Wednesday, December 5, 2012

Rapuan Disember

Salam Alaik..

Bunyi klik yang hadir apabila Zippo dinyalakan memuaskan hati ini.. Rokok yang disuakan di mulut, ditarik dalam-dalam.. Lagu-lagu koyak mengisi playlist.. Di balik hibanya seni maksud lagu itu, tidak tergambar hibanya melihat gambar-gambar lama yang kini hanya tinggal kenangan..

Melengkapkan questionnaire yang rata-rata bertanya tentang 'stress level' mengingatkan aku bahawa aku kini tidak tertekan.. Tetapi tidak bermakna aku sentiasa gembira.. Gembira itu ada, sebagai contoh melepak bermain pakau bersama member-member di Jerantut, atau jumpa durian kahwin yang berselindung di balik semak, atau mandi sungai setelah lama tak berenang, atau clean sheet bila menjadi keeper.. Itu semua saat gembira.. Namun banyak daripada masa aku - tiada perasaan..

Banyak isu semasa yang boleh aku carut dalam blog nie sebenarnya.. Daripada hal Perhimpunan Agung UMNO, sampailah ke hal Gaza.. Daripada hal 1881, hinggalah kepada Malaysia ke separuh akhir Piala AFF.. Macam-macam.. Namun, aku rasa untuk menulis sesuatu yang umum sudah tahu dalam blog kini menjadi kepayahan.. Aku banyak mencarut dalam twitter..

Hal perasaan, walaupun kini semakin stabil; namun kekadang ada juga tiba masa menggila.. Kekadang aku fikir, kenapa susah sangat nak buang rasa yang tak bagus tue? Malah, aku pernah berjanji dengan soalam, "buat apa nak kejar apa yang tak pasti?".. Namun, itu hanyalah sekadar kata-kata kosong yang menjadi penyedap bicara..

"Macam kau sorang je ada masalah yang tak boleh selesai dalam dunia nie," bisik hati aku apabila mendengar seseorang duk membebel hal masalah dia yang mengganggu hidup dia.. Tetiba aku teringat, aku pun banyak jugak meluahkan rasa, membebel tentang masalah.. Adakah orang banyak yang membaca atau mendengar bebelan aku itu berfikiran yang sama? Maaf!

Kalau ada yang baca entri ni dari awal sampai perenggan nie, sama ada korang memang nak tahu apa yang aku fikir, atau bosan sangat sampai tak tahu nak buat apa.. Apa-apa pun terima kasih! Entri nie memang takde tema dan persoalan.. Tiada plot, atau pendahuluan, isi penting dan penutup.. Semuanya random dan ditulis sebaik sahaja otak aku berfikir.. Setiap perenggan berbeza temanya.. Sesuka hati melompat daripada satu plot ke plot yang lain..

Nice la.. Sebagai pengakhiran, aku kongsikan dua gambar yang aku jumpa dalam hard disc aku tadi..

Gambar raya tahun 2009.. Ada suatu bahagian dalam gambar nie yang memberikan banyak kenangan..

Taj Mahal di belakang 'Two Faced'


No comments: