hairan asalkan malam aku sendirian..

APa poin aku sebenarnya kali nie?

Takda apa-apa pun.. Saja nak menulis..

Malam nie aku nampak bulan di ufuk timur, agak besar.. Aku lihat langit yang kosong, ketika di atas motor, dan cuba memikirkan kenapa rinduku kepada langit malam kian pudar.. Tengah bawak motor sambil tengok bintang, mencari biduk, aku nyaris terbabas kat bahu jalan.. Hehe.. Asyik sangat..

Baru-baru nie, bersempena dengan kamera aku yang berumur 6 bulan, aku dah boleh tangkap gambar buruj.. Kamera lama 'jeng' sikit untuk gambar malam.. Jadi, meh la aku kongsi gambar-gambar yang aku tangkap baru-baru nie dan gambar lama apabila mencerap langit.. Aku letak la kapsyen lebih kurang..


Orion. Beberapa malam lepas. Kira-kira 10 darjah daripada bulan.


Biduk: Antara buruj pertama yang aku nampak dengan mata kasar. Diambil masa aku baru sampai dari Malaysia Sepetember lepas.


Musytari: Berada di kiri bulan. Beberapa hari lepas ada jugak. Tapi gambar nie seminggu dua sebelum tue lagi.. Kali pertama aku boleh komfem yang aku nampak planet.


Supermoon: Sewaktu perjalanan balik daripada Bangalore ke Manipal, Mac 2011.. Waktu tue hati koyak, jadi pengamatan kepada langit sangat kurang.. Hehe.. Masa aku tangkap gambar nie, bulan dah tinggi di langit.. Memang tak besar la kalau nak banding bulan ketika di ufuk timur malam tue.. *Guna kamera lama


Ini gambar bulan yang paling aku kagum.. Aku tak pernah sebelum tue nampak bulan sabit dengan bahagian bayang-bayangnya juga boleh dilihat dengan mata kasar.. Kat Malaysia aku tak pernah nampak.. Kat India banyak kali dah.. Gambar nie waktu awal Tahun Kedua, kot.. Guna kamera lama..

Sehingga bertemu lagi~ Insya Allah..

Wednesday, November 16, 2011

Mohon Share, Akhi!

Salam Alaik..

Semasa aku sedang asyik melihat santapan berita (news feed) aku dalam Buku Wajah (Facebook), aku terpandang satu gambar yang dikongsi (share) oleh seorang kawan aku daripada satu laman (page). Gambar itu menunjukkan dua orang budak lelaki yang disyakki 'gay' sedang bermesraan, dan kapsyen gambar jelas menyatakan mereka itu 'gay'.. Mungkin ada yang dah tengok, mungkin ada yang belum, dan mungkin ada yang dah siap klik opsyen 'kongsi'..

Ok.

Aku faham dengan semangat ramai rakan-rakanku yang ingin menyumbang kepada umat. Aku tidak ragu kesucian niat mereka dalam menyebarkan fenomena maksiat yang menular dalam kalangan remaja Islam umat Melayu kini. Bagus semangat itu, dan dengan semangat itu mereka mahu memberikan peringatan dan pengajaran kepada umat Melayu dengan berkongsi (klik 'share') gambar-gambar kapel berpelukan di tempat awam, lelaki Amrod berciuman, atau kes 'New York Bhai' yang dah lama dulu..

Tapi.

Kalau nak berkongsi gambar, atau mahu memberikan peringatan, eloklah jangan sampai mengaibkan orang. Kalau nak share gambar mamat 'gay' berciuman, biarlah dikaburkan (blur) muka mereka.. Tak elok membuka aib orang.. Dosa mereka tue dosa peribadi, bukan dosa yang boleh meranapkan ekonomi Malaysia, atau dosa awam seperti rasuah, rogol, bunuh etc.. Memang salah meniru perbuatan kaum Lut.. Tapi tidaklah sampai halal mengaibkan mereka..

"Barang siapa yang menjaga aib saudara mereka, maka Allah akan jaga aib mereka ketika di akhirat"

Jadi, berhati-hatilah ketika 'mohon share'..

Itu baru satu isu..

Isu lain kalau dalam hal 'mohon share' gambar etc nie ialah isu fitnah.. Pertamanya fitnah kepada empunya gambar.. Contoh, empunya gambar berpegang tangan di khalayak kerana mereka 'suami-isteri', tetapi kapsyen gambar kata kapel.. Maka, selain menuduh (fitnah), dapat dosa kering dengan menggalakkan sifat bersangka buruk..

Lagi satu jenis fitnah yang biasa ada ialah fitnah ke atas Nabi.. Macam mana fitnah ke atas Nabi? Dengan cara meletakkan fadhilat-fadhilat bacaan doa/surah yang disandarkan kepada Nabi S.A.W tanpa merujuk kepada QUran dan Sunnah (hadis yang sahih).. Itu pun kira fitnah jugak..

Fitnah kepada agama pun kurang lebih macam tue jugak.. 'Mohon share' doa putus cinta la, doa jatuh cinta la, doa guna-guna la etc,.. Kalau doa tue bersandarkan kepada Hadis yang sahih atau al-Quran maka baguslah, tetapi kalau tiada sandaran, anda menyebarkan fitnah kepada agama dan syariat..

