Thursday, May 16, 2013

1Aspirasi 1Agenda

Salam 'Alaik..

Saya ingin mengucapkan:

SELAMAT HARI GURU

kepada semua warga pendidik yang masih berkhidmat atau pernah berkhidmat dalam mendidik saya daripada Tadika sampailah sekarang, dan juga kepada Along dan Abelong.. Jasa kalian dalam mendidik dan mempersiap anak bangsa ini dalam menghadapi hidup ini akan tetap saya kenang dan hargai. Tanpa kalian, tidak ada anak bangsa yang hebat-hebat dilahirkan.

Bertepatan dengan tema hari guru 2013, 1Aspirasi 1Agenda;

Saya mendoakan agar guru-guru seluruh negara amnya, dan warga pendidik yang pernah mendidik saya, mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Selain itu, saya berharap agar warga pendidik sekalian berjaya melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

Saya juga berharap agar para pendidik sekalian berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025 di samping perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat guru-guru sekalian, dan semoga kalian dirahmati Allah dan dipanjangkan umur yang diberkati supaya terus teguh dalam jalan ini dan mampu menyumbang kepada agama, negara dan bangsa dengan penuh semangat.

Saya berjanji akan menyokong penuh segala usaha warga pendidik sekalian dalam usaha membangunkan modal insan kelas pertama; dan membantu dalam apa-apa jua hal jika diperlukan selagi saya mampu.

Sungguhpun 16 Mei didedikasikan untuk warga pendidik sebagai Hari Guru, namun saya tetap menghargai dan menyayangi guru-guru saya pada setiap masa.

Semoga Allah mempermudah segala urusan warga pendidik sekalian. Sekali lagi saya mahu mengucapkan SELAMAT HARI GURU untuk kalian.

Untuk guru-guru tidak rasmi, kira sekali la ucapan nie yek!

1ASPIRASI 1AGENDA

No comments: