P.s: Ini ialah sebuah puisi.
.
Pantun Barang Hilang
Badak berat berlari-lari,
rama-rama di pohon naga;
Sumber terhad dekad mencari,
sekian lama bertemu juga.
Jual kati berangan muara,
bali bandar tergesa-gesa;
Rasa hati tidaklah gembira,
hanya sekadar pemuas rasa.
Malam kelam bulan terang,
Peneman petapa sang laks'mana;
Cari lama barang yang hilang,
bila berjumpa tak guna-guna.
*************************
Barang yang hilang biasanya tidak akan disedari melainkan apabila kita rasa perlu kepada barang itu.. Kalau pemetik api hilang, takkan terasa nak mencari jika tidak mahu merokok atau mahu membakar sampah.. Tapi secara umumnya, kalau kita tak rasa perlunya barang itu, mudah pulak dijumpa.. Bila kita mahu, haramja nak jumpa.. Mulalah keliling rumah mencari..
Aku pernah ada sesuatu yang hilang.. Hilang daripada radar.. Pernah ada, namun hilang tah ke mana.. Lama jugak mencari, nak mencari dengan sumber yang terhad, hanya tahu bila adanya; tetapi tidak tahu bila kali terakhir berjumpa.. Pencarian tetap dilakukan dengan sabar sehinggalah selepas beberapa tahun akhirnya berjumpa.. Haha~ Bertahun tue, bukan sekejap mencari..
Apa-apa la..
PAsca PRU aku tak tulis apa pun dalam blog nie.. Takde sebab dan idea nak tulis tentang keputusan PRU.. Lagipun dah ramai yang tulis, dalam FB, twitter etc.. Yang aku tahu, 24 jam pasca PRU, aku mendapat jangkitan salur pernafasan atas (URTI - Upper Respiratory Tract Infection) yang menjadikan aku selesema dan batuk.. Tak tahulah pulak lepas keputusan diumum tetiba imunisasi aku jadi kucar-kacir.. Mungkin sibuk sangat turun padang sebelum tue.. Haha..
Sambung di lain masa~
*mencari*
No comments:
Post a Comment