Bayangkan, kita sebarkan satu gambar dua orang lelaki yang berpelukan tanpa 'blur'.. Pastu kita letak kapsyen 'lelaki gay berpelukan di khalayak'.. Lepas tue segala macam manusia like dan 'mohon share'.. Berapa ramai orang yang kita sebarkan? Berapa ramai yang lihat orang yang kita aibkan? Kira macam MLM, atau skim piramid la.. Memula 2, pastu 2 jadi 10, 10 jadi 1000.. Kan, dah banyak saham kita tue?

Eloknya, kalau nak sebarkan gambar sebagai nasihat dan peringatan kepada umat Islam, hendaklah dijaga tertib.. Biar muka dikaburkan contohnya.. Jangan tayang clear, nanti habis air muka budak tue.. Tak pasal-pasal elok boleh berubah, jadi kecewa pastu bunuh diri.. Ok, aku tambah je tue.. hehe..

Ok.. Apa-apa komen atau tak puas hati, atau tak bersetuju, sila komen kat ruangan komen.. Mana boleh bawak berbincang, kita bincang..



Lampiran Satu: Contoh Gambar Mengaibkan Orang




Lampiran Dua: Contoh gambar yang 'kurang' mengaibkan orang


Sehingga bertemu lagi!!

p/s: Gambar atas tue contoh je.. Sila anggap Lembaga putih tue seorang 'awek' atau 'jambu'..

Sunday, November 13, 2011

Kau Ahli Politik Pahang Ke?


Salam Alaik...

Sedang aku melepak minum teh malam-malam depan laptop, tetiba ada orang mesej Facebook aku, gayanya memang aku tak kenal la.. Begini kurang lebih perbualan aku dengan Mamat tue.. (Aku bagi nickname Mamat la, bukan nama sebenar)

Mamat: Hey ho! Apa khabar Redz!
Aku: Baik aje..

... Pung pang pung pang sesi ramah mesra dan memecahkan ais...

Mamat: Kau punya blog banyak jugak citer pasal politik eyh.
Aku: Takde la banyak sangat.. Kekadang je, kalau ada idea..
Mamat: Ala, tengok header kau pun dah tulis kau memang cerita pasal politik.. He3x.
Aku: Kenapa? Aku tulis salah ke?
Mamat: Takde la, saja je.. Header kau memang boleh jadi orang politik la.. Terbaik dari Ladang..
Aku: Ah ye..
Mamat: Kenapa nama blog kau mencarut?
Aku: Erks, baca la 'Tentang Aku'.. Aku dah tulis kat situ, kot..
Mamat: Malas nak baca.. Aku tengok gaya kau, pastu kau dari Pahang, dan nama blog pun Bila Mencarut, so aku ingat kau nak tiru MB Pahang, Adnan Yaakob..
Aku: Kenapa MB Pahang pulak?
Mamat: Kan dulu dia mencarut masa PRK apa tah.. Glamer kot video tue.. AKu ingat kau angkat tangan macam dia..
Aku: Ishk3x..

... Pung pang pung pang aku unfriend dia...

Layan mamat macam nie boleh jatuh reputasi aku..

Sunday, November 6, 2011

Di Perantauan

Salam Alaik..

2.54 am. Manipal.

Aku sedang menulis 'Case Sheet', sendirian bertemankan alunan Quran daripada Channel Live Masjid al-Haram.



Oh, terkenang zaman di SMKA TAHAP dulu.. Zaman kanak-kanak yang comel.. Pergi Subuh berjemaah awal di surau..

Bapak baik dan soleh aku ketika itu..

Sekarang?

Apa sumbangan aku kepada umat sekarang? Kenapakah sekarang mudah lalai? Hilang dibawa arus..

Wallahu a'lam..

Selamat Hari Raya Aidil Adha..

Tuesday, November 1, 2011

Persepsi (Lagi?)

Salam Alaik..

Kalau orang dah tanam dalam minda mereka bahawa seseorang (eg: Sam) itu seorang yang celaka, dan sangat celupar mulutnya, maka tidak hairanlah setiap kata-kata Sam, atau tulisan Sam akan dicela.. Hatta yang kata-kata yang baik sekalipun dikatakan 'topeng'..

Memang itu lumrah manusia.. Tak boleh nak kata apa la, kan?

Begitu jugak kalau Redz yang selalu 'baik' (contoh!).. Jika Redz cakap benda tipu atau Redz cakap bohong pun orang boleh percaya, malah mungkin ada yang sanggup pertahankan..

Hehe..

Macam mana nak elakkan persepsi mengaburi minda? Buka minda, dan luaskan pemikiran.. Cuba fikirkan pro dan kontra, serta hujah dan dalil. Ya, cakap macam senang, ye dop? Payah sebenarnya.. Aku pun sedang cuba membuang 'persepsi' dalam diri aku dan menilai setiap sesuatu dengan berhikmah..

Kalau persepsi ke atas seseorang itu baik, bagus la.. Sebab kita bersangka baik.. Kalau persepsi ke atas seseorang buruk, elakkan la.. Tak elok bersangka buruk.. Lain la kalau dah ada bukti depan mata Redz buat jahat, atau Sam bagi nasihat yang benar.. Tak boleh bersangka dah, kena terima seadanya..

Ok, selamat November!

Oh ye, hari nie aku cuti sempena Hari Karnataka.. Kalau ada nak kondem idea aku, sila la komen kat bawah.. (^^) Jangan risau, aku akan cuba secara berhikmah jawab, tanpa persepsi